Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PENGURUSAN SKCE 2021

BUKU PENGURUSAN SKCE 2021

Published by Nadzera Suhaimin, 2021-01-15 06:58:16

Description: BUKU PENGURUSAN 2021

Keywords: sekolah,buku pengurusan

Search

Read the Text Version

G) Peti Pertolongan Cemas: 1. Peti Pertolongan Cemas hendaklah sentiasa diletak di bilik guru,berdekatan dengan pintu masuk. 2. Jika ada stok baru, ubat yand diterima hendaklah disimpan dalam bekas lama untuk tidak mengelirukan pengguna. Label pada setiap botol dan bekas ubat-ubatan hendaklah jelas dan jangan ditanggalkan. 3. Hanya guru yang tahu boleh menggunakan ubat yang ada dalam peti untuk merawat murd. Dapat bantuan guru lain dengan segera jika perlu. H) Surat Menyurat 1. Semua surat rasmi yang ditulis oleh guru dan staf hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar dan bukan melalui Guru Besar. Tatacara surat rasmi hendaklah dipatuhi.(Contoh :- Indent sebelah kiri setiap surat mestilah tidak kurang daripada 3 cm) 2. Surat peribadi kepada mana-mana Jabatan Kerajaan atau swasta hendaklah melalui Guru Besar. Sesalinan surat berkenaaan akan disimpan oleh pihak sekolah. Sediakan salinan yang mencukupi untuk difailkan. 3. Hanya Pembantu Tadbir sekolah sahaja yang dibenarkan akan menguruskan mana-mana urusan surat-menyurat kecuali surat bersifat peribadi dan tidak menggunakan ”letter head” sekolah. Walau bagaimanapun, jika mana-mana pegawai yang memerlukan surat dengan kadar segera, anda boleh menaipkannya sendiri dengan bantuan pengawasan Pembantu Tadbir. Hal ini mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan dalam tatacara surat menyurat. I) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) 1. Adalah disarankan iaitu siaran TV dan Rodio Pendidikan hendaklah diikuti di mana praktikal dan bukan langsung tidak digunakan. Rekod penggunaanya didokumentasikan di dalam rekod penggunaan siaran radio. 2. Alat-alat BTP (Astro, Radio & TV) akan disediakan oleh guru penyelaras pusat sumber atau diletak di bilik khas. J) Mesin Cetak, Mesin Taip dan Komputer 1. Gunakan mesin-mesin ini dengan cermat. 2. Ikut arahan yang telah diterangkan supaya mesin-mesin tidak cepat rosak. K) Buku Kedatangan Kelas 1. Buku kedatangan hendaklah diisi dengan lengkapnya setiap hari oleh guru kelas 2. Ambil kedatangan murid pada waktu pertama kelas bermula, buku kedatangan murid hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah. 3. Guru Kelas hendaklah melengkapkan semua bahagian yang terdapat pada buku kedatangan. 4. Gunakan buku kedatangan ini untuk sebarang rekod yang perlu bagi setiap murid dalam kelas berkenaan. L) Pengajaran dan Pembelajaran 1. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpusatkan murid dan bahan. Gunakan keadah ini dengan sepenuhnya. 135

2. Sebaik-baiknya elakkan daripada duduk di atas kerusi atau di atas meja semasa mengajar kecuali ada sebab-sebab tertentu. 3. Guru-guru seharusnya menggunakan lebih daripada satu kaedah pengajaran agar pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Gunakan banyak alat bantuan pengajaran. 4. Guru-guru diminta berada di dalam kelas mengikut masa dalam Jadual Agung mereka 5. Adalah menjadi tanggungjawab guru menjaga keselematan murid semasa mengajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. 6. Dilarang berkomunikasi dengan rakan lain menggunakan peralatan ICT /Telefon Bimbit semasa proses P & P sedang dijalankan. 7. Dilarang melayari internet untuk tujuan peribadi semasa anda mengajar di dalam kelas. 8. Dilarang bersembang dengan rakan guru lain semasa anda mengajar dalam kelas. M) Latihan dan kerja Rumah Murid. 1. Guru-guru diminta memberi banyak latihan dan kerja rumah kepada murid setiap hari khasnya mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains. Semua latihan dan kerja rumah ini hendaklah disemak dengan segera. 2. Semua Buku Latihan yang disemak hendaklah dikembalikan kepada murid dengan kadar yang segera. Adalah diharap tiada buku latihan yang dibiar tidak disemak dalam tempoh yang lama dan ada buku yang tercicir. 136

BUKU RANCANGAN MENGAJAR 1. Buku Rancangan Mengajar merupakan dokumen penting yang menunjukkan kerja- kerja seorang guru. Buku ini hendaklah dijaga dengan baik dan pulangkan kepada Guru Besar pada akhir tahun. 2. Isikan semua butiran/maklumat yang dikehendaki dalam buku tersebut. 3. Rancangan Pelajaran Tahunan 3.1 Rancangan pelajaran tahunan hendaklah disusun mengikut penggal dan tajuk. Pastikan penyelarasan telah dibuat dengan Panitia Mata Pelajaran yang berkenaan. 3.2 Rancangan pelajaran hendaklah disediakan mengikut format yang telah dipersetujui oleh setiap panitia dan akur kepada kehendak Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) 4. Rancangan Pelajaran Harian 4.1 Rancangan pelajaran harian hendaklah ditulis sebelum mengajar kelas berkenaan. 4.2 Rancangan pelajaran harian merupakan petikan daripada rancangan tahunan yang ditulis dengan lebih terperinci lagi dan mengandungi maklumat-maklumat tertentu mengikut format setiap panitia dan akur kepada kehendak PPK. 5. Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran pada setiap hari Khamis hari persekolahan seminggu sekali untuk disemak. SAHSIAH 1. Penampilan dan pekerti seorang kakitangan awam yang menjawat jawatan sebagai guru serta staf kementerian pelajaran hendaklah dijaga selalu. 2. Guru adalah sebagai ’Role-Model’ perlu menunjukkan sahsiah yang baik serta tidak melanggar segala Perintah Am kakitangan awam, dan Peraturan Sekolah. 3. Kakitangan bukan akademik hendaklah sentiasa berada di kawasan sekolah pada waktu bekerja. Kakitangan bukan akademik boleh berbincang dengan pihak pengurusan bagi memantapkan prestasi kerja masing-masing yang berkaitan dengan Sasaran Kerja Tahunan ( SKT) 4. Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok. Justeru sesiapa pun tidak dibenarkan merokok di tempat awam 5. Sentiasa berfikiran positif ke arah membangunkan sekolah. 6. Sebarang perselisihan faham atau pertengkaran hendaklah diselesaikan secepat mungkin agar menimbulkan suasana mesra dan kondusif. Gunakan jalan penyelesaian yang bijaksana yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak. 7. Sentiasa berfikiran terbuka apabila menerima teguran daripada mana-mana pihak 8. Hendaklah sentiasa mengikuti dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti sekolah. 9. Bertugaslah dengan amanah, jujur, luhur, komited demi memartabatkan profesion perguruan. Beri sokongan dan perangsang kepada rakan sejawat agar sama-sama dapat mengingkatkan prestasi kerja masing-masing. 10. Budaya kerja satu pasukan hendaklah diamalkan bukannya berpuak-puak atau berpasukan. 137

SENARAI TUGAS HARIAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA A) KETUA PEMBANTU TADBIR  Melaksanakan tugas-tugas kewangan  Mengemaskini Akaun Tunai Kerajaan dan Suwa  Memantau/ membantu kerja-kerja Pembantu Am Rendah (PAR)  Menyemak kad kehadiran guru dan kakitangan  Menaip surat litup untuk dipanjangkan  Menyemak cuti guru/kakitangan  Merekod/ menaip kehadiran guru dan kakitangan  Pengurusan penerimaan, perolehan dan bayaran  Menyemak fail-fail dan memastikan ianya dikemaskini  Memantauan kerja-kerja oleh pekerja swasta ( kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah)  Membantu kerja-kerja di pejabat  Mendaftar aset alih  Menerima dan mendapatkan penyataan bank setiap bulan  Pengurusan surat-menyurat  Pengurusan pekeliling surat arahan dan makluman di sekolah  Kerja-kerja yang diarahkan oleh guru besar  Penyertaan / pemantauan B) PEMBANTU TADBIR  Menyediakan payroll gaji berkomputer guru dan kakitangan  Menyedia kew.8 bagi urusan perubahan gaji, perlantikan, pertukaran, pengesahan, persaraan, kenaikan dan kemasukan kejawatan berpencen.  Mengurusan pelantikan pengesahan, kenaikan pangkat, persaraan dan pertukaran  Merekod dan menguruskan cuti guru-guru dan kakitangan  Merekod harta modal dan inventori (Kew.PA) serta laporan tahunan aset  Mengendalian dan menguruskan pengisytiharan harta guru dan kakitangan  Mengendalikan maklumat berhubung dengan Hrmis, e-daftar, e-pangkat dan e- operasi  Mengurus hal-hal berhubung dengan pinjaman computer, perumahan, cukai pendapatan & KWSP  Menyedia baucer gaji guru ganti, guru kontrak dan lain-lain tuntutan  Menyediakan butiran gaji guru dan kakitangan yang bertukar  Lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa 138

C) PEMBANTU PENGURUSAN MURID Bertugas membantu pentadbiran pengurusan prasekolah:  Mengurus pendaftaran murid prasekolah  Mengemaskini data dan maklumat murid prasekolah  Mengurus kebersihan dan keselamatan murid prasekolah  Merekod kewangan prasekolah  Merekod inventori prasekolah  Mengemaskini fail prasekolah Membantu pengurusan pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah  Membantu guru merancang aktiviti bimbingan dan asuhan  Membantu menimbulkan suasana selesa, selamat dan mengembirakan bagi bimbingan dan asuhan  Membantu meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka serta menjelajah dalam pembelajaran  Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid di bawah jagaan  Membantu guru dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran Membantu pengurusan tempat dan penyediaan makanan  Membuka dan mengunci pintu dan tingkap kelas prasekolah  Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alatan dan bahan pembelajaran  Menyedia dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid prasekolah  Menyedia, mengemas dan menjaga kebersihan sebelum dan selepas kelas Membantu urusan penjagaan hal ehwal murid prasekolah  Menyambut kedatangan murid dan memastikan selamat semasa datang dan pulang ke sekolah  Membantu murid dari segi keselamatan pengunaan alatan dan kemudahan di dalam dan di luar kelas  Membantu mengawasi murid prasekolah semasa ketiadaan guru  Melayani murid dan memastikan murid dalam keadaan bersih  Menjadi teladan yang baik kepada murid dari segi penampilan, tingkah laku dan tutur kata D) PEMBANTU AM RENDAH  Merekod keluar masuk surat  Meriso kertas-kertas soalan peperiksaan dan dokumen-dokumen guru  Mengepos surat menyurat  Mengemaskini fail dan memasukkan surat menyurat ke dalam fail  Sentiasa peka dengan kerosakan peralatan pejabat dan mengambil inisiatif menghubungi syarikat untuk membaik pulih 139

 Menjawab pangilan telefon  Mendeposit cek dan wang ke bank  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa E) JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH  Membantu, merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologiuntuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah bestari.  Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur Teknologi dan Data  Memantau dan melaporkan kerosakan ICT kepada Guru Besar  Menjalankan pemeriksaan berkala bagi penyelenggaraan pencegahan peralatan ICT dan perisian  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa 140



WAKTU MENGAJAR PINDAAN KEPADA PEKELILING PENTADBIR BIL.3/1967 (Petikan) 1. GURU BESAR Guru Besar diperlukan mengajar sekurang-kurangnya sepuluh(10)waktu seminggu selain daripada tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah. 2.GURU PENOLONG KANAN DAN PENYELIA PETANG. Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurangnya dua belas(12)waktu seminggu.Ia hendaklah membantu Guru Besar dalam melicinkan tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah. 3.GURU PERPUSTAKAAN,SETIAUSAHA SUKAN DAN GURU MEDIA Guru-guru perpustakaan,Setiausaha Sukan dan Guru media hendaklah menjalankan tugas-tugas dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas hendaklah mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu dan yang lainnya hendaklah ditumpukan kepada tugas-tugas dalam bidang-bidang yang ditentukan kepadanya. 4.GURU PANDUAN Untuk mencapai matlamat perkhidmatan panduan dengan sepenuhnya,beban mengajar guru panduan ialah 12 waktu seminggu.Waktu-waktu yang lain hendaklah ditumpukan kepada kerja-kerja panduan.Kelonggaran ini hanya diberikan kepada peringkat Sekolah Menengah,Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik sahaja. 5.GURU PEMULIHAN Jawatan guru pemulihan hanya diberikan kepada sekolah-sekolah rendah sahaja.Tugas guru ini adalah mengajar murid-murid lemah. 144

APAKAH SURAT PEKELILING IKHTISAS YANG MASIH DIGUNA PAKAI DALAM PENGURUSAN KURIKULUM DI SEKOLAH? 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 Panitia Mata Pelajaran  Perlunya perubahan panitia mata pelajaran.  Pihak sekolah dikehendaki menubuh dan memperkemaskan lagi panitia mengikut panduan yang disediakan. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1990 Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Dan Guru Mata Pelajaran Matematik.  Guru opsyen Bahasa Inggeris dan Matematik mesti mengajar mata pelajaran tersebut.  Guru yang mengajar disekolah seboleh-bolehnya terlatih dalam mata pelajaran berikut.  Guru yang tidak terlatih perlu diberi pendedahan mengenai kaedah P & P Bahasa Inggeris dan Matematik. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/92 Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993.  Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi 1992/93 di tahun 4.  Peruntukan masa ialah 2 waktu seminggu.(30 minit x 2) 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1994 Peruntukan Masa KBSR Bagi Seminggu dan Jadual Sekolah Pelaksanaan Mata Pelajaran- Mata Pelajaran KBSR.  Peruntukan masa KBSR bagi seminggu mengikut tahap yang ditetapkan.  Jadual pelaksanaan berkuatkuasa mulai sesi tahun 1994/1995. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.25/98 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.  Berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1999  Menerangkan peruntukan masa,pakaian guru dan murid. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan rekod Pengajaran dan Pembelajaran.  Rekod pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian.  Disediakan dalam apa juga bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. 7. Surat Pekeliling KPM Bertarikh 23 Nov.1998 Tahap Mata Pelajaran Murid-murid Sekolah.  Sekolah diminta menyediakan murid untuk menyertai dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Negara terutama dalam bidang sukan.  Sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal murid.  Penekanan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran wajib dan waktu yang diperuntukkan untuk mata pelajaran ini tidak boleh digunakan bagi mengajar mata pelajaran lain. 145

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel: 03-2586900 Office of the Director General of Education Malaysia Fax: 03-2535150 PARAS 7 BLOK J,PUSAT BANDAR DAMANSARA, Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg Datuk/Dato/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 : ” Buku Rekod Mengajara Guru ”,bertarikh 1 Julai 1963. 2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan,terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan. 3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini,berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan,Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan,dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian.Pengetua,Guru Besar atau wakilnya memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip- prinsip perancangan yang mutakhir. (i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. (ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. 4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. 5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua,Guru Besar dan guru di negeri Ybhg,Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sekian. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t DATO’ DR ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 146

WAJARAN LIMA TUGAS UTAMA GURU BESAR, PENOLONG KANAN & GURU-GURU 1. GURU BESAR: BIL SKOP TUGAS WAJARAN a. Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum 60% b. Pengurusan Kewangan, Kemudahan, dan sumber 5% c. Pengurusan tenaga pengajar dan AKS 20% d. Pengurusan Kebajikan Pelajar 10% e. Pengurusan perhubungan dalaman dan luaran 5% 2. PENOLONG KANAN 1 BIL SKOP TUGAS WAJARAN a. Mengajar 30% b. Membantu GB dalam Pengurusan Kurikulum 30% c. Membantu GB dalam urusan pentadbiran harian 5% d. Membantu GB dalam pengurusan kakitangan akademik dan AKS 10% e. Membantu GB dalam pengurusan kemudahan dan sumber 15% 3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID: BIL SKOP TUGAS WAJARAN a. Mengajar 40% 30% b. Membantu GB dalam Pengurusan Kebajikan dan disiplin pelajar 15% 10% c. Membantu GB dalam Pengurusan Para Sekolah d. Membantu GB dalam pengurusan kemasukan dan pertukaran 5% pelajar e. Membantu GB dalam perhubungan awam 4. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM: BIL SKOP TUGAS WAJARAN 40% a. Mengajar 30% 15% b. Membantu GB dalam Pengurusan Ko-Kurikulum c. Membantu GB dalam Pengurusan Kemudahan, Sumber 5% 10% Kurikulum dan Ko-Kurikulum d. Membantu GB dalam Perhubungan Awam e. Membantu GB dalam Pentadbiran Harian 5. GURU BIASA: BIL SKOP TUGAS WAJARAN a. Mengajar 50% b. Membantu Perancangan dan Perlaksanaan Pengajaran & 20% Pembelajaran 10% c. Membantu GB dalam perlaksanaan pelbagai kegiatan Ko- 10% Kurikulum, tugas umum dan khusus 10% d. Menjaga disiplin dan kebajikan pelajar e. Mentadbir dan mengurus bilis darjah dan kelas 147

Bab D.24 – 26 Bahagian III TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATA TERTIB (1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap- tiap hal pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan. (2) Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya,atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib,hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.4 TAHUN 1998 [ JPA (S) TT.71/85 Jld.2 (4) ] Pegawai Yang Bermasalah 1. Dari segi hubungannya dengan ketua,rakan sejawat,kakitangan bawahan dan juga dengan pelanggan dari luar .... sikap agresif,suka menyalahkan orang lain,menganggap dirinya sahaja yang betul. 2. Pegawai yang normal tetapi dalam keadaan dan masa tertentu perangai dan tingkah lakunya berubah dan sukar dikawal. 3. Pegawai yang lemah dari segi daya kepimpinan,membuat keputusan dan sebagainya. 4. Pegawai yang tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas hakikinya atau memberi keutamaan kepada tugas-tugasannya atau tidak dapat membawa organisasinya ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan. TINDAKAN 1. Perbincangan / Perundingan a) Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi tanggungjawab hendaklah memanggil pegawai berkenaan. b) Perbincangan permasalahan bukan menyentuh hal peribadi. 2. Amaran Lisan – perlu direkodkan di dalam fail personal. 3. Amaran Bertulis Secara Pentadbiran. 4. Merujuk Pegawai Kepada Psikiatrik/Hospital. 5. Pegawai yang tidak dapat menghormati ketua. 6. Pegawai yang tidak dapat bekerja sebagai satu pasukan. 7. Pegawai yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perkembangan semasa. SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil.3 / 1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang ( Free Period ) oleh Guru-guru. 2. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahu semua Pengetua/Guru Besar supaya :  Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu luang(free Period) itu adalah MASA BEKERJA.  Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk :  Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah tingkatan.  Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar.  Memeriksa buku latihan pelajar  Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang di ajar.  Menyediakan aktiviti-aktiviti gerak kerja ko-kurikulum.  Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau di arahkan oleh Pengetua/Guru Besar. 148

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/2001 GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah.Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. Jika tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja,maka bolehlah mereka memakai pakaian Melayu lengkap dengan samping,seluar panjang serta bersongkok hitam. Surat Pekeliling ini hendaklah di baca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1985 bertarikh 18 Februari 1985 JPA dan Bil.6/1985 bertarikh 9 Mei 1985(Pekeliling Ikhtisas) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan,dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut. Tegasnya,waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid,khasnya dan sekolah,amnya. PAKAIAN [ BAB D. 5-6] PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN- Bahagian II Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oelh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. GURU TIDAK MASUK KELAS/TIDAK HADIR KOKURIKULUM ( Kelakuan dan Tatatertib 1993 ) ” Seseorang guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri ko-kurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/takwim adalah di anggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.” TIDAK MELENGKAPKAN DAN TIDAK MENGHANTAR BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR Peraturan Perkhidmatan ( Kurikulum Keb.1997 ) Rujukan Warta Kerajaan P.U.(A) 531 ” Seseorang guru dalam sesuatu sekolah hendaklah menyimpan dan menyelenggarakan suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkodkan olehnya tidak lewat pada hari akhir persekolahan setiap minggu yang akan diajar pada minggu berikutnya dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan.” BUKU REKOD GURU Seseorang guru dalam suatu sekolah,kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh,hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam masa hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan,bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran,dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar. Seseorang guru besar,pengetua atau guru yang melanggar peraturan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit. 149

MEMBUAT KERJA LUAR SEMASA BERTUGAS ( Peraturan 5(3)(a) Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa pekerjaan luar itu; (a) tidak dilakukan semasa waktu Pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya. AKTA PENDIDIKAN 1996 ( AKTA 550 ) PERATURAN- PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN 1997) PUA/531/97 Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut sesuatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana- mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil 12/1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah 3. Pengetua dan Guru Besar bahawa kebenaran TIDAK BOLEH diberikan pada mana-mana syarikat atau mana-mana individu yang berkepentingan untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut :  Membuat jualan terus dagangan atau barangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam waktu persekolahan ;  Mengadakan pameran,demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi dagangan atau barangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru ; dan  Melantik sekolah sebagai wakil pengedar atau wakil penjual tanpa permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru. SURAT PEKELILING BERKAITAN SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1999 LaranganTerhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.16/2000 Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan. MENGHASUT Peraturan 4 ( 2 ) ( g ) Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau,antara lain :-  Menghasut kakitangan Kerajaaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-tugas mereka ; 150

SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil.20/2000 Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah Sekiranya ada permohonan baru di kalangan murid atau guru untuk menubuhkan kelab bukan agama islam,maka ia hendaklah mengikut PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH ) 1998 ; dan ; Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti,maka hendaklah juga mematuhi segala arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1984 PERHIMPUNAN SEKOLAH Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis perhimpunan itu dan bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan. BERGIAT CERGAS DALAM POLITIK Mengikut Peraturan 21 (a) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional(PPPS) adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,dan khususnya tidak boleh; ( i) Membuat pernyataan umum (ii) Menerbit atau mengedar buku,majalah atau risalah dengan mana-mana parti politik. (iii) Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada waktu pilihanraya umum,pilihanraya kecil atau apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dala mana-mana parti politik . (iv) Bertindak sebagai agen pilihanraya. (v) Masuk pertandingan untuk apa-apa jawatan. (vi) Memegang apa-apa jawatan dalam parti politik. (b) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa dalam parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan. KEGAGALAN MENYERAHKAN KUTIPAN YURAN Arahan Perbendaharaan [ AP.85 – 87 ] Selepas diterima dan sebelum dibayar masuk ke dalam bank atau wang awam tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud jua pun,dan tiada seorang pegawai boleh mendahulukan,meminjamkan atau menukarkan apa-apa wang yang ia bertanggungjawab kepada kerajaan. KESALAHAN KERANA MENAGIH DADAH Peraturan 7 – Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib)1993 TIDAK HADIR BERTUGAS Peraturan 23.Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil.3 1995 SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil.2/1981 Ketepatan Masa di Sekolah-sekolah 151

 Guru diingatkan dari masa ke masa tentang tanggungjawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah,baik semasa datang ke sekolah,mahu pun ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa untuk berbuat demikian. KES DATANG LEWAT DAN BALIK CEPAT Mengikut Perintah Am Bab G1 (5) “Semua pejabat Awam termasuk Ketua Jabatan sendiri hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di sekolah/pejabat dalam masa yang ditetapkan.Seseorang penjawat Awam yang hendak meninggalkan sekolah/pejabatnya hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan yang menjaganya sebelum berbuat demikian ” 152

SK CHABANG EMPAT, TUMPAT 09-7196750 09-7196341  [email protected]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook