PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021 #soaringtogether GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB Tugas : 1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab. 2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah / JPN. 3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategik untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai. 8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab. 10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. 11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab. 12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain. 13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. 14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya. 15. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli. 16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum. 17. Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu ke-2 bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan. 18. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum: - Pelembagaan persatuan/kelab/unit beruniform. - Senarai AJK. - Senarai nama ahli. - Rancangan/aktiviti tahunan. 19. Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan diadakan. 20. Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan. 21. Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya jika tidak dapat bersama hendaklah mencari wakil. 22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Persatuan dari semasa ke semasa. 96
PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021 #soaringtogether GURU PENGIRING PERTANDINGAN Tugas : 1. Bertanggungjawab dalam mempastikan keselamatan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 2. Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing. 3. Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai. 4. Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi. 5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat pertandingan. 6. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah kepada Penyelaras Sukan Dan Permainan 7. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan menguruskan pasukan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum. 8. Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk meningkatkan percapaian. 9. Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum Sekolah. 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari semasa ke semasa. 97
PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021 #soaringtogether Sekadar Renungan…………………… “Jangan pernah takut dengan perubahan. Kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang baik, namun sebagai gantinya, sesuatu yang jauh lebih baik akan datang menjemput kita” “Pengajaran yang baik itu hakikatnya adalah memberikan pertanyaan yang benar lebih daripada memberikan jawaban yang benar.” “Guru biasa memberitahukan, Guru baik menjelaskan, Guru ulung memeragakan, Guru hebat mengilhami.” “Mengajar berarti belajar lagi.” “Guru yang baik tidak pernah bilang muridnya bodoh; tapi guru yang baik selalu bilang, ‘Muridku belum bisa’.” “Guru yang baik itu ibarat lilin – membakar dirinya sendiri demi menerangi orang lain.” “Guru yang baik itu mahal, tapi guru yang buruk itu lebih mahal.” “Guru adalah seorang pahlawan, dan tanda-tanda kepahlawanannya terukir pada keberhasilan semua orang-orang besar yang anda kenal.” 98
PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021 #soaringtogether 99
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104