Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Modul SPM - BAHASA MELAYU

Modul SPM - BAHASA MELAYU

Published by system publications, 2021-11-16 00:59:45

Description: Price:(SM) RM5.90 / (SS) RM6.90
- Berdasarkan format SPM terkini
- Jawapan lengkap

Keywords: modul SPM,BM,Bahasa Melayu,Format Terkini SPM 2021,Modul SPM BM

Search

Read the Text Version

S1–1 SET 1 NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN MODUL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 1 jam Dua jam lima belas minit 4 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. 1103/1 © 2021 [Lihat halaman sebelah SULIT

S1–2 BAHAGIAN A [30 markah] Gambar di bawah menunjukkan situasi yang boleh menjurus ke arah berlakunya pencemaran udara. Huraikan pendapat anda tentang akibat-akibat yang berlaku daripada pencemaran udara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. AKIBAT-AKIBAT YANG BERLAKU DARIPADA PENCEMARAN UDARA Modul SPM 1103/1

S1–3 BAHAGIAN B [70 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Soalan 1 Demam denggi penyakit virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Ia boleh berlaku pada tahap ringan hingga teruk. Dalam keadaan teruk (severe dengue), ia berisiko menyebabkan kematian. Oleh itu, semua individu perlu mengetahui sama ada menghidap demam denggi atau tidak dan perhatian lebih serius terutama tinggal di kawasan rawan denggi. Sumber: Berita Harian, 13 Jun 2020 Petikan di atas menjelaskan tentang risiko yang dihadapi sekiranya menghidapi demam denggi. Anda dikehendaki membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengenai kes denggi yang berlaku di kawasan perumahan anda. Tulis selengkapnya. Soalan 2 Berita buruk mengenai masalah keberhutangan yang semakin teruk di negara kita, khususnya dalam kalangan generasi muda amat membimbangkan, apatah lagi banyak antara mereka diisytiharkan muflis. Masalah ini bermula dengan ketidakpedulian terhadap hal yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan. Sumber: Dewan Siswa, Disember 2019 Petikan di atas menjelaskan tentang kesan-kesan keberhutangan yang tinggi disebabkan tidak mempunyai simpanan terutama dalam kalangan generasi muda. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan menabung untuk masa hadapan. Modul SPM

S1–5 SET 1 NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN MODUL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1 jam Dua jam tiga puluh minit 2 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi sembilan soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 1103/2 © 2021 Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah SULIT

S1–6 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] SOALAN 1 – MORFOLOGI Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata hubung. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Gejala buli didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan menghina, menumbuk dan mengejek yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsanya. Menurut Wikipedia, buli berkaitan dengan perbuatan yang mengasari yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tiada Tempat Untuk Kaki Buli’ oleh Siti Nur Hidayah Abdullah, Dewan Masyarakat, bil. 5/2015 [8 markah] SOALAN 2 – SINTAKSIS Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Cendol menjadi satu daripada sajian minuman tradisi hasil asimilasi resepi asli dan biasanya dimonopoli penjualannya oleh masyarakat India Muslim dengan membuka gerai kecil di tepi jalan. Cendol biasanya dinikmati bersama-sama rojak atau pasembur yang terkenal di utara Semenanjung. Jika di selatan Semenanjung, cendol dinikmati bersama-sama pisang goreng panas dan mi siput. Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kenali Malaysia Kerana Cendolnya’ oleh Cahaya Rohani Harun, Dewan Budaya, Bil. 3/2019 [6 markah] Modul SPM 1103/2

S1–9 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] SOALAN 6 – PETIKAN UMUM Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Secara amnya, teknologi maklumat dan alam siber pada masa kini telah berkembang pesat dan digunakan secara meluas di serata dunia. Namun begitu, yang membimbangkan ialah terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang selalu mencari jalan bagi menjatuhkan nama baik bangsa dan negara dengan pelbagai cara. Antaranya termasuklah melakukan ancaman, kritikan yang tidak berasas dan menyebarkan berita palsu di alam siber sehingga menyukarkan pihak lain untuk membezakan antara yang benar dengan yang dusta. Penyebaran berita palsu merupakan kesan negatif akibat daripada kemajuan teknologi maklumat. Dipetik dan diubah suai daripada “Bahaya Penyebaran Berita Palsu di Alam Siber” oleh Komunikasi dan Multimedia Masyarakat (CMCF), Dewan Siswa, April 2019 Bahan 2 Hari ini, rata-rata remaja di Malaysia memiliki akaun masing-masing di media sosial. Tidak dinafikan bahawa lambakan media baharu ini telah memberi kesan positif kepada remaja dan masyarakat. Misalnya bagi remaja yang ingin menunjukkan bakat kreatif mereka termasuklah melukis, membuat barangan kraf, menyanyi dan seumpamanya dapat diperkenalkan melalui jaringan sosial. Pendedahan bakat secara atas talian dilihat sesuatu yang positif jika digunakan sebaiknya. Iaitu dengan bertujuan untuk mempromosikan bakat dan seterusnya menarik perhatian orang ramai untuk mendekati seni kreatif yang ditonjolkan. Seterusnya, bakat tersebut mampu untuk dijadikan sebagai satu keusahawanan yang menjana pendapatan. Dipetik dan diubah suai daripada “Lambakan Media Baharu” oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Januari 2015 Modul SPM

S1–10 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kritikan yang tidak berasas. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kesan positif dan negatif penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat. [4 markah] (iii) Pihak Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menyarankan agar para pengguna sentiasa berfikiran kritikal apabila menerima sebarang maklumat di alam siber. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang perlu dilakukan untuk menangani penyebaran berita palsu secara berleluasa? [4 markah] (iv) Sebagai seorang pelajar, nyatakan cara-cara anda menggunakan media massa dengan berfaedah? [3 markah] Modul SPM 1103/2

S1–15 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] SOALAN 9 – RUMUSAN Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 – Petikan Pada era serba canggih dan moden ini, sukan elektronik atau e-sukan telah menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat di dunia sebagai wadah untuk ‘beriadah’ di alam maya. Sukan elektronik merupakan satu bentuk sukan yang menggunakan medium elektronik iaitu permainan video secara dalam talian. Antara genre permainan video yang sering dipertandingkan termasuklah permainan strategi, tembak-tembak, pertempuran dan sebagainya. Dalam hal ini, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang bermain permainan video atau terlibat secara langsung dalam arena e-sukan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi dan tindakan atau reaksi yang pantas. E-sukan juga mampu menjadikan seseorang individu berkemahiran untuk menyelesaikan masalah, berfikiran secara kreatif serta mudah menerima maklumat baru. Sukan elektronik juga membuatkan para pemain perlu menganalisis dan fikir sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan dalam waktu singkat. Hal ini sudah tentu dapat mengasah kemampuan pemain untuk membuat keputusan yang tepat sebelum membuat sebarang tindakan. Tidak dinafikan bahawa e-sukan mampu menjadi ‘lubuk’pendapatan lumayan kepada pemainnya. Setiap tahun, terdapat pelbagai pertandingan e -sukan dianjurkan dan menawarkan hadiah yang lumayan. Selain itu, e-sukan bukan sahaja memberi keuntungan kepada para pemainnya, bahkan e-sukan dapat membangunkan industri yang terlibat secara langsung dengan e-sukan. Antaranya termasuklah perekaan grafik komputer, pengaturcaraan komputer, perisian komputer dan pembangunan perkakasan komputer yang lebih canggih. Kesimpulannya, sukan elektronik dapat memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada setiap pihak yang menceburi bidang ini. Walaupun terdapat perdebatan tentang baik buruk e-sukan, namun sudah terbukti sukan ini mempunyai elemen positif yang boleh dijadikan sebagai pendorong kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam dunia e-sukan. Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat E-Sukan Terhadap Remaja”, Dewan Siswa, Mac 2019 Modul SPM

S1–16 Bahan 2 – Grafik Langkah Kerajaan Memajukan E-Sukan Menubuhkan Menyediakan Mengadakan persatuan e-sukan kemudahan kempen bagi prasarana dan di Malaysia peruntukan promosi pertandingan e-sukan KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Modul SPM 1103/2


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook