SK. PEKAN 11, WP. LABUAN GARIS PANDUAN PELAN PENGURUSAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 2021 Disediakan Oleh Guru Besar SK. Pekan 11, WP. Labuan 1
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN 11, WP. LABUAN KANDUNGAN 1. Tujuan ............................................................................................2 2. Latar Belakang .............................................................................. 2 3. Objektif .......................................................................................... 2 4. Tafsiran ......................................................................................... 3 5. Peranan dan Tanggungjawab........................................................ 3 5.1. Pentadbir Sekolah ...................................................................... 3 5.2. Guru ........................................................................................... 4 5.3. Ibu Bapa/Penjaga........................................................................4 6. Pelaksanaan ..................................................................................4 6.1. Pengurusan Sekolah .................................................................. 4 6.2. Pengurusan Prasarana............................................................... 5 6.3. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah ...........................6 6.4. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ......................................... 7 6.5. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga .......................................................9 7. Penutup.........................................................................................11 8. Modul Pilihan...................................................................................12 Lampiran ...........................................................................................13 2
1. Tujuan 1.1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di SK. Pekan 11, WP. Labuan tentang pelan pengurusan pengoperasian sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19). 1.2. Garis panduan ini dibaca bersama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. 1.3. Garis panduan ini terpakai kepada Sekolah Kebangsaan Pekan 11, WP. Labuan sahaja. 1.4. Garis panduan ini ialah dokumen induk yang perlu dirujuk bagi pelan pengoperasian SK. Pekan 11, WP. Labuan. Sebarang tambahan atau perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (annex) kepada dokumen ini. 2. Latar Belakang 2.1. Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya, tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa sehingga kini. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan beroperasi mengikut keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KPM. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menerbitkan garis panduan ini bagi memastikan pengoperasian semula sekolah berjalan lancar dan pembelajaran murid tidak terjejas. 2.2. SK. Pekan 11, WP. Labuan telah terlibat dalam beberapa sesi libat urus dan perbincangan bersama-sama agensi berkepentingan serta pemegang taruh berkenaan pengurusan sekolah dalam menghadapi COVID-19. SKPD telah menyediakan satu garis panduan pelan pengurusan pengoperasian semula sekolah dan disimulasikan kebolehlaksanaannya. 2.3. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan fizikal adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. 3. Objektif Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan: 3.1. Pengurusan sekolah dapat berlaku dengan lebih teratur dan lancar; 3.2. Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diutamakan semasa mereka berada di sekolah; dan 3.3. Proses PdP berlaku dalam keadaan selamat. 3
4. Tafsiran 4.1. Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada mengalami demam (suhu badan 37.5°C dan ke atas), batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas. 4.2. Bilik PdP bermaksud bilik darjah dan bilik-bilik khas yang digunakan bagi tujuan PdP. 4.3. Penjarakan fizikal bermaksud jarak antara satu individu dengan individu lain sekurang-kurangnya satu (1) meter dalam sebarang aktiviti. 4.4 Pentadbir sekolah bermaksud Guru Besar dan semua Penolong Kanan Kurikulum, HEM dan KO Kurikulum. 5. Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut: 5.1. Pentadbir Sekolah 5.1.1. Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi; 5.1.2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat; 5.1.3. Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan penjarakan fizikal; 5.1.4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan; 5.1.5. Memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPWPL, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan; 5.1.6. Memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru; 5.1.7. Melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga; dan 5.1.8. Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti Jabatan Pendidikan WP Labuan dan Jabatan Kesihatan WP Labuan. 4
5.2. Guru 5.2.1. Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran; 5.2.2. Melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa; 5.2.3. Mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial; dan 5.2.4. Memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala. 5.3. Ibu Bapa/Penjaga 5.3.1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah; 5.3.2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga; dan 5.3.3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar. 6. Pelaksanaan 6.1. Pengurusan Sekolah 6.1.1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti yang berikut: a. Kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),Jabatan Perdana Menteri dan KPM dari semasa ke semasa; b. Kehadiran murid ke sekolah mengikut keputusan yang dibuat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Murid- murid bagi tingkatan yang tidak dibenarkan hadir ke sekolah akan kekal meneruskan PdP di rumah (PDPR) sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut. 6.1.2. Waktu persekolahan bermula jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari (Isnin – Khamis) dan 7.00 pagi – 11.30 pagi (Jumaat). 6.1.3. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan. 6.1.4. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada empat (4) aspek dalam pengurusan sekolah, iaitu pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan warga sekolah, PdP, peranan ibu bapa/penjaga. 5
6.2. Pengurusan Prasarana Pentadbir bertanggungjawab: 6.2.1. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan; 6.2.2. Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, pengepam tandas, pelapik duduk tandas dan lain-lain; 6.2.3. Menyediakan satu pelan perancangan susun atur bilik-bilik PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh berfungsi dengan baik untuk PdP; 6.2.4. Memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut arahan penjarakan fizikal sebelum sekolah dibuka; 6.2.5. Memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain (body to body). Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain; 6.2.6. Memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik guru dan pejabat; 6.2.7. Memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan; 6.2.8. Memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat; 6.2.9. Memastikan bilik kesihatan dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer); 6.2.10. Menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda penjarakan fizikal dengan menggunakan pita pelekat berwarna di lokasi yang bersesuaian seperti yang berikut: a. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk rujukan; b. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke singki; c. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas kehadiran; dan 6.2.11. Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah; 6.2.12. Menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan sentiasa ditutup; 6
6.2.13. Menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, pejabat dan bilik guru; 6.2.14. Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti laluan murid, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru dan ruang menunggu sebelum sesi persekolahan bermula. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan bercetak terbitan KKM daripada laman sesawang KKM; dan 6.2.15. Meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di pintu masuk utama sekolah. 6.3. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah Pentadbir bertanggungjawab: 6.3.1. Merujuk Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac 2020 dan SOP tambahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa; 6.3.2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah. Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka sebelum sekolah dibuka semula; 6.3.3. Memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Pentadbir sekolah melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan pintu masuk utama (Laluan Murid Tahap 1) dan pintu 2 (Laluan Murid Tahap 2). Pengawal keselamatan mesti memastikan pelawat luar mengimbas My Sejahtera dan menjalani saringan suhu di pintu masuk utama sebelum dibenarkan berurusan dengan pihak sekolah. 6.3.4. Memastikan masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu badan murid yang berjalan kaki ke sekolah; 6.3.5. Guru bertugas akan bertugas untuk: a. Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan pulang; b. Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat pengimbas suhu badan; dan c. Mengawal pergerakan murid semasa rehat. 6.3.6. Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan fizikal pada setiap masa dengan pengawasan guru; 7
6.3.7. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu pagi setiap hari. Peringatan secara berterusan dilaksanakan semasa PdP; 6.3.8. Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh digunakan; 6.3.9. Memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila mereka menaiki kenderaan sekolah (bas); 6.3.10. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang disediakan. 6.3.11. Membekalkan pelitup muka kepada murid yang bergejala dan mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa mereka pulang. 6.3.12. Memastikan semua murid termasuk yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup muka. 6.3.13. Memastikan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma baharu di sekolah; 6.3.14. Memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor pembersihan, pengusaha kantin dan kontraktor keselamatan serta membuat penegasan supaya sentiasa mengingatkan pekerja mereka mengenai perkara berikut: a. Mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum memulakan tugas; b. Tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah jika bergejala; c. Mematuhi arahan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain; d. Mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci tangan dengan air bersih dan sabun). 6.3.15. Memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan WP Labuan (JKNWPL): a. Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu JKNWPL; b. Memberikan kerjasama kepada anggota JKNWPL; dan c. Mendapatkan nasihat daripada JKNWPL mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti. 8
6.4. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) PdP akan berlaku di sekolah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan mengikuti PdP di sekolah, sementara murid lain yang terkesan dan sakit akan mengikuti (PDPR). 6.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan pelaksanaan PdP: a. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP; b. Menyusun jadual PdP dengan mengambil kira bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan turut dilibatkan; c. Melakukan semakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP berdasarkan panduan Penjajaran Kurikulum 2021; d. Melaksanakan pemantauan PdP; dan e. Memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. 6.4.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah: a. Merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP yang bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh diterokai adalah seperti pembelajaran teradun (Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian; b. Merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan penjarakan sosial; c. Memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah; dan d. Memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. 6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah (PDPR) hendaklah: a. Mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat; b. Menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut; c. Mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian; d. Memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet; 9
e. Melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian; f. Menggunakan kaedah serahan bahan PdP disekolah apabila kaedah tersebut dibenarkan oleh Pendaftar JPWPL. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan (atau kaedah lain yang sesuai) yang diletakkan dalam pondok keselamatan atau lokasi khas yang selamat untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut jadual yang ditetapkan; g. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan; dan h. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serahan tangan. 6.5. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah: 6.5.1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19: a. Memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan fizikal sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan; b. Menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling; c. Menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan; d. Menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan; e. Menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin; f. Memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah; g. Menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan h. Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi. 10
6.5.2. Membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan fizikal dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan jika dibenarkan oleh KPM / MKN. 6.5.3. Membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak sekolah (jika perlu). 7. Penutup Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Semula Sekolah (G3PSS) SKPD WP. Labuan ini diharap dapat memastikan pengurusan sekolah dan proses PdP boleh beroperasi dengan lancar. Semua warga sekolah hendaklah patuh kepada peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan ini. Pentadbir akan memantau pelaksanaan pengurusan pengoperasian semula sekolah ini bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan ini. 11
12
Lampiran II JAWATANKUASA INDUK TADBIR URUS PENGURUSAN PELAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN 11, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN PENGERUSI HAJAH DAYANG DAMIT @ SAIDAH BINTI HJ MD YASSIN TIMBALAN PENGERUSI 1 GURU BESAR TIMBALAN PENGERUSI 2 HAJAH TENGKU YASMIN BINTI TENGKU IBRAHIM TIMBALAN PENGERUSI 3 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN USTAZAH FARIDAH BINTI ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN FATIMAH BINTI KASSIM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM AHLI-AHLI TETAP SEMUA PENYELARAS KELAS MUHAMMAD ARIS FARHAN BIN JAMALUDDIN – (TAHUN 1) URUS SETIA INDUK MOHAMMAD SUFIAN BIN ABDULLAH - (TAHUN 2) TEMPOH KEAHLIAN HEZRI BIN BALI – (TAHUN 3) ZULKARNAIN BIN ALI – (TAHUN 4) MOHAMMAD SAMSUDDIN BIN MOHD FAUDZI – (TAHUN 5) SYED ALWI BIN SYED MOHAMMAD – (TAHUN 6) NADIA BINTI MD YUNUS - (KP BAHASA MELAYU) SARINAH BINTI BEDDU - (KP BAHASA INGGERIS) NORLEN BINTI HJ ADENIN – (KP MATEMATIK) ROSAZILINDA BINTI AZIZ – (KP SAINS) NURUL HUDA BINTI MOHD DERUS – (KP PEND. ISLAM) NURHIDAYATI BINTI AHMAD – (KP PENDIDIKAN SENI) MOHAMMAD AFFENDI BIN ABAS - (KP PJPK) NAJI BIN NARIDIN – (KP MUZIK) MOHAMMAD MUSA BIN BAKAR – (KP TMK) RINAWATI BINTI MD YAKUP – (KP RBT) BETUS @ WINNIE GEORGE – (KP PENDIDIKAN MORAL) ZULKARNAIN BIN HJ ALI – (KP BAHASA ARAB) KANAGARAJAH A/L NADARAJAH – (KP BAHASA TAMIL) ANNA TENG HOWE YING – (KP BAHASA CINA) NORAINI BINTI AG BESAR – (KP SEJARAH) ALICE ANTHONY – (PRA GENIUS) MOHD. ALLEY DZAIHAM – (PRA INTELEK) MASTURA BINTI STEPHEN NORFADZILAH BINTI SULAIMAN SEHINGGA TAMAT TEMPOH PKPP 13
Lampiran IV AHLI JAWATANKUASA PENGOPERASIAN SEMULA SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN 11, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN PENGERUSI HAJAH TENGKU YASMIN BINTI TENGKU IBRAHIM KETUA KLUSTER PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Kluster Pelaporan Dashboard USTAZAH FARIDAH BINTI HJ ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Kluster Kesiapsiagaan Sekolah MASTURA BINTI STEPHEN Kluster Pergerakan Guru dan Murid NORFADZILAH BINTI SULAIMAN ke Sekolah MUHAMMAD ARIS FARHAN BIN JAMALUDDIN MUHAMMAD HAFIZ BIN HASHIM Kluster Keselamatan dan Kesihatan Kluster Bilik SAL & PIBKS NADIA BINTI MD YUNUS Kluster Garis Panduan dan FAQ SARINAH BINTI BEDDU Kluster Lawatan dan Pemantauan NORLEN BINTI HJ ADENIN Sekolah ROSAZILINDA BINTI AZIZ RINAWATI BINTI MD YAKUP NORHIDAYATI BINTI AHMAD BETUS @ WINNIE GEORGE NURUL HUDA BINTI MD DERUS ANNA TENG HOWE YING NORAINI BINTI AG BESAR MUSLIM BIN MUSA TAJUDDIN BIN ABDUL GHANI MOHAMMAD MUSA BIN BAKAR MOHAMMAD SAMSUDDIN BIN MOHD FAUDZI KANAGARAJAH A/L NADARAJAH HENDRY BIN GAMBIAS NUR LIYANA BINTI AZERAN SARAH WAHEEDA BINTI ZAINAL ABIDIN FATIMAH BINTI HJ MOHAMMED AMER LYSSA LYNN BINTI JIMIN VICTORIA PAULA ANAK PETER MOHAMMAD AFENDI BIN ABAS THAM QIN SHU MOHAMMAD SAIFUL BIN SAMSURI MOHAMMAD AZAHAN BIN ABD GHANI SANDRAH BINTI DAUPIN ZULIANAH BINTI HAMIDON NORAIN BINTI MD SALLEH HABAH BINTI DOLLAH HAJAH TENGKU YASMIN BINTI TENGKU IBRAHIM MARIA BINTI MOKHSEIN EVELYN MIUN @ EVELYN AMBROSE USTAZAH FARIDAH BINTI HJ ABD RAHMAN FATIMAH BINTI KASSIM SYED ALWI BIN SYED MOHAMMAD ZULKARNAIN BIN ALI HEZRI BIN BALI MOHAMMAD SUFIAN BIN ABDULLAH 14
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BUKA PERSEKOLAHAN 2021 PERATURAN AM MURID 1. Semua murid digalakkan memakai pelitup muka pada setiap masa. 2. Semua murid mesti mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa. 3. Sentiasa membersihkan tangan dengan sanitizer atau sabun dengan kerap. 4. Amalkan cara batuk dan bersin yang betul. 5. Sila beritahu dengan guru jika sakit atau tidak sihat. 6. Jauhkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut. 7. Murid tidak dibenarkan merayau-rayau tanpa urusan yang munasabah. 8. Murid perlu sentiasa berada di dalam kelas masing-masing. 9. Murid perlu sentiasa mematuhi peraturan pergerakan pelajar. 15
1.0 SOP PERGERAKAN MURID 1.1 PERATURAN DARI PINTU PAGAR UTAMA KE KELAS SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI PAGAR SEKOLAH A. LALUAN MASUK MURID 1. Murid Tahap 1 akan masuk ke dalam kawasan sekolah melalui pintu pagar utama dekat Pondok Pengawal dan berjalan mengikut laluan terarah yang telah ditetapkan menuju ke kelas. Jarak antara murid mestilah 1m mengikut penandaan yang dibuat. 2. Pintu pagar kecil sebelah kiri dekat Kolam Ikan adalah laluan terarah murid Tahp 2 sahaja. B. DEPAN PINTU PAGAR 1. Guru bertugas akan mengambil suhu badan murid mengikut kaunter kelas masing-masing. Murid yang suhu badannya 37.5 0C ke atas akan diminta rehat sebentar sebelum suhu diambil sekali lagi. Jika suhu masih mencatatkan 37.5 0C ke atas, murid tersebut akan diletakkan di Bilik Isolasi dan waris akan dihubungi bagi mengambil pulang anak mereka. Waris perlu mendapatkan rawatan serta merta di klinik kesihatan berdekatan. 2. Murid dan guru dikehendaki memakai „face mask‟ setiap hari sebelum masuk ke kawasan sekolah. 3. Murid dan guru perlu mencuci tangan dengan menggunakan „hand sanitizer‟ yang disediakan di kaunter pengambilan suhu badan. 4. Guru bertugas akan mencatatkan suhu badan murid dan guru di dalam borang senarai nama yang disediakan. 5. Murid akan terus mengikut laluan terarah yang telah ditetapkan ke kelas masing-masing bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Jarak 1m antara murid perlu dikekalkan sepanjang laluan ke kelas. 6. Tiada perhimpunan diadakan sepanjang sesi persekolahan. *Bagi murid yang hadir awal ke sekolah (sebelum pukul 6.00 pagi), mereka perlu berada dalam kawasan menunggu yang ditetapkan. Pengambilan suhu badan akan bermula pada pukul 6.15 pagi. 16
1.2 LALUAN PERGERAKAN MURID DARI PAGAR KE KELAS 1.3 PELAN LANTAI PERGERAKAN DI JALAN RAYA KE KELAS 17
1.4 PELAN LANTAIPERGERAKAN DI TINGKAT SATU DAN DUA 18
2.0 PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM KELAS Guru Bertanggungjawab: 1. Guru Kelas 1 dan Guru Kelas 11 2. Guru Matapelajaran Peraturan: 1. Murid dikehendaki masuk mengikut pintu hadapan dan keluar mengikut pintu belakang pada setiap masa. 2. Murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing pada setiap masa. (mengikut pelan kedudukan murid) 3. Murid mesti sentiasa mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa. 2.1 SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI DALAM BILIK DARJAH 1. Memastikan Murid telah melalui saringan suhu badan di depan pintu pagar sekolah sebelum masuk ke bilik darjah. 2. Murid digalakkan sentiasa memakai pelitup muka. 3. Mencuci tangan dengan „hand sanitizer‟ sebelum masuk ke bilik darjah. 4. Masuk melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu belakang bilik darjah. 5. Mencuci tangan dengan „hand sanitizer‟ jika menyentuh suis lampu, kipas dan tombol pintu. 6. Penjarakan sosial 1 meter di antara murid. 7. Duduk di tempat masing-masing. Murid tidak dibenarkan bertukar tempat duduk. 8. Mengelap meja masing-masing menggunakan cecair pencuci yang disediakan setiap kali masuk ke dalam bilik darjah. 9. Murid diwajibkan duduk dan makan di tempat sendiri di dalam bilik darjah pada waktu rehat. 10. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran bilik darjah. 11. Membuang sisa makanan ke dalam tong sampah bertutup yang disediakan. 12. Semua aktiviti bilik darjah perlu dilaksanakan secara individu dan tidak boleh berkumpulan. 19
2.2 PELAN LANTAI KEDUDUKAN MURID DALAM KELAS IN OUT * Penjarakan 1 meter bagi setiap murid 20
2.3 CARTA ALIR DI DALAM KELAS CARTA ALIR PEMATUHAN MURID DALAM BILIK DARJAH Murid dan guru telah melakukan saringan suhu badan sebelum masuk ke dalam bilik darjah. Masuk ke dalam bilik darjah menggunakan pintu hadapan dan keluar melalui pintu belakang. Murid duduk di tempat masing-masing mengikut pelan tempat duduk yang telah ditetapkan. Penjarakan sosial antara murid ialah 1 meter. Aktiviti belajar adalah secara individu. Alir masuk murid mengikut anak panah MERAH (IN) Alir keluar murid mengikut anak panah MERAH (OUT) INFO SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID19 Pelan Kelas, Senarai nama murid dan SOP Langkah pencegahan covid 19 di dalam bilik darjah telah di tampal pada papan kenyatan. Pita Keselamatan dipasang pada Meja dan kerusi disusun mengikut kerusi dan meja lebih di dalam ikut penjarakan soaial 1 meter di bilik darjah. 21
2.4 INFO GRAFIK LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID19 DI SEKOLAH 22
3.0 PERATURAN KETIKA BERADA DI KANTIN Guru Bertanggungjawab: 1. Guru Bertugas (Kantin) 2. Guru Pengawas 3. Guru Disiplin 4. Pengawas Bertugas Peraturan: 1. Murid akan pergi dan balik dari kantin mengikut laluan yang telah ditetapkan. 2. Murid wajib berbaris di tanda yang telah ditetapkan 3. Terdapat dua barisan di kaunter utama. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. 4. Terdapat dua barisan di kaunter jualan kuih muih dan air. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. 5. Semua makanan dijual dalam bungkusan. 6. Murid tidak dibenarkan makan di kantin. 7. Murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas sahaja. 8. Murid perlu sentiasa menjaga jaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa. 9. Murid hendaklah mencuci tangan sebelum dan selepas makan. 10. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan atau minuman. 23
3.1 SOP DI KANTIN 3.2 PERATURANDI KANTIN (SOP OPERASI KANTIN) . 1. Kantin akan mula dibuka 7:00 pagi. 2. Dua menu akan disediakan untuk Murid setiap hari. Senarai menu beserta harga akan ditampal di setiap kelas dan melalui online oder. Hanya air mineral yang akan dijual kepada Murid. 3. Guru bertugas akan mengambil pesanan makanan/minuman beserta bayaran pada setiap pagi dan pada waktu rehat. 4. Murid tidak dibenarkan ke kantin tanpa kebenaran guru bertugas. 5. Hanya dibenarkan lima orang Murid ke kantin untuk mengambil makanan/minuman pada waktu rehat. 6. Murid perlu mengikut laluan yang telah disediakan untuk ke kantin. 7. Makanan akan siap dibungkus mengikut jumlah pesanan dan diletakkan di atas meja luar mengikut label kelas masing- masing. 8. Murid akan makan di kelas masing-masing. 9. Guru dibenarkan makan di “SCafe” pada bila-bila masa. 10. Ruang makan guru di bilik makan hanya untuk guru mengambil makanan sahaja. 11. Guru dibenarkan makan di ruang makan “SCafe” (Senandong Café) yang telah ditanda jarak. 12. Hanya 5 orang guru dibenarkan untuk mengambil makanan di kantin pada satu-satu masa. 13. Beratur sekurang- kurangnya dalam jarak satu meter ketika membuat bayaran atau memesan makanan di kaunter. 14. Guru hendaklah mengikut laluan yang telah di label untuk ke kantin. 15. Pembungkus makanan/sisa makanan Murid di kelas hendaklah dimasukkan ke dalam plastic. 24
3.3 PELAN LANTAI DI KANTIN 25
3.4 PILIHAN MAKANAN 3.5 GAMBAR PILIHAN 2 MURID MAKAN DALAM KELAS 26
4.0 PERATURAN PERGI KE TANDAS 4.1 PERATURAN PERGI KE TANDAS Guru bertanggungjawab: 1. Guru matapelajaran. 2. Guru Disiplin. Peraturan: 1. Hanya 4 orang murid lelaki dan 4 orang perempuan dibenarkan pergi ke tandas pada satu-satu masa untuk satu kelas. 2. Murid dikehendaki mengikut tanda arah yang telah ditentukan untuk pergi dan balik dari tandas. 3. Sila ambil kad untuk berada dalam tandas. 4. Jika kad telah habis murid sila tunggu di luar untuk mengelakan ramai murid berada dalam tandas. 5. Sentiasa kekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter. 6. Cuci tangan dengan sabun sebelum meninggalkan tandas. 27
4.2 SOP DI TANDAS 4.3 PERATURAN DI DALAM BILIK SELESA SOP LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 BILIK SELESA 1. Hanya 4 orang dibenarkan berada di dalam bilik Selesa pada satu- satu masa. Murid menyangkutkan tag keluar kelas pada pintu tandas bagi menunjukkan terdapatnya murid dalam tandas. 2. Murid-murid dikehendaki menunggu giliran di luar bilik selesa, dan berdiri di tepi koridor dalam penjarakan sosial 1 meter. Sila beratur di garisan merah yang telah disediakan. 3. Murid diminta agar tidak terlalu lama berada di dalam bilik selesa. Beri peluang kawan- kawan lain menggunakan bilik selesa. 4. Cuci dan bersihkan tangan sebelum dan selepas menggunakan bilik selesa. 5. Murid dikehendaki terus balik ke kelas. Elakkan berbual-bual dengan rakan yang dikenali. Digalakkan memberi salam di antara satu sama lain dalam keadaan berpelitup muka. 4.4 GAMBAR DI TANDAS 28
5.0 PROSEDUR UNTUK MURID HADIR DAN BALIK DARI SEKOLAH 5.1 PROSEDUR UNTUK MURID HADIR DAN BALIK DARI SEKOLAH Guru Bertanggungjawab: 1. Ketua Guru Pengawas : Cikgu ………………………………………….. 2. Penolong Guru Pengawas : Cikgu ……………………………………… 3. Guru Kelas 1 & 2 (Mengikut jadual giliran bertugas) 4. Guru Bertugas Mingguan 5. Guru Bimbingan & Kaunseling 6. Guru Disiplin Peraturan: 1. Murid hadir ke sekolah melalui pintu pagar utama untuk Tahap 1 dan pintu 2 untuk Tahap 2. 2. Guru pengawas dan guru bertugas menjaga pagar akan membuat penjarakan sosial (1 meter) dan mengarahkan murid untuk diambil suhu badan oleh guru bertugas. 3. Murid mencatat bacaan suhu di dalam buku kehadiran mengikut kelas masing-masing. 4. Murid yang telah diambil suhu badan dan didapati normal diarahkan masuk ke kelas mengikut laluan yang telah ditetapkan (anak panah merah). Murid yang didapati melebihi suhu 37.5 akan diarahkan menunggu di Bilik Isolasi sementara guru kelas 1/ guru kelas 2 akan menghubungi ibu bapa untuk menjemput murid berkenaan seterusnya membawa anak jagaan masing-masing ke klinik. 5. Murid pulang dari sekolah mengikut laluan yang telah ditetapkan. (anak panah merah). 6. Murid perlu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sekurang- kurangnya 1 meter. 7. Guru Disiplin perlu memastikan prosedur ini diikuti oleh murid. 29
5.2 INFO GRAFIK PANDUAN SEBELUM, SEMASA DAN PULANG DARI SEKOLAH 6.0 LANGKAH KESELAMATAN 30
6.1 PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK KHAS Guru Bertanggungjawab: 1. Guru Disiplin. 2. Guru Matapelajaran. Peraturan: 1. Murid dikehendaki berbaris pada jarak 1 meter antara pelajar sebelum memasuki bilik khas. 2. Murid dikehendaki masuk mengikut pintu hadapan dan keluar mengikut pintu belakang pada setiap masa. 3. Murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing pada setiap masa mengikut pelan yang telah ditetapkan. 4. Murid mesti sentiasa mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa. 6.2 PERATURAN KETIKA BERURUSAN DI PEJABAT Pegawai Bertanggungjawab: 1. Pembantu Tadbir Pejabat 2. Pembantu Operasi Peraturan: 1. Murid atau pelawat perlu beratur di luar pejabat pada jarak 1 meter antara murid pada setiap masa. 2. Hanya seorang murid atau pelawat sahaja dibenarkan berurusan pada satu-satu masa. 3. Murid atau pelawat perlu memakai pelitup muka sewaktu membuat urusan di pejabat. 7.0 SOP DI MAKMAL SAINS 7.1 PERATURAN DI MAKMAL SAINS 1. Beratur dalam jarak 1meter antara satu sama lain semasa di luar makmal (ketika guru tiada di dalam makmal 2. Sanitasi tangan di pintu masuk sebelum masuk ke makmal dan terus bergerak ke dalam makmal 3. Menggunakan pelitup mulut dan hidung (face mask) pada setiap masa 4. Dilarang duduk tempat yang bertanda “X” . 5. Semasa melakukan eksperimen pastikan jarak 1 meter di patuhi pada setiap masa 6. Mematuhi semua peraturan makmal dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal sedia ada PERGERAKAN 1. Murid hendaklah berbaris di luar makmal sebelum masuk ke makmal mengikut garisan jarak 1 meter yang disediakan 2. Murid masuk mengikut anak panah “masuk” seperti yang disediakan. 3. Murid duduk di kerusi yang telah disediakan. 4. Setiap meja makmal hanya dibenarkan 4 orang Murid. 5. Kerusi yang disediakan tidak boleh dialihkan . 6. Setelah selesai kelas, Murid hendaklah keluar mengikut anak panah “keluar” seperti yang disediakan 7. Murid keluar mengikut pintu yang ditanda “keluar” sahaja. 31
7.2 PELAN LANTAI DI MAKMAL SAINS 32
7.3 SOP DI MAKMAL KOMPUTER 7.3 PERATURAN DI MAKMAL KOMPUTER LANGKAH PENCEGAHAN 1. Semua murid yang akan masuk ke makmal komputer telah melepasi pemeriksaan suhu badan di pintu masuk utama sekolah. 2. Murid yang bergejala diwajibkan memakai pelitup muka (face mask). 3. Murid digalakkan sentiasa memakai pelitup muka (face mask). 4. Murid perlulah sentiasa menjaga kebersihan tangan, kerap membasuh tangan atau menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer) 5. Satu meja untuk mencuci tangan menggunakan hand sanitizer disediakan di pintu masuk ke makmal komputer. PERGERAKAN 1. Murid hendaklan berbaris di luar makmal komputer sebelum masuk ke makmal computer mengikut garisan jarak 1m yang disediakan. 2. Murid masuk mengikut anak panah „in‟ (berwarna merah). 3. Murid duduk di kerusi yang telah ditanda dengan tape merah sahaja. 4. Hanya dibenarkan jumlah maksima seramai 20 orang murid berada dalam makmal komputer untuk satu tempoh masa dan setiap barisan meja hanya dibenarkan 4 orang murid sahaja. 5. Kerusi yang disediakan tidak boleh dialihkan. 6. Setelah selesai tugasan, murid hendaklah keluar mengikut anak panah „out‟ (berwarna merah). 7. Murid keluar mengikut laluan sebelah kiri pintu yang ditanda „out‟ sahaja. 33
7.4 PELAN LANTAI DI MAKMAL KOMPUTER Penunjuk arah masuk dan keluar di dalam makmal komputer. Tanda X menunjukkan bahagian meja yang perlu dikosongkan. Murid hanya duduk di tempat yang telah ditetapakan. 34
8.0 SOP DI BENGKEL RBT 8.1 PERATURAN DI BENGKEL RBT LANGKAH PENCEGAHAN COVID 19 1. Penjarakkan sosial 1meter antara Murid di dalam bengkel 2. Murid beratur untuk masuk bengkel dengan jarak 1m 3. Mencuci tangan dengan „hand sanitizer‟ sebelum masuk ke bengkel 4. Masuk dan keluar bengkel mengikut arah panah yang ditanda di lantai bengkel 5. Duduk di tempat duduk masing-masing. MURID tidak dibenarkan mengubah kedudukan 6. Semua aktiviti secara individu 7. Murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan bengkel selesai Pdpc. 35
7.2 PELAN LANTAI LALUAN MURID DI BENGKEL RBT - ANAK PANAH ARAH LALUAN KELUAR MASUK KAWASAN LALUAN MURID - PENJARAKAN MEJA MURID DENGAN 1 MEJA SEORANG 1 METER 36
8.0 SOP DI PUSAT SUMBER 8.1 PERATURAN DI PUSAT SUMBER 1. Murid hanya dibenarkan masuk pada waktu rehat sahaja 2. Hanya 20 orang murid sahaja boleh berada di dalam Pusat Sumber pada satu-satu masa 3. Semua murid wajib membersihkan tangan dengan menggunakan hand sanitizer yang disediakan 4. Murid hendaklah beratur mengikut garisan yang telah ditetapkan 5. Setiap murid wajib mencatat nama penuh, kelas serta mencatat nombor meja yang digunakan bagi tujuan sanitasi selepas penggunaan 6. Semua murid diingatkan agar mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam usaha membendung Covid 19 #STAY SAFE #KITA JAGA KITA 37
8.2 PELAN LANTAI DI PUSAT SUMBER 38
8.3 PELAN LANTAI BILIK TAYANGAN 39
9.0 SOP DI BILIK SENI 9.1 PERATURAN DI BILIK SENI 1. Sila duduk di tempat yang dibenarkan/ditandakan sahaja. 2. Murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan kerusi yang asal. 3. Amalkan penjarakan sosial 1 meter pada setiap masa. 4. Murid akan dipantau dan dibimbing oleh guru secara individu mengikut giliran. 5. Murid diminta meletakkan semula segala peralatan di tempat asal setelah digunakan. 6. Gunakan Hand Sinitizer yang disediakan. 7. Murid perlu meminta kebenaran untuk bergerak dari tempat duduk ke tempat lain sekiranya perlu. 40
9.2 PELAN LANTAI DI BILIK SENI 41
9.3 PELAN LANTAI BILIK MUZIK 42
9.5 PELAN LANTAI BILIK PEMULIHAN 43
9.6 PELAN LANTAI BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING 44
45
PLAN LANTAI PRASEKOLAH GENIUS RUANG IN DAPUR OU OU RUANG TT MAKAN OUT IN Meja murid Pintu Pintu gerbang Tingkap Meja Guru Papan Tulis 46
9.8 PELAN LANTAI PRA SEKOLAH INTELEK PELAN BANGUNAN PRASEKOLAH 47
PELAN AKSES MURID 48
PELAN PERGERAKAN MASUK MURID PRA INTELEK PELAN PERGERAKAN KELUAR MURID PRA INTELEK 49
INFO GRAFIK MEMBENTERAS PENULARAN COVID 19 50
Search