PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 CINTAKAN SUNNAH RASULULLAH SAW BIDANG ADAB
OBJEKTIF 1. Menyatakan pengertian Sunnah Rasulullah SAW. 2. Membaca Dalil Naqli yang berkaitan berpegang dengan Sunnah Rasulullah SAW. 3. Menerangkan Sunnah Rasulullah SAW dari aspek perkataan dan perbuatan. 4. Merumuskan kepentingan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. 5. Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Perhati dan baca.
Bercakap perkara- Menjadi anak soleh. perkara baik. Menuntut ilmu. Membaca Al-Quran. Menghormati ibubapa.
Baca dan faham.
Mengeratkan Menjaga kebersihan. Mengasihi ibubapa. silaturrahim. Makan tangan kanan. Menutup aurat. Berbakti kepada ibubapa.
Apa itu Sunnah?
Pengertian Sunnah Rasulullah SAW Sesuatu yang bersumberkan daripada Rasulullah SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, sifat serta akhlak yang diberitakan oleh sahabat Baginda.
DALIL NAQLI Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah… (Surah Al Hasyr: 7)
Sunnah Perkataan Semua ucapan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk suruhan, larangan serta galakan.
1. Kelebihan Membaca Al-Quran Daripada Abu Umamah R.A katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda , : Hendaklah kamu semua membaca al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat memberikan Syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Jauhkan Sifat Sombong Dan Bangga Diri. Daripada Harisah bin Wahab R.A : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda , : Mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka? Mereka ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sunnah Perbuatan Segala perbuatan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh sahabat Baginda.
1. Mengutamakan Anggota Kanan Diriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa beliau berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW suka memulakan dengan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci. (Muttafaqun Alaih)
2. Merendah Diri Anas Bin Malik R.A menceritakan bahawa Rasulullah SAW sendiri merendah diri dan terlebih dahulu memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai walaupun kanak-kanak. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Menggosok Gigi Diriwayatkan daripada Huzaifah R.A bahawa beliau berkata : Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur, Baginda menggosok giginya dengan menggunakan Siwak atau kayu sugi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
KEPENTINGAN 1. Menjadi bukti kecintaan MENGAMALKAN kepada Rasulullah SAW. SUNNAH 2. Mendapat Syafaat Rasulullah RASULULLAH SAW di Akhirat. SAW 3. Terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai. 4. Membentuk umat berperibadi mulia. 5. Menjadikan diri lebih beristiqamah dalam Ibadah.
Sentiasa ikut Sunnah
RUMUSAN Orang yang beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW akan menjadikannya lebih berakhlak mulia.
JUWAIRIAH AZ SEKIAN. TERIMA KASIH. ��� CINTAKAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Search
Read the Text Version
- 1 - 20
Pages: