Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAPORAN T6 GLORIOUS 21

LAPORAN T6 GLORIOUS 21

Published by Nurul Atikah Idris, 2021-02-17 04:39:28

Description: LAPORAN T6 GLORIOUS 21

Search

Read the Text Version

MINIT MESYUARAT & LAPORAN PROGRAM T6 GLORIOUS 21 KURIKULUM HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM

Tarikh KURIKULUM Hari Masa : 31 Januari 2021 Tempat : Ahad Medium : 2:00 petang Kehadiran : Kediaman masing-masing : Google Meet http://meet.google.com/mqc-edim-gjc : 1. Pn Hjh Dayang Damit @ Saidah bt Hj Mohd Yassin 2. Pn Hjh Tengku Yasmin binti Tengku Ibrahim 3. Puan Farida binti Hj Abdul Rahman 4. Pn Fatimah binti Kassim 5. Pn Mariah bt Moksin 6. En Syed Alwi bin Syed Mohamad 7. En Muhammad Azhan bin A Ghani 8. Pn Nadia bt Md Yunus 9. En Mohammad Musa bin Bakar 10. Pn Nur Lyana binti Azeran 11. En Mohammad Saiful bin Samsuri 12. Pn Nurul Atikah binti Edris 13. Pn Sarinah bt Beddu 14. Pn Rosazilinda binti Aziz 15. Pn Norlen bt Hj Adinin 16. Cik Norfadzilah binti Sulaiman 17. Semua murid Tahun 6

Agenda Perkara Tindakan 1.0 UCAPAN DAN TAKLIMAT GURU BESAR 1.0 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua barisan pentadbir, Makluman: guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Semua guru, Semua murid 1.1 Guru Besar sangat berpuas hati dengan penampilan murid yang Tahun 6 terlibat. Murid mengenakan uniform sekolah yang lengkap. Guru Besar meminta murid sentiasa mengikuti PdPR tahun 6 untuk persediaan ke Tingkatan 1. 1.2 Guru Besar membacakan analisis peperiksaan akhir tahun bagi murid tahun 5 sesi 2020. Subjek A B C D Jumlah murid lulus Peratus lulus B. Melayu 42 15 11 8 76 64.41 B. Inggeris 18 14 16 15 63 53.39 Matematik 19 23 23 10 75 63.56 Sains 8 14 33 12 67 56.78 Mendapat 4A = 4 orang murid Mendapat 3A = 8 orang murid Mendapat 2A = 13 orang murid Mendapat 1A = 21 orang murid Menguasai semua kemahiran = 50 orang murid Menguasai setengah kemahiran = 38 orang murid Tidak menjawab latihan berfokus = 25 orang murid (21.19%) 1.3 Guru besar menyatakan perasaan dukacita terhadap murid yang tidak menjawab latihan berfokus walaupun terlah diberitahu dan diminta membuat persediaan. Guru Besar berharap murid-murid tahun 6 dapat memberi komitmen sepenuhnya dan mengikuti kelas PdPR pada tahun ini. Murid yang mempunyai kekangan untuk mengikuti PdPR perlu memberitahu guru subjek dan guru kelas. 1.4 Guru Besar percaya murid-murid tahun 6 mempunyai kemahiran dan kebolehan luar biasa untuk meningkatkan prestasi akademik dan prestasi dari aspek-aspek lain. 2.0 PROGRAM UNIT KURIKULUM 2.1 Penolong Kanan Kurikulum meminta semua murid diminta isi Makluman: kehadiran google form sebelum mula kelas PdPR. Murid diingatkan Semua guru, untuk mencatat mata pelajaran, masa dan nama guru yang betul. Murid Tahun 6 Penglibatan dalam PdPR adalah wajib. Murid yang tidak mengikuti PdPR dikira seperti ponteng kelas bersemuka.

2.2 Perancangan Program Unit Kurikulum untuk murid Tahun 6: Tindakan:  Reaching To The Stars Semua guru,  Shinning Stars Murid Tahun 6  Dual Subjects Intervention (DSI Programme)  Early Birds  Zoom A 2.3 Tujuan utama program unit kurikulum ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran. Semua murid tahun 6 diharapkan dapat melibatkan diri dengan aktif apabila program dijalankan. 3.0 LAPORAN DAN PROGRAM PANITIA BAHASA MELAYU 3.1 Ketua Panitia Bahasa Melayu memperkenalkan guru Bahasa Makluman: Melayu Tahun 6 dan memberitahu target panitia Bahasa Melayu untuk Semua guru, tahun ini. Murid Tahun 6 3.2 Cikgu Nadia memberi rumusan data penglibatan murid dalam Tindakan: PdPR sejak 20 Januari 2021. Semua guru Bahasa  6 Genius: hampir semua mengikuti Melayu, Murid  6 Intelek: 15 orang murid Tahun 6  6 Cemerlang: 10 orang murid  6 Bijaksana: 3 orang murid 3.3 Cikgu Nadia meminta murid-murid 6 Genius dan 6 Intelek untuk memantapkan kemahiran menulis karangan. Murid-murid juga digalakkan membaca isu semasa bagi memudahkan penulisan isi karangan. 3.4 Berdasarkan respon dari guru Bahasa Melayu kelas Cemerlang dan Bijaksana, ramai murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca sukukata dan kemahiran menulis. Ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak tahun 6 untuk membaca dan menulis. 3.5 Perancangan Program Panitia Bahasa Melayu untuk murid Tahun 6:  Program \"Pecahkan ruyung, dapatlah sagunya\"  Program \"Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang\"  Program \"Jangan Tinggal Kami\"  Program \"TUTIK\" 3.6 Murid Tahun 6 diharapkan dapat memberi kerjasama untuk

mengikuti kelas dan program sepanjang PdPR ini. 4.0 LAPORAN DAN PROGRAM PANITIA BAHASA INGGERIS 4.1 Ketua Panitia Bahasa Inggeris memperkenalkan guru Bahasa Makluman: Inggeris Tahun 6 dan memberitahu target panitia Bahasa Inggeris untuk Semua guru, tahun ini. Murid Tahun 6 4.2 Cikgu Sarinah memberi rumusan data penglibatan murid dalam Tindakan: PdPR sepanjang Januari lepas. Semua guru Bahasa  6 Genius: 28 orang murid Inggeris, Murid  6 Intelek: 23 orang murid Tahun 6  6 Cemerlang: 21 orang murid  6 Bijaksana: 13 orang murid 4.3 Perancangan Program Panitia Bahasa Inggeris untuk murid Tahun 6:  Program Nilam Senior  Program MyVocab  Program English Superhero  Program Mentor Mentee B. Inggeris 4.4 Murid Tahun 6 diharapkan lebih berdisiplin untuk mengikuti kelas dan program sepanjang PdPR ini. 5.0 LAPORAN DAN PROGRAM PANITIA MATEMATIK 5.1 Ketua Panitia Matematik memperkenalkan guru Matematik Tahun Makluman: 6 dan memberitahu target panitia Matematik untuk tahun ini. Semua guru, Murid Tahun 6 5.2 Cikgu Norlen memberi rumusan data penglibatan murid dalam PdPR sejak 20 Januari 2021. Tindakan: Semua guru  6 Genius: 25 orang murid Matematik,  6 Intelek: 26 orang murid Murid Tahun 6  6 Cemerlang: 27 orang murid  6 Bijaksana: 12 orang murid 5.3 Perancangan Program Panitia Matematik untuk murid Tahun 6:  Program Sifu Sifir  Program Glorious „Mantul Maths‟  Program Superstar Matematik  Program Junior Math

5.4 Murid Tahun 6 diingatkan untuk menghafal sifir dan sentiasa rujuk video atau bahan yang dikongsi oleh guru. Murid juga diingatkan untuk membuat latihan matematik sekurang-kurangnya satu soalan setiap hari. 6.0 LAPORAN DAN PROGRAM PANITIA SAINS 6.1 Ketua Panitia Sains memperkenalkan guru Sains Tahun 6 dan Makluman: memberitahu target panitia Sains untuk tahun ini. Semua guru, Murid Tahun 6 6.2 Cikgu Rosazilinda memberi rumusan data penglibatan murid dalam PdPR sejak 20 Januari 2021. Tindakan: Semua guru  6 Genius: 29 orang murid Sains, Murid  6 Intelek: 24 orang murid Tahun 6  6 Cemerlang: 20 orang murid  6 Bijaksana: 12 orang murid 6.3 Perancangan Program Panitia Sains untuk murid Tahun 6:  Program Go.. Glorious Tahun 6  Program Nota Meja Bergerak 6.4 Murid Tahun 6 diingatkan untuk lebih fokus dan serius semasa belajar. 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Program yang dirancang perlu dijadualkan dan dimurnikan. Perlu Tindakan : ada matlamat yang berfokus kepada keberhasilan akademik murid. Ketua Panitia, Guru subjek. 7.2 Program yang dirancang akan dijalankan secara bersemuka sekiranya sekolah dibuka. Diharapkan semua guru subjek dan Ketua Tindakan : Panitia ambil tindakan dengan sewajarnya bagi menjayakan program Guru B. setiap panitia. Melayu, Guru B. Inggeris, 7.3 Program NILAM akan dijalankan secara dalam talian sepanjang Guru Pusat PdPR ini. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan bekerjasama Sumber dengan Guru Pusat Sumber dalam mengendalikan program NILAM. 7.4 Pemantauan PdPc akan dijalankan mengikut jadual pemantauan. Tindakan : Guru diminta menghantar link google meet kepada Guru Besar. Semua guru Pemantauan akan dilakukan melalui medium pembelajaran dalam talian sepanjang PdPR.

8.0 PENUTUP 8.1 Puan guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Makluman: guru dan murid yang hadir. Semoga program ini berjalan dengan baik. Semua guru, Semua murid 8.2 Murid dinasihatkan untuk membuat perubahan dan menukar cara Tahun 6 pemikiran. Murid juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan semasa di rumah. 8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:30 petang. Disediakan oleh, …………………………… (NUR LIYANA BINTI AZERAN) Setiausaha Kurikulum SK Pekan II, WP Labuan Disemak oleh, ……………………………… (HJH TENGKU YASMIN BT TENGKU IBRAHIM) Penolong Kanan Pntadbiran SK Pekan II,WP Labuan Disahkan oleh, …………………………………………………………….. (HJH DAYANG DAMIT@SAIDAH BT MOHD YASSIN) Guru Besar SK Pekan II, WP Labuan

HAL EHWAL MURID Tarikh : 31 Januari 2021 (Ahad) Masa : 2.30 – 4.30 petang Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet) Pengerusi : Pn Hjh Dayang Damit @ Saidah bt Hj Mohd Yassin Hadir: 18. Pn Hjh Dayang Damit @ Saidah bt Hj Mohd Yassin 19. Pn Hjh Tengku Yasmin binti Tengku Ibrahim 20. Puan Farida binti Hj Abdul Rahman 21. Pn Fatimah binti Kassim 22. Pn Mariah bt Moksin 23. En Syed Alwi bin Syed Mohamad 24. En Muhammad Azhan bin A Ghani 25. Pn Nadia bt Md Yunus 26. En Mohammad Musa bin Bakar 27. Pn Nur Lyana binti Azeran 28. En Mohammad Saiful bin Samsuri 29. Pn Nurul Atikah binti Edris 30. Pn Sarinah bt Beddu 31. Pn Rosazilinda binti Aziz 32. Pn Norlen bt Hj Adinin 33. Cik Norfadzilah binti Sulaiman 34. Semua murid Tahun 6 Tidak hadir: 1. -

Agenda :  Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi  Perkara-perkara berbangkit  Taklimat Perancangan Aktiviti Unit Hal Ehwal Murid  Hal-hal lain 1.0 Ucapan Pengerusi  Guru Besar mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pentadbir, guru dan murid yang hadir ke Taklimat Program T6 Glorious.  Guru Besar memaklumkan bahawa murid perlu bersama-sama menaikkan prestasi sekolah sekiranya terdapat peperiksaan UPSR kelak.  Guru Besar juga berharap lebih ramai murid dapat menonjolkan bakat yang terpendam pada tahun ini memandangkan ini merupakan tahun terakhir mereka bergelar murid SK Pekan Dua.  Tahun lepas (2020), seramai enam orang murid telah disasarkan untuk mencapai semua A dalam peperiksaan UPSR. Malangnya, peperiksaan itu terpaksa dibatalkan akibat Pandemik Covid-19.  Maka, murid pada tahun ini perlu lebih bersemangat dan mengikuti semua kelas dalam talian mahu pun luar talian yang dijalankan oleh pihak sekolah mengikut subjek dan jadual yang telah ditetapkan dengan baik dan aktif.  Murid-murid yang tidak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan berjumpa dengan Bonda (Guru Besar) sebaik sahaja sesi persekolahan secara bersemuka bermula kelak.  Murid-murid juga dinasihatkan agar lebih berdisiplin dan serius dalam mengikuti kelas PdPR yang dijalankan buat masa sekarang memandangkan tiada kelas secara bersemuka yang dijalankan.  Terdapat program bacaan NILAM yang akan dijalankan, melibatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Murid-murid digalakkan untuk membaca lebih banyak bahan bacaan terutamanya pada masa sekarang. Tindakan : Semua murid

2.0 Perkara berbangkit Tiada perkara berbangkit. 3.0 Taklimat Perancangan Aktiviti Unit Hal Ehwal Murid  Unit Hal Ehwal Murid telah merancang beberapa program bagi kemaslahatan semua murid terutamanya murid-murid Tahun 6. Antara program yang telah dirancang adalah: o Maitah ke PdPR / Sekolah  Murid perlu memastikan mereka hadir dan terlibat secara aktif dalam sesi PdPR mahupun secara bersemuka di sekolah.  Guru subjek akan mencatat kehadiran murid dan penglibatan murid dalam PdPR atau sesi persekolahan setiap hari.  Senarai nama murid yang sering tidak melengkapkan kerja atau tidak melibatkan diri secara aktif akan diberikan kepada guru kelas dan seterusnya diserahkan kepada PK HEM.  Murid yang tidak menghadiri sesi PdPR dikira seperti ponteng atau pun tidak hadir ke sekolah.  Murid terlibat akan dihantar ke sesi kaunseling secara bersemuka atau atas talian untuk intervensi yang berkaitan.  Sekiranya tiada perubahan setelah itu, tindakan tegas akan diambil ke atas murid berkenaan. o Jom Jaga Disiplin  Disiplin merupakan aspek yang sangat penting dalam menjamin kejayaan seseorang murid.  Disiplin merangkumi kesalahan salahlaku seperti berkelakuan atau bercakap kurang sopan, ponteng, bergaduh, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru semasa PdPR atau ketika bersemuka di sekolah dan sebagainya.  Senarai nama murid yang mempunyai masalah disiplin akan diberikan kepada guru kelas lalu diserahkan kepada PK HEM.  Murid yang terlibat akan dihantar ke sesi kaunseling secara bersemuka atau atas talian untuk intervensi seterusnya.

 Nama murid terlibat juga akan direkodkan dalam rekod salahlaku disiplin sekolah oleh guru disiplin. o Sayangi Buku Teks  Pinjaman buku teks merupakan bantuan istimewa yang diberikan kepada semua murid bertaraf Warganegara Malaysia.  Murid perlu memastikan semua buku dibalut dengan kemas dan dijaga dengan baik tanpa menconteng atau mengoyakkan buku tersebut kerana buku tersebut bukan hak milik kekal murid.  Buku teks yang diberikan kepada murid juga tidak boleh ditinggalkan atau diletakkan di dalam kelas.  Murid perlu membawa buku teks setiap hari mengikut jadual waktu harian yang ditetapkan sekiranya sesi persekolahan secara bersemuka bermula kelak.  Murid juga dinasihatkan untuk memanfaatkan buku teks yang diberikan untuk tujuan ulangkaji pelajaran terutamanya ketika berada di rumah. o Hargai Bantuanmu  Terdapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada murid-murid yang layak seperti: Bantuan Awal Persekolahan (RM 100), Biasiswa Baitulmal, KWAPM dan lain-lain.  Murid yang terpilih perlu memastikan bantuan yang diterima menjadikan mereka bermotivasi untuk belajar dengan lebih rajin.  Murid perlu betulkan niat mereka ke sekolah untuk menelaah dan mendapatkan ilmu, bukan untuk mendapatkan bantuan.  Murid perlu buktikan kepada pihak sekolah bahawa mereka akan lebih bersungguh-sungguh hadir ke sekolah dan mengikuti PdPR kerana mereka diberikan peluang untuk menerima bantuan.  Surat AKU JANJI akan diberikan kepada murid yang terlibat. o Anugerah  Murid dengan peratus kehadiran yang tertinggi sepanjang PdPR atau sesi persekolahan secara bersemuka akan diberikan anugerah secara bulanan bermula Februari 2021.

 Murid yang aktif akan diambil kira dari segenap aspek seperti menyelesaikan tugasan semua mata pelajaran, memberi maklum balas kepada guru dan sebagainya.  Senarai nama murid yang terpilih akan diserahkan oleh guru subjek kepada guru kelas dan kemudiannya akan diserahkan kepada PK HEM melalui Penyelaras.  Cenderahati dan sijil akan diberikan kepada murid yang terpilih. Tindakan : Semua guru dan murid Tahun 6 4.0 Hal-hal lain Tiada hal-hal lain. Taklimat T6 Glorious ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Dicatat dan disediakan oleh, Disemak oleh, ________________________________ ________________________________ (CIK NORFADZILAH BINTI SULAIMAN) (PUAN FARIDA BINTI HJ ABDUL RAHMAN) Setiausaha Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Pekan Dua. SK Pekan Dua. Disahkan oleh, …………………………………………………………….. (HJH DAYANG DAMIT@SAIDAH BT MOHD YASSIN) Guru Besar SK Pekan II, WP Labuan

KOKURIKULUM LAPORAN TAKLIMAT PROGRAM TAHUN 6 BERSAMA GURU BESAR SK PEKAN II WP. LABUAN Pada 31 Januari 2021 bersamaan hari ahad, telah diadakan taklimat program (kokurikulum) tahun 6 bersama Guru Besar Sk Pekan II. Taklimat tersebut diadakan pada jam 2.00 hingga 4.30 di kediaman masing-masing. Penolong kanan kokurikulum iaitu Puan Fatimah Binti Kassim telah memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari rabu. Murid dikehendaki menggunakan pakaian unit beruniform iaitu Pengakap, BSMM, TKRS, PPIM dan Pandu Puteri. Terdapat juga aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak, bola jarring, bola tampar dan sukan baharu diperkenalkan di sekolah iaitu sukan kriket. Dalam pada itu, kelab dan persatuan seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, STEM, Kelab Kebudayaan masih dikekalkan. Walau bagaimanapun, terdapat kelab baharu iaitu kelab catur diperkenalkan pada tahun ini. Menyentuh aspek PAJSK, beliau telah memaklumkan bahawa maklumat berkenaan perkara tersebut telah diedarkan ke “group whatsapps” kelas masing- masing. Laporan PAJSK mengandungi markah yang akan dibawah apabila ke sekolah menengah kelak. Tambahan pula, setiap penglibatan aktiviti luar murid akan diberi markah. Selain itu, aspek nilai murni, kehadiran, jawatan serta pencapaian murid di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa juga turut diberikan markah. Aktiviti merentas desa dan perkhemahan UB akan diadakan bergantung pada keadaan semasa. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan cuba mengadakan program tersebut secara maya jika keadaan masih tidak mengizinkan. Hal ini seperti yang telah dilakukan pada tahun lepas. Hari sukan sekolah juga akan diadakan namun masih bergantung pada keadaan semasa Covid-19 di Malaysia. Aktiviti 1M1S turut ditekankan oleh beliau semasa taklimat tersebut. Beliau menambah murid perlu mengikut satu sukan yang diminati da nada ditawarkan di sekolah. Hal ini penting untuk murid mengekalkan tahap kecergasan mereka. Besar harapan beliau jika murid-murid Sk Pekan II dapat menggunakan pakaian UB dan hadir aktiviti kokurikulum setiap hari rabu. Beliau juga berharap murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di samping menekankan disiplin diri perlu ditingkatkan dalam apa jua aktiviti sukan.

Disediakan oleh. 5 FEBRUARI 2021 …………………………….. ( MOHD SAIFUL SAMSURI ) Setiausaha kokurikum Sk Pekan II Disemak oleh, …………………… Fatimah bt Kassim Penolong Kanan Kokurikulum,SK Pekan II Disahkan oleh, …………………………………………………………….. (HJH DAYANG DAMIT@SAIDAH BT MOHD YASSIN) Guru Besar SK Pekan II, WP Labuan


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook