ISI KANDUNGAN HALAMAN TAJUK 1.0 PENGENALAN 1-2 2.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN EKONOMI DI 3-4 5-9 SARAWAK PADA KE-19 10 3.0 TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI PERTAMA DI 11-12 SARAWAK (1824-1880) 14 4.0 TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI KEDUA PADA TAHUN 15 1880-1900 (TAHAP PERALIHAN) 5.0 TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI KETIGA DI SARAWAK DARI TAHUN 1800-1900 (TAHAP PERUBAHAN INDUSTRI TRADISIONAL) 6.0 PENGENALAN TANAMAN KOMERSIAL DI SARAWAK 7.0 PENUTUP BIBLIOGRAFI
1.0 PENGENALAN Gambar 1: Peta Sarawak Sumber: Wikipedia Negeri Sarawak yang juga dikenali dengan nama julukannya “Bumi Kenyalang”, merupakan negeri yang terbesar di Borneo dengan keluasan 124,451 kilometer persegi. 1 Asal usul nama Sarawak masih menjadi tanda tanya sehingga kini dan banyak spekulasi masyarakat tempatan. Sebahagian masyarakat negeri ini percaya bahawa nama Sarawak berasal daripada ungkapan “serah kepada awak”. Mereka percaya Pangeran Muda Hashim iaitu pemerintah Brunei dahulu, menyerahkan sebahagian daripada wilayah Sultan Brnei kepada James Brooke pada tahun 1841. Ada pula yang berdapat nama Sarawak itu wujud daripada perkataan “Serawak” yang bermakna galian antimoni dalam bahasa Melayu lama. 2 Ia juga merupakan negeri kedua terkaya kerana terdapat banyak sumber ekonomi di Malaysia yangdisebabkan keluasan kawasan dan khazanahnya. Terdapat beberapa sumber ekonomi yang menjadi punca kekayaan Sarawak seperti kelapa sawit, 1 Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran, (Statistik, Sarawak: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019) https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Prices/HIES/HIS-Report/HIS-Malaysia-.pdf 2 http://studentsrepo.um.edu.my/468/2/BAB1.pdf
balak, petroleum dan gas asli. Bentuk demografi di Sarawak yang sesuai membolehkan mereka melakukakan kegiatan ekonomi. Sebelum kedatangan penjajah ke Sarawak, para penduduk telah mengamalkan ekonomi sara diri dan penanaman sawah padi sebagai kegiatan ekonomi utama. Terdapat dua jenis penanaman padi yang diusahakan iaitu, padi sawah yang diusahakan oleh orang Kelabit yang tinggal di rumah panajng manakala padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Selain penanaman padi, mereka turut megusahakan tanaman lain seperti pisang, kelapa dan sayur-sayura serta lada hitam. Kegiatan lain yang dilakaukan oleh masyarakat di Sarawak adalah aktiviti memburu binantang seperti kancil, ayam hutan dan sebagainya. Semasa kedatangan penjajah ke Sarawak, terdapat beberapa perubahan yang berlaku terutamanya dalam sektor ekonomi di Sarawak. Hal ini demikian kerana, Jame s Brooke yang berminat untuk menguasai Sarawak kerana kekayaan sumber asli yang dimiliki terutamanya sagu, antimoni dan emas. James Brooke yang bertapak di Sarawak dan pada masa yang sama memegang jawatan sebagai Gabenor Sarawak telah memudahkannya untuk menguasai ekonomi Sarawak. Terdapat beberapa dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh James Brooke untuk memudahkan pentadbirannya. Pertumbuhan ekonomi di Sarawak mengalami perubahan secara sederhana. Hal ini kerana dasar dan falsafah Raja-Raja Brooke yang tidak menggalakkan pelabur asing melabur di Sarawak untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka. Oleh itu, buku skrap ini dihasilkan bertujuan untuk mengupas pertumbuhan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19. Gambar 2: Pangeran Muda Hashim Sumber: Wikipedia
2.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN EKONOMI DI SARAWAK PADA ABAD KE-19 Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkepada pertumbuhanekonomi di Sarawak pada ke-19. Antara faktor terpenting dalam pertumbuhan ekonomi adalah disebabkan oleh keadaan semula jadi dan bentuk geografi Sarawak. Faktor geografi memainkan peranan penting kerana ia menentukan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh para penduduk di sekitar, corak penempatan, taburan penduduk di kawasan yang tertentu, sumber bahan mentah, galian dan sistem komunikasi yang diguna pakai. Selain itu, faktor yang menyumbang pertumbuhan ekonomi Sarawak adalah keadaan masyarakat sebelum Sarawak dikuasai oleh Pihak Barat. 3 Hal ini demikian kerana perubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang ekonomi saling berkait rapat dengan latar belakang sistem tradisional yang dijalankan di Sarawak. Oleh itu, keadaan masyarakat di Sarawak sebelum kedatangan penjajah jauh berbeza dari segi ekonomi dan perdagangan. Di samping itu, perkembangan yang berlaku di Sarawak semasa pemerintahan Dinasti Booke juga merupakan faktor pertumbuhan ekonomi Sarawak. Hal ini demikian kerana Dasar dan Falsafah Raja-Raja Brooke sangat mempengaruhi pertumbuhanekonomi Sarawak termasuklahdalam bidang politik, pertukaran wilayah dan pergolakab dalam kalangan masyarakat.4 Tamsilnya, dasar yang dilaksanakan oleh Raja-Raja Brooke iaitu Dasar Ekspansionisme yang membenarkan perluasan kawasan Sarawak dari bahagian pertama (Sarawak asal) sehingga Bahagian Kelima. Perluasan kawasan ini telah menyebabkan berlakunya corak ekonomi baru di Sarawak, pertambahan penduduk, hasil ekonomi yang baru serta kegiatan perdagangan yang luas. Perkembangan luaran juga merupakan faktor pertumbuhan ekonomi d i Sarawak.5 Hal ini demikian kerana kemunculan Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas yang memberikan kesan yang amat penting dalam ekonomi Sarawak. Singapura juga berperanan sebagai emporium terpenting terutamanya bahan-bahan import dan eksport Sarawak serta menjadi pusat kemasukan 3 D.S. Ranjit Singh, “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak, 1824-1941”, Jurnal Sejarah,Vol. 10 No.10 (2002): 77. https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/issue/view/1109 4 D.S. Ranjit Singh, “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak”, hlm. 77 5 Ibid.,hlm. 79
imigran-imigran Cina. Kemasukan kapitalis dan syarikat Cina dan Barat ke Sarawak berkait rapat dengan kewujudan emporium di Singapura. Jelaslah, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19.
3.0 TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI PERTAMA DI SARAWAK (1824-1880) 3.1 Pola Dan Ciri Tahap Pertama Terdapat beberapa ciri utama mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di Sarawak pada tahap ini. Pertumbuhan ekonomi Sarawak pada tahap ini juga dapat dilihat di mana ia dipengaruhi oleh peristiwa politik seperti pemberontakkan yang berlaku di Sarawak dari tahun 1836 sehingga 1840, penyerahan Sarawak kepada James Brooke (1846), pemberontakkan Cina (1857), Dasar Ekspansionisme Brooke, ekspedisi miliari Brooke terhadap orang Iban dan pembentukkan Sarawak Moden. 6 Selain itu, dasar yang diguna pakai ketika itu, iaitu dasar Raja-Raja Brooke yang bergantung sepenuhnya terhadap ekonomi tradisional dengan memperluaskan tanah jajahan dan mengerah masyarakat bumiputera untuk mendapatkan bergiat dalam kegiatan ekonomi. Tujuan mereka melaksanakan dasar sedemikian rupa untuk mendapatkan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. Pada tahap ini, Raja-Raja Brooke mengamalkan dasar anti-kapitalis Barat di Sarawak. Walaupundemikian, mereka tetap membenarkan kemasukan kapitalis Barat secara terhad seperti Borneo Company. Syarikat ini memonopoli dalam kegiatan perlombongan antimoni, arang batu dan emas. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1856 dan juga mengusahakan ekonomi tradisional seperti industri sagu dan hasil hutan.7 Hal ini telah telah membuka peluang kepada pemerintah Brooke untuk memajukan Sarawak. Namun begitu, usaha Brooke tidak berhasil dan kegiatan ekonomi Sarawak tidak maju seperti yang diharapkan lalu menyebabkan Brooke terpaksa mendapatkan bantuan kewangan daripada beberapaindividu elit serta Borneo Company yang juga hampir muflis.8 Rentetan daripada kemasukan kapitalis Barat terutamanya dalam kegiatan ekonomi di Sarawak secara terhad, dapat dilihat orang Cina juga memainkan peranan utama dalam perlombongan emas di Bau dari tahun 1820 sehingga 1857. Hal ini telah mewujudkan sistem ekonomi tradisional yang didominankan oleh masyarakat Bumiputera. Sistem ini membolehkan orang Melayu menguasai perdagangan sebagai “collectors”, “distributers” dan “shippers”. 9Wujudnya sistem ini kerana kemasukan kapitalis Barat dan kegiatan Kongsi Cina di lombong emas di Bau di mana mereka memfokuskan kegiatan perlombongan yang mendatangkan hasil yang lebih lumayan. Namun 6 Ibid, hlm.81 7 Ibid, hlm.82 8 Ibid. 9 Ibid.
begitu, kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat bumiputera secara tradisional telah menyebabkan peranan mereka diambil alih orang Cina pada penghujung abad ke-19. 3.2 Perkembangan Industri Tahap Pertama 3.2.1 Perlombongan Antimoni Gambar 3: Amtimoni di Sarawak Sumber: hornbillnation.blogspot Perlombongan antimoni merupakan industri ekonomi terpenting di Sarawak. Pada tahun 1820 dam 1830, Sarawak mendapatkan kekayaan melalui penemuan antimoni di Bau pada tahun 1824.10 Ketika itu, perlombongan antimoni diusahakan oleh orang “Land Dayak” yang juga dikenali sebagai Orang Bidayuh. Namun begitu, hasil yang diperolehi daripada perrlombongan antimoni tersebut dimiliki pembesar-pembesar Melayu. Selain itu, antimoni akan dipasarkan ke Singapura dengan harga yang sangat tinggi. Ia juga membolehkan para pembesar Melayu dan nakhoda Melayu mengaut keuntungan yang banyak. Hal ini telah menarik minat kerajaan Brunei untuk menguasai Sarawak apabila mengetahui keuntungan yang diperoleh hasil perlombongan antimoni. Kerajaan Brunei ingin mentadbir Sarawak secara langsung agar kekayaan mereka dapat disalurkan ke Brunei. Oleh hal demikian, Kerajaan Brunei menghantar pembesar Brunei iaitu Pengiran Indera Mahkota untuk melaksanakan dasar menguasai kekayaan Sarawak. Perlaksanaan dasar tersebut ditentang sekerasnya oleh masyarakat di Sarawak terutamanya orang Melayu dan orang Dayak yang 10 Ibid.hlm 83.
membawa kepada peristiwa pemberontakkan dari tahun 1836 sehingga tahun 1840. 11 Apabila terjadinya peristiwa tersebut, ia membolehkan pemerintah Inggeris iaitu James Brooke menguasai Sarawak asal.12 3.2.2 Perlombogan Emas Gambar 4: Kawasan Perlombongan terdahulu di Bau(dikenali sebagai Tasik Biru-sekarang) Sumber: mstar.com Selain perlombongan antimoni, masyarakat Sarawak turut mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional yang lain iaitu perlombongan emas. Orang Melayu dan Dayak yang bergiat dalam kegiatan ini dengan mendulang dan manalung di sungai-sungai kecil. Permulaan kegiatan melombong ini sekitar tahun 1820, di mana penemuan emas di salah satu kawasan terpencil di Sarawak iaitu, Bau. Penemuan tersebut telah menjadikan perlombongan emas sebagai hasil terpenting selain antimoni. Hal ini telah menyebabkan migrasi orangCina dari Sambas kawasan Bau lalu membentuk sebuah kongsi untuk menjalankan kegiatan perlombongan emas secara besar- besaran. Perpindahan tersebut telah menyebabkanpertambahan penduduk kongsi Cina kepada4,000 orang sekitar tahun 1850. Lanjutan itu, pemberontakkan terhadappihak Belanda apabila kedatangan ramai pelarian dari Sambas. Peristiwa pemberontakkan tersebut telah menyebabkan James Brooke mengadakan kawalan yang lebih ketat kepada penduduk kongsi Cina di Bau dengan melaksanakan pelbagai dasar terutamanya dari segi pembayaran cukai, kegiatan kongsi gelap dan p enyeludupan candu. Perlaksanaan dasar tersebut telah mencetuskan pemberontakan dalam kalangan orang Cina pada tahun 1857,di mana orang Cina Bau menyerangKuchingsehingga sebahagian daripadabandar 11 Ibid. 12 Ibid.
itu dibakar. Serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh James Brooke dan Charles Brooke serta mendapat bantuan daripada orang Melayu dan Iban dari Skrang. Peristiwa tersebut memberikan kesan kepada masyarakat dan pemerintah sehinggalah ia terpaksa dihentikan dari tahun 1889 hingga 1921. 3.2.3 Industri Sagu Gambar 5: Kawasan Pengutipan Pohon Rumbia sebagai sagu Sumber: Journalarticle.ukm Apabila perkembangan politik yang pesat berlaku di Sarawak, secara tidak langsung kemunulan salah satu industri terpenting di Sarawak iaitu industri sagu. Industri sagu telah diusahakan secara turun-temurun oleh orangMelanau di Sarawak. Permintaanyangtinggi di pasaran antarabangsa berlaku pada abad ke-19. Di Sarawak, tanaman sagu merupakan eksport terpenting pada masa itu. Hal ini telah menyebabkan orang Melanau menanam pokok sagu di kebun -kebun kecil mereka untuk dieksport. Pokok-pokok rumbia iaitu sumber kepada penghasilan sagu, ditanam oleh orang Melanau yang terutamanya tinggal di Oya, Mukah, Igan dan Bintulu. 13 Pokok ini kebiasaannya ditemui di persisiran sungai yang lembap yang berdekatan dengan kawasan orang Melanau memudahkan mereka untuk melakukan penanaman sagu. Dipercayai, orangMelanau tidak dapat berpisah dengan sagu. 14Erti kata lain sagu dan orang Melanau saling berkait rapat. Pada pertengahan abad ke-19, kawasan-kawasan tersebut menjadi tempat pengeluaran utama sagu. 13 Kementerian Pendidikan Malaysia, Sejarah Tingkatan 3, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2018) https://anyflip.com/hnamf/slmx/basic 14 Chong Shin, “Catatan dan Deksripsi Istilah-Istilah yang Berkaitan Dengan Sagu Dalam Masyarakat Melanau”; International Journal of The Malay World and Civilisation (Iman) 3(3), 2015:113-120 https://www.researchgate.net/publication/289366316_Catatan_dan_Deskripsi_I stilah - istila h_yang_Berkaitan_dengan_Sagu_dalam_Masyarakat_Melanau
3.2.4 Hasil-Hasil Hutan Tidak lupa juga, kegiatan ekonomi tradisional penting iaitu hasil hutan merupakan kegiatan utama di Sarawak. Terdapat beberapa hasil hutan yang terdiri daripada gutta perc ha, rotan, batu bezoar, sarang burung, damar dan kapur barus yang mendapat permintaantinggi oleh pedagang luar. Pengeluar utama sumber hutan ini terletak di sungai Batu Lupar, Kerian, Rejang, Saribas dan Baram. Pengumpulan hasil hutang dilakukan oleh suku kaum bumiputera yang terdiri daripada orang Melayu, orang Iban, orang Kayan, orang Bisaya dan orang Kenyah. Pedagang utama hasil hutan didominasi orang Melayu ketika itu. Namun demikian, peranan orang Melayu sebagai pedagang utama hasil hutan diambil alih oleh orang Cina penghujung abad ke -19. Hal ini disebabkan dua faktor iaitu orang Cina mempunyai modal yang lebih tinggi dan menggunakan cara-cara yang lebih agresif.15 Dalam masa yang sama, Raja Charles telah sedar bahawa hasil hutan merupakan sumber ekonomi yang penting di Sarawak lalu menggalakkan para penduduk bergiat dalam pengumpulan hasil hutan. Namun begitu, usaha untuk mengembangkan hasil hutan sebagai sumber ekonomi penting di Sarawak, tetapi ia tidak dimajukan kerana terdapat banyak halangan dan kekurangan pada ketika itu. Gambar 6: Pokok Gutta Percha Sumber: frim.gov.my 15 D.S. Ranjit Singh, “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak”, hlm. 86
4.0 TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI KEDUA PADA TAHUN 1880-1900 (TAHAP PERALIHAN) Zaman peralihan yang berlaku dalam pertumbuhan ekonomi di Sarawak pada penghujung abad ke-19 disebabkan perkembangan-perkembangan yang baru di mana tanaman-tanaman baru diperkenalkan. Tanaman baru yang merupakan sumber ekonomi utama di Sarawak iaitu lada hitam dan gambir yang dikuasai oleh masyarakat Cina. Hal ini telah menyebabkan sistem ekonomi di Sarawak ketika itu, bertukar menjadi separuh kapitalis yang terdiri daripada komersial dan ekonomi eksport. Pada tahap ini masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam penjanaan ekonomi di Sarawak. Oleh itu, terdapat beberapa peranan komuniti Cina di Sarawak. Pemerintah Sarawak, Raja Charles Brooke, beranggpan bahawa cara yang terbaik bagi membangunkam ekonomi Sarawak ialah dengan menggalakkann kemasukkan imigran Cina secara besar-besaran ke Sarawak. Pada tahun 1857, selepas peristiwa pemberontakan Cina telah menyebabkan bilangan mereka berkurangan. Dengan demikian itu, Raja Charles merancan g untuk membawa masuk imigran Cina ke Sarawak. Ia bertujuan untuk memajukan sektor pertanian terutamanya penanaman padi dan tanama-tanaman komersial yang lain. Pemerintah Sarawak telah menawarkan beberapa kemudahan dan keisitimewaan seperti tanah yang menc ukupi dengan bayaran yang murah, tambanng perjalanan, elaun bulanan dan kawalan polis kepada imigran - imigran Cina yang datang ke Sarawak. Hal ini telah memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di mana imigran Cina mula datang ke Sarawak khususnya dari negara China, Sarawak dan Kalimantan. Kepesatan penambahan bilangan penduduk Cina di Sarawak secara tidak langsung menyebabkan perubahan corak demografi berlaku di Sarawak.
5.0 TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMI KETIGA DI SARAWAK DARI TAHUN 1800-1900 (TAHAP PERUBAHAN INDUSTRI TRADISIONAL) 5.1 Industri Sagu Di tahap ini, pertumbuhan ekonomi di Sarawak mengalami perubahan yang ketara dalam perindustrian tradisional seperti sagu, perlombongan emas dan hasil hutan yang dikatakan berkembang dengan sangat pesat. Hal ini demikian kerana penglibatan orang Cina dalam sektor ekonomi Sarawak dan permintaan yang tinggi oleh pedangang-pedagang luar. Mereka (orang Cina) mengambil inisiatif memperluaskan kegiatan industri sagu di kawasan- kawasan yang jauh dari pengeluaran sumber ini. Selain itu, mereka juga telah membina kilang-kilang untuk memproses sagu mentah untuk dipasarkan. Di Kuching, dianggarkan sebanyak sepuluh buah kilang pemprosesan sagu mentah pada tahun 1899.16 Orang Cina yang pakar dan mempunyai kelebihan seperti memiliki perkapalan sendiri, memperolehi sagu secara langsung, penggunaan teknik memproses yang murah dan mereka mempunyai hubungan perdagangan dengan Singapura. Hal ini membuka peluang kepada orang Cina menyaingi dan memonopoli sektor perdagangan Sarawak. Industri sagu dapat dilihat berkembang pesat sejak tahun tahun 1870 apabila nilai eksport meningkat. Dari tahun 1870 sehingga 1900, sagu menjadi penyumbang satu per enam hingga satu per lima nilai eksport Sarawak. 5.2 Hasil Hutan Selain industri sagu, nilai hasil hutan meningkat kerana harga permintaan adalah tinggi dan mendapat banyak permintaan dalam pasaran antarabangsa. Lembah Baram dan Rejang mendapat hasil kekayaan kerana kerana hasil hutan seperti rotan dan gutta percha yang berharga mahal. Misalmya, bandar Marudi yang terletak di Lembah Baram yang pesat membangun disebabkan oleh peningkatan perdagangan hasil hutan. Komuniti Cina dan Iban 16 Ibid
merupakan komuniti yang mendapat banyak manfaat daripada industry hasil hutan pada ketika itu.17 5.3 Perlombongan Emas Pada tahap ini, perlombongan emas menjadi pentingsemula. Ketika itu, perlombongan emas bukan dimajukan oleh orang Cina namun Borneo Company. Hal ini berlaku kerana emas-emas yang terdapat di permukaan tanah sudah pun habis dilombong oleh komuniti Cina dan bumiputera. Oleh itu, mereka tidak mempunyai kaedah, jentera dan sumber modal untuk menngali emas yang terletak di bawah tanah. Borneo Company mendapatkan inisaiatif untuk menggali emas tersebut dengan membawa masuk jentera-jentera yang lebih moden pada tahun 1882 dan 1900. 17 Ibid, hlm.89
6.0 PENGENALAN TANAMAN KOMERSIAL DI SARAWAK 6.1 Lada Hitam Terdapat beberapa pertumbuhan ekonomi yang telah disaksikan sebelum ini. Pada tahap ini, kemunculan tanaman-tanaman baru secara komersial iaitu lada hitam dan gamabir. Permulaan penanaman lada hitam secara komersial mula diusahakan oleh imigran-imigran Cina terutamanya orang Cina Foochow di Sibu, Sarikei, Bintagor dan orang Hakka di sekitar Kuching, Bau dan Serian pada penghujung abad ke-19. Borneo Company turut menceburkan diri dalam memajukan industi ini. Pada tahun 1896, nilai eksport lada hitam adalah sebanyak 230,693 Straits Dollars. Sarawak merupakan antara pengeksport lada hitam di dunia pada tahun 1907. 6.2 Gambir/ Gambit Gambar 7: Gambir Sumber:gambirgold.net Gambar 8: Logo Borneo Company Sumber: theborneopost.com
Borneo Company dan orang Cina mula menanam gambir secara komersial pada penghujung abad ke-19. 6.3 Industri Getah Pada tahun 1902, getah mula ditanam secara komersial di Sarawak dan ia merupakan ekonomi penting yang membantu meningkatkan pendapatan kerajaan. Hal ini kerana, Charles Brooke membenarkan kapitalis Barat untuk melabur dalam industri ini. 18 18 Ibid, hlm.90
7.0 PENUTUP Kesimpulannya, pertumbuhan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19 berkait rapat dengan kegiatan ekonomi komersial yang berkembang hasil daripada ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi di Sarawak juga berlaku mengikut peringkat dan dipengaruhi oleh keadaan politik, dasar dan falsafah yang diamalkan oleh Raja-Raja Brooke semasa pemerintahan di Sarawak, corak demografi masyarakat tempatan dan perkembangan antarabangsa. Ekonomi komersial pula, mengalami kemajuan yang pesat disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada.
BIBLIOGRAFI Chong Shin.2015. “Catatan dan Deksripsi Istilah-Istilah yang Berkaitan Dengan Sagu Dalam Masyarakat Melanau.” International Journal of The Malay World and Civilisation (Iman) 3(3), 2015:113-120 https://www.researchgate.net/publication/289366316_Catatan_dan_Deskripsi_Istilah - istilah_yang_Berkaitan_dengan_Sagu_dalam_Masyarakat_Melanau Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahiddin. 2019. Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri Dan Daerah. Statistik, Sarawak: Jabatan Perangkaan Malaysia. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Prices/HIES/HIS- Report/HIS-Malaysia-.pdf D.S. Ranjit Singh. 2022. “Pertumbuhan Ekonomi Sarawak.’ Jurnal Sejarah, 81. https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/issue/view/1109 Ho, H. L. (1970, January 1). Penyerahan Sarawak Kepada kerajaan british, 1946-1951. Repositori Digital@PNM (MyRepositori) https://myrepositori.pnm.gov.my/xmlui/handle/123456789/1326 http://studentsrepo.um.edu.my/468/2/BAB1.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. https://anyflip.com/hnamf/slmx/basic Mail, Asbol. (2009). Pemberontakan Sarawak 1835 – 1844: Detik-Detik Awal Campur Tangan British ke atas Politik Kesultanan Brunei. https://www.researchgate.net/publication/313164012_Pemberontakan_Sarawak_1835_- _1844_Detik- Detik_Awal_Campur_Tangan_British_ke_atas_Politik_Kesultanan_Brunei
Search
Read the Text Version
- 1 - 19
Pages: