Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore SENI TRADISIONAL: SENJATA

SENI TRADISIONAL: SENJATA

Published by kaeunnisa99, 2021-06-10 09:11:25

Description: Majalah ini merupakan majalah tentang seni tradisional, iaitu senjata.

Search

Read the Text Version

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI • KUMPULAN 15 SENI TRADISIONAL: SENJATA MAJALAH HUBUNGAN ETNIK 2021 JILID 1

Kandungan 01 ABSTRAK 02 LATAR BELAKANG 03 LATAR BELAKANG WARIS PANDAI BESI Peralatan yang digunakan untuk membuat senjata. 05 JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA Pisau Pedang Keris Parang Kerambit 10 CARA PEMBUATAN BILAH PISAU 12 RESPON PENGAMAL 13 PENDAPAT ORANG AWAM 16 BIODATA PENULIS 18 ESEI MOOC

Dalam pada itu, kami juga turut mengadakan temu bual bersama responden yang terdiri daripada golongan muda hingga tua di pelbagai negeri. Seramai 8 responden telah dipilih bagi membantu menyiapkan kajian ini. Kesemua 8 respoden ini mempunyai jawapan yang berbeza tentang seni senjata dan terdapat di antara mereka yang masih menggunakan sesetengah senjata tersebut sehingga hari ini. Oleh yang demikian, kami berhasrat untuk mengkaji tentang sejarah seni senjata, cara pembuatan senjata, bagaimana ia dipersembahkan dan bagaimana pengetahuan ini boleh memupuk hubungan antara kaum dengan menjalankan kajian lapangan bersama orang lama di waris pandai besi. ABSTRAK Selepas negara mencapai kemerdekaan, penggunaan senjata dalam kalangan masyarakat kurang diguna pakai disebabkan berlakunya peredaran masa. Sesetengah daripada mereka telah didedahkan dengan alatan yang canggih berikutan arus globalisasi yang di alami. Namun begitu, kita sedia maklum bahawa senjata tradisional Melayu amat sinonim dengan seni mempertahankan diri. Sebagai contoh, seni silat. Dalam hal ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat tentang senjata. Antara platform yang kami gunakan adalah internet, surat khabar atas talian, kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan kaedah lapangan untuk melihat sendiri hasil serta proses pembuatan senjata. Dalam konteks ini, kami telah menemu bual Encik Azhar yang merupakan pewaris pandai besi. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang seni senjata ini bermula dari umur 10 tahun. Bermula dengan hanya membantu ayahnya dalam pertukangan besi, kini beliau telah mengambil alih perniagaan tersebut dan menjadikannya sebagai perniagaan separuh masa disebabkan terikat dengan komitmen pekerjaan lain. 01| ABSTRAK

LATAR BELAKANG Selepas kemerdekaan, penggunaan senjata dalam Senjata-senjata ini biasanya hanya kalangan masyarakat kurang diguna pakai disimpan di muzium atau dimiliki oleh disebabkan berlakunya peredaran masa. penggemar barangan antik sahaja. Sesetengah daripada mereka telah didedahkan dengan alatan yang canggih berikutan arus Hal ini demikian kerana masyarakat kita globalisasi yang dialami. kurang didedahkan tentang nilai mutu serta ilmu tentang senjata-senjata yang Hanya sesetengah daripada masyarakat yang digunakan pada zaman nenek moyang. hidup dalam keadaan susah sahaja yang memakai senjata tersebut secara berterusan untuk tujuan Oleh yang demikian, penulis berhasrat memudahkan urusan dan mencari keperluan untuk mengkaji tentang sejarah seni untuk hidup. senjata, cara pembuatan senjata, bagaimana ia dipersembahkan atau Dalam konteks ini, senjata tradisional Melayu digunakan oleh masyarakat terdahulu dan amat sinonim dengan seni mempertahankan diri. bagaimana pengetahuan ini boleh Sebagai contoh, seni silat. Ia juga digunakan oleh memupuk hubungan antara kaum dengan kerajaan pada zaman dahulu kala kepada para menjalankan kajian lapangan bersama hulubalang sebagai senjata pertahanan untuk orang lama di waris pandai besi. berperang dan simpanan. Senjata-senjata ini amat tinggi nilai seninya dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Malah, sesetengah daripada senjata tersebut telah diiktiraf di peringkat dunia sebagai senjata yang paling berbisa, Misalnya, keris. 02 | LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG WARIS PANDAI BESI En Azahar Hamid merupakan pewaris Pandai Besi Paksu Mid. Beliau mewarisi kerjaya sebagai pandai besi daripada Allahyarham bapanya iaitu Hamid Ahmad. En. Azahar yang juga anak keempat daripada enam beradik ini berkata, beliau memulakan kerjaya sebagai pandai besi semasa berumur 10 tahun. Katanya, ketika itu minatnya mula timbul selepas membantu ayahnya melakukan kerja pertukangan besi di bengkel yang dibina sendiri berhampiran kediaman keluarganya. Namun, beliau hanya mengusahakan perniagaan ini separuh masa lantaran terikat dengan komitmen sebagai kakitangan kerajaan. Menurut beliau, Pandai Besi ini bermula dari tahun 1815 dan merupakan antara pekerjaan tertua di dunia. Sejarah juga banyak membuktikan bahawa sesiapa yang terbabit dalam industri ini mampu menakluk dunia. 03 | LATAR BELAKANG WARIS PANDAI

PDEIGRUANLAAKTAANNYUANNTGUK MEMBUAT SENJATA Ini adalah salah satu mesin yang digunakan untuk menghasilkan besi dan senjata. Mesin ini digunakan untuk memotong bahan-bahan yang keras seperti besi. Tempat Pembakaran Ini adalah tempat pembakaran besi yang digunakan En. Azahar untuk melebur atau membakar besi sebelum ditempa menjadi senjata dan produk-produk besi yang lain. Besi-besi yang digunakan oleh beliau adalah besi-besi yang terpakai dan diambil daripada kilang. Anvil Alat ini digunakan untuk dijadikan tempat menempa besi atau senjata. Penukul pula digunakan untuk menempa dan juga membuat bentuk senjata tersebut. 04 | PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT SENJATA

JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA Pisau Pelbagai jenis pisau yang telah dihasilkan oleh En.Azahar dan pekerjanya. Antara jenis-jenis pisau yang dihasilkan adalah seperti pisau paring, pisau cef, pisau cleaver/ pisau pemotong daging dan lain-lain. Pisau cef ini sangat mendapat sambutan daripada peIanggan dan biasa digunakan di dapur untuk mencincang serta menghiris. Manakala pisau pemotong daging pula digunakan untuk memotong bahagian daging yang besar, tulang rangka dan sebagainya. 05 | JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA

para pengkaji bersama pedang buatan Warisan Paksu Mid. PEDANG Pedang merupakan senjata tajam yang memiliki bilah. Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau keluli. Bilah pedang adalah bahagian penting yang dapat digunakan untuk menyerang. En Azahar sedang Terdapatbeberapa jenis pedang yang bilahnya memiliki memegang sebilah penahan sama ada di atas atau di bahagian bawah. Penahan ini digunakan untuk menahan tangan ketika pedang yang melakukan serangan. Menurut En. Azhar, pada harini digunakan semasa orang membeli pedang hanya untuk perhiasan di peristiwa 13 Mei rumah sahaja. 06 |JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA

07 | JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA KERIS Menurut En. Azahar, keris merupakan antara senjata yang paling mendapat sambutan yang tinggi oleh pelanggan. Pada asalnya, kegunaan keris ini adalah senjata untuk mempertahankan diri. Manakala pada hari ini, keris banyak dijadikan sebagai perhiasan di rumah, pejabat serta dipakai untuk melengkapi pakaian rasmi dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Menurutnya lagi, untuk penghasilan bagi keris bergantung kepada ukiran yang diminta oleh pelanggan. Semakin sukar ukirannya semakin lama masa yang diambil untuk menyiapkan keris tersebut. Terdapat juga yang memakan masa setahun untuk menyiapkannya. Bagi pelanggan yang ingin menempah keris, En Azahar akan meminta nama berserta nombor kad pengenalan terlebih dahulu sebelum menjualkannya. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu cara untuk menjaga warisan keris ini daripada dimiliki oleh orang yang salah.

PARANG Parang merupakan alat serbaguna yang boleh digunakan dalam bidang pertanian dan juga untuk kegiatan harian seperti mengupas kelapa, menyembelih binatang dan sebagainya. Menurut En Azahar, hulu parang pula diperbuat daripada kayu di mana sesetengah hulu terdapat yang berukir.Namun begiyu, pada kebiasaannya hulu parang yang dijual tidak mempunyai sebarang ukiran. Parang juga mempunyai sarung di mana ia bergantung kepada bentuk bilahnya. Bagi bilah yang bengkok ia tidak mempunyai sarung, manakala yang lurus dan pendek mempunyai sarung tersendiri. 08 | JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA

Ukiran unik yang dihasilkan pada sarung kerambit Kerambit Kerambit merupakan senjata warisan budaya berbentuk pisau kecil dan melengkung. Ia berasal dari Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Menurut En Azahar, senjata ini lebih dikenali sebagai senjata yang paling berbahaya di dunia kerana ia mampu merobek anggota tubuh lawan dengan pantas. 09 | JENIS SENI ATAU BENTUK SENJATA

Encik Azahar sedang menyalakan api dengan menggunakan arang di atas alat pembakar sebelum meletakkan besi diatasnya. Kemudian, batang besi akan dibakar di atas pembakar selama 30 minit supaya ianya lebur. Tukul-tukul ini akan digunakan untuk mengetuk batang besi yang panas sehingga menghasilkan bentuk. 10 | CARA PEMBUATAN BILAH PISAU

Seterusnya, batang besi akan ditempa dengan penukul ketika ianya masih panas. Bagi mengelakkan besi menjadi keras dan sejuk, dua orang akan bergilir-gilir menempa untuk mempercepatkan proses. Setelah besi ditempa, bahagian hujung besi yang ditempa tadi akan dibentukkan untuk membentuk bilah pisau. Besi yang siap dibentuk akan melalui proses 'grender' untuk menghaluskan dan mengemaskan bentuk bilah pisau tersebut. 11 | CARA PEMBUATAN BILAH PISAU

RESPON PENGAMAL Encik Mat Isa atau lebih mesra dipanggil Pak Azahar/ Ca merupakan salah seorang penduduk yang Ustaz/ lama tinggal di kawasan tersebut dan Pakteh mengenali Encik Azahar. Beliau mengatakan bahawa sumber bagi tujuan rujukan dan Mat Isa/ tunjuk ajar semakin berkurang. Beliau risau Pak Ca sekiranya ilmu pembuatan senjata ini disia- siakan dan tiada pewaris. 24/04/2021 Penduduk di kawasan itu sangat ramah Encik Azahar telah meluahkan dan mesra. Mereka menggelar Encik Azahar kekecewaannya kerana anak-anak muda pada dengan gelaran \"ustaz\" atau \"Pakteh\". hari ini tidak lagi berminat untuk Umpama berat sama dipikul, ringan sama mempelajari seni warisan ini. Wajah dijinjing, mereka sentiasa membantu antara sedihnya dapat dilihat jelas ketika ditemu satu sama lain untuk mengekalkan amalan bual. Walau bagaimanapun, Warisan Paksu generasi terdahulu. Mid ini bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari seni Pada masa yang sama, Encik Azahar pembuatan alatan dan senjata secara ikhlas juga telah menceritakan perancangan dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. keinginannya untuk membuka sekolah Maahad Tahfiz Pendekar Besi. Selain belajar di Beliau juga mengatakan bahawa beliau sekolah seperti biasa, beliau juga akan tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk berkongsi ilmu tentang cara pembuatan mempelajari ilmu ini walaupun beliau senjata. Hal ini bertujuan untuk berasal daripada keturunan yang aktif meningkatkan minat anak muda kepada seni dalam bidang pandai besi ini. \"Saya tak pembuatan besi. halang minat anak-anak saya. Nak hasilkan senjata ini perlu minat dan bukannya secara Pak Ca dan Encik Azhar turut berpesan paksaan.\" supaya sentiasa mempunyai matlamat yang jelas dan jangan sombong dengan nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. \"Nak hasilkan senjata ini perlu minat dan bukannya secara paksaan.\" - Encik Azahar, 2021 12 | RESPON PENGAMAL

PENDAPAT ORANG AWAM Apakah yang anda tahu tentang seni senjata? kuku sabit Rosyati binti Puteh kambing keris 53 Tahun gambit Pulau Pinang kukur kelapa \"Semoga seni ini tak lapuk dek Parang hujan, tak lekang dek panas.\" Ahmad Mazlan Budin pisau untuk memotong. 53 Tahun parang untuk menebas Johor rumput atau pokok. kuku kambing adalah untuk \"Seni ini perlu didedahkan kepada tanam padi. anak muda agar tidak lapuk dek zaman.\" 13 | PENDAPAT ORANG AWAM

Adakah anda mengetahui cara pembuatan senjata? Junainah Sakyan tahu, saya 47 Tahun tengok dekat Johor televisyen. \"Seni ini perlu diperluas cara pembuatan dan penggunaan selain alat mempertahankan diri.\" alamak. itu Ku Chai Lim saya tak tau. 50 Tahun Johor \"Semoga senjata ini diperkenalkan dan terus digunakan.\" Sakyan bin Kassim Tahu. saya tahu 66 Tahun dari kedai tukang Johor cara tradisional. \"Harapan saya agar seni ini kekal sebagai senjata tradisi sehingga ke generasi akan datang.\" 14 | PENDAPAT ORANG AWAM

Wajarkah penggunaan dan jenis senjata ini diperkenalkan kepada orang muda? Marzuki bin Mahmood ya sebab ramai 55 Tahun orang tak Kedah tahu, \"Semoga warisan seni ini dapat dijaga sebaik mungkin untuk generasi pada masa akan datang.\" wajar. keris ni Ahmad Tarmizi bin Abd senjata orang Mohksin melayu kita. 23 Tahun Kedah \"Semoga lebih ramai orang muda mengenali peralatan tradisional ini.\" Farhana Sulaiman Tak perlu. orang 23 Tahun sekarang tak bawa Pulau Pinang senjata itu ke mana- mana. \"Semoga lebih berkembang.\" 15 | PENDAPAT ORANG AWAM

BIODATA PENULIS Amirul Bin Azmi 22 Tahun Kelantan \" Kalau tidak jumpa bahagia dalam cinta, carilah bahagia dalam cita- cita\" Ain Najihah Binti Ahmad Mazlan 22 Tahun Johor \"Sentiasa permudahkan urusan orang, Tuhan akan permudahkan urusana anda\" Crystal E. Hermenegildus 22 Tahun Sabah \"Making the world a better place\" 16 | BIODATA PENULIS

BIODATA PENULIS Khairunnisa Binti Khairol Anuar 22 Tahun Pulau Pinang \"I'm K to the A E A U to the N, once you start the game, I'II fight until the end\" Nurul Nafisa Binti Ramlan 22 Tahun Kedah \"Enjoy setiap moment sebab hidup hanya sekali\" 17 | BIODATA PENULIS

KHAIRUNNISA BINTI KHAIROL ANUAR (148721) AIN NAJIHAH BINTI AHMAD MAZLAN (147459) CRYSTAL EHERMENEGILDUS (147204) 18 | ESEI MOOC

AMIRUL BIN AZMI (146056) NURUL NAFISA BINTI RAMLAN (145835) 19 | ESEI MOOC


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook