Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Cadangan Layout Buku Waqaf An-Nur

Cadangan Layout Buku Waqaf An-Nur

Published by Pwincessnest Creative, 2022-01-23 11:08:14

Description: Cadangan Layout Buku Waqaf An-Nur

Search

Read the Text Version

DUA DEKAD MEMBINA DUA DEKAD MEMBELA SEBUAH PERJALANAN KISAH KEJAYAAN

KANDUNGAN Seulas Pinang 5 Prakata 7 Bahagian Satu: Dua Dekad Membina 10 Streotaip Waqaf 15 Dari Prinsipal kepada Praktis 22 Menggenggam Pedoman 30 Ranjau Berliku; Menukang Empayar 40 Bahagian Dua: Dua Dekad Membela Merentasi Sempadan Bangsa 48 Menginisiatifkan Kemajuan Zaman 60 73 Bahagian Tiga: Waqaf Benteng Umat Islam 88 Waqaf Milik Allah, Manfaat Milik Umat 101 Jihad: Permata Yang Belum Digilap 125 Kesimpulan: Membudayakan Waqaf 250 4

Seulas Pinang B ingkisan ahagia Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa projek penerbitan buku ini kerana telah berjaya merealisasikan naskhah sulung terbitan Waqaf An-Nur. Usaha menerbitkan buku kisah perjuangan dan kejayaan Waqaf An-Nur sejak dua dekad lalu sememangnya wajar didokumentasikan sebagai inspirasi generasi hadapan. Sebagao pengerusi Waqaf An-Nur, saya amat kagum dan bangga dengan kesungguhan dan komitmen yang telah semua pihak berikan dalam usaha menerbitkan buku ini. Diharapkan naskhah sulung ini dapat menjadi panduan semua dan semangat untuk terbitan akan datang Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim Pengerusi Waqaf An-Nur 5

Prakata Impian Menjadi Realiti Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa projek penerbitan buku ini kerana telah berjaya merealisasikan naskhah sulung terbitan Waqaf An-Nur. Usaha menerbitkan buku kisah perjuangan dan kejayaan Waqaf An-Nur sejak dua dekad lalu sememangnya wajar didokumentasikan sebagai inspirasi generasi hadapan. Sebagao pengerusi Waqaf An-Nur, saya amat kagum dan bangga dengan kesungguhan dan komitmen yang telah semua pihak berikan dalam usaha menerbitkan buku ini. Diharapkan naskhah sulung ini dapat menjadi panduan semua dan semangat untuk terbitan akan datang Tuan Haji Bukhari bin Abd Rahman Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur 7

Bahagian Satu: Dua Dekad Membina Inspirasi Waqaf 10

Bahagian Satu: Dua Dekad Membina WAKAF DAN SEJARAH Apa itu wakaf? Istilah wakaf dari segi bahasa bermaksud berhenti (‫)السكن‬, menegah (‫ )المنع‬dan menahan (‫)الحبس‬. (Lisan Al-‘Arab, Jilid 9. m/s 359) Dari segi istilah, wakaf adalah menahan benda agar tidak dimiliki, serta manfaatnya boleh disedekahkan. Maka jadilah pemilikan harta tersebut beralih kepada pemilikan Allah SWT. (At-Ta’rifat, Jilid 1. m/s 85) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor (bil.4/1996), mentakrifkan wakaf sebagai pemberian yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana maksud agama mengikut hukum syarak.[1] Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah R.A, Rasulullah ‫ ﷺ‬telah bersabda ‫َلُه‬ : ‫َثَالَثٍة‬ ‫ِإَّال ِم ْن‬ ‫َم ُلُه‬ ‫اْنَقَط َع َع ْنُه َع‬ ‫َاأُْون‬،‫ِإََصذاََدمَقاٍةَتَجااِِإرلَْينٍةَس‬ ‫ِإَّال ِم ْن‬ ‫اِلٍح َيْدُعو‬ ‫َوَلٍد َص‬ ‫ َأْو‬، ‫ِع ْلٍم ُيْنَتَفُع ِبِه‬ “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah 11 pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu : sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Hadith Riwayat Muslim : 1631) [1] Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor, (bil.4/1996), Seksyen 41.

Bahagian Satu: Dua Dekad Membina Al-Imam Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: Ulama telah menafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadith tersebut dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam Ar-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Mughni Al-Muhtaj, Jilid 10. m/s 87) Rukun Dan Syarat Wakaf Walaupun wakaf itu nampaknya mudah, tetapi ia perlu diatur dengan baik dan sempurna. Pelaksanaan wakaf perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Wakaf mempunyai 4 rukun asas iaitu: a) Wakif (pewakaf). Di antara syarat-syarat pewakaf adalah: Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya. Baligh. Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih). b) Mawquf (harta yang diwakafkan). Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya. Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga 12


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook