Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 5 LAPORAN ALUMNI DIA LEADERS KPMAM

5 LAPORAN ALUMNI DIA LEADERS KPMAM

Published by Zalifah Jamal, 2021-11-15 07:54:02

Description: 5 LAPORAN ALUMNI DIA LEADERS KPMAM

Search

Read the Text Version

KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK MELAKA PROGRAM ALUMNI DIA LEADERS KPMAM LAPORAN HASIL PERBINCANGAN ANTARA WAKIL PENGURUSAN KPMAM DAN WAKIL ALUMNI DIPLOMA IN ACCOUNTING (DIA) KPMAM TARIKH: 14 NOVEMBER 2020 TEMPAT: BILIK MESYUARAT BENDAHARA KPMAM DAN MESYUARAT MAYA BERSAMA ALUMNI MASA: 4:00PM – 5.20PM KEHADIRAN: JAWATAN 1. Samsiah binti Kandar Pengarah 2. Noormila binti Fahami@Pahami Timbalan Pengarah HEA 3. Rozaida binti Abu Shari Ketua Program DIA/Setiausaha 4. WAKIL ALUMNI: i. Aisya binti Azali – ACCA Affiliate (Degree ACCA, Dublin Ireland) ii. Muhammad Ikram bin Muhamad Husin – ACCA Affiliate (Degree ACCA, INTEC Shah Alam, Selangor) iii. Nur Aini binti Helme – PricewaterhouseCoopers Kuala Lumpur (Tax Department) iv. Aini binti Khairul Anwar – Finance Department PETRONAS BHD (KLCC) v. Ahmad Zahid bin Ishak – Corporate Affairs and Accounting Executive, H.I.S Management Sdn Bhd (Subsidiary of H.I.S Co Ltd, Japan) vi. Raihan binti Haron – Student at Manchester University UK, Accounting Degree (3rd year) vii. Mohd Azezi bin Abdul Wahab – Finance Executive, Deutsche Technoplast Melaka Sdn Bhd viii. Nur Fatin Nabila binti Abdul Rahman – PricewaterhouseCoopers Kuala Lumpur (Audit Department) TIDAK HADIR: 1. Fatimah – PricewaterhouseCoopers Kuala Lumpur (Tax Department) 2. Naufal Izzat bin Ibrahim – Lembaga Hasil Dalam Negeri, Melaka

Latar belakang Alumni DIA Leaders: Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan kejayaan mereka setelah bergraduat dari KPM Ayer Molek, Melaka. Pelajar-pelajar telah dipilih oleh Ketua Program DIA dan dijemput melalui aplikasi Whatapp dan seterusnya terbentuklah “Group Alumni DIA Leaders KPMAM”. Melalui kumpulan maya tersebut, pihak kolej telah menetapkan 14 November 2020 untuk mengadakan perbincangan secara atas talian. Semua alumni bersetuju untuk mengadakan perbincangan pada pukul 4.00 petang. Ahli alumni yang tidak hadir telah memberi pandangan mereka dalam bentuk penulisan. HASIL PERBINCANGAN Hasil dari perbincangan yang diadakan secara maya, beberapa isu telah dicadangkan bagi tujuan penambahbaikan Program Diploma in Accounting yang sedang dijalankan di KPM Ayer Molek Melaka. Antara cadangan yang diutarakan oleh Alumni Leaders adalah: 1. Penekanan kepada aspek pematuhan kepada Accounting Standard dalam penyediaan akaun: Alumni mencadangkan supaya satu kursus Accounting Standard ditambahkan ke dalam struktur program. Pensyarah perlu menekankan aspek teori kepada Accounting Standard sebelum penekanan kepada Sistem Catatan Bergu (Double Entry System) bagi tujuan perekodan transaksi. 2. Penguasaan Bahasa Inggeris dalam pemahaman isi kandungan kursus: Penekanan kepada penulisan Bahasa Inggeris sebagai Professional Language perlu dititik beratkan kepada pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian profesional selepas bergraduat dari KPM. 3. Kursus perakaunan berkomputer: Kursus perakaunan berkomputer adalah sangat penting untuk pelajar yang akan bekerja selepas bergraduat. 4. Kemahiran Excel:u Kemahiran Excel adalah sangat penting untuk dipraktikkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah perlu menekankan kepada pelajar untuk menghantar tugasan dalam bentuk Excel. 5. Kemahiran persembahan: Kemahiran persembahan (Presentation Skill) adalah sangat penting dan perlu diberi penekanan kerana diperlukan samada dalam alam pekerjaan ataupun ketika melanjutkan pengajian. Kemahiran menulis Business Letter juga perlu ditekankan. Kemahiran untuk sesi temuduga dan penulisan resume juga penting.

6. Kursus Company Law: Kursus Company Law perlu diperkemas dan diperkukuhkan. Kursus ini banyak membantu pelajar dari segi teknik menjawab Paper Law untuk Professional Degree. Alumni memohon kolej mengusahakan untuk kursus ini mendapat pengecualian dari pihak ACCA untuk Peringkat Skill Paper ACCA (F4). 7. Latihan Industri: Alumni juga mencadangkan supaya Latihan Industri dimasukkan semula ke dalam struktur program bagi memberi ruang kepada pelajar yang ingin bekerja selepas tamat pengajian di KPM. Kekuatan Program DIA: 1. Bahan pengajaran pensyarah sangat berguna dan sesuai untuk dijadikan rujukan semasa peringkat Sarjana Muda dan Profesional Degree. 2. Course work adalah mencukupi dan sangat membantu untuk peringkat ijazah. 3. Kursus Ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum adalah sangat berguna. Pelajar-pelajar dinasihatkan untuk menjadi Ketua sesuatu aktiviti bagi membentuk kemahiran menganjur sesuatu program. 4. Isi kandungan kursus Auditing dan tugasan kursus adalah sangat membantu kepada pelajar yang bekerja di firma perakaunan dalam jabatan audit. Kelemahan Program DIA: 1. Konsep mengingat untuk kursus Financial Accounting perlu dielakkan. 2. Bentuk persembahan menggunakan Video Presentation perlu dikurangkan. 3. Penekanan pensyarah adalah sangat tinggi kepada aspek pengiraan sahaja dan sangat kurang mengaitkan dengan konsep perakaunan sesuatu transaksi. Cuba elakkan konsep hafalan. 4. Tiada kursus yang memerlukan pelajar perlu mengetahui isu-isu semasa seperti financial issues, fraud, business failure dan lain-lain. Pendedahan pelajar kepada isi-isu semasa adalah sangat sedikit. Pada akhir perbincangan, Kumpulan Alumni DIA Leaders amat-amat berharap mereka dipanggil untuk sesi beramah mesra dengan pelajar-pelajar KPMAM suatu waktu yang sesuai.

Pengarah akan membawa hasil perbincangan kepada pihak kurikulum Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA untuk tindakan seterusnya. Perbincangan di tangguhkan pada jam 5.20 petang. Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh: ------------------------- ---------------------------- (Rozaida bt Abu Shari) (Samsiah Binti Kandar) Ketua Program DIA/ Setiausaha Pengarah KPMAM KPMAM


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook