MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Kata Alu-Aluan YANG DIPERTUA PIBG SK BAU Assalammualaikum wbt, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana denga izinnya kita dapat bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2018-2020/ 2021. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati ibu bapa SK Bau untuk hadir dalam majlks ini. Semoga mesyuarat agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program demi anak-anak sekolah. Jawatankuasa PIBG sesi 2018-2020/ 2021 sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya. Walaupun perancangan aktiviti dan sebagainya tidak berjalan lancar kerana kekangan masalah Pandemik Covid- 19 yang kita alami dan Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) kepentingan dan kebajikan anak-anak masih dititikberatkan. Sumbangan ibu bapa dalam melancarkan program sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid. Selain itu, ia juga disalurkan untuk pembangunan sekolah demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita. Di samping itu, kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dan telah memastikan pembangunan sahsiah murid-murid agar mereka selamat meneruskan kehidupan dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Sehubungan dengan itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa dapat memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang diadakan. Marilah kita turun bersama-sama ke sekolah ketika diperlukan untuk membantu menjadikan SKB lebih komdusif untuk anak-anak kita belajar. Sumbangan dengan kepakaran ibu bapa amatlah diharapkan untuk digabungkan bersama tenaga guru-guru yang sentiasa memberikan komitmen mendidik anak-anak kita malah kita boleh nampak kegigihan membaikpulih persekitaran sekolah tidak kira waktu. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan misi dan visi SKB. Saya berharap ahli jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SKB yang kita sayangi. Saya mewakili barisan Exco AJK 2018-2020/ 2021 mengucapakn ribuan terima kasih di atas di atas kerjasama guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa bersedia mencurahkan bantuan dalam memjayakan aktiviti yang dirancang. Kami juga memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan yang datang dari kami. Semoga SK. Bau sentiasa bergerak maju menuju kecemerlangan dengan adanya gabungan mantap ibu bapa, guru-guru dan PIBG. Sekian, terima kasih.
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Kata Alu-Aluan Guru Besar Sk Bau Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya, perancangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG sekolah yang tertangguh ini dapat diterjemahkan pada hari ini dengan menggunakan medium google meet. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa dan penjaga menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah banyak membantu pihak guru-guru dalam melaksanakan pembelajaran secara PdPR samada atas talian atau pun penggunaan modul demi untuk mencemerlangkan anak-anak. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan hala tuju pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1 (2013- 2015) : Menyokong pelibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2 (2016- 2020) : Memantapkan pelibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor swasta. Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak Covid-19. Keadaan ini tidak akan membantutkan hala tuju pelibatan ibubapa dan sektor swasta terhenti begitu sahaja. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah digariskan itu perlu dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian anak didik kita. Malah semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai. Umumnya mengetahui bahawa kefahaman sekolah menjadi tempat pembelajaran murid sudah tidak relevan lagi malah proses pembelajaran di rumah (PDPR) yang diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2020 mengukuhkan lagi kefahaman di atas. Kementerian Pendidikan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Malaysia telah menakrifkan sistem pembelajaran ialah sesuatu proses pembelajaran boleh berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Untuk itu, sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Kita perlu fahami bahawa apabila disebut Ekosistem Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana dan ruang belajar melalui teknologi, talian internet, buku-buku, keluarga, kawan-kawan dan komuniti. Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa (PIBG) yang dapat diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Kemenjadian murid boleh dicapai secara kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga dan komuniti melalui aktiviti sukarela bersama pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah seterusnya menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti komuniti untuk mendapat pengalaman dan pengajaran penting melalui proses tersebut. Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BAU TAMAN MUTIARA, JALAN JAMBUSAN, BAU. ____________________________________________________________________________ Rujukan kami: SKBAU.100-6/4/3 ( ) Tarikh: 28 Oktober 2021 Ibu Bapa/Penjaga Murid-murid SK Bau, Bau Tuan / Puan, MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BAU TAHUN 2021 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bau akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG seperti ketetapan di bawah : Tarikh : 30 Oktober 2021 Hari : Sabtu Masa : 9.00 Pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Di rumah kediaman masing-masing Kaedah : Google Meet ( Pautan akan diberitahu kemudian ) 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “SK Bau Di Hati” Saya yang menjalankan amanah , Yang benar, ………………………………………. (RAHIM BIN ISA) Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Bau, Bau.
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Senarai Ahli Jawatankuasa Sesi 2018/2020 AHLI JAWATANKUASA KERJA SESI 2018/2020 PENASIHAT ENCIK ABDUL KADIR BIN HJ MADELI Guru Besar PENGERUSI ENCIK RAHIM BIN ISA Yang Dipertua PIBG NAIB PENGERUSI PUAN MARIA GELUNGAN SETIAUSAHA ENCIK JEFFRY ALEXTER ANAK TODENG Setiausaha PIBG BENDAHARI ENCIK BOB FOSTER ANAK METIAU Bendahari PIBG PENOLONG BENDAHARI ENCIK CLIFFORD ANAK PATRICK JURU AUDIT ENCIK MOHAMAD ANAS BIN CHE MOHAMAD PUAN EVELYN ANAK LEJEN PEMEGANG AMANAH PUAN NURSITY BINTI HAJI SALEH ( GPK PENTADBIRAN ) PUAN SAPTIAH BINTI MAHELIN ( GPK HEM ) ENCIK WALTER GLISPIN ANAK RAEN ( GPK KK ) PUAN HASANAH BINTI BOJENG ( GPK PPKI )
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 EXCO TIDAK BERSEKUTU ENCIK GIEDION AK KAJA ( UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING ) PUAN DORIE ANAK PATRICK ( PRASEKOLAH ) PUAN NOYIEN ANAK MISID ( KOPERASI MINI ) USTAZAH SITI NURASMA BINTI MOHD SAWI ( KAFA ) PUAN JACQULIN ANAK DIWAN ( PPKI ) ENCIK CLARENCE AUGUSTINE ANAK MIHON ( SARANA PIBG ) EXCO GURU PUAN DAYANG ROZIAH BINTI ABANG ARIFFIN PUAN TRESSA ANGER ANAK JISON PUAN YANTI ANAK PENGABANG PUAN ABIAH LUCY ANAK MICHAEL ATIEN USTAZAH NOR MILAWATI BINTI MAMAT EXCO IBU BAPA PUAN PATRICIA ( KAMPUNG MEREMBEH ) PUAN HAZIMAH ( KAMPUNG PANGKALAN BAU ) PUAN NORATIKAH BINTI ZAMAWI ( KAMPUNG MASJID ) ENCIK MOHAMAD ROSLEH ( TMN MUTIARA & TMN MEI CHING ) PUAN SITI ZAINAB ( TAMAN MEI YEN & TAMAN MAWAR )
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Agenda Mesyuarat SESI 1 1. Ucapan YDP PIBG 2. Ucapan Penasihat 3. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas 4. Perbentangan Laporan 4.1 Laporan Setiausaha 4.2 Laporan Bendahari 5. Hal hal lain SESI 2 1. Pembubaran JawatanKuasa PIBG sesi 2018-2020/2021 2. Pencalonan dan undian 3. Ucapan YDP sesi 2021-2023 4. Penutup
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN BAU TAMAN MUTIARA , JALAN JAMBUSAN, 94000 BAU Tel: 082-763243 ___________________________________________________________________________ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BAU TAHUN 2019 ATURCARA MAJLIS SESI 1 ; PENDAFTARAN KEHADIRAN AHLI DAN MAJLIS PERASMIAN 0800 pagi - Ketibaan ibubapa dan Guru / Pendaftaran 0830 pagi _ Mesyuarat bermula _ Bacaan doa _ Ucapan alu-aluan Guru Besar _ Ucapan Yang Dipertua PIBG 2018-2020 - Pengesahan minit mesyuarat 2018 - Pembentangan penyata kewangan tahun semasa - Hal-hal Lain/Usul 1100 pagi _ Bersurai SESI 2 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BAU : 02 MAC 2019 AGENDA MESYUARAT 1. Kata-kata aluan YDP PIBG 2. Kata-kata aluan Guru Besar 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2018 4. Membentang dan menerima Penyata kewangan sesi 2018 5. Membahas dan menerima usul 6. Hal-hal lain 7. Ucapan penangguhan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BAU TAHUN 2019 TARIKH : 02 MAC 2019 HARI : SABTU MASA : 0830 PAGI TEMPAT : DEWAN MUTIARA, SK BAU 1.0 UCAPAN PERASMIAN ( YDP PIBG ENCIK RAHIM BIN ISA ) 1.1 YDP , Encik Rahim Bin Isa mengalu-alukan kedatangan semua guru dan para ibubapa atas kesanggupan hadir. Mesyuarat ini membincangkan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun tanda kerjasama antara AJK dan guru-guru SK Bau. Jika hendak mengemukakan usul perlulah secara bertolak ansur. TINDAKAN YANG DIPERTUA PIBG 2.0 UCAPAN GURU BESAR ( ENCIK ABDUL KADIR BIN HJ MADELI ) 2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran YDP, Exco PIBG, ibu bapa walaupun dalam keadaan hujan. Oleh kerana hujan, kemungkinan ramai yang tidak dapat hadir.Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan tanggungjawab anak-anak ke sekolah. Mesyuarat ini antara lain diadakan ialah untuk mencadang dan mengusulkan pelbagai aktiviti demi kecemerlangan anak-anak dan menyatakan peluang dan masa ini perlu digunakan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi sebarang masalah. Guru Besar berharap agar emua dapat duduk dalam membincangkan masalah disusuli dengan aktiviti gotong royong. Beliau turut memohon maaf disebabkan mesyuarat pada kali ini diadakan pada minggu pertama oleh yang demikian kehadiran hari ini tidak jadi massalah dan dipertikaikan. Sekali lagi beliau merakamkan jutaan terima kasih dan memohon maaf atas kekurangan yang berlaku pada masa mesyuarat hari ini. TINDAKAN GURU BESAR 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2018 ( rujuk minit mesyuarat PIBG 2018 ) 3.1 Minit mesyuarat perlu penambahbaikan dengan perlu menyertakan senarai kehadiran. Ianya telah disahkan oleh Encik Aslan dan disokong oleh Puan Fauziah Binti Salleh 2. Tiada perkara berbangkit.
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 bahawa makanan segera untuk guru sahaja. Penutup makanan telah disediakan oleh pihak kantin. 5.1.6 Jadual Waktu Murid: GPK 1 memohon maaf disebabkan jadual kerap bertukar. Ini disebabkan ketiadaan guru baru Untuk makluman semua, Jadual waktu ke-3 telah diatur disebabkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak boleh diajar secara berturutan. Oleh kerana ianya tidak boleh dielakkan maka sebarang perubahan akan dimaklumkan. Sifir, 5.1.7 Piahak sekolah sudah menyediakan pelbagai program bagi membantu meningkatkan pengetahuan murid-murid. Antaranya ialah Program Bijak Bacalah Sayang dan lain-lain serta dengan adanya tambahan Guru Permulihan dan Program di bawah Guru Bimbingan Dan Kaunseling. 5.1.8 YDP mencadangkan program lain dan dipersetujui oleh Guru Besar dengan mencadangkan Hari Sukaneka PIBG dan akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG. Semua ahli bersetuju mengadakan Hari Sukaneka PIBG. Puan Francisca Sandra menyatakan bahawa tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan ahli PIBG. Encik Suhaimi mencadangkan bayaran sebanyak rm10.00 untuk satu keluarga. Puan Seri Hastuti mencadangkan Hari Keluarga PIBG/ Hari Terbuka Keluarga PIBG dengan objektif “bersilaturahim” dan mencari dana PIBG dan memohon kerjasama semua melibatkan diri. 5.1.9 Sumbangan PIBG Encik Jeffry Alexter AK Todeng menjelaskan bahawa bayaran sumbangan PIBG adalah sebanyak RM5.00 manakala kebajikan RM11.00. Hanya Sekolah Kebangsaan Bau sahaja yang masih ngutip sumbangan sebanyak RM5.00 berbanding sekolah lain. Ini kerana dana ini digunakan untuk aktiviti murid-murid terutama program motivasi UPSR, permainan dan sukan. Semua ini digunakan untuk kebaikan murid-murid sendiri. Encik Suhaimi mencadangkan sumbangan RM20.00 berbanding RM16.00 sebelum ini untuk satu keluarga bagi tempoh setahun.Semua ahli bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM20.00 pada tahun 2020. TINDAKAN SETIUSAHA PIBG
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT Oleh kerana tiada usul daripada ibubapa, YDP PIBG telah menangguhkan mesyuarat agung tersebut dengan sebulat suara. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1040 pagi.. Dicadangkan oleh Puan Hayati Binti Abdul Kadir dan disokong oleh Puan Maria Gelungan. _______________________ _____________________ (JEFFRY ALEXTER AK TODENG) (RAHIM BIN ISA) Setiausaha PIBG Yang dipertua PIBG sesi 2018-2020 SK Bau SK Bau Tarikh : _0_7__/0_3_/_2_0_1_9__ Tarikh : _1_1_/_0_3_/2_0_1_9__
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Laporan Setiausaha Gotong Royong Perdana (02 Mac 2019)
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Gotong Royong Perdana 2 ( 03 Ogos 2019)
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Sukan Tahunan Sekolah (26 Oktober 2019)
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Laporan Bendahari BIL. Tarikh PENUNTUT/SUMBER PENDAPATAN BAJET 2018-2020 (1) MASUK (RM) KELUAR (RM) BAKI (RM) 1 01/03/2019 Baki di tangan+ Baki dalam akaun RM1270.57 PERKARA PERBELANJAAN 2 31/05/2021 Yayasan Sarawak Baki di bawa ke hadapan (Bajet awal tahun 2020) RM1,270.57 Sumbangan Yayasan Sarawak RM500.00 3 12/06/2019 Bob Foster Banner TS25 + Frame RM1,270.57 RM184.90 Sumbangan PIBG bagi Ketidakhadiran Gotong Royong 2/2019 RM200.00 4 29/07/2019 PIBG RM0.50 Baki di tangan+ Baki dalam akaun+dividen bank (RM0.04) RM365.00 5 30/07/2019 Maybank Cheque Processing Fee RM450.00 CAT ROADLINER KCC,BERUS CAT, THINNER (Gotong Royong 2/2019) 6 31/07/2019 Bob Foster Nasi Ayam 150 pack RM3.00 (Gotong Royong PIBG 2/2019) RM76.00 Stationery (Tambahan Selotape,Berus Cat, Thinner) Gotong Royong RM130.00 7 03/08/2019 Bob Foster 2/2019 Cat Aqua Base 8 05/08/2019 Walter Glispin 9 07/08/2019 Nursity Salleh RM764.17 10 20/12/2019 1 Baki di bawa ke hadapan (Bajet awal tahun 2020) RM764.17 2 22/12/2019 Jane Maxwell Program Transisi Tahun 1 2020 RM4,560.00 RM500.00 RM480.00 RM300.00 3 08/01/2020 Jane Maxwell Beli tikar Tahap 1 RM800.00 RM50.00 RM1,200.00 4 15/01/2020 Walter Glispin Atlet Rentas Desa (Makanan) RM1,488.00 RM100.00 RM75.00 RM200.00 5 15/01/2020 Nursity Salleh Keceriaan TS25 (Banner Sifir, Lagu Kebangsaan,dll) RM70.00 RM3,500.00 RM150.00 6 15/01/2020 Nursity Salleh Lampu Kalimantang (Laluan Pejalan Kaki) RM60.00 7 17/01/2020 Walter Glispin Makanan atlet MSSR RM0.50 8 17/01/2020 Walter Glispin Perbelanjaan Atlet wakil Daerah Ke Bintulu (Umi Kalsom) RM180.00 9 20/01/2020 Siti Baizura RM72.00 10 14/02/2020 Bob Foster Makanan mesyuarat AJK PIBG RM1,043.05 11 21/01/2021 Maybank Cheque Processing Fee RM37.50 RM294.30 12 02/01/2020 PIBG Sumbangan PIBG keluarga (228x20) RM1,000.00 13 02/01/2020 PIBG Sumbangan PIBG (Guru) RM200.00 14 19/02/2020 Bob Foster Makanan murid \"Jom Ke Sekolah\" 15 29/02/2020 PIBG RM280.00 Sumbangan PIBG bagi Ketidakhadiran Gotong Royong RM167.20 RM108.00 16 29/02/2020 Siti Baizura Durobond (820) Adhensive Gum 250ml RM100.00 RM250.00 17 29/02/2020 Bob Foster Bahan Gotong-Royong PIBG RM295.00 RM107.00 18 29/02/2020 Bob Foster Air Mineral Gotong-Royong PIBG RM107.20 RM90.40 19 04/03/2020 Bob Foster Makanan & Minuman setiap Rumah Sukan (sarapan) RM22.60 RM55.10 20 05/03/2020 PIBG Jualan Tiket Bertuah RM17.50 RM15.00 21 05/03/2020 Bob Foster Makanan Murid tengah hari (2 hari) RM0.50 22 06/03/2020 PIBG Sewa Tapak Gerai Hari Sukan 23 09/03/2020 Fauziah Saleh Langsir Bilik Peperiksaan 24 11/03/2020 YB Sumbangan YB (RM2500 dimasukkan ke dalam akaun,RM1000 CASH IN HAND) 25 12/03/2020 Bob Foster Termometer Badan (1 unit) 26 23/06/2020 Abdul Kadir Bahan keperluan S.O.P Covid-19 27 29/06/2020 Abdul Kadir Termometer Badan Tambahan (1 unit) 28 30/06/2020 Nursity Salleh Bekas Sabun dan pencuci tangan (Covid-19) 29 11/07/2020 Zarinah Lampu Kalimantang (Aras 2 dan Prasekolah) 30 14/07/2020 Bob Foster Termometer Badan (1 unit- Infrascan) 31 16/07/2020 Bob Foster Peralatan Mengecat Laluan S.O.P 32 19/07/2020 Nursity Salleh Tong Air (Covid-19) 33 27/07/2020 Jane Maxwell Stationary Kegunaan S.O.P 34 19/07/2020 Nursity Salleh Black Pail, Water Gel, Plastic Tap (Covid-19) 35 17/09/2020 Abdul Kadir Trailing Socket 36 18/09/2020 Jane Maxwell Sticker Suhu 37 26/10/2020 Jane Maxwell Self Adhesive Labels 38 21/11/2021 Maybank Cheque Processing Fee 39 Baki di tangan+ Baki dalam akaun RM4,594.32 1 Baki di bawa ke hadapan (Bajet awal tahun 2021) RM4,594.32 2 08/02/2021 Sumbangan PIBG keluarga (242x20) RM4,840.00 3 07/01/2021 4 04/03/2021 BOB FOSTER Baki di tangan+ Baki dalam akaun K3 THERMOMETER WITH STAND RM298.00 5 05/03/2021 BOB FOSTER CABLE TIE & COATED WIRE RM20.05 6 14/03/2021 BOB FOSTER BUNTING & BANNER JOM KE SEKOLAH 2021 RM180.20 7 18/03/2021 NURSITY SALLEH STATIONERY & SELOTAPE(UNTUK PENYEDIAAN S.O.P) 2021 RM70.20 8 27/05/2021 NURSITY SALLEH CENDERAMATA PERPISAHAN CIKGU DAYANG RM100.00 NURSITY SALLEH Sumbangan untuk Ustaz Jufri (Kematian Bapa) RM100.00 9 13/08/2021 Derma untuk sekolah yang hangus di Batu Kawah (SK Rantau Panjang, AZMAN AMAN Batu Kawah) RM100.00 RM8,565.87 30/10/2021 Baki di bawa ke hadapan (Bajet awal tahun 2022) RM8,565.87 Disediakan Oleh, Disemak Oleh, (BOB FOSTER ANAK METIAU) (EVELYN ANAK LEJEN Bendahari PIBG Sekolah Kebangsaan Bau Juruaudit 1 Sesi 2018-2020 PIBG Sekolah Kebangsaan Bau Disemak Oleh, (MUHAMMAD ANAS BIN CHE MOHAMAD) Juruaudit 2 PIBG Sekolah Kebangsaan Bau
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Penghargaan Ahli Jawatankuasa Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Bau mengucapkan jutaan terima kasih kepada : ENCIK RAHIM BIN ISA (YDP PIBG) En Azman bin Aman (Guru Besar Sk Bau) Guru-guru serta warga Sk bau Ibu Bapa/Penjaga murid Sk Bau Dan Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAU TAHUN 2021 Catatan
Search
Read the Text Version
- 1 - 21
Pages: