Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PROFIL PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PROFIL PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Published by PUSAT ISLAM -, 2021-08-02 00:55:47

Description: Profil Jabatan-update-07-07-21

Search

Read the Text Version

“Integriti Menjana Transformasi Ummah Berkualiti”

Penaiktarafan Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) pada 20hb Januari 2015M bersamaan dengan 29 Rabiul Awal 1436H menjadi kesinambungan dalam memartabatkan fungsi dan peranan Masjid Universiti Malaysia Sabah bukan sahaja sebagai pusat peribadatan semata- mata bahkan menjadikannya sebagai One Stop Center yang akan menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan fasiliti kepada para jamaah ketika berkunjung ke masjid ini. Selaras dengan perkembangan dan keperluan universiti, PIUMS mensasarkan penganjuran program ke peringkat yang lebih tinggi selain daripada peringkat universiti dan negeri serta juga peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru pemahaman dan tatacara pengurusan yang dinamik dan strategik adalah perlu bagi menjamin sesuatu program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Pemantapan jati diri bagi setiap kakitangan PIUMS juga perlu dikukuhkan bagi menangkis pelbagai persepsi negatif terhadap kakitangan kerajaaan akibat daripada ketidakcekapan dan kurangnya pengetahuan tentang tugasan yang dilakukan. Amanah dalam pekerjaan adalah satu tanggungjawab sosial kepada warga PIUMS yang mendukung pengurusan organisasi berteraskan Islam sebagai contoh model pengurusan terbaik dalam sebuah organisasi yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi. Semoga kakitangan PIUMS akan menyumbang dan memberikan khidmat terbaik khasnya kepada warga UMS dan juga masyarakat di sekeliling secara umumnya.

➢FALSAFAH Menerapkan nilai-nilai Islam pada setiap individu yang membawa kepada kesempurnaan sahsiah diri dalam melahirkan kecemerlangan hidup duniawi dan ukhrawi. ➢MISI Mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan yang sistematik dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam bagi merealisasikan penghayatan dan pembudayaan Islam dalam kehidupan ➢VISI Berperanan sebagai sebuah pusat rujukan yang unggul disamping melaksanakan dan menggerakkan aktiviti yang berkaitan dengan dakwah Islamiah dan kerohanian dalam melahirkan warga UMS dan masyarakat yang berakhlak mulia

Ustaz Md. Razali Saibin Pengarah Ustazah Noorisah Taljid Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Ketua Sektor Pentadbiran dan Kewangan Ustaz Mohammad Fazri Abdul Hamid Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Ustaz Yusri Sumin Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Ketua Sektor Pengurusan Masjid

Ustazah Noor Fazelah Salimin Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Sektor Pentadbiran dan Kewangan Ust. Mahmud Mahanis Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Sektor Pengurusan Masjid Ustazah Kartini Mail @ Ismail Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat En. Malik Hanafi Achmad Rofi’ie Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pn. Zainah Hj. Ahmad Ketua Pembantu Tadbir (P/O) Sektor Pentadbiran dan Kewangan

Ust. Binik Majuril Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan Sektor Pentadbiran dan Kewangan Ustazah Salinah Ramlee Pembantu Hal Ehwal Islam Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Ust. Badrul Hisyam Bakar Pembantu Hal Ehwal Islam Sektor Pengurusan Masjid En. Mohd. Farid Gualin Abdullah Pemandu Kenderaan Kanan Sektor Pentadbiran dan Kewangan En. Selamat Krimat Pembantu Operasi Sektor Pentadbiran dan Kewangan





“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orangyang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan- pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran Surah al-Asr : 1-3 Diterbitkan oleh : Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu No. Tel : 088-320000 samb. 203200 www.ums.edu.my/piums [email protected] @pusatislamums


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook