Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore RISALAH JUMAAT BIL 3-2021

RISALAH JUMAAT BIL 3-2021

Published by PUSAT ISLAM -, 2021-08-09 15:19:51

Description: RISALAH JUMAAT BIL 3-2021

Search

Read the Text Version

RISALAH JUMAAT EDISI 3/2021 | 06 OGOS 2021M | 27 ZULHIJJAH 1442H RASUAH TERGOLONG JENAYAH TAKZIR Oleh : DR. SARIP ADUL TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Agama Islam memandang serius terhadap isu rasuah yang dianggap sebagai jenayah takzir, iaitu berdosa besar kepada perlakunya kerana ia berkait rapat terhadap hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT. Allah S.W.T. menciptakan manusia dengan memiliki nafsu. Nafsu menyebabkan manusia suka kepada harta, seks, jawatan tinggi dan keseronokan dunia yang lain. Selagi manusia memiliki nafsu, selagi itu ia akan diuji dari pelbagai sudut yang jika tidak mampu mengawal diri akan terjebak dalam jenayah rasuah. Hukum rasuah dianggap dalam Islam sebagai jenayah Takzir dan haram dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada kita sebagai penjawat awam, pemimpin mahupun agamawan pasti tidak akan terlepas daripada kemungkinan terlibat rasuah. Perkataan rasuah itu sendiri berasal daripada bahasa Arab iaitu al-rashwah, al- rishwah ataupun al-rushwah yang membawa maksud sesuatu suapan. Dalam pengertian yang dipetik daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasuah ialah pemberian ataupun penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah atau diskaun Jenayah rasuah turut dilaknat oleh Allah S.W.T dan Rasulullah SAW. Kemudaratan besar yang tercetus daripada jenayah tersebut boleh menggugat pembangunan sesebuah negara dalam bidang ekonomi, politik dan sebagainya. 1 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

Kesan rasuah mampu menghancurkan keadilan dalam sesebuah negara, melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan mementingkan diri sendiri, menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang, pengurusan pentadbiran menjadi kucar-kacir dan kos pengurusan yang meningkat. Jenayah rasuah tidak terhad kepada pemberi, tetapi juga kepada penerima rasuah dan orang perantara. Kesemua mereka termasuk dalam laknat Allah dan rasulNya. Oleh sebab itulah, rasuah ialah kemungkaran yang wajib dibanteras daripada kehidupan masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam riwayat Muslim dan At-Tarmidzi yang bermaksud, barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan). Dalam usaha untuk mencegah dan membendung jenayah rasuah, kita tidak boleh mengharapkan akta dan penguatkuasaan semata-mata. Tetapi, kita harus memupuk iman dalam diri dan mencari reda Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan. Dengan adanya takwa dan keyakinan kepada Allah SWT, ia akan mampu menjauhkan diri kita daripada terlibat dalam kancah jenayah rasuah. 2 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

3 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

4 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

SAMBUTAN AIDILADHA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1442H 5 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

SAMBUTAN AIDILADHA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1442H 6 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

PROGRAM ZIARAH KASIH ADHA 1442H 7 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

JADUAL WAKTU SOLAT Bagi Zon 7 : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar Ogos 2021 Miladiah / Zulhijjah 1442 - Muharram 1443 Hijriah Miladiah Hari Hijriah Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 19:48 1 Ahad 22 Zulhijjah 4:51 5:01 6:13 12:26 15:46 18:35 19:48 19:48 2 Isnin 23 4:51 5:01 6:13 12:26 15:46 18:35 19:47 19:47 3 Selasa 24 4:51 5:01 6:13 12:26 15:45 18:35 19:47 19:46 4 Rabu 25 4:51 5:01 6:13 12:25 15:45 18:35 19:46 19:46 5 Khamis 26 4:51 5:01 6:13 12:25 15:44 18:34 19:45 19:45 6 Jumaat 27 4:52 5:02 6:13 12:25 15:44 18:34 19:44 19:44 7 Sabtu 28 4:52 5:02 6:13 12:25 15:43 18:34 19:44 19:43 8 Ahad 29 4:52 5:02 6:13 12:25 15:43 18:34 19:43 19:42 9 Isnin 30 4:52 5:02 6:13 12:25 15:42 18:33 19:42 19:41 10 Selasa 1 Muh 1443 4:52 5:02 6:13 12:25 15:42 18:33 19:41 19:40 11 Rabu 2 4:52 5:02 6:13 12:25 15:41 18:33 19:40 19:39 12 Khamis 3 4:52 5:02 6:13 12:24 15:41 18:33 19:39 19:38 13 Jumaat 4 4:52 5:02 6:13 12:24 15:40 18:32 19:38 19:37 14 Sabtu 5 4:52 5:02 6:13 12:24 15:40 18:32 19:37 19:36 15 Ahad 6 4:52 5:02 6:13 12:24 15:39 18:32 19:36 19:35 16 Isnin 7 4:52 5:02 6:13 12:24 15:38 18:31 17 Selasa 8 4:52 5:02 6:13 12:23 15:38 18:31 18 Rabu 9 4:52 5:02 6:13 12:23 15:37 18:31 19 Khamis 10 4:52 5:02 6:13 12:23 15:36 18:30 20 Jumaat 11 4:52 5:02 6:12 12:23 15:35 18:30 21 Sabtu 12 4:52 5:02 6:12 12:22 15:35 18:29 22 Ahad 13 4:52 5:02 6:12 12:22 15:34 18:29 23 Isnin 14 4:52 5:02 6:12 12:22 15:33 18:29 24 Selasa 15 4:52 5:02 6:12 12:22 15:32 18:28 25 Rabu 16 4:52 5:02 6:12 12:21 15:31 18:28 26 Khamis 17 4:52 5:02 6:12 12:21 15:30 18:27 27 Jumaat 18 4:52 5:02 6:12 12:21 15:29 18:27 28 Sabtu 19 4:52 5:02 6:11 12:21 15:29 18:27 29 Ahad 20 4:52 5:02 6:11 12:20 15:28 18:26 30 Isnin 21 4:52 5:02 6:11 12:20 15:27 18:26 31 Selasa 22 4:52 5:02 6:11 12:20 15:26 18:25 SUMBER : PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH 8 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

Diterbitkan oleh: Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel 088-320 000 samb. 203200 No. Faks : 088-320 736 www.ums.edu.my/piums @pusatislamums 9 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook