RISALAH JUMAAT SelamatEDISI 6/2021 | 10 SEPTEMBER 2021M | 02 SAFAR 1443H 16 September 2021 Menyambut Hari Malaysia Menarik Minggu ini DARI MEJA PENGARAH Bersama : UST. MD. RAZALI SAIBIN (K.B, P.A) PENA MINGGU INI Bersama : UST. AG SHARIN BIN AHMAD DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : PRIHATIN PERINTAH IBADAH SOLAT “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
DARI MEJA PENGARAH BERSAMA : AL-FADHIL AL-USTAZ MD. RAZALI SAIBIN (K.B, P.A) PENGARAH PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH No. Tel : +60 13-543 0833 Emel : [email protected] PERANAN MASJID SEBAGAI INSTITUSI SOKONGAN PSIKOSPIRITUAL ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
“ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي”
PENA MINGGU INI PENULIS : UST. AG SHARIN BIN AHMAD KETUA UNIT AL-QURAN DAN HADITH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI, NEGERI SABAH No. Tel : 019-896 9786 Emel : [email protected] TAJUK: AMALAN (NIAT) TERAS PENERIMAAN SUATU AMALAN ِِ َُ َو َم ٓا ُأ ِم ُرٓو۟ا ِإ اَّل ِل َي ْع ُب ُدو۟ا ٱَ اّلَل ُم ْخ ِل ِصي َن َل ُه ٱل ِدي َن ُح َن َف ٓا َء َوُُي ِِي ُُا۟ا ٱل اص َل ةا ََ َوُُي ُُْْا۟ا ٱلَاََّ ةا ََ ۚ َو ةَذ ِل َك ِِي ُن ٱ ْل َِ ِي Bermaksud: “Mereka tidaklah diperintahkan kecuali supaya menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepada-Nya,serta dalam keadaan cenderung daripada segala agama kepada agama Islam semata-mata.(Mereka juga diperintahkan) supaya mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Itulah agama yang lurus lagi benar”.(Surah Al-Bayyinah : 5) Para Ulama telah sepakat bahawa niat dan keikhlasan mestilah wujud pada setiap amalan manusia agar pelakunya mendapat pahala dan ganjaran atas amalan tersebut. Ini membawa maksud bahawa tujuan kehidupan manusia di muka bumi ini adalah untuk meraih pahala dengan sebanyak-banyaknya walaupun suatu amalan tersebut tidak zahir dipandangan mata manusia. Seperti yang semua maklum bahawasanya kehidupan manusia dan yang lainnya di bumi ini hanya semata-mata untuk mengabdikan diri (beribadat) kepada Allah Azza Wajalla sekaligus membenarkan pernyataan sebelum ini yakni perbuatan yang disertakan dengan niat kerana Allah itu adalah suatu ibadah dan juga ianya amalan yang mengharapkan pahala dan keredhaan- Nya Allah berfirman di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 : َو َما َخ َل ِْ ُت ٱ ْل ِج ان َوٱ ْْ ِلن َس ِإ اَّل ِل َي ْع ُب ُدو ِن Bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. “ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
Di dalam Surah Al-Hajj ayat 77, Allah S.W.T telah berfirman : ٱ ال ِذي َن َةٓي َأ ُّيَها ُُ ْفِل ُحا َن َوٱ ْف َع ُلا۟ا ٱ ْل َخ ْي َر َل َع ال ُك ْم َءا َم ُنا۟ا ٱ ْرََ ُعا۟ا َوٱ ْس ُج ُدو۟ا َوٱ ْع ُب ُدو۟ا َراب ُك ْم Bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”. Allah berfirman lagi di dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7-8 : َف َُن َي ْع َُ ْل ِم ْث َِا َل َذ ارٍَ َخ ْي ًرا َي َر ُهۥ َو َمن َي ْع َُ ْل ِم ْث َِا َل َذ ارٍَ َش ًّرا َي َرُهۥ Bermaksud : “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya”. Melalui ayat-ayat di atas, Allah S.W.T. memberikan isyarat bahawasanya tujuan kehidupan dan penciptaan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan cara melakukan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan walaupun tidak zahir dipandangan mata manusia hatta amalan sekecil zarah sekalipun sama ada baik mahupun buruk akan dilunaskan ganjarannya oleh Allah S.W.T. Amalan sekecil niat ini telah berkurun lamanya diterapkan dalam Islam yang bersandarkan hadis-hadis Nabi S.A.W. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (No. 1908) daripada Saidina Umar Al-Khattab R.A.: َُنح ََْهستاُِ َِ ْفعهِ ْه ُج ْتَجرََُُررُُُهُ ُسِهإَِْلإاَلىَلىاالَلمل ِلاهِه ََوهَارصَُسجل َْىراِِلإاَِلله ْيل َِهفهِهع ْلجيَرُُه ُه:ْنَ َرَُفأهٍََُ َقَْياْنن ََِلككا.َُ ََاوح َ ُْملف ِْبنا ٍَلكصِانَنايُعاْ َتُِتَ ِر َْهبو ِِْإجنانَرَُاُُْلُاه َِِخلل ُُكادطِْنالَي ِاابُْمي َ ِررِ ٍِضصئ ْي ََُبمَيهااا َنلَأ َلُْاهواىَْعم، ِْإَِامنو َِنَرُْي ُاَسنْاْ َالِألَِأبِ ْْهعي:و َعس ْلنمَأَِإِيَملُْيِىِ ْرااا ْلُْلُلل ِْه Bermaksud: Sesungguhnya segala amalan hanyalah (sah dan sempurna) dengan niat. Sesungguhnya bagi setiap orang itu pula hanyalah apa yang dia niatkan. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya(diberi ganjaran), sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dinginkannya atau kerana perempuan yang hendak dikahwinnya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya(sia-sia & tidak di terima Allah). Jelas daripada hadith tersebut ia membawa manusia untuk memahami bagaimana suatu amalan yang dilakukan bukan disandarkan kerana Allah dan Rasulnya maka ianya dikira tertolak dan dikhuatiri segala amalan tersebut termasuk di dalam perbuatan yang sia-sia. Perkara ini tidak terhenti disekitar itu sahaja bahkan di hari kebangkitan nanti setiap umat islam khususnya dan manusia umumnya akan diberikan balasan kebaikan atau kejahatan bergantung kepada niat masing-masing. 6 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
Ini selaras dengan Hadith yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah R.Anha: : قال رسال الله صلى الله عليه وسلم: وعن ام اْلاءمنين أم عبدالله عائشِ رض ى الله عنها قالت يا رسال الله: قلت: قالت.يخسف بأولهم وأخرهم, فاذا كاناا ببيداء من الأرض.ِيغَّوجيش الكعب ثم, يخسف بأولهم وأخرهم: وفيهم أسا اقهم ومن ليس منهم؟ قال, َيف يخسف بأولهم وأخرهم, هذا لفظ البخاري. متفق عليه- .يبعثان على نياتهم Bermaksud: Diriwayatkan daripada Ummul Mu’minin,Ummu Abdillah Aisyah R.Anha bahawa beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda, satu angkatan tentera akan menyerang Kaabah. Apabila mereka berada di sebuah kawasan tanah kosong lagi kontang, tiba-tiba mereka semua termasuk yang pertama dan yang terakhir ditenggelamkan ke dalam perut bumi. Aisyah R.Anha berkata : Wahai Rasululllah, bagaimanakah mereka semua, termasuk yang pertama dan yang terakhir ditenggelamkan ke dalam perut bumi? sedangkan dikalangan mereka ada orang- orang pasar yakni orang awam dan juga bukan daripada kalangan mereka? Rasulullah bersabda: mereka semua termasuk yang pertama dan terakhir ditenggelamkan ke dalam perut bumi, kemudian mereka akan dibangkitkan (hari kiamat) atas niat-niat mereka. (HR Al-Bukhari , Sahih Bukhari , Kitab Jual Beli 4/284) Telah zahir betapa pentingnya peranan niat dalam menjadi penentu kepada amalan- amalan manusia agar ianya diterima di sisi Allah Azza Wajalla. Lalu tidaklah Allah memandang hambanya itu melalui kesempurnaan penampilan dari sudut luaran, penuh kekayaan dan tinggi kedudukanya di tengah masyarakat yang sentiasa menjadi hidangan pandangan manusia melainkan Allah melihat apa yang tersemat di sanubarinya. Seperti yang pernah dirakam dalam hadis Nabi S.A.W. yang berbunyi : ان: قال رسال الله صلى الله عليه وسلم: عن أبي ه ُريرَ عبد الرحُن بن صخررض ي الله عنه قال ( )رواه مسلم- ولكن ينظرالى قلابكم وأعُالكم. الله تعالى َّلينظرالى أجسامكم وَّلالى صارَم Bermaksud: Daripada Abu Hurairah Abdurrahman bin Sokhr ra bahawa beliau berkata, ‘’Rasulullah saw telah bersabda, sesungguh Allah Taala tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu semua, tetapi Ia memandang kepada segala hati dan amalan kamu.(HR Imam Muslim , Sahih Muslim, No. 2564). Untuk itu, umat Islam perlu menilai semula serta menghayati segala tindak tanduk perilaku sehariannya yang dilakukan bertujuan meraih pahala dan ganjaran Allah tetapi syarat penerimaan suatu amalan sekecil niat itu sering dimudahkan oleh mereka lantas ianya menjadi amalan sekadar amalan dan dikhuatiri tidak sampai kepada Sang Pencipta alam. 7 “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : PRIHATIN PERINTAH IBADAH SOLAT Dipetik daripada Teks Khutbah JHEAINS Edisi 10 September 2021 Allah S.W.T. menciptakan manusia bertujuan untuk melakukan ibadah kepada-Nya serta memakmurkan bumi ini. Ianya diperkukuhkan lagi dengan perintah kefarduan melaksanakan ibadah solat menerusi peristiwa Israk dan Mikraj. Justeru itu, setiap umat Islam yang mukallaf atau telah mencapai usia baligh perlu prihatin terhadap kefarduan melaksanakan ibadah solat. Perintah ibadah solat berada pada kedudukan yang kedua dalam Rukun Islam sekaligus menjadi asas kepada kesempurnaan beragama sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Dari Abdullah bin Umar R.A. dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Islam ditegakkan di atas lima dasar, Persaksian (Syahadat) bahawa tiada ilah (tuhan) yang berhak disembah kecuali Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, Menegakkan ibadah solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah”. (HR. Bukhari dan Muslim, 4514 & 16). Keprihatinan kita terhadap kefarduan pelaksanaan ibadah solat perlu dilunaskan. Allah S.W.T. sendiri telah menyebut perkataan solat lebih daripada 117 kali di dalam kalam-Nya yakni al-Quran. Ini menunjukkan solat satu ibadah yang paling utama juga merupakan syiar Islam yang amat istimewa. Sebagai kunci utama kepada setiap amalan kebaikan, maka solat menjadi keutamaan dalam menegakkan agama Islam. Perintah ibadah solat merupakan ibadah utama dan kunci kepada segala amal ibadah. Sekiranya kefarduan melakukan ibadah solat dapat dilakukan sesempurna mungkin, nescaya mereka tergolong dari kalangan yang berjaya di akhirat kelak. Sebaliknya jika seseorang itu gagal dalam bab solat ini, maka dikhuatiri amalan- amalan lain juga turut menjadi gagal. Ini ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Dari Anas bin Malik R.A. erkata: Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Yang pertama sekali akan dihisab ke atas seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka jika baik solatnya, nescaya baiklah amalan lainnya dan jika rosak solatnya, maka binasalah amal-amal yang lain”. (HR al-Thabrani) Tema Hari Kebangsaan yang kita raikan tahun ini adalah “Malaysia Prihatin”. Dengan keprihatinan itu, kita berusaha saling membahu dalam menjayakan perkara- perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Manakala sebagai umat Islam pula, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita jangan sesekali kita abaikan. 8 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
NAMA PROGRAM : MAJLIS KESYUKURAN & BICARA MERDEKA UMS 1443H/2021M TARIKH HARI : 30 OGOS 2021M BERSAMAAN 21 MUHARAM 1443H URUSETIA BIL.PENYERTAAN : ISNIN MEDIUM PELAKSANAAN : SEKTOR PENGURUSAN MASJID, UMS : 70 ORANG : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) 9 “ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
NAMA PROGRAM : WEBINAR PERANAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM KESIHATAN JIWA TARIKH BIL.PENYERTAAN : 07 SEPTEMBER 2021 | 29 MUHARAM 1443H | SELASA ANJURAN : 500 PESERTA MEDIUM PELAKSANAAN : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH : WEBEX PIUMS DAN FACEBOOK RASMI JAKIM, PIUMS, DAN JHEAINS 10 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
NAMA PROGRAM : KELAS PDPR KAFA SEMASA PKP 3.0 TARIKH : SEPANJANG TEMPOH PKP 3.0 HARI : ISNIN-JUMAAT URUSETIA : SEKTOR PENDIDIKAN, PENERBITAN DAN ZAKAT BIL.PENYERTAAN : 204 ORANG MEDIUM : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) PELAKSANAAN 11 “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
NAMA PROGRAM : KELAS PDPR KAFA SEMASA PKP 3.0 TARIKH : SEPANJANG TEMPOH PKP 3.0 HARI : ISNIN-JUMAAT URUSETIA : SEKTOR PENDIDIKAN, PENERBITAN DAN ZAKAT BIL.PENYERTAAN : 204 ORANG MEDIUM : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) PELAKSANAAN 12 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
NAMA : BENGKEL PELAN PROGRAM STRATEGIK SEKTOR PENGURUSAN MASJID TARIKH BIL.1/2021 : 11 OGOS 2021H | 02 MUHARAM 1443H HARI : RABU URUSETIA : SEKTOR PENTADBIRAN DAN KEWANGAN BIL.PENYERTAAN : 7 ORANG MEDIUM : ATAS TALIAN (GOOGLE PELAKSANAAN MEET) NAMA : SAMBUTAN ULANG TAHUN PROGRAM KAKITANGAN PUSAT ISLAM KAKITANGAN : UST. BINIK MAJURIL PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM KANAN URUSETIA : SEKTOR PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 13 “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
NAMA PROGRAM : MESYUARAT SEKTOR PENTADBIRAN DAN KEWANGAN BIL.5/2021 TARIKH HARI : 12 OGOS 2021H | 03 MUHARAM 1443H URUSETIA BIL.PENYERTAAN : KHAMIS MEDIUM PELAKSANAAN : SEKTOR PENTADBIRAN DAN KEWANGAN : 6 ORANG : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) 14 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
JADUAL WAKTU SOLAT Bagi Zon 7 : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar September 2021 Miladiah / Muharram - Safar 1443 Hijriah Miladiah Hari Hijriah Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 1 Rabu 23 Muh 4:52 5:02 6:11 12:19 15:25 18:25 19:35 19:34 2 Khamis 24 4:52 5:02 6:11 12:19 15:24 18:24 19:34 19:33 3 Jumaat 25 4:52 5:02 6:10 12:19 15:23 18:24 19:32 19:32 4 Sabtu 26 4:51 5:01 6:10 12:18 15:22 18:23 19:31 19:31 5 Ahad 27 4:51 5:01 6:10 12:18 15:20 18:23 19:30 19:30 6 Isnin 28 4:51 5:01 6:10 12:18 15:19 18:22 19:29 19:29 7 Selasa 29 4:51 5:01 6:10 12:17 15:18 18:22 19:28 19:28 8 Rabu 1 Safar 4:51 5:01 6:09 12:17 15:17 18:21 19:27 19:27 9 Khamis 2 4:51 5:01 6:09 12:17 15:17 18:21 19:26 19:25 10 Jumaat 3 4:51 5:01 6:09 12:16 15:17 18:20 19:25 19:24 11 Sabtu 4 4:50 5:00 6:09 12:16 15:18 18:20 19:24 19:23 12 Ahad 5 4:50 5:00 6:09 12:16 15:18 18:19 19:23 19:22 13 Isnin 6 4:50 5:00 6:08 12:15 15:18 18:19 19:22 19:21 14 Selasa 7 4:50 5:00 6:08 12:15 15:18 18:18 19:21 19:20 15 Rabu 8 4:50 5:00 6:08 12:15 15:19 18:18 19:20 19:19 16 Khamis 9 4:50 5:00 6:08 12:14 15:19 18:17 17 Jumaat 10 4:49 4:59 6:08 12:14 15:19 18:17 18 Sabtu 11 4:49 4:59 6:07 12:13 15:19 18:16 19 Ahad 12 4:49 4:59 6:07 12:13 15:20 18:16 20 Isnin 13 4:49 4:59 6:07 12:13 15:20 18:15 21 Selasa 14 4:49 4:59 6:07 12:12 15:20 18:15 22 Rabu 15 4:49 4:59 6:07 12:12 15:20 18:14 23 Khamis 16 4:48 4:58 6:06 12:12 15:20 18:14 24 Jumaat 17 4:48 4:58 6:06 12:11 15:21 18:13 25 Sabtu 18 4:48 4:58 6:06 12:11 15:21 18:13 26 Ahad 19 4:48 4:58 6:06 12:11 15:21 18:12 27 Isnin 20 4:48 4:58 6:06 12:10 15:21 18:12 28 Selasa 21 4:47 4:57 6:05 12:10 15:21 18:11 29 Rabu 22 4:47 4:57 6:05 12:10 15:21 18:11 30 Khamis 23 4:47 4:57 6:05 12:09 15:21 18:10 SUMBER : PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH 15 “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah daripada sahabat-sahabat Pusat Islam UMS bagi mengoptimumkan medium dakwah melalui terbitan risalah ini. Sila imbas QR-Code di atas untuk menyumbang. Diterbitkan oleh: 16 Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel 088-320 000 samb. 203200 No. Faks : 088-320 736 www.ums.edu.my/piums @pusatislamums ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
Search
Read the Text Version
- 1 - 16
Pages: