RISALAH JUMAAT EDISI 7/2021 | 24 SEPTEMBER 2021M | 17 SAFAR 1443H Menarik Minggu ini PENA MINGGU INI Bersama : UST. AG SHARIN BIN AHMAD DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : WABAK DICEGAH, VAKSIN SEBAGAI IKHTIAR “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
PENA MINGGU INI PENULIS : UST. AG SHARIN BIN AHMAD KETUA UNIT AL-QURAN DAN HADITH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI, NEGERI SABAH No. Tel : 019-896 9786 Emel : [email protected] TAJUK: SARANAN BERTAUBAT YANG MEMBAHAGIAKAN HIDUP Allah berfirman yang bermaksud: Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, semoga kamu berjaya. (Surah An-Nur: 31) Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha. (Surah At-Tahrim: 8) Kemuliaan Anak Adam Maha Suci dan Maha Berkuasa Allah ke atas setiap makhluknya yang menciptakan manusia sebagai suatu penciptaan yang mulia di alam semesta ini.Tidak kiralah bagaimanapun keadaan sempurnanya kewujudan makhluk bernama manusia itu,bentuk fizikalnya,warnanya dan segala macam kelengkapannya, maka ia tetap mempunyai kemuliaan di sisi Allah SWT secara fitrah. Apatah lagi jika seorang manusia itu jiwanya hanya memilih Islam sebagai cara hidup dan pegangan agama maka tentunya ia benar seperti yang disebut dalam Al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Surah At-Tin: 4) Allah berfirman lagi yang bermaksud: Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, dan kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan. (Surah Al-Isra’: 70) ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
Diangkat darjat dan kemuliaan seorang manusia yang beriman itu selaras dengan ketinggian taqwa serta keimanannya terhadap mengesakan Allah S.W.T. Walaubagaimanapun kemuliaan manusia itu, ia pasti tidak dapat melepaskan dirinya daripada segala ujian daripada Allah samaada ianya suatu ujian yang baik ataupun yang buruk. Begitu juga dengan kesilapan dan ketidaksempurnaan perbuatan yang dilakukan manusia terhadap pencipta mahupun yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia yang lain, maka sudah pasti suatu kesilapan yang dianggap ‘dosa’ itu akan menjadi satu titik hitam yang akan bersarang di dalam hati seorang manusia. Maha Pengasih dan Penyayang Allah terhadap sekalian makhluknya lebih-lebih lagi makhluk yang telah disebut kemuliaannya di dalam Al-Quran. Setiap kesilapan mahupun kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia sudah pasti ia akan melalui suatu detik penyesalan yang tidak berbelah bahagi terhadap Allah lalu hanya dengan jalan bertaubat sahaja ia dapat menghilangkan rasa penyesalan itu dan menyelamatkannya daripada kemurkaan Allah S.W.T. Para sarjana dan ilmuan Islam menetapkan beberapa kaedah dan syarat berkenaan jalan taubat yang sebenar-benarnya kepada Allah dan juga ianya menjadi suatu syarat dalam penerimaan taubat tersebut. Tiket Penerimaan Taubat Bertaubat daripada semua dosa yang pernah dilakukan adalah suatu perkara yang wajib bilamana suatu maksiat itu berlaku terkait hamba dengan pencipta sahaja tanpa perkaitan dengan hak manusia lain. Di antara syarat penerimaan taubat adalah: ➢ Hendaklah dia meninggalkan maksiat tersebut dan berhenti daripada melakukannya. ➢ Hendaklah dia menyesal ats perbuatannya melakukan maksiat tersebut. ➢ Hendaklah dia berazam untuk tidak kembali semula melakukan maksiat tersebut selama-lamanya. Adapun sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka dikhuatiri urusan taubatnya akan ditolak ataupun tidak sah. Maksiat yang terkait dengan hak manusia haruslah ia melepaskan dirinya daripada hak orang yang ia berdosa kepadanya. Perbuatan taubat ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. dan secara tidak langsung ia sebenarnya mendorong dan membawa umat islam agar sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah serta sentiasa menzahirkan rasa penyesalan atas segala kesalahan yang dilakukan. Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: \"Daripada Abu Hurairah R.A., aku mendengar Nabi S.A.W. bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku meminta keampunan Allah dan bertaubat kepadanya dalam sehari lebih daripada 70 kali. (HR: al-Bukhari, Sahih Bukhari, Kitab: Doa , Bab: Istighfar Nabi S.A.W. dalam sehari semalam, 11/85) 3 “ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
Melalui hadis ini, taubat sepatutnya menjadi amalan harian umat islam agar ianya menjadi suatu didikan kepada jiwa dan memperbanyakkan istighfar setiap hari tatkala Nabi S.A.W. seorang manusia yang terbaik di alam ini lagi maksum daripada segala kesalahan dan dosa tidaklah pula mengurangkan taubat baginda kepada Allah S.W.T. Allah amat menyayangi hamba-hambanya yang beriman dan sering bertaubat daripada kesalahan. Lalu disediakan kaedah, waktu dan petanda bagi yang ingin menzahirkan taubatnya kepada Allah S.W.T. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :\"Sesungguhnya Allah Taala membuka tangan-Nya pada waktu malam supaya pembuat kejahatan pada waktu siang bertaubat kepadanya, dan ia juga membuka tangan-Nya pada waktu siang supaya pembuat kejahatan pada waktu malam bertaubat kepadanya sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya (arah barat)\". (HR Muslim, Sahih Muslim, Kitab : Taubat, No: 2760). Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: \"Dari Abu Hurairah R.A., bahawa beliau berkata , Nabi S.A.W. bersabda : \"Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (arah barat) nescaya Allah menerima taubatnya”. (HR Muslim, Sahih Muslim, Kitab: Zikir dan Doa,No: 2703). Petanda dan pengajaran dari hadis-hadis ini antaranya rahmat Allah dan pengampunannya kepada para hambanya merangkumi seluruh waktu dan tidak terbatas dengan waktu tertentu sahaja walaupun ada beberapa waktu yang diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T. Begitu juga keadaanya taubat yang dilakukan dengan mencukupi syarat-syaratnya yakni sebelum terbit matahari dari tempat terbenamnya memberikan peringatan kepada umat Islam saranan bertaubat daripada segala kesalahan besar ataupun kecil wajib dilakukan oleh hamba-hambanya kerna sesungguhnya Allah melimpahkan rahmat dan kurnianya bilamana sempurna syarat- syaratnya. Allah berfirman yang bermaksud: Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu (Wahai Muhammad,iaitu pada Hari Kiamat),keimanan tidak akan berguna lagi kepada seseorang yang tidak pernah beriman sebelum itu,atau tidak pernah mengerjakan apa-apa kebaikan dalam imannya. (Surah al-An'am : 158). Akhirnya, sama-samalah kita berusaha dengan sedaya upaya dalam memperbaiki diri daripada segala kesilapan yang pernah dilakukan dengan sentiasa menzahirkan rasa taubat di dalam diri agar tujuan hidup yang utama yakni mengabdikan diri dan mendapat ganjaran pahala dari Allah sentiasa subur seterusnya membahagiakan kehidupan di dunia dalam persediaan menuju ke alam akhirat. 4 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : WABAK DICEGAH, VAKSIN SEBAGAI IKHTIAR Dipetik daripada Teks Khutbah JHEAINS Edisi 24 September 2021 Dunia pada masa kini sedang berhadapan dengan ujian penularan wabak pandemik Covid-19 yang telah memberikesan kepada gaya hidup dan menjejaskan ekonomi dunia termasuklah negara kita. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini antaranya adalah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB, PKPP). Dalam konteks ini, Islam sebagai agama rahmah telah meletakkan beberapa prinsip asas dalam mendepani penyakit. Antaranya ialah berikhtiar mencari ubat atau penawar dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan penyakit yang dihadapi. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. menerusi surah al-Nahl, ayat 69: Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari R.A. daripada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: 5 “ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
Hadis tersebut mengandungi prinsip penting dalam pencegahan penyakit yang kita kenali pada hari ini sebagai imunisasi. Dalam menghadapi pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berjangkit, perkembangan teknologi dalam perubatan moden menjadikan manusia mampu untuk menghindari penyakit dengan izin Allah S.W.T. Kerajaan sentiasa melipat gandakan usaha-usaha dari semasa ke semasa untuk mencari jalan penyelesaian terhadap ancaman pandemik Covid-19 termasuklah memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia. Pemberian vaksin merupakan maslahah kepada keseluruhan rakyat setelah menimbangkan pelbagai faktor dan mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak yang berkepakaran dan juga berautoriti dengan memastikan ia berlandaskan syariat Islam. Penggunaan vaksin untukmelindungi manusia daripada dijangkiti penyakit merbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif Syarak. Kaedah pencegahan penyakit melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dari tahun 1988 hingga 2013 yang mengharuskan penggunaannya. Umum mengetahui, sebelum sesuatu vaksin diluluskan untuk digunakan, ujian-ujian klinikal telah dijalankan untuk menentukan tahap keselamatan dan keberkesanannya. Jika terdapat kesan sampingan yang teruk, maka vaksin tersebut tidak akan diluluskan penggunaannya. Pengambilan suntikan vaksin Covid-19 juga turut dilaksanakan di negara-negara Islam yang lain antaranya Arab Saudi, Mesir, Jordan, Turki, Kuwait, Qatar, dan Indonesia. Oleh itu, melalui pengambilan vaksin kita berpeluan tinggi menghentikan jangkitan daripada berlaku disamping mengamalkan SOP yang telah ditetapkan iatu kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer, menggunakan pelitup muka dengan betul, mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1meter dengan orang lain, elakkan mengunjungi tempat yang sesak dan sempit serta elakkan dari berbual rapat antara satu dengan yang lain. Apabila sebahagian besar masyarakat kita telah menerima vaksin dan dilindungi daripada jangkitan penyakit, maka penyakit tersebut sukar untuk mencari seseorang yang boleh dijangkiti. Akhirnya, seluruh masyarakat akan terlindung daripada jangkitan penyakit tersebut. Inilah yang dipanggil sebagai ‘imuniti kelompok’. Justeru, imunisasi bukan sahaja melindungi individu malah akan turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara. 6 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
NAMA PROGRAM : MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT SEMPENA HARI MALAYSIA, UMS 1443H/2021M TARIKH HARI : 15 SEPTEMBER 2021M BERSAMAAN 08 SAFAR 1443H URUSETIA MEDIUM : RABU PELAKSANAAN : SEKTOR PENGURUSAN MASJID, UMS : ATAS TALIAN (APLIKASI WEBEX) 7 “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
ANJURAN : PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, MEDIUM DAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN PROFESSIONAL, PELAKSANAAN UMS : WEBEX PIUMS DAN FACEBOOK RASMI PIUMS 8 ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
JADUAL WAKTU SOLAT Bagi Zon 7 : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar September 2021 Miladiah / Muharram - Safar 1443 Hijriah Miladiah Hari Hijriah Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 1 Rabu 23 Muh 4:52 5:02 6:11 12:19 15:25 18:25 19:35 19:34 2 Khamis 24 4:52 5:02 6:11 12:19 15:24 18:24 19:34 19:33 3 Jumaat 25 4:52 5:02 6:10 12:19 15:23 18:24 19:32 19:32 4 Sabtu 26 4:51 5:01 6:10 12:18 15:22 18:23 19:31 19:31 5 Ahad 27 4:51 5:01 6:10 12:18 15:20 18:23 19:30 19:30 6 Isnin 28 4:51 5:01 6:10 12:18 15:19 18:22 19:29 19:29 7 Selasa 29 4:51 5:01 6:10 12:17 15:18 18:22 19:28 19:28 8 Rabu 1 Safar 4:51 5:01 6:09 12:17 15:17 18:21 19:27 19:27 9 Khamis 2 4:51 5:01 6:09 12:17 15:17 18:21 19:26 19:25 10 Jumaat 3 4:51 5:01 6:09 12:16 15:17 18:20 19:25 19:24 11 Sabtu 4 4:50 5:00 6:09 12:16 15:18 18:20 19:24 19:23 12 Ahad 5 4:50 5:00 6:09 12:16 15:18 18:19 19:23 19:22 13 Isnin 6 4:50 5:00 6:08 12:15 15:18 18:19 19:22 19:21 14 Selasa 7 4:50 5:00 6:08 12:15 15:18 18:18 19:21 19:20 15 Rabu 8 4:50 5:00 6:08 12:15 15:19 18:18 19:20 19:19 16 Khamis 9 4:50 5:00 6:08 12:14 15:19 18:17 17 Jumaat 10 4:49 4:59 6:08 12:14 15:19 18:17 18 Sabtu 11 4:49 4:59 6:07 12:13 15:19 18:16 19 Ahad 12 4:49 4:59 6:07 12:13 15:20 18:16 20 Isnin 13 4:49 4:59 6:07 12:13 15:20 18:15 21 Selasa 14 4:49 4:59 6:07 12:12 15:20 18:15 22 Rabu 15 4:49 4:59 6:07 12:12 15:20 18:14 23 Khamis 16 4:48 4:58 6:06 12:12 15:20 18:14 24 Jumaat 17 4:48 4:58 6:06 12:11 15:21 18:13 25 Sabtu 18 4:48 4:58 6:06 12:11 15:21 18:13 26 Ahad 19 4:48 4:58 6:06 12:11 15:21 18:12 27 Isnin 20 4:48 4:58 6:06 12:10 15:21 18:12 28 Selasa 21 4:47 4:57 6:05 12:10 15:21 18:11 29 Rabu 22 4:47 4:57 6:05 12:10 15:21 18:11 30 Khamis 23 4:47 4:57 6:05 12:09 15:21 18:10 SUMBER : PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH 9 “INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah daripada sahabat-sahabat Pusat Islam UMS bagi mengoptimumkan medium dakwah melalui terbitan risalah ini. Sila imbas QR-Code di atas untuk menyumbang. Diterbitkan oleh: 10 Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel 088-320 000 samb. 203200 No. Faks : 088-320 736 www.ums.edu.my/piums @pusatislamums ”“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي
Search
Read the Text Version
- 1 - 10
Pages: