Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore eP Minggu 14- Sabri Langgai

eP Minggu 14- Sabri Langgai

Published by PRBMSK20622 Sabri Langgai Anak Pelin, 2021-12-06 06:49:14

Description: eP Minggu 14- Sabri Langgai

Search

Read the Text Version

BMMB1074 PERANAN DAN PEMIKIRAN TOKOH DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (e-Pembelajaran Minggu 14) Here is where your presentation begins Nama: Sabri Langgai anak Pelin

SOALAN Bincangkan peranan dan pemikiran tokoh-tokoh ini: R.O Winstedt, W.G Shellabear, O.T Dussek dan Munsyi Abdullah dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu zaman awal kemerdekaan.

01 RICHARD OLAF WINSTEDT

PERANAN DAN PEMIKIRAN 1. Pensyarah, pembaca dan Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies. 2. Penasihat di Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training Collage (SITC) bersama dengan O.T Dussek pada tahun 1924. 3. Menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School series. 4. Banyak menyalin dan menulis sejarah kesusasteraan di Tanah Melayu termasuk Sejarah Melayu (The Malay Annals). 5. Berikut merupakan contoh buku tentang bahasa Melayu yang telah dihasilkan oleh beliau: - Malay Grammar (1913). - Kamus Bahasa Melayu (1960). - An unabridged English-Malay Dictionary (1958)

02 WILLIAM GIRDLESTONE SHELLABEAR

PERANAN DAN PEMIKIRAN 1. Menghasilkan 6500 perkataan Melayu-Inggeris dan telah diterbitkan pada tahun 1902. 2. Menghasilkan naskhah Sejarah Melayu-Sulalatus Salatin (1902-1915). 3. Selepas bersara pada tahun 1938, beliau terus membantu ulama-ulama yang lain dengan persediaan penerbitan buku. 4. Beliau telah menghasilkan sekurang-kurangnya 55 buah karya sastera dalam bahasa Melayu terutamanya Sejarah Melayu. 5. Beliau meninggalkan banyak buku mengenai perbendaharaan kata Melayu, kamus, buku teks dan kerja-kerja keagamaan bagi Misi Kristian. 6. Kesan karya Sejarah Melayu versi William Shellabear memperlihatkan ketinggian darjah dan mutu bahasa Melayu klasik.

03 OMAN THEODORE DUSSEK

PERANAN DAN PEMIKIRAN 1. Pengetua pertama di SITC (1922). 2. Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di SITC bersama dengan Za’ba dan dijadikan sebuah jabatan. 3. Mementingkan pemberian ilmu kepada orang Melayu dengan menerbitkan buku bacaan umum melalui Pejabat Karang Mengarang. 4. Menulis buku tentang bahasa, Kitab Pelita Mengarang, bersama dengan Mohd Hashim Haji Talib (1923). 5. Antara buku bidang lain penulisannya ialah: - Kitab Pedoman Guru Penggal I dan 2 (1926). - Kitab Hisab I, II, III, dan IV (1926). - Kitab Ilmu Geometri (1930). - Melawat ke Eropah (1935).

04 ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI

PERANAN DAN PEMIKIRAN 1. Pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris kerana beliau mempunyai pergaulan yang luas dengan pegawai-pegawai Inggeris. 2. Munsyi Abdullah tidak lagi menulis menulis hal berkaitan khayalan sebaliknya beliau menghasilkan karya-karya berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang dilalui. Contohnya, beliau mengkritik golongan raja dan pembesar yang menindas golongan rakyat. 3. Beliau menggunakan gaya bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa perbualan seharian yang mudah difahami. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasanya masih terpengaruh oleh bahasa Melayu klasik dengan penggunaan kata pangkal ayat seperti maka, syahadan dan arakian. 4. Beliau pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada sepoi India dan Paderi di Melaka, sehingga digelar Munsyi (guru bahasa). 5. Antara penulisan yang telah dihasilkan oleh beliau ialah: - Syair Singapura Terbakar (1830). - Dawail-Kulub (1938).

SUMBER RUJUKAN 1. https://pppnukm.files.wordpress.com/2018/04/bahasa-melayu-moden-fonologi.pdf 2. Goay, T. C., Choo, S. T., & Zainuddin Ahmad. (2009). Bahasa Malaysia Kertas 1. PEARSON Longman.

TERIMA KASIH


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook