ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU (e-pembelajaran m7) NAMA: SABRI LANGGAI ANAK PELIN (PPRBMM1-2)
SOALAN Frasa dan klausa serta jenis-jenisnya.
frasa
Definisi frasa • Rangkaian perkataan yang berfungsi sebagai satu unit atau satu kesatuan. • Boleh terdiri daripada satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih tetapi masih berfungsi sebagai satu unit.
Jenis-jenis frasa Frasa JENIS- Frasa nama JENIS kerja FRASA Frasa Frasa sendi adjektif nama
01. Frasa nama • Frasa yang intinya terdiri daripada golongan kata nama. • kata nama itu meliputi semua kata nama: kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama, dan kata nama terbitan.
Contoh-contoh binaan frasa nama 1. Inti + Penerang Nama Tentera Jepun Pembantu makmal Adik perempuan Udang galah Anak Selangor
Contoh-contoh binaan frasa nama 2. Inti + Penerang BUKAN nama Rumah itu Dua ekor harimau Teh tarik Sekolah rendah Kuih daripada ubi
Contoh-contoh binaan frasa nama 3. Inti + inti (sama maksud) - kedua-dua inti itu mempunyai makna yang sama atau hampir sama. INTI INTI Tubuh badan Urat saraf Akar umbi Sawah bendang Ribut taufan
Contoh-contoh binaan frasa nama 4. Inti + inti (lawan maksud) - kata-kata inti yang membentuk frasa nama itu menunjukkan maksud yang berlawanan. INTI INTI teruna gadis Adam Hawa abang kakak ibu bapa lelaki perempuan
02. Frasa kerja • Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang intinya ialah kata kerja.
Contoh-contoh binaan frasa KERJA 1. Frasa kerja tanpa objek Dia berjalan Datuk tidur Adik mandi Adik Mary meniarap Amirah bernyanyi
Contoh-contoh binaan frasa KERJA 2. Frasa kerja dengan SATU objek Ayah menulis cerpen Dia menjolok buah dengan galah Kucing saya menangkap seekor burung pagi tadi
Contoh-contoh binaan frasa KERJA 3. Frasa kerja dengan DUA objek Nenek itu memasakkan cucunya nasi lemak Kamaruddin menghadiahi isterinya seutas rantai emas Ibu menggorengkan ayah ikan tenggiri masin
03. Frasa ADJEKTIF • Frasa adjektif ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang intinya ialah kata adjektif.
Contoh-contoh binaan frasa ADJEKTIF 1. Binaan SATU perkataan Gadis itu secantik ibunya dan sesabar ayahnya Wajahnya yang kemelayuan menarik perhatian ramai Dialah tokoh yang terulung dan terunggul di negara ini
Contoh-contoh binaan frasa ADJEKTIF 2. Binaan DUA perkataan (Kata adjektif + kata nama) Jinak merpati (mengandungi maksud kiasan) Kuning telur (mengandungi maksud keserupaan)
Contoh-contoh binaan frasa ADJEKTIF 3. Binaan DUA perkataan (Kata adjektif + kata adjektif) Riuh rendah (mengandungi unsur rima/keindahan bunyi) Cerdik pandai (mengandungi keserasian makna) Hitam putih (mengandungi makna berlawanan)
04. Frasa sendi nama • Terdiri daripada satu sendi nama dan diikuti oleh kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap • Tidak mempunyai inti, keterangan atau penerang. Maksudnya, ia tidak ada sebarang unsur dalam frasa itu yang boleh mewakili seluruh frasa itu. • Bukan frasa utama. Dengan demikian, dalam ayat, frasa ini boleh digugurkan dan ayat masih mempunyai makna yang lengkap. • Frasa sendi nama tidak boleh menduduki konstituen ayat.
Contoh-contoh binaan frasa SENDI NAMA 1. Kata sendi nama + frasa nama dengan ibu saya pada pagi itu dengan keretanya
Contoh-contoh binaan frasa SENDI NAMA 2. Kata sendi nama + kata arah + frasa nama di hadapan kilang ke tepi jalan di dalam laci meja
Contoh-contoh binaan frasa SENDI NAMA 3. Kata sendi nama + frasa nama + keterangan Saya ke Amerika Syarikat pada bulan lalu. (keterangan waktu) Gadis itu dari kampung dengan ayahnya. (keterangan penyertaan) Mereka berkeliaran di tengah jalan sehingga larut malam. (keterangan waktu)
Contoh-contoh binaan frasa SENDI NAMA 4. Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + keterangan Budak itu berlari ke tepi jalan dengan cepatnya. Lori itu terbabas ke kiri jalan dengan tiba-tiba. Lukanya itu di hujung jari kaki di bahagian bawah
klausa
Definisi klausa • Unit yang menduduki tempat di atas frasa dan di bawah ayat dalam hierarki atau tatatingkat tatabahasa. • Ini bermakna bahawa klausa menjadi unsur atau bahagian dalam ayat dan klausa terbina daripada frasa. • Mempunyai subjek dan predikat.
Klausa bebas dan klausa tak bebas • KLAUSA BEBAS - Boleh berdiri sendiri. - Merupakan klausa induk atau klausa yang menjadi klausa tak bebas itu dipancangkan. • KLAUSA TAK BEBAS - Tidak boleh berdiri sendiri. - Merupakan klausa yang dipancangkan.
Contoh Klausa bebas dan klausa tak bebas Contoh ayat yang terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas: KLAUSA BEBAS KLAUSA TAK BEBAS Kertas itu koyak kerana digigit kucing Ayah bekerja keras Untuk menambah tabungan keluarga Rumah itu rosak akibat dilanda rebut Ibu masih boleh tertawa walaupun ibu bersedih
Posisi Klausa dalam ayat POSISI CONTOH AYAT Sebagai subjek Yang kami tunggu-tunggu sudah sampai. Sebagai predikat Orang yang prihatin yang akan membantu kita. Sebagai objek Ibu itu mengharapkan agar anak-anaknya pulang awal.
Posisi Klausa dalam ayat POSISI CONTOH AYAT Sebagai penerang Emak menyiang ikan yang dibeli oleh ayah pagi tadi. Sebagai pelengkap Saya berpendapat bahawa projek itu wajar diteruskan. Sebagai keterangan Mereka tiba di rumah saya ketika hujan lebat. (keterangan waktu)
Terima kasih! sekian
Search
Read the Text Version
- 1 - 30
Pages: