Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore coffetable_IKBN_FA

coffetable_IKBN_FA

Published by marissatumiran, 2017-04-24 22:49:47

Description: coffetable_IKBN_FA

Search

Read the Text Version

€ Pelajar dari Bahagian Landskap Pembinaan dan Pembuat Perabot dan Hiasan Dalaman, Jabatan Teknologi Awam IKTBN Dusun Tua menyertai Pertandingan Floria Diraja bagi kategori “Outdoor Garden Showcase” di bawah bimbingan Pn. Khairozi Hassan dan Pn. Zainab Abu Bakar pada 2 Jun 2016.~ Majlis Jamboree Dusun Tua dirasmikan oleh Pn. Siti Ratnasari bintiAbdul Razak, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKTBN Dusun Tuapada 22 Mei 2016.

Jawatankuasa Induk Jubli Emas IKTBN DusunTua telah mengadakan sesi uji bakat bagi pencarian pengacara Majlis Sambutan Jubli Emas pada 2 Jun 2016. Turut hadirPn. Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua untuk memberi sokongan dalam menjayakan program.

Pengajar serta pelajar dari Bahagian Pembuat Perabot dan Hiasan Dalaman dan Landskap Pembinaan IKTBN Dusun Tua telah diberi kepercayaan untuk menyediakanhiasan lobi bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berupa anjung yang mempunyai ciri-ciri suasana kampung yang siap dipasang pada 19 Jun 2016 di Podium KBS,Putrajaya. Hiasan ini juga bertujuan untuk dijadikan sebagai latar belakang bagi rakaman takbir oleh RTM pada 24 Jun 2016.

€ Aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk anjuran Masjid Asy-Syabab, KESKEBdan Koperasi IKTBN Dusun Tua pada 21 Jun 2016. ~ Program Inventori Personaliti Sidek dikendalikan oleh Pn. Fairuz Ibrahim, Pegawai Psikologi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Auditorium IKTBN Dusun Tua pada 28 Jun 2016. Turut hadir Pn. Dalila Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

Auditor MAMPU yang diketuai oleh En. Mohamed Azriza Abdul Karimbersama En. Hishamuddin Ahmad dan Cik Venothini Retnam telahmembuat pengauditan amalan EKSA di IKTBN Dusun Tua pada 16 hingga17 Mei 2016. IKTBN Dusun Tua telah berjaya mendapat PengiktirafanEKSA pada 1 Julai 2016.

Saudara Muhammad Hanafiah bin Musa, pelajar dari Bahagian Pembangunan Produk Industri, Jabatan Teknologi Mekanikal telah terpilih sebagai salah seorang FeloPerdana untuk berkhidmat dengan YB Datuk Richard Riot, Menteri Sumber Manusia mulai 1 Julai 2016.

Majlis Pelancaran Logo Jubli Emas IKTBN Dusun Tua disempurnakan oleh Pn. Zakiah binti Mat Jali, Pengarah Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan, BahagianPembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 15 Julai 2016 di Auditorium IKTBN Dusun Tua.

| Seramai lima orang pengajar telah terpilih untukmengikuti Program Latihan Sangkutan Industri diPoliteknik TEDC Bandung pada 16 hingga 26 Julai2016. En. Sukri bin Alias dan En. Mohd Yasmiadribin Yusop adalah antara pengajar yang terpilih untukmewakili IKTBN Dusun Tua bagi mengikuti programtersebut.| En. Mohd Khaleef bin Md Shaharil dan En. IsmailHakim bin Sukemi dari Jabatan Teknologi AutomotifIKTBN Dusun Tua mengendalikan sesi amali bagiModul Sistem Pacuan Kenderaan di Cure and CareVocational Centre (CCVC) pada 27 Julai 2016. Turuthadir bersama Tuan Hj Ibrahim Bujang, PengarahCCVC dan En. Wan Hussin bin Wan Ahmad, KetuaJabatan Teknologi Automotif, IKTBN Dusun Tua.

Perlawanan persahabatan di antara IKTBN Dusun Tua denganIKBN Miri diadakan di Gelanggang Sukan IKTBN Dusun Tua pada8 Ogos 2016. Antara acara yang dipertandingkan adalah bolasepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan badminton.

~ Kakitangan IKBN Kuala Langat, JKR Hulu Langat dan IKTBN Chembongtelah mengadakan lawatan penanda aras amalan EKSA ke IKTBN DusunTua pada 24 Ogos 2016.| En. Wan Hussin bin Wan Ahmad, Fasilitator EKSA IKTBN Dusun Tuamenyampaikan Taklimat Pelaksanaan dan Pensijilan EKSA di Auditorium,IKTBN Dusun Tua.

Para pelajar IKTBN Dusun Tua terlibat dalam Perarakan Hari Kemerdekaan dan Pembawa Jalur Gemilang Gergasi di Dataran Merdeka tanggal 31 Ogos 2016.

Pasukan Pancaragam dan Pembawa Jalur Gemilang Gergasi IKTBN Dusun Tua.

Program Persijilan Juruteknik Bertauliah bagi SektorPenyejukbekuan dan Penyamanan Udara anjuranAccreditation Training Centre (ATC) dengan kerjasamaJabatan Alam Sekitar Malaysia dikendalikan oleh En.Mohammad Fairuz bin Mohammad Bakror, En. Mohd.Ezuan bin Tanuri, En. Shaiful Azli bin Shabaath Ali danEn. Mohd Zulkarnain bin Jamaludin, tenaga pengajarBahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara(PPU), di Bengkel PPU IKTBN Dusun Tua pada 2 hingga4 September 2016. Turut hadir Pn. Habsah binti Ismail, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan dari Bahagian Ozon, Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk memantau dan memeriksa penilaian amali.

Sesi pembentangan bagi pertandingan EIMARace2016 oleh saudara Muhammad Najmuddin binAhya Arif bagi kategori TS131 dan saudari AidaAdila binti Ruslan bagi kategori TS250. IKTBNDusun Tua telah dinobatkan sebagai Naib Johanbagi pembentangan kategori TS131 dan tempatke-7 bagi kategori TS250 di Menara Tun Razak,Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak pada6 September 2016.

Ahli Jawatankuasa Penerbitan



PenghargaanSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam penerbitan buku ini. Ucapan ini ditujukan khas kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, En. Razali bin Haji Mohamed Yassin, En. Anuar bin Haji Yop dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook