49
YUSOF GHANI (lahir di | born in Johor, 1950) 50 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
Bagi meraikan semangat pameran ini, Yusof Ghani diwakili oleh dua lukisan abstrak yang dinamik bertajuk ‘Siri Tari II’ (1992) dan ‘Siri Hijau – Serada’ (2000) dan sebuah arca keluli tanpa tajuk (2010). Sesuai dengan daya hidup dan pergerakan badan yang ekspresif, inspirasi seniman ini muncul dari pengamatan beliau terhadap persekitaran. Yusof Ghani adalah antara seniman yang paling dikagumi di negara ini, yang melukis, membuat arca, mengajar dan juga mengkurasi. Lukisan beliau terutamanya terdiri daripada karya abstrak ekspresionis yang menampilkan motif budaya Asia Tenggara. Beliau telah mengadakan banyak pameran solo di Malaysia dan peringkat antarabangsa dan juga merupakan kurator Biennale Shah Alam (2016 dan 2018). Sejak pameran ‘Imajan Malaysia’ di Balai Seni Maybank pada tahun 2002, beliau aktif berkarya dan berpameran, di mana pameran terkininya ‘Segerak VIII: Utopia – 15 tahun Segerak’ diadakan di Galeri Prima, Kuala Lumpur pada tahun 2019. Pameran lain termasuk ‘Shared Passion’ di The Edge Galerie pada tahun 2015, ‘Ombak’ di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada tahun 2014, dan ‘Wajah, Faces of Life’ di Richmond Art and Cultural Center, Vancouver, Kanada pada tahun 2009. Yusof mendapat biasiswa untuk mengikuti pengajian di George Mason University, Virginia. Beliau memperoleh ijazah BFA (Seni Grafik) pada tahun 1981 dan melanjutkan pengajian MFA (Seni Halus) di Catholic University, Washington pada tahun 1983. Sebelum belajar di Amerika, beliau pernah bekerja sebagai pelukis di Kementerian Pertanian, pengajar di Institut Perikanan, Pulau Pinang dan pereka grafik di RTM. Sekembalinya dari pengajian, beliau menjadi tenaga pengajar di UiTM, Shah Alam. Celebrating the spirit of this exhibition, Yusof Ghani is represented by two dynamic abstract paintings ‘Siri Tari II’ (1992) and ‘Siri Hijau – Serada’ (2000), and an untitled outdoor steel sculpture (2010). True to the vitality of nature and expressive bodily movement, the artist’s inspirations are derived from his surroundings. Yusof Ghani is one of the country’s most respected artist, who paints and sculpts as well as teaches and curates. His oeuvre primarily consists of abstract expressionist works featuring Southeast Asian cultural motifs. He has held numerous solo exhibitions in Malaysia and internationally and was the curator of the Shah Alam Biennale (2016 and 2018). Since exhibiting ‘Imajan Malaysia’ at Balai Seni Maybank in 2002, he has been actively producing artworks and exhibiting in various galleries, with the most recent titled ‘Segerak VIII: Utopia –15 years of Segerak’ at Galeri Prima, Kuala Lumpur in 2019. Other exhibitions include ‘Shared Passion’ at The Edge Galerie in 2015, ‘Ombak’ at Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia in 2014, and ‘Wajah, Faces of Life’ at Richmond Art and Cultural Center, Vancouver, Canada in 2009. Yusof was awarded a scholarship to study at George Mason University, Virginia. He graduated with a BFA (Graphic Art) in 1981 and pursued his MFA (Fine Art) at Catholic University in Washington in 1983. Before his American studies, he had worked as an artist-illustrator at the Agriculture Ministry, an instructor at the Fisheries Institute, Penang and a graphic artist at RTM. On his return, he taught at UiTM, Shah Alam. 51
YUSOF GHANI Siri Hijau- SERADA Oil on canvas • 121 x 182 cm • 2000 52 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
53
YUSOF GHANI Siri Tari II Mixed media on paper • 97 x 132cm • 1992 54 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
55
YUSOF GHANI Segerak- One Movement, 1Malaysia Stainless steel • Dimension variables • 2010 56 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
57
58 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
59
DATO’ TAJUDDIN ISMAIL (lahir di | born in Negeri Sembilan, 1949) 60 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
Karya seni Dato’ Tajuddin Ismail ‘Homage to the Poet 2’ (1996) menggambarkan fleksibiliti beliau dalam berkarya. ‘Homage to the Poet 2’ menggambarkan objek-objek yang dikaitkan dengan kehidupan seorang karyawan seni, seperti maksud judul karya ini. Dato ’Tajuddin Ismail, salah seorang pelukis yang terkenal di negara ini, dikenali dengan lukisan simbolik dan abstrak beliau yang menimba ilham daripada bentuk dan landskap semula jadi. Semasa muda, beliau mengkagumi karya-karya moden tempatan oleh seniman New Scene dan gerakan antarabangsa kontemporari seperti Minimalisme dan Seni Konseptual. Pendedahan awal ini memberi kesan yang berkekalan terhadap amalan seni dan perkembangan intelektualnya. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah seni dan reka bentuk di peringkat nasional, dan telah menyertai lebih dari 150 pameran kumpulan dan solo di Asia, Eropah, AS dan Amerika Latin sejak tahun 1971. Pameran solo terkini beliau ialah ‘Ambiguity’ yang diadakan di Segaris Art Center, Publika, Kuala Kuala Lumpur pada tahun 2018. Setelah menamatkan pengajian di UiTM, Shah Alam, Tajuddin belajar seni reka bentuk grafik di Art Center, College of Design di Los Angeles (1974), dan melanjutkan pengajian pasca-siswazah dalam bidang Seni Bina Dalaman di Pratt Institute, New York (1979 -1981). Beliau mengajar di UiTM dari tahun 1975 hingga 2004, dan dianugerahkan Biasiswa Penyelidikan Fulbright oleh American Council of Learned Societies, New York pada tahun 1987. Dato’ Tajuddin Ismail’s artwork ‘Homage to the Poet 2’ (1996) show the versatility of the artist. ‘Homage to the Poet 2’ illustrates identifiable objects attributable to a poet’s life, as its title suggests. Dato’ Tajuddin Ismail, one of the country’s most celebrated artists, is recognised for his symbolic and abstract art that draws inspiration from natural forms and landscapes. As a young artist, he was inspired by the local modernist works of the New Scene artists and the contemporary international movements such as Minimalism and Conceptual Art. These early exposures made a lasting impact on his artistic practices and intellectual journey. The winner of numerous art and design awards nationally, he has participated in over 150 group and solo exhibitions in Asia, Europe, the US and Latin America since 1971. His latest solo exhibition ‘Ambiguity’ was held at Segaris Art Center, Publika, Kuala Lumpur in 2018. After graduating from UiTM, Shah Alam, Tajuddin studied graphic design at the Art Center, College of Design in Los Angeles (1974), and pursued his postgraduate studies in interior architecture at Pratt Institute of New York (1979 - 1981). He taught at UiTM from 1975 to 2004, and received the Fulbright Research Fellowship from the American Council of Learned Societies, New York in 1987. 61
DATO’ TAJUDDIN ISMAIL Homage to the Poet 2 Mixed media on canvas • 186.5 x 186.5 cm • 1996 62 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
63
ISMAIL ABDUL LATIFF (lahir di | born in Melaka, 1955) 64 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
Empat buah lukisan hasil karya Ismail Abdul Latiff di sini menggambarkan keriangan. Dipersembahkan dalam pelbagai format – media campuran atas kertas dan media campuran atas kanvas – karya-karya yang membawa tajuk ‘Puteri Lembayung Sutera ... Putera Sakti’ (1988), ‘Gunung Bayu ... Indera Maha Sakti / Magical Movement Series’ (1989), ‘Tioman Passion’ (1992) dan ‘Senja Bukit Segantang’ (1992) ini memukau secara visual dan serta-merta dapat menaikkan semangat penonton. Ismail Abdul Latiff terkenal dengan lukisan abstrak yang mempunyai kualiti mistikal dan rohani yang bertenaga dan harmonis. Sebagai seorang pelukis yang prolifik, beliau telah menghasilkan lukisan-lukisan abstrak yang menakjubkan. Setelah menamatkan pengajian di Institut Teknologi MARA, Selangor dan mendapat Diploma Seni Lukis & Seni Reka pada tahun 1979, beliau bekerja sebagai pereka grafik di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur selama beberapa tahun sebelum membuat keputusan untuk memulakan kerjaya sebagai pelukis sepenuh masa. Antara pencapaian beliau ialah Frank Sullivan Prize, Salon Malaysia, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur (1979), Anugerah Young Illustrator of Asia, Jepun (1981) dan Hadiah Pertama, Biennale of Visual Arts, Seychelles (1992). Four paintings by Ismail Abdul Latiff here characterise a sense of exuberance. Presented in various format – mixed media on paper and mixed media on canvas – the artworks titled ‘Puteri Lembayung Sutera...Putera Sakti’ (1988), ‘Gunung Bayu...Indera Maha Sakti / Magical Movement Series’(1989), ‘Tioman Passion’ (1992) and ‘Senja Bukit Segantang’ (1992) are visually mesmerising, instantly elevating the viewer’s inner spirit. Ismail Abdul Latiff is known for his abstract paintings with mystical and spiritual qualities that are vibrant and harmonious. A prolific artist, he has been producing magical, abstract paintings. After graduating from Institut Teknologi MARA, Shah Alam with a Diploma in Art & Design in 1979, he had worked as a graphic designer at an advertising agency in Kuala Lumpur for several years before deciding to embark on a journey as a full-time artist. Among his achievements are Frank Sullivan Prize, Salon Malaysia, National Art Gallery, Kuala Lumpur (1979); the Young Illustrator of Asia Award, Japan (1981); and First Prize, Biennale of Visual Arts, Seychelles (1992). 65
ISMAIL ABDUL LATIFF Tioman Passion Mixed media on canvas • 138 x 181 cm • 1992 66 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
67
ISMAIL ABDUL LATIFF Puteri Lembayung Sutera... Putera Sakti Mixed media on paper • 73.5 x 55.6 cm • 1988 68 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
69
ISMAIL ABDUL LATIFF Senja Bukit Segantang Mixed media on canvas • 55 x 75 cm • 1992 70 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
71
ISMAIL ABDUL LATIFF Gunung Bayu...Indera Maha Sakti / Magical Movement Series Mixed media on paper• 125 x 94 cm • 1989 72 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
73
MOHAMMAD DIN MOHAMMAD (lahir di | born in Melaka, 1955 - 2007) 74 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
Karya yang bertajuk ‘Terjemahan Simbol Kuno’ (1994) oleh Mohammad Din Mohammad menyajikan kaligrafi Arab yang yang dibuat dengan calitan berus yang spontan. Dihasilkan dalam gaya ekspresi primitif, lukisan ini menyalakan emosi halus dalam diri dan mencucuh ‘semangat’ yang mahu dibangkitkan dalam persembahan ini. Mohammad Din Mohammad, pelukis Melayu Singapura kelahiran Melaka, terkenal dengan karya seni ekspresif beliau yang dipengaruhi oleh ilmu tasawuf. Lukisan dan arca beliau diilhamkan daripada dorongan yang mendalam terhadap seni silat iaitu seni mempertahankan diri orang Melayu. Beliau juga merupakan seorang bomoh atau dukun. Mohammad melanjutkan pendidikan seni di Nanyang Academy of Fine Arts dalam jurusan lukisan barat (1973-1976), di mana beliau menggemari gaya lukisan potret Realis. Setelah tamat pengajian, beliau memulakan hidupnya sebagai pelukis dengan melukis potret untuk para pelancong di Jalan Bugis lama. Beliau menggunakan tulisan kaligrafi Arab dengan gaya ekspresif sebagai tanda pengenalannya. Mohammad Din Mohammad’s ‘Translation of the Ancient Symbol’ (1994) presents Arabic calligraphy in a spontaneous gestural manner. Rendered in a primitive expression, the painting ignites the ethereal emotions within and invokes the kind of ‘semangat’ that the exhibition hopes to awaken. Mohammad Din Mohammad, a Melaka-born Singaporean Malay painter, is known for his expressive works of art inspired by Sufism. His paintings and sculptures were inspired by his devotion to the practice of the Malay martial arts called silat. He was also a practising bomoh or Malay healer. Mohammad pursued art education at the Nanyang Academy of Fine Arts, majoring in western painting (1973 – 1976), where he took to the Realist portrait painting style. After graduation, he began his life as an artist by drawing portraits for tourists on the old Bugis Street. He employed Arabic calligraphic rendering in an expressive gesture as his signature style. 75
MOHAMMAD DIN MOHAMMAD Translation of the Ancient Symbol Acrylic on linen • 137 x 106 cm • 1994 76 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
77
Maybank Foundation has been the strategic driver of Maybank Group’s community programs since it was inaugurated in 2010, in conjunction with the Group’s 50th anniversary. The Foundation’s mandate is to create positive, long-term impact in communities in the markets where Maybank operates. It strives to identify programs that will have the most tangible and sustainable results, in line with Maybank’s mission of humanising financial services. Maybank Foundation focuses on six key areas, namely; EDUCATION COMMUNITY HEALTHY ARTS & ENVIROMENTAL DISASTER Empower EMPOWERMENT LIVING CULTURE DIVERSITY RELIEF future leaders Ensure inclusiveness Promote Promote Help protect the Mobilize in the finance of those in the community artistic planet’s diversity for employees community communities compassion creativity of future generations together the youths with partners in disaster situation, locally and regionally In all six areas and in every country it operates in, Maybank Foundation is focused on activities and programs that would create meaningful, measurable and sustainable impact, in line with Maybank’s mission of humanising financial services. 78 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1
ABDUL LATIFF MOHIDIN DATUK IBRAHIM HUSSEIN DATUK SYED AHMAD JAMAL KHALIL IBRAHIM YUSOF GHANI DATO’ TAJUDDIN ISMAIL ISMAIL ABDUL LATIFF MOHAMMAD DIN MOHAMMAD
Search