Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore eCat Bentuk_an

eCat Bentuk_an

Published by Designer Space Communications, 2022-08-16 07:30:27

Description: eCat Bentuk_an

Search

Read the Text Version

Program Residensi Seni @PORT: Sesi 2 @2022 Penerbit – Kampung Karyawan PENULIS UNDANGAN Amanjaya Sdn. Bhd, Zikri Rahman @2022 Artis Residensi PENGURUS PROJEK Hakcipta terpelihara. Segala penulisan yang Siti Nadhirah Jamil disiarkan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bentuk dan EDITOR dengan apa-apa jua cara sama ada secara Nur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis PEMBANTU EDITOR daripada pihak penerbit. Muhammad Zulhamizan Samsudin PENERBIT PENGURUSAN PENERBITAN Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd. Syed Zarul Hisham No. 9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah Nur Najatul Nabila 31400 Ipoh Perak Nur Farisha Zulaikha Malaysia REKA LETAK T: + 605 241 2287 Designerspace F: + 605 241 2394 E: [email protected] REKAAN KULIT W: http://portipoh.com.my Syahid Yusof Facebook/Instagram: portipoh DOKUMENTASI Iman Shalihin Mior Muhammad Najmi Muhammed Izz Imman Muhammad Harith VIDEO MONTAGE Norsuzaimi Othman

Bentuk.an adalah pembentukan semula sesetengah perkara berpandukan pada sesuatu yang asal. Pengalaman serta daya pengamatan kedua-dua artis dalam penjelajahan konteks budaya setempat membina naratif penting yang dapat membentuk persepsi serta lapisan makna yang pelbagai. 1

Pengenalan Nur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin Pengurus Besar PORT 2

Sesi kedua program Residensi Seni PORT menampilkan dua seniman muda yang sedang membina nama di persada seni visual tanah air. Sejurus tibanya fasa endemik pada bulan Mei, Fadhli Ariffin dan Hafizuddin Azman melangkah masuk ke Black House PORT, masing-masing dengan konsep pengkaryaan baru yang berlandaskan landskap dan persekitaran budaya di negeri Perak. Setelah hampir dua bulan memberikan tumpuan kepada aspek penyelidikan yang melibatkan rujukan bahan pembacaan serta temubual, dan dengan berpandukan beberapa saranan dari pihak penganjur, Fadhli dan Hafizuddin meneruskan pengkaryaan mereka tanpa sebarang lagi intervensi dari mana-mana pihak. Karya-karya terkini mereka ini dihasilkan dengan kaedah persembahan yang agak berbeza daripada apa yang sering dilakukan selama ini. Jika secara lazimnya karya- karya hanya mengambil bentuk dua dimensi catan atas kanvas, kali ini mereka mengambil peluang untuk menyerlahkan sisi yang sedikit berlainan. Arca kinetik yang mampu menghasilkan pergerakan melalui tadahan air hujan dihasilkan Fadhli dan disokong dengan aksi seni performans pancuran air yang mengimbau adegan ritual dan kepercayaan sebahagian orang Melayu pada masa dahulu. Manakala Hafizuddin, walaupun masih setia memegunkan suasana khayalannya di atas kanvas, memperdengarkan sedutan audio hasil pembancian yang dijalankannya. Beliau ‘menerjah’ sekitar lima puluh orang awam di persekitaran bandar Seri Iskandar untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang menyentuh isu-isu mengenai infrastruktur dan ekosistem seni. Ribuan terima kasih diucapkan kepada penulis undangan, saudara Zikri Rahman, yang telah menyelongkar lebih dalam serta memberi perspektif tentang makna- makna yang tersirat di sebalik pengkaryaan kedua-dua artis. Semoga penulisan khas oleh beliau ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang apa yang cuba dikongsikan oleh mereka. Pihak PORT juga mengucapkan tahniah kepada Fadhli dan Hafizuddin atas pencapaian mereka melengkapkan tempoh residensi. Semoga pengalaman ini dapat menjadi batu tanda yang signifikan dalam proses perjalanan seni masing-masing. 3

Fadhli Ariffin a.k.a PALI Dilahirkan pada tahun 1989 dan dibesarkan di Taiping, Perak, Fadhli Ariffin menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Halus) dari UiTM Shah Alam pada tahun 2013. Beliau aktif mengambil bahagian dalam pameran seni di Malaysia sejak tahun 2010 tatkala beliau masih di universiti. Penyertaan dalam program residensi seni HOM Art Trans mendorong beliau untuk mengadakan pameran perseorangan pertamanya pada tahun 2015. Setakat ini, beliau telah menjalankan tiga pameran solo–terakhir melaui Rissim Contemporary di acara Art Expo, Kuala Lumpur. Sebagai seorang artis yang mengangkat gaya neo-ekspresi, beliau menyampaikan emosi, perasaan serta pemikiran peribadinya tentang pengalaman hidup melalui karya seni. 4

Hafizuddin Azman Hafizuddin Azman dilahirkan pada tahun 1994 di Terengganu. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 2017 dengan Sarjana Muda (Kepujian) Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA, Sri Iskandar, Perak. Karya Hafizuddin menggabungkan elemen-elemen fantasi dan realiti yang diilhamkan dari peristiwa dan isu-isu semasa yang diperolehi melalui berita-berita harian di media massa dan interaksi beliau dengan masyarakat. Beliau pernah menjuarai pertandingan Art Against AIDS (kategori Artis Profesional) pada tahun 2018, serta menerima anugerah Malaysia Emerging Artist Award (MEAA) dan memperoleh hadiah istimewa dalam pertandingan Mellow Art Award pada tahun 2021. Pameran solo bertajuk “Tanda Tanah” dijalankan di HOM Art Trans pada 2022. 5

Geografi / Pemitosan Zikri Rahman 6

Mustahil untuk memasuki ‘pintu’ faham pengkaryaan pada penjarahan. Jika dulu biji timah dan getah, sekarang kedua-dua artis, Fadhli Ariffin dan Hafizuddin Azman, pula pasir dan air. hanya dengan sekali lalu. Apatah lagi ketika penulisan ini dikarang, mereka berdua masih sedang bertungkus-lumus Begitu ‘pintu’ masuk saya dalam cuba mengamati proses menyiapkan karya. Mujur, ada titik temu yang menjadi pengkaryaan mereka berdua. Pengalaman pertama saya ‘kunci’ bagi membuka lain-lain ‘pintu’ faham saya pada di Taiping lama dulu ada dua, sekurang-kurangnya. Saya kedua-dua karya yang sedang diusahakan lewat Program tidak akan lupa kagum, sekaligus seram, melihat Bukit Residensi Seni @ PORT: Sesi 2 ini. ‘Kunci’-nya itu ada Larut yang agam itu seakan mengekor ke mana saja kita pada ruang geografi yang menjadi latar pengkaryaan. bergerak. Kedua, pada malam yang sama saya menumpang Bagi Fadhli, ia bermula dengan dua ingatan. Satu, ketika tidur di SERATAS; sebuah sekolah asrama di pinggir Bukit membesar di Taiping, dikelilingi Bukit Larut yang airnya Larut, buat pertama kali saya dapat merasa lebat hujannya itulah menjadi alir mula beberapa sungai di Perak. yang sohor. Juga, pertama kali dalam menjenguk gelap Keduanya, ketika ikut ritual mandi penawar yang dilalui samar kejauhan padangnya itu, saya melihat bagaimana oleh beliau sekeluarga dalam ikhtiar mendapatkan seorang babi hutan ‘berpesta’ menyondol tanah gambut yang anak perempuan. Manakala, bagi Hafizuddin, anak jati mulai becak. Lebih setahun belajar di Seri Iskandar juga Besut ini tidak pula canggung menjadikan Seri Iskandar membuat saya akrab dengan landskap yang mahu dicipta sebagai tempat tinggal hampir sembilan tahun selepas Hafizuddin dalam lukisannya. Saya masih ingat lekuk usai belajar dulu. Bayangkan, bekas lombong mana gumuk pasir yang beragam rupanya itu dan begitu banyak sahaja yang tidak ditanda dengan mata kailnya sepanjang lombong tinggal yang dalam sewaktu di sana hampir duduk di sana. Memancing bahkan menjadi semacam sepuluh tahun lama dulu. alasan baginya untuk memeta – bukan saja letak duduk ruang fizikal; timbunan pasir yang kian menghilang dan Saya berkongsi sekelumit ini bukan apa kecuali memberi sisa puing pembinaan yang membunting dalam lombong, makna bahawa betapa geografi membawa maksud penting tetapi juga melihatnya sebagai ruang temporal; berjejak bagi pengkaryaan mereka berdua. Geografi barangkali kepada pengalaman negeri Perak dan hasil mahsulnya ‘pintu’ paling sakral dalam memahami karya mereka itu sendiri yang sedari zaman British hingga kini terdedah dalam residensi ini. Taiping dan Seri Iskandar; warga 7

dan ruangnya berada di tengah- Kita tinggalkan sejenak Fadhli dan berpaling pada tengah dalam proses mereka. Culas Hafizuddin dan siri Memoranda Jiwa-nya. Berupa dua memahami yang ini, nescaya kita belas buah catan minyak yang diiringi oleh perca audio sukar membuka ‘pintu’ lain dalam wawancara, karya ini berpangkal pada soal persepsi pengkaryaan mereka ini. Saya rawak masyarakat sekitar Seri Iskandar perihal seni mulakan dengan Fadhli dan Mandi kontemporari. Saya bahkan tertarik dengan sepilihan Alam, sebuah instalasi-performans wawancara gerila yang dilakukan Hafizuddin dalam dengan tinggi 14 kaki ini yang cuba membina konteks pengkaryaan ini. 1Sefaham saya, apa mengesani pengalamannya bertitik- yang dibikin Hafizuddin lewat wawancaranya, dalam dia tolak dari alir air dan gerak ikhtiar. sedar atau tidak, jatuh dalam mazhab gonzo – semuanya Mengiringi ingatan Fadhli dalam tidak lagi objektif. Bahkan, awal lagi Hafizuddin berada merangka karya ini adalah foto di tengah-tengah wawancara dengan soalan yang dia milik keluarganya serta perbualan sudah agak jawapannya dan catan minyaknya itulah yang bersama ibu dan ibu saudaranya. kemudian naratif yang dia sudah / sedang percaya. Ada Apa yang disangka ‘mandi bunga’ kurang lebih tiga empat soalan yang ditanya spontan pada pada awalnya itu rupanya punya nama lain: ‘mandi beberapa warga yang sedang berlabun di gerai makan, penawar’. Fadhli yakin yang ‘mandi penawar’ itu hanya yang sedang beriadah petang sampailah ke yang sedang ada diguna pakai di kampung belah bapanya di Kuala berpeluh memburuh dalam bengkel. Soalannya mudah, Kangsar saja. Tambahan, mandi bunga bukan asing dalam saya ringkaskan: “Tahu atau tidak adanya sebuah galeri masyarakat kita sedari dulu. Aturan air dan bunga hidup mandiri di Seri Iskandar2?”, “Untuk apa ada ‘besi-besi’ di yang wangi itu berfungsi dalam beberapa hal bagi warga tengah-tengah taman?”, 3 “Apa fungsinya?” dan terakhir, kita. Dari buang sial dan badi, buat berubat sampailah “Apa pendapat tentang seni?”. Dari berpuluh perca usaha bertemu jodoh. Satu yang pasti, Fadhli yang kecil audio wawancara yang dimainkannya pada hari saya ketika itu tidak punya apa-apa ingatan tentang bunga apa bertemu, kita tahu seperti apa seni itu pada penikmat dan yang diramu, mantera apa yang dibaca, apatah lagi siapa pelaknatnya. Saya tidak akan surahkan atau bahaskan nama pawang yang menyimbahnya. Yang diketahui Fadhli, semua dalam karangan ini. Saya tinggalkan untuk nanti dia kebasahan. Seluruh keluarganya kebasahan. Baginya, itulah ikhtiar kehidupan keluarganya bagi mendapat satu- satunya anak perempuan. 1 Melihat pada rakaman awal beberapa wawancara yang dilakukan artis, Hafizuddin Azman berbekalkan hanya telefon bimbit, kita dapat mengesan bagaimana beberapa responden memberikan reaksi yang berbeza: ada yang terus menolak untuk diwawancara, ada yang terus menukar jawapan serta cara bercakap. Rakaman audio (digubah nada bunyinya bagi tujuan pameran) dan video (tidak digunakan bagi tujuan pameran) wawancara sekitar dibikin di beberapa ruang dan arca awam di sekitar Seri Iskandar. 2 Merujuk kepada sebuah galeri seni mandiri yang bertempat di Seri Iskandar iaitu Kapallorek Artspace, yang ditubuhkan pada 2014. Lanjut di laman web: https://www. kapallorek.com/my/ 3 Merujuk kepada siri arca awam Ramlan Abdullah berjudul Connectivity (2021). 8

kita sama-sama pasang telinga dan mata dalam menikmati bagaimana mitos, dalam hal ini, ritual ‘mandi penawar’ karya Hafizuddin nanti. digunakan sebagai ikhtiar menuju pengharapan. Bahkan, instalasi-performansnya ini digarap agar terus dapat . . . . . .. . . . . . . . . berulang di ruang (misalnya di dalam ruang terbuka serta galeri seni) dan beragam medium (dalam bentuk rakaman, Titik-temu Fadhli dan Hafizuddin dalam proses fotografi sehinggalah lakaran proses pengkaryaan) yang pengkaryaan mereka kali ini, selain dari memahaminya lain – supaya ia terus diperkatakan – walau akhirnya lewat sosio-geografi ruang yang dikandung dalam karya mitos: ritual yang mahu dilakukannya ini nanti barangkali mereka juga adalah sarat pemitosan, atau dalam ekstrem melenyapkan maknanya. 5 Atau itu apa yang Fadhli benar lainnya, penyahmitosan. Takrif mitos di sini saya pakai mahu lakukan? seperti mana Roland Barthes (1972: 143), ahli semiotik tersohor itu gagaskan: Mitos tidak menafikan wujudnya sesebuah perkara, sebaliknya, fungsinya adalah supaya ia terus diperkatakan; senang kata, ia memurnikannya, menjadikannya suci, ia memberikan penjelasan yang alamiah dan abadi, ia memberikannya kejernihan dalam erti kata ia bukan sekadar penjelasan tetapi juga sebuah fakta yang nyata. 4 Mitos dalam erti kata Barthes lagi, membuka pintu faham lain dengan sendirinya: ‘things appear to mean something by themselves’ (1972: 143). Walau karya Fadhli berjejak pada pengalamannya kebasahan dek ‘mandi penawar’ ketika umurnya tiga tahun itu, namun dia enggan percaya yang adik bongsunya itu kemudiannya lahir semata- mata kerana itu. Apa yang mahu disinggungnya adalah 4 Petikan asal: “Myth does not deny things, on the contrary, its function is to talk about them; simply, it purifies them, it makes them innocent, it gives them a natural and eternal justification, it gives them a clarity which is not that of an explanation but that of a statement of fact” (1972: 143) 5 Perbahasan lanjut tentang bagaimana ritual tradisional dan seni persembahan ini perlu dicermati boleh didapati dalam artikel membincangkan persembahan artis, Sharon Chin berjudul Mandi Bunga (2013) oleh sarjana Fiona Lee (2017) berjudul “Rites of Change: Artistic Responses to Recent Street Protests in Kuala Lumpur” serta artis dan penyelidik, Zarina Muhammad (2013) berjudul “Remembering Rituals of Renewal: Sharon Chin’s Mandi Bunga Performance”. 9

Pun begitu, berbeza pula Hafizuddin dan pengkaryaannya Kritik ke atas persepsi sebegini bukan sahaja boleh diajukan kali ini. Seakan-akan dia cenderung mahu kita percaya pada institusi yang ada di Seri Iskandar sahaja. Bahkan, mitos, dalam hal ini, persepsi: gambaran, bayangan, ia juga perlu dinyatakan dalam soal yang lebih besar iaitu tanggapan, tentang seni kontemporari itu sebagai bagaimana sistem pendidikan kita yang terbahagi pada sebuah fakta yang nyata. Walhal, apa-apa mitos (atau dua mazhab: jalur sains atau seni dan dipaksakan pula nyahmitos) berpucuk pangkal dengan percaya (atau doktrinnya ke atas kita dalam menampung keperluan pasar ketidakpercayaan). Mitos hanya wujud dalam dua kutub bebas bagi sebuah negara membangun bermula akhir 80- yang ekstrem: tidak ada jalan tengah. Perca audio an. Namun itu soal lain. Dalam keterhadannya, karya seni wawancara dan dua belas catan minyaknya itu bergelut Hafizuddin kali ini dengan naratif catan yang atmosferik: dengan hal ini. Dari satu sudut, ia cuba melondeh persepsi cuba menangkap landskap surreal Seri Iskandar pada awam bahawa seni kontemporari itu “tiada maksud” dan takah waktu berbeza – pagi, petang, siang, malam. Yang kerana itu “tidak (perlu) ambil tahu” sekaligus ‘tidak juga perlu diperhatikan adalah objek, dalam bentuk arca (perlu) faham”.6Namun, pada masa sama Hafizuddin juga yang berulang-ulang, sekaligus menjelma sebagai subjek- seakan memperkukuh apa saja persepsi bahawa seni subjek utama lukisannya. Berupaya melihat yang ini, kontemporari itu sendiri: “elitis”, “tiada fungsi” dan “tidak sekilas itu juga kita dapat melihat bagaimana Hafizuddin sampai” yang membeku di kelilingnya. 7 cuba meruntuh (atau barangkali mengukuh) mitos tentang seni kontemporari itu sendiri. . . . . . .. . . . . . . . . Bibliografi: Barthes, Roland. 2009. Mythologies. Translated by Annette Lavers. First Edition 1972. London: Vintage. Fiona, Lee. 2017. Rites of Change: Artistic Responses to Recent Street Protests in Kuala Lumpur dalam Southeast of Now: Directions in Contemporary and Modern Art in Asia, Volume 1, Number 2. Zarina, Muhammad. 2013. Remembering Rituals of Renewal: Sharon Chin’s Mandi Bunga Performance dalam The Singapore Biennale Review, 21. 6 Cuplikan petikan ini diambil dalam draf perca audio wawancara yang digunakan dalam siri Memoranda Jiwa. 7 Cuplikan petikan ini diambil sewaktu wawancara bersama artis, Hafizuddin Azman dan penulis, Zikri Rahman pada 31 Ogos 2022 di Blackhouse, PORT Ipoh. Dalam perbualan ini juga, turut dinyatakan bahawa bagaimana artis melihat proses pengkaryaan bagi siri Memoranda Jiwa ini sebagai sebuah monolog dalam menyatakan pandangannya tentang seni kontemporari. 10

BIODATA PENULIS Zikri Rahman seorang pekerja budaya rentas-disiplin dengan fokus gerak kerja sosio-politik. Buku Jalanan, sebuah jaringan yang diasaskannya pada 2011 bersama beberapa teman merupakan sebuah gerakan pustaka mandiri dalam usaha menggagaskan produksi ilmu secara autonomi. Beliau juga merupakan Penyelaras Program bagi Pusat Sejarah Rakyat, sebuah arkib penyelidikan dan dokumentasi mandiri memfokuskan ‘sejarah dari bawah’ dari Malaysia dan Singapura. Menerusi LiteraCity, beliau memeta kota Kuala Lumpur menerusi karya sastera dan budaya. Zikri Rahman juga seorang penulis dan penterjemah serta ada menulis skrip dan pernah menerbitkan siri audiosiar di beberapa platform. 11

Karya-karya Fadhli Ariffin Mandi Alam 6’ x 6’ x 16’ (dimensi pelbagai) Plat Zink, Besi, Air & Seni Performans 2022 Mandi Alam, sebuah karya instalasi-performans ini berjejak pada dua pengalaman peribadi artis sendiri: membesar di Taiping, Perak yang tersohor sebagai kawasan tadahan hujan di Malaysia serta pengalaman mandi penawar, sebuah ritual serta ikhtiar keluarganya bagi mendapatkan anak perempuan pada tahun 90-an di Kuala Kangsar, Perak. Karya ini kemudiannya juga turut mengambil bentuk dalam format lakaran proses, video dan fotografi. Bertitik-tolak dari mencerap pengalaman yang digerakkan oleh sepilihan foto lama yang merakam detik ritual mandi penawar itu, artis membayangkan apa yang dilaluinya itu sebagai sebuah kontinuum yang mengalir—air dari langit, ditadah oleh instalasi berbentuk tangan lalu disiram pada sosok tubuh, yang akhirnya mengalir semula pada alam. Ia satu pengharapan, sekaligus pengikhtiaran yang tak terputuskan. 12

13

14

15

Lakaran Mandi Alam Dakwat atas kertas 29 x 40cm 2022 16

Lakaran Mandi Alam Dakwat atas kertas 29 x 40cm 2022 17

Mandi Alam (Hujan Gurun) Graphite atas kertas 29cm x 21cm 2022 18

Mandi Alam (Kenangan di Taman Cinta) Graphite atas kertas 29 x 40cm 2022 19

Tiada Tajuk Graphite atas kertas 29 x 40cm 2022 20

21

Karya-karya Hafizuddin Azman Bagaimana persepsi: pandangan, syak-wasangka, ingin tahu atau naluri, misalnya dapat merungkai cara pandang masyarakat tentang seni kontemporari di Seri Iskandar, Perak? Dengan kewujudan institusi seni rupa, galeri mandiri sehinggalah keberadaan beberapa arca awam di sana, terdapat semacam kebimbangan dizahirkan artis selaku penghuni sekaligus pengkarya dalam soal jarak pemahaman masyarakat tentang seni itu sendiri. Jauh dari cuba untuk menyeragamkan pemahaman tentang apa itu seni kontemporari, artis dalam siri Memoranda Jiwa ini mempamerkan dua belas karya catan cat minyak yang diselang-seli perca audio puluhan orang awam berbicara tentang persepsi seni. Yang pasti, wujud kritik dalam parodi dan semiotik catan serta perca audionya dalam menyelisik sosio-landskap Seri Iskandar. 22

Jendela Hati I Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 Jendela Hati II Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 23

Jendela Hati III Cat Minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 Jendela Hati IV Cat Minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 24

Jendela Hati V Cat Minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 Jendela Hati VI Cat Minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 25

Jendela Hati VII Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 Jendela Hati VIII Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 26

Jendela Hati IX Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 Jendela Hati X Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 27

Jendela Hati XI Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 Jendela Hati XII Cat minyak atas kanvas 49cm x 49cm 2022 28

29

30

31

32




Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook