Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Prosiding Kolokium PP Kali Ke-2

Prosiding Kolokium PP Kali Ke-2

Published by borombon, 2023-02-17 02:07:49

Description: Prosiding Kolokium PP Kali Ke-2

Search

Read the Text Version

BORANG SPeCT Terdapat empat komponen penting yang dilaksanakan untuk menjayakan program Mentor Mentee, iaitu: penanda arasan PdPC, mengadakan mesyuarat kurikulum, melaksanakan Peer Learning Coaching (PLC) dan melakukan pencerapan PdPC. LANGKAH PEMANTAUAN PROGRAM MELALUI BORANG OPPM Semua program yang tertera dalam borang SPeCT telah dipindahkan dalam Borang One Page Project Manager (OPPM) untuk tujuan melaksanakan pemantauan dan memastikan perkembangan pelaksanaan program. BORANG OPPM 51

PELAKSANAAN MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA PANITIA PROGRAM MENTOR MENTEE 52

VICE VERSA (SENIOR-JUNIOR / JUNIOR – SENIOR) KETERLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN 53

7SLOT PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 7 Cikgu Madhtrine @ Aldrin Anak Gayok, SK Sbangki, Lubok Antu, Sarawak Tajuk : Penggunaan Tripod Stand dan White Board 2 x 2.5 Dalam PdPC Abad Ke 21 BIODATA Cikgu Madthrine @ Aldrin Anak Gayok atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Aldrin merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum (GPK1) di Sekolah Kebangsaan Sbangki, Lubok Antu, Sarawak berpengalaman mengajar selama 24 tahun. Berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan. Antara pencapaian yang telah diraih ialah menjadi Jurulatih Utama Kebangsaan bagi mata pelajaran Sains, Penceramah motivasi di peringkat daerah Lubok Antu dan penggubal soalan mata pelajaran Sains UPSR peringkat daerah Lubok Antu. Beliau boleh dihubungi melalui nombor telefon: 019-8599756 dan alamat e-mel: [email protected]. . YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Sidang hadirin semuanya. PENGENALAN Untuk menjalankan peranan sebagai pemimpin pertengahan secara lebih berkesan, Pelan Pembangunan Kendiri menggunakan borang Bussiness Model You telah dilengkapkan bagi mengenalpasti apakah tugas yang dilakukan, siapa yang membantu, siapa yang anda bantu, bagaimana cara komunikasi dilakukan, apakah kesannya dan bagaimana perancangan dibuat. Dengan cara ini, anda telah membuat pencerahan tentang diri anda dan menilai di manakah kedudukan anda?. 54

OBJEKTIF PROGRAM 1. Memperkasakan aktiviti-aktiviti PAK 21 yang memberi impak kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid 2. Sebagai alat Intervensi untuk berkomunikasi antara pelajar menguasai “KPS dan KMS” untuk membudayakan kemenjadian murid 3. Sebagai pergerak kepada inspirasi sekolah, guru dan murid untuk mendepani revolusi industri 4.0 SKPMg2.0 STANDARD 4 4.1.1 Guru merancang pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) 4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran 4.2.2 Guru mengelola suasana pembelajaran 4.3.1 Guru membimbing murid 4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran 4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran 4.5.1 Guru melaksanakan pentaksiran 4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran Standard 4 dalam SKPMg2.0 mempunyai korelasi dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 : KORELASI KONSEP PAK21 DENGAN STANDARD 4 SKPMg2.0 Hasil penilaian kendiri dan cerapan oleh pemimpin sekolah telah menunjukkan dapatan skor SKPMg2.0 iaitu penilaian ken diri : 82.99% manakala penilaian pemimpin sekolah : 79.13%. Berdasarkan data yang diperolehi, analisis telah dibuat untuk menilai Tahap Tindakan (TT) guru berdasarkan Rubrik Tahap Kualiti (TK) daripada Penilaian Kendiri dengan Penilaian Fasa Pertama. Perbandingan antara penilaian kendiri dengan penilaian fasa pertama yang dibuat menunjukkan adanya jurang yang besar pada elemen : 4.4.1 Guru sebagai pendorong minda : PAK21, KBAT dan 6 aspirasi murid 4.4.2 Guru sebagai pendorong emosi : Penghargaan, Keperihatinan 4.6 Murid sebagai pembelajar aktif ▪ Murid kurang berkolaboratif semasa mejalankan tugasan kumpulan. ▪ Murid kurang berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti PAK2. ▪ Guru kurang mendorong murid untuk memimpin. ▪ Guru kurang mengalakkan murid mengemukakan soalan. ▪ Guru kurang perihatian terhadap keperluan murid 55

Perancangan telah dibuat untuk merangka program bagi mencapai standard yang telah ditetapkan iaitu: Program – program berbentuk PLC, LDP dan Dialog Prestasi kepada semua guru, OPPM (Program Kecemerlangan UPSR), SPeCT dan memperkenalkan projek baharu. BORANG SPeCT TRIPOD STAND DAN WHITE BOARD 56

ISU YANG DIKENALPASTI PdPc guru Sains tidak di tahap Cemerlang. Murid kurang kolaboratif dan berkomunikasi dalam melaksa- nakan aktiviti-aktiviti PAK21 MATLAMAT Mempertingkatkan Peratusan standard 4.4, 4.5 dan 4.6 dalam SKPMg2 KPI Keputusan UPSR meningkat dan Tahap Penguasaan MP Sains pada purata 4.0 PENGHASILAN PROJEK 1. Sekeping Whiteboard 4x8 dibahagikan kepada 6 bahagian yang sama saiz. 2. Setiap bahagian berbentuk segiempat tepat berukuran 2x2½. 3. Bahagian sisi dibuatkan bingkai (frame) dan disapu cat KELEBIHAN PROJEK 1. Ringan, senang diangkat dan mudah dipindahkan. 2. Kesalahan boleh diperbetulkan dengan mudah. 3. Mempunyai penyangkut(hooke) sedia untuk diletakkan pada Tripod stand atau dinding 4. Diguna semula untuk aktiviti yang berbeza pada masa datang PENYELIAAN 1. Pemantauan Program Kecemerlangan Sekolah menggunakan OPPM 2. Semakan borang SPeCt, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), PLC dan Dialog Prestasi 3. Penyeliaan Penggunaan Projek Tripod Stand dan 2x2½ whiteboard 4. Laporan-laporan selepas program dan projek PENGGUNAAN WHITE BOARD DALAM BILIK DARJAH 57

Tripod Stand dan Whiteboard ini boleh dimanfaatkan murid-murid untuk : 1. Menulis laporan eksperimen 2. Melakar spesimen, radas atau rajah 3. Membuat jadual, carta dan graf 4. Tempat pameran 5. Peta I-THINK MURID-MURID MELAKAR JADUAL DI ATAS WHITE BOARD PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN TRIPOD STAND 58

PELAKSANAAN GALLERY WALK KETIKA PEMBELAJARAN Penggunaan white board ini memudahkan murid-murid membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk Gallery Walk kerana mudah dialih dan tidak memerlukan penggunaan kertas mah-jong. Murid-murid juga dapat menggunakannya untuk semua mata pelajaran, boleh dipadam dan dihapuskan untuk pelbagai untuk keperluan nota, lakaran dan bahan grafik. Melalui cara ini, murid-murid akan mendapat kelainan dan seronok melakukan aktiviti. KELEBIHAN PROJEK 1. Berpusat kepada murid 2. Merangsang murid berkomunikasi, dan berkolaboratif, 3. Mendorong pemikiran KBKK dan Penyelesaian masalah murid 4. Mewujudkan peluang murid untuk memimpin 5. Murid aktif, yakin dan berhemah 6. Penilaian Guru lebih terancang dan tersusun 7. Guru sebagai Fasilitator KEKUATAN PROJEK 1. Aktiviti PAK21 dapat diterapkan 2. PdPc Lebih menyeronokkan 3. Objektif Pelajaran lebih cepat dicapai PENAMBAHBAIKAN 1. Menggunakan Whiteboard logam 2. Tripod Beroda 59

PENGUMPULAN DATA BERKAITAN PROJEK 1. Perbandingan skor Pencerapan PdPc oleh PK/GB fasa 1 dengan fasa ke 2 2. Analisa Suara Murid tentang penggunaan Tripod Stand dan White Board. 3. Punggutan Suara rakan-rakan guru 4. Analisa TP dalam PBD murid PENILAIAN FASA 1 PENILAIAN FASA 2 60

PERBANDINGAN SKOR SKPMg2.0 FASA 1 DAN FASA 2 OLEH GURU BESAR / PENOLONG KANAN 100.00% Skor SKPMg2 Fasa 1 dan Fasa 2 FASA 2 95.00% 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 FASA 1 90.00% 4.5.1 4.6.1 85.00% 80.00% 75.00% 70.00% 4.1.1  Jurang yang ketara di antara pencerapan Fasa 1 dan Fasa 2. Penggunaan Tripod Stand dan whiteboard berjaya mempertingkatkan Skor SKPMg2.  Guru berjaya mendorong, murid dari segi minda dan emosi, dalam PdPc.  PBD lebih mudah dikendalikan oleh guru.  Murid lebih aktif dan PdPc lebih berpusat kepada mereka. ANALISA PUNGUTAN SUARA MURID-MURID TENTANG PENGGUNAAN TRIPOD STAND & WHITE BOARD 2X2.5 1. 100 % murid bersetuju bahawa Penggunaan Tripod Stand dan Whiteboard 2x2½ lebih mudah berbanding dengan penggunaan kad manila atau kertas majong 2. 100% murid merasakan mereka lebih berani untuk mencuba sesuatu untuk belajar. 3. 90% murid bersetuju bahawa semangat berkerjasama/kerja berpasukan antara mereka lebih akrab. 4. 80% murid bersetuju bahawa penggunaan Tripod Stand merupakan satu kaedah pembelajaran yang mencabar minda DAPATAN PUNGUTAN SUARA GURU-GURU (TEACHER VOICE) 1. Semua guru rakan bersetuju bahawa penggunaan Tripod Stand dan Whiteboard mampu mendorong membangkitkan semangat untuk belajar secara kolaboratif dikalangan murid. 2. Semua rakan guru bersetuju objektif pelajaran lebih cepat dicapai dengan menggunakan Tripod Stand dan whiteboard 3. Semua rakan guru bersetuju Tripod Stand dan whiteboard dapat mempelbagaikan kaedah PdPc guru 4. Semua rakan guru bersetuju dapat menyediakan peluang kepada murid untuk memimpin pasukan ANALISA TAHAP PENGUASAAN MURID-MURID DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1. Tahap Penguasaan setiap murid meningkat. 2. Murid aktif semasa menjalankan aktiviti 3. Murid yang selama ini, selalu membisu sudah menampakkan perubahan kepada mula pandai bergaul dengan rakan-rakan. 61

4. Peluang setiap orang murid untuk menonjolkan diri dengan sikap kepimpinan, berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran dwibahasa dan penyelesaian masalah dapat diwujudkan TINDAKAN SUSULAN 1. Pengurusan PLC, LDP, Dialog Prestasi dan Program Kecemerlangan Akademik dilaksanakan secara berterusan 2. Menubuhkan “task force LCML” yang terdiri daripada ketua – ketua panitia yang lain bagi mengamalkan Tripod Stand dan 2x2½ Whiteboard bagi MP lain. 3. Melaksanakan program yg sifar bajet. KEPUTUSAN UPSR 2017 GRED BILANGAN MURID A 3 B 7 C 8 D 1 E 0 PERATUS 100% Murid Cemerlang UPSR 2017 : 6A RUMUSAN Mempelbagaikan cara dan kaedah pembelajaran memberi impak yang positif terhadap kualiti pembelajaran murid-murid dan meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran. Hal ini sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian akademik dan mencapai KPI sekolah bagi mencapai 100 # kelulusan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 62

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 8 Cikgu Yong Kwai Ying, SMK Tun Mutahir, Melaka Tajuk : Peranan Pemimpin Pertengahan Sebelum dan Selepas LCML BIODATA Cikgu Yong Kwai Ying merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Kemanusiaan di SMK Tun Mutahir, Melaka yang juga diberi kepercayaan untuk menjawat pelbagai tugas seperti Penyelaras Pentadbiran, Penyelaras LADAP, Penyelaras SKPMg2.0, Penyelaras Jadual Waktu, Penyelaras Program Kecemerlangan Akademik, Pembentang Amalan Terbaik Dalam Kolokium Pemimpin Pertengahan Pertama 2017. Perkongsian Amalan Terbaik dalam Bengkel Pemimpin Profesionalisme Ketua Panitia Sekolah Rendah, Daerah Melaka Tengah, Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah. Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dan juga memiliki Diploma Perguruan. Di bawah pengurusan bidang Kemanusiaan, banyak Panitia yang terlibat iaitu Panitia Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Pengetahuan Sains Sukan, Geografi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan. YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Sidang hadirin semuanya. PENGENALAN Pembentangan ini akan menerangkan perubahan ketara yang berlaku setelah saya mengikuti Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan berbanding sebelum menyertainya dalam menjalankan peranan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah. Jika sebelum ini, saya kurang pasti ketika menjalankan tugas sebagai pemimpin pertengahan, tidak tahu apakah kompetensi yang boleh diaplikasikan, malahan saya juga kurang pasti tentang bidang tugas dan tidak memanfaatkan data yang ada untuk dianalisis secara bermakna bagi mengetahui isu dan masalah yang perlu ditangani. KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN Setelah mengikuti Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) banyak pendedahan dan pencerahan telah diterima tentang bagaimana mengurus pasukan dan menjalankan tugas untuk menggerakkan perubahan di sekolah. Menerusi Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan yang telah dikemukakan, peranan sebagai pemimpin pertengahan menjadi semakin jelas yang melibatkan pembangunan kendiri, pengurusan tugas-tugas utama dan pengurusan pasukan. 14 kompetensi yang diketengahkan juga telah membangkitkan kesedaran saya bahawa untuk berinteraksi dengan orang bawahan, kompetensi yang paling penting ialah komunikasi berkesan. LCML juga telah menunjukkan langkah awal yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti peranan kita dengan mengenalpasti siapakah rakan kongsi yang selalu membantu, kepada siapa yang dibantu, apakah kesan terhadap tugas dan peranan dan bagaimana mengoptimumkan tugas dan peranan dengan melengkapkan maklumat tersebut dalam borang Bussiness Model You (BMY). Untuk membentuk dan mengurus pasukan, teori kepimpinan 360 darjah serta model ARRAS & DEFFRAAC. Yang paling penting, saya dilatih bagaimana bertindak berasaskan data dan bagaimana analisis data dilaksanakan untuk memikirkan program yang sesuai melalui Kanvas Strategi Analisis Data. 63

ANALISIS JURANG ANALISIS JURANG BERDASARKAN REFLEKSI KENDIRI Saya telah mengarahkan guru-guru di bawah bidang Kemanusiaan untuk mengenalpasti tahap prestasi mereka berdasarkan elemen dalam SKPMg2.0 yang melibatkan peranan guru sebagai perancang (4.1.1), guru sebagai pengawal (4.2.1-4.2.2), guru sebagai pembimbing (4.3.1), guru sebagai pendorong (4.4.1- 4.4.2)), guru sebagai penilai (4.5.1) dan murid sebagai pembelajar aktif (4.6.1). PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK 2017 Setelah balik daripada berkursus di IAB, banyak perkongsian amalan terbaik telah dilaksanakan dengan matlamat untuk memantapkan kemajuan kurikulum di bawah Bidang Kemanusiaan, bukan hanya di peringkat sekolah tetapi juga hingga ke peringkat daerah dengan mencurahkan bakti sebagai penceramah. PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH Untuk mendapatkan hasil kerja yang sistematik, guru-guru perlu diberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan tools untuk menyemak dan menyesuaikan kembali program Panitia, menyemak dan memantau program, mengumpul dan menganalisis data serta mengambil tindakan yang bertepatan. Justeru itu, Program Sekolah Berasaskan Data untuk semua Panitia telah dilancarkan. 64

PROGRAM WALKS (Walking around Improvement keyS) Program ini diketengahkan sebagai langkah memperkenalkan kepada guru-guru langkah-langkah membawa perubahan dan tindakan berasaskan data dengan merujuk Kanvas Strategi Analisis Data mengikut aliran proses berikut: PROGRAM WALKS (KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA) Skor yang diperolehi daripada refleksi kendiri bagi setiap aspek dalam SKPMg2.0 telah dibentangkan dan dibiuncangkan bersama guru-guru bagi mengenalpasti isu-isu yang timbul dan aspek jurang yang besar untuk dibuat penambahbaikan. SKOR PENILAIAN GURU MENGIKUT ELEMEN SKPMg2.0 – STANDARD 4 65

Jurang terbesar yang telah diperolehi ialah: 4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan 4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara professional dan terancang MENYEMAK PROGRAM BIDANG MENGGUNAKAN BORANG SPeCT Borang SPeCT telah digunakan untuk menyenaraikan program yang telah dirancang dan melihat semula jurang yang telah dikenalpasti agar program yang disenaraikan sesuai dan relevan sebagai langkah intervensi untuk mengatasi isu yang dikenalpasti. BORANG SPeCT Ketua: SMK TUN MUTAHIR Tarikh: 2 JANUARI 2018 Objektif Program: Untuk meningkatkan pelaksanaan PdPc yang berkesan Objektif Tugasan Utama Status/Pencapain Projek Tanggungjawab PP 1 Walk ing around Improvement k eyS ABC D PP 2 Professional Learning Community (PLC) PP 3 Pencerapan PdPc A DCB P 4 Bengkel Pengukuhan PdPc AB C AB CD 1. Meningkatkan kemahiran pedagogi guruTugas Utama 2. Meningkatkan kemahiran 4K dalam PdPc Tarikh JanuariSasaran Februari Objektif Mac AprilKosPIB G00 MeiKWKK00 JunSUWA00 Julai Ogos September Oktober November Disember Pengetua PKP PK HEM GKMP Bahasa GKMP Kemanusiaan GKMP S & M GKMP TEK VOK SU LDP SU SKPMg2 Ringkasan & Ramalan Ringgit Belanjaan Ringgit Anggaran Dapat mengecilkan Analisis Jurang : Aspek 4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang Aspek 4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan Selesai Belum Selesai BORANG OPPMSimbol Tidak Dilaksana 66

Melalui penggunaan borang OPPM di atas, penanggungjjawab terhadap 4 program yang telah disenaraikan dapat dikesan dan dilihat kemajuan pelaksanaan serta sejauhmana objektif dapat dicapai. ANALISIS JURANG WALKS BULAN JANUARI ANALISIS JURANG WALKS BULAN FEBRIUARI 67

ANALISIS JURANG WALKS BULAN MAC ANALISIS JURANG WALKS BULAN APRIL 68

ANALISIS JURANG WALKS BULAN MEI ANALISIS JURANG WALKS BULAN JUN 69

ANALISIS JURANG WALKS BULAN JULAI ANALISIS JURANG WALKS BULAN OGOS 70

ANALISIS JURANG WALKS BULAN SEPTEMBER ANALISIS JURANG WALKS JANUARI HINGGA SEPTEMBER 71

RUMUSAN Pelaksanaan Walks dilihat memberikan impak positif terhadap tingkahlaku belajar murid-murid di SMK Tun Mutahir, Melaka. Google Docs digunakan bagi mengumpul data daripada guru-guru tentang pelaksanaan walks berkaitan Pembelajaran Abad ke-21, penulisan di papan putih, kawalan kelas, keceriaan kelas, disiplin murid, Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan Pentadbiran sekolah. BERSAMA PEMBIMBING DR REDZUAN JANTAN 72

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 9 Cikgu Syabeli bin Johri, Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong, Sarawak Tajuk : Pemimpin Pertengahan Penggerak Hala Tuju Sekolah BIODATA Cikgu Syabeli bin Johri merupakan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong, Sarawak. Telah berkhidmat selama 9 tahun di sekolah tersebut sejak lantikan pada 24 Ogos, 2010. Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor kemudian mengambil kelayakan ikhtisas dalam bidang pengajian Matematik, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak. YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Sidang hadirin semuanya. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong dipimpin oleh Guru Besar, Cikgu Sulaiman bin Haji Meni. Jumlah enrolmen murid sekolah ini ialah 478 orang dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini ialah 36 orang iaitu 31 orang siswazah dan 5 orang bukan siswazah. Manakala jika ditinjau dari segi jantina, 8 orang guru lelaki dan 28 orang guru perempuan. OBJEKTIF PROGRAM 1. Melaksanakan program penambahbaikan berdasarkan keperluan guru untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad 21 2. Mengenal pasti kekuatan dan membuat penambahbaikan kualiti guru dalam PdPc abad 21 3. Merancang program yang berasaskan aktiviti pembelajaran abad 21 yang memberi impak kepada guru dan murid secara berterusan 4. Memastikan keberkesanan program diselia dan dipantau menggunakan berberapa instrumen sebagai pemangkin pembangunan kualiti PdPc guru KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, maka langkah-langkah dalam Kanvas Strategi Analisis Data telah diikuti untuk memastikan tindakan intervensi yang sistematik dan dapat menangani isu-isu yang telah dikenalpasti. Langkah pertama ialah pengedaran borang soal selidik kepada guru-guru yang menggunakan SKPMg2.0 Standard 4, membuat analisis jurang untuk mengenalpasti isu setelah itu merancang dan menyemak kembali program Panitia menggunakan borang SPeCT, pembentukan pasukan, penyeliaan dan pemantauan menggunakan borang OPPM, pengumpulan data, analisis data dan tindakan susulan. 73

SKPMg2 Std Mengumpul Analisis Data 4/ Soal Data (STEP 6) Selidik ( STEP 1) ( STEP 5) Analisis Data Penyeliaan Tindakan (Pernyataan OPPM Seterusnya? masalah) ( STEP 7 ) ( STEP 2 ) Merancang Melaksanakan program/ Program aktiviti (DEFFRAAC & (STEP 3) ARRAS) sPeCt ( STEP 4 ) KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA 1. Melaksanakan soal selidik Penilaian Kendiri berdasarkan Instrumen Standard 4 SKPMg2 2. Pencerapan Berjadual PdPc menggunakan Standard 4 SKPMg2 ASPEK TAHAP TINDAKAN 4.1.1 Guru merancang pelaksanaan PdPc 4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran 4.2.2 Guru mengelola suasana pembelajaran 4.3.1 Guru membimbing murid 4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran 4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran 4.5.1 Guru melaksanakan pentaksiran 4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran ASPEK TAHAP TINDAKAN DALAM SKPMg2.0 ANALISIS JURANG Menganalisa data-data yang diperolehi untuk melihat kekuatan / kelemahan dan membuat penambahbaikan professionalisme guru dalam aspek- aspek standard 4 PdPc SKPMg2. Program – program berbentuk latihan personel diwujudkan untuk guru – guru berdasarkan analisis jurang data paling ketara dalam SKPMg2 semasa. 74

PERANCANGAN PROGRAM MENGGUNAKAN BORANG SPeCT Hasil semakan yang dibuat terhadap program Panitia, satu program di tambah dari segi bilangan kekerapan, manakala lima program baharu diwujudkan dan dua program dikekalkan setelah perbincangan dibuat bersama-sama dengan ahli Panitia. Lima program yang diwujudkan itu ialah: 1. Mengadakan mesyuarat peringkat panitia teliti sPeCt setiap individu dan keseluruhan panitia 2. Pelaksanaan program berbentuk Coaching and mentoring 3. Pelaksanaan PLC Berterusan peringkat sekolah dan Zon (Program UMI)-teknik menambat hati anak 4. Learning Walks Lawatan bagi melihat bagaimana guru mengajar dan bagaimana murid belajar. 5. Mengadakan Kursus PdPc PAK21 dalam bentuk LADAP peringkat panitia , peringkat ZON untuk perkongsian amalan terbaik sekolah masing-masing LAPORAN PENYELIAAN Instrumen Pemantauan Program OPPM PMD Mengadakan mesyuarat peringkat panitia teliti sPeCt setiap individu dan OPPM keseluruhan panitia OPPM Pelaksanaan program berbentuk Coaching and mentoring OPPM Pelaksanaan PLC Berterusan peringkat sekolah dan Zon *(Program UMI)- teknik menambat hati anak Learning walks Lawatan pihak pentadbir melihat bagaimana guru mengajar dan bagaimana murid belajar Mengadakan Kursus PdPc PA21 dalam bentuk LADAP peringkat panitia , peringkat ZON untuk perkongsian amalan terbaik sekolah masing-masing Untuk meningkatkan kualiti PdPC dan memperbaiki amalan pedagogi guru, langkah Instructional Rounds (IR) dilaksanakan kemudian diadakan perbincangan berbentuk coaching dan mentoring dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan langkah penambahbaikan dengan menggunakan Borang Plus – Minus – Delta (PMD). 75

LEARNING WALK PENTADBIRAN SEKOLAH Pengumpulan data telah dibuat menggunakan : 1. Pencerapan PdPc guru oleh pihak pentadbir (penilaian sebenar) menggunakan SKPMg2 Std 4 bagi melihat perubahan pada setiap guru. 2. Soal selidik murid“Perubahan Sahsiah Murid” 3. Pencapaian murid dalam ujian saringan sekolah AR3 TINDAKAN SUSULAN “PPLCML” (pasukan perlaksana) ditubuhkan terdiri daripada ketua – ketua panitia yang lain merancang program bagi mengatasi setiap jurang yang paling besar pada setiap tahun dalam panitia masing-masing. 2017 Panitia Matematik 2018 Panitai Teras 2019 Semua Panitia Pengurusan dan perlaksanaan Peer Learning Coaching (PLC) dibuat secara berterusan. RUMUSAN Berdasarkan instrumen yang telah dipelajari melalui Kursus LCML, banyak kelebihan telah diperoleh iaitu dapat memudahkan urusan pengurusan oleh Ketua Panitia, menjimatkan masa dalam proses mengurus dan memantau program Panitia serta bentuk aplikasi adalah mesra pengguna. Sehubungan denguan itu, sebagai Ketua Panitia saya perlu menggunakan kemahiran komunikasi secara berkesan dan membangun kapasiti dengan pendekatan dan tindakan yang berhemah. 76

8SLOT PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 10 Cikgu Noorlinda bt. Kamaruddin, SMK Tasek, Pulau Pinang Tajuk : Kita Berhak Untuk Berjaya BIODATA Cikgu Noorlinda bt. Kamaruddin memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) sejak 2008 hingga Feb, 2018 setelah itu, bermula 1 Mac, 2018 dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, SMK Tasek (DG48). Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Sumber Manusia di May Plastic Industries, Prai, Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Diploma Pendidikan dalam bidang Pendidikan Sains dan Matematik, Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (MPPPP). Dalam penglibatan sosial, menganggotai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan Muda. Sepanjang perkhidmatan telah meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2003 dan 2010. Turut terlibat sebagai Pembentang Amalan Terbaik Pemimpin Pertengahan, Pulau Pinang (2018), Jurulatih Utama Matematik SPM dan penggubal Modul Matematik SPM, PERDA, Pulau Pinang. YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Sidang hadirin semuanya. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. 70% murid-muridnya terdiri daripada kaum India dan kedudukannya terletak di Kawasan black area (Geng 304 dan 308). Majoriti poenduduknya bekerja sendiri. Banyak kes penagihan hidu gam dan dadah berlaku. Sekolah ini dikelilingi kampung-kampung Melayu. Dalam radius 2 km terdapat sekolah yang hebat-hebat di sekitarnya, seperti Sekolah Sukan Negara, sekolah-sekolah yang ada asrama desa dan tingkatan 6 dan sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang berpencapaian cemerlang. SMK Tasek juga menjadi tempat murid- murid yang dibuang sekolah ditempatkan. Terdapat 2 aliran iaitu aliran Perdana dan Pendidikan Khas. Ada pmurid lembam yang lambat belajar. Enrolment murid ialah 436 Melayu, 214 India, 5 Cina dan 5 lain-lain dengan bilangan guru 52 orang manakala jumlah murid ialah 660 orang. 77

ISU KRITIKAL Pencapaian Matematik Tingkatan Lima yang rendah. Tingkatan 1 hingga 4 juga kritikal. Data headcount telah digunakan di mana GPMP 8.85 (TOV) kemudian menurun menjadi 8.45 jauh dari target 7.05. Punca masalah yang dikenalpasti ialah : 1. Kadar ponteng sekolah yang tinggi (tidak mencapai 75%) 2. Asas matematik yang sangat lemah. Ramai yang tidak mempunyai Kalkulator. Sekolah Terpak meminjamkan. (Merujuk keputusan PT3 – 2015 – Hanya 7 (D) dan 14 €. 3. Amalan PdPC yang sederhana LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PERUBAHAN PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 10 Di Pulau Pinang, Ketua Sektor (Arwah Dr Nazari – Mantan Pengetua) telah memperkenalkan program SIPI 5 iaitu langkah intervensi serta traffic light bagi mengenalpasti pelajar yang berada di landasan atau tersasar. Ketua Bidang bersama Guru Mata pelajaran pergi ke setiap kelas menerangkan di manakah kedudukan mereka dan harapan sekolah kepada mereka, kemudian pihak sekolah memanggil waris dan menunjukkan kedudukan anak-anak bagi membantu waris membuat sesuatu. Disamping itu, kita juga merujuk Rancangan Pengajaran guru, buku latihan murid-murid (adakah soalan KBAT diberikan). 78

Fail keberadaan murid-murid juga disediakan untuk mengambil semula kehadiran bagi mengenalpasti siapakah yang ada dalam kelas dan tidak ada dalam kelas. Taklimat kepada waris turut dilaksanakan. Namun demikian, kehadiran waris kurang membe-rangsangkan. Learning Walk telah dibudayakan di SMK Tasek. Geng Maths Cikgu Linda telah diwujudkan disamping sesi perkongsian Guru-guru secara berkala. Oleh kerana SMK Tasek banyak geng, maka program geng Maths diperkenalkan. Modus operandi Geng Maths ialah merekrut murid-murid yang berpotensi iaitu yang lulus Matematik, namun murid-murid yang tidak lulus pun turut dibenarkan menjadi ahli jika ada semangat belajar dan dilihat mempunyai potensi serta mahu berubah. Anggota geng ini akan diberi lencana geng Maths dan akan dipakaikan pada baju disamping membawa uncang. Program Geng Maths ini akhirnya menjadi sangat popular. Mereka akan diberikan bimbingan khas. Mereka juga dilantik sebagai fasi dalam kelas dan dipanggil dalam perhimpuan dan diberi token. Semangat Maths is Fun juga dikembangkan hasil analisis keputusan UPSR yang dihantar ke sekolah untuk menilai kebolehan dan murid-murid Tingkatan 1 yang berpotensu. Hampitr 60% daripada mereka mendapat D dan gagal Matematik. Iaitu A = 10%, B = 17%, C = 15%, D = 38 % dan E = 20 %. Ada juga timbul dalam benak guru-guru dan rasa malu dengan pandangan dan persepsi masyarakat terhadap SMK Tasek, namun hal ini menjadi satu cabaran yang perlu ditempuhi. Saya menaikkan semangat guru-guru dan menyatakan peranan besar mereka untuk menangkis tanggapan ini. Untuk menjadikan pembelajaran matematik menyeronokkan, penerapan belajar melalui permainan digunakan (Fun Learning). IMPAK Dalam pencapaian SPM 2017, GPS SMK Tasek ialah 7.12 walaupun ETR 7.05. Walau tidak mencapai sasaran tetapi usaha telah dilaksanakan. Saya berpesan kepada murid-murid agar berpegang kepada tagline: “Hari ini lebih baik daripada semalam, Hari esok lebih baik daripada hari ini”. Usaha itu penting, hasil yang kedua. Guru-guru juga diberikan motivasi. Saya tidak perlukan guru yang hebat dan guru pakar tetapi saya perlukan guru yang bersemangat. CABARAN KETIKA MENJALANKAN PROGRAM 1. Guru tak cukup 2. Pelajar selalu ponteng 3. Sumber kewangan terhad FAKTOR KEJAYAAN 1. Kepimpinan Sekolah 2. Kesungguhan guru 3. Kemahiran Pelajar 4. Perancangan Siustematik PENAMBAHBAIKAN 1. Amalan Pedagogi Guru 2. Masalah ponteng sekolah Saya bertekad untuk mengatasi masalah ponteng dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Disiplin. Setiap tindakan dilakukan berdasarkan data. SMK Tasek berhak untuk Berjaya, from Zero to Hero, ubah musibah menjadi anugerah. Guru kena berubah. Sedikit perubahan yang berlaku sudah menjadi satu pencapaian yang besar. 79

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 11 Cikgu Nor Julianawati bt. Mohd Samsuddin, SK Permatang Pasir, Pulau Tajuk : AIS (Art In Science) Dalam Memperkasakan STEM BIODATA Cikgu Nor Julianawati bt. Mohd Samsuddin merupakan Ketua Panitia Sains, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Pulau Pinang dan boleh dihubungi menerusi alamat e-mel : [email protected]. Berpengalaman sebagai guru selama 19 tahun bermula di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan (2000 – 2005). Pernah menjadi Setiausaha Panitia Matematik dan Bahasa Melayu, Setiausaha Pengakap Kelana, Negeri Sembilan dan Penolong Pesuruh Jaya Pengakap Negeri Sembilan. Setelah itu, berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan (2006 – 2007) dan dilantik sebagai guru ICT dan Penyelaras Makmal Komputer. Dalam tempoh 2008 – 2010, berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Membedai, Wilayah Persekutuan Labuan, pada tahun 2011 – 2012 berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang sebelum berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir sejak tahun 2013 hingga kini. Berkelulusan Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dalam opsyen Sains dan Bahasa Melayu serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian. Pencapaian yang telah diperolehi ialah dianugerahkan sebagai Guru Inovatif peringkat Negeri Sembilan (2004), Finalis Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan (2005), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2011), Guru Cemerlang KoKurikulum Peringkat Sekolah (2015), Pembentang Perkongsian Amalan Terbaik LCML peringkat Negeri Pulau Pinang (2018) dan muncul pembentang terbaik dalam Kolokium Transformasi Sekolah (TS25) peringkat kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Sidang hadirin semuanya. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir merupakan Sekolah Transformasi yang memberi tumpuan kepada kemenjadian murid. Guru Besar saya Pn Hamidah Sulaiman banyak menyokong setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah demikian juga Guru-guru Penolong Kanan. Bilangan guru ialah 54 orang, bilangan murid Tahap 1 dan Tahap 2 ialah 658 orang manakala murid-murid pra sekolah melibatkan 79 orang. Sekolah ini dilingkungi oleh Kawasan sawah padi. A.I.S (Art in Science) Tujuannya untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan menggunakan seni pedagogi yang memberi impak kepada murid. Analisis data dibuat mengikut langkah-langkah dalam Kanvas Strategi Analisis Data. Kepada ahli-ahli Panitia Sains, perkongsian tentang Kanvas telah dilaksanakan. Seterusnya pembentukan pasukan dan analisis data menerusi SKPMg2 Standard 4 serta menggunakan instrument OPPM dan SPeCT. Perkongsian kepada panitia lain, daerah dan negeri juga dibuat. ISU YANG KRITIKJAL 1. Murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains 2. Meningkatkan penccapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains iaitu meningkatkan pencapaian lulus UPSR 80

LATAR BELAKANG MURID Murid-murid di sekolah ini adalah anak-anak kampung yang hanya menunjukkan pencapaian yang sederhana. MAKLUMAT AHLI-AHLI PANITIA Terdapat 3 orang ahli Panitia Sains yang berkelulusan Ijazah Sarjana muda dan masing-masing memililiki opsyen dan pengalaman melebihi 10 tahun mengajar dan 2 orang mempunyai pengalaman memeriksa kertas UPSR Sains. PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS UPSR Tahun Jumlah Murid Bilangan Gagal 2013 87 10 2014 105 13 2015 118 9 2016 88 7 ETR 2017 92 3 Selepas pelaksanaan AIS ini, telah meningkat kepada 96.3 % dan bilangan gagal hanya tinggal 3 orang sahaja OBJEKTIF INOVASI Bertujuan menerapkan elemen Fun Learning dengan menggunakan kemahiran seni jahitan, dan seni lukis dengan objektif untuk : 1. Menyediakan PdPC Fun Learning 2. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis 3. Melahirkan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi BAGAIMANA MELAKSANAKAN? 1. Melaksanakan analisis jurang bagi mengenalpasti JSU kritikal iaitu 4.1.1, 4.4.1 dan 4.6.1 5.4.1 Guru merancang PdPC 5.4.2 Guru mendiiring minda murid bagi melaksanakan PdPC terancang 5.4.3 Melibatkan penglibatan aktif murid dalam kegiatan belajar 2. Parking Lot selepas PdPC Melalui dapatan refleksi murid, hasil edaran kaji selidik kepada murid-murid maka item Ya dan Tidak digunakan. INTRUMEN KAJI SELIDIK Soal selidik dengan item soalan yang mudah dikemukakan kepada murid-murid untuk dijawab. Antara contoh item soalan ialah: 1. Adakah anda suka belajar mata pelajaran sains? 2. Jika guru mengajar secara lisan dan menulis di papan hitam . Adakah seronok 3. Anda setuju belajar kumpulan 4. Aktiviti hands on 5. Sukakah and ajika guru selalu meminta maklumbalas 81

Setelah itu, murid-murid memberikan komen terhadap PdPC guru. Antara komen murid ialah guru mengajar chalk & talk, memberi nota, tidak suka cikgu mengajar sepanjang masa. Kebanyakan murid- murid suka dielang seli dengan dengan aktiviti. PERBINCANGAN DALAM PANITIA MENILAI PROGRAM PANITIA Borang SPeCT digunakan untuk mengenalpastyi program yang perlu dikekal atau diwujudkan. Kemudian dipindahkan dalam boring OPPM. Kaedah memujuk digunakan, kerana ahli-ahli panitia lebih senior. Berlaku perubahan yang agak lambat sedikit. Jangan memaksa dan memberi arahan sebaliknya menggunakan pendekatan rundiungcara dan memberi panduan dengan komunikasi yang berkesan. LAPORAN PELAKSANAAN PLC 1. Learning Walks – Kenalpasti amalan berkesan yang diimplementasi (10 kali) 2. Lesson Study – Melalui medium telegram (10 kali) 3. Teacher Sharing Session – Secara formal dan informal (28 kali) Cara membuat silangkata menggunakan apps. Diojalankan di makmal computer, di kantin dan dibuat secara tidak formal. Murid juga menggunakan seni jahitan untuk membuat model buruj. Situasi pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Seni kulibari, Wayang Kulit moden dan interaksif note. IMPAK KESELURUHAN 1. Memenuhi kehendak sekolah Transformasi. Komen Guru Besar amat positif : “Mengaplikasi seni dalam mata pelajaran Sains. Murid melukis kitaran semulajadi air melalui gambaran lukisan. Saya menyokong penuh kerana menggabungkan seni dan sains.” 2. Selepas PdPC Sains, murid di minta membentangkan. Mula-mula dalam tempoh yang singkat, tetapi lama kelamaan murid-murid menjadi berani membuat pembentangan. 3. Pencapaian UPSR juga meningkat daripada 92.6% kepada 98.6 % 4. Murid-murid boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka dan Berjaya mendapat award dalam Promising Project Award di Innovation Robotix Challenge. 5. Memenangi pembentangan terbaik di Kolokium Sekolah Transformasi Peringkat Kebangsaan PENAMBAHBAIKAN Menjalankan PLC Teacher Sjaring bersama Panitia lain mengenai kanvas strategi dan perkongsian tindakan yang kreatif dan inovatif. Program ini Berjaya menjadikan program dan aktiviti PdPC lebih sistematik dan murid-murid juga berminat dalam PdPC. 82

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 12 Cikgu Dzolkapli bin Hj. Haron, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Tajuk : School Leaders – A Revisit : Building Effective Middle Leaders Thru Strategic Enggagement for Sustaining Performance YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Sidang hadirin semuanya. PROFIL NEGERI PULAU PINANG Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang melibatkan Kawasan Pulau dan Seberang perai. Kawasan Pulau meliputi 5 daerah iaitu: Daerah Timur Laut, Daerah Tengah, Daerah Selatan, Daerah Barat Daya, dan Daerah Utara. Daerah Sekolah Sekolah Jumlah Rendah Menengah Sekolah Timur Laut Tengah 74 37 111 Selatan 56 31 87 Barat Daya 39 17 56 Utara 39 13 52 Jumlah 63 30 53 271 128 399 OBJEKTIF JPN PULAU PINANG OBJEKTIF JPN PULAU PINANG 83

MATLAMAT JPN PULAU PINANG DALAM MEMPERKASAKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN 1. Membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan untuk mewujudkan pasukan pemimpin berprestasi tinggi di sekolah 2. Membangunkan keupayaan sebagai personel penting dalam membantu PGB meningkatkan prestasi sekolah 3. Membangunkan keupayaan untuk mengenal pasti isu atau masalah yang menghalang ke arah peningkatan sekolah 4. Membangunkan keupayaan membangun satu tindakan intervensi untuk menghadapi isu yang dikenal pasti. INISIATIF JPN PULAU PINANG Saya telah menghadiri road show yang dilaksanakan oleh IAB Utara. Saya selalu berhadapan dengan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran yang rata-rata banyak melaksanakan kerja-kerja perkeranian. Hasil daripada itu, saya fikir ini bukan tugas yang betul Saya mendapat input daripada road show ini. Saya merasakan sesuatu perlu dilakukan. Saya telah membuat Literature Review tentang Middle Leaders. Satu yang saya ingat ialah kata-kata Tom Rogers (2017) : A Middle Leader has to teach, lead, manage, and learn – Full time.its one of the most challenging roles in any school”. Sebagai pemimpin, Pemimpin Pertengahan mestilah seorang yuang visionary thinking iaitu moving forward. Sir Michael Wilshaw (2011) juga pernah mengungkapkan : “People nioot structure are the most significant drivers of improvement and change in our schools.” IAB telah mencetuskan sesuatu yang bermakna yang boleh kita belajar. Matlamat utama JPN PP ialah Sekolah Berkualiti yang merujuk kepada pemimpin sekolah dan pemimpin pertengahan dan kemenjadian murid iaitu hasil akhir setiap murid. Terdapat 5 daerah iaitu Timur Laut, Tengah, Selatan, Utara dan Barat Daya. SK 271 , SM 128 Jumlah 3399 buah sekolah. 20800 orang guru (4800 orang guru lelaki). KETERLIBATAN PEMIMPIN PERTENGAHAN Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang amat perihatin dengan peranan pemimpin pertengahan dalam membantu pihak kepimpinan dan pengurusan sekolah, justeru itu, JPN Pulau Pinang telah memberi 84

perhatian khusus untuk membawa pemimpin pertengahan sebagai hirarki kepimpinan yang penting di peringkat sekolah. Pihak JPN Pulau Pinang telah menyambut baik Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Jentera utama untuk menggerakkan kepimpinan pemimpin pertengahan yang berkesan ialah Competency, Skills dan Knowledge. Pelbagai siri perkongsian juga telah dibuat melalui pelbagai pendekatan seperti perbincangan profesional, sumbang saran, bengkel, rakan kongsi dan pemudah caraan yang turut melibatkan PGB, PPD dan IAB. Di bawah inisiatif PPD Daerah Timur Laut, pemimpin pertengahan yang telah berkursus di IAB dijemput melaksanakan perkongsian peringkat daerah yang melibatkan lima buah sekolah, iaitu SMK Hamid Khan (20 April, 2017), SMK Air Itam (16 Mei, 2017), SK Jelutong (10 April, 2017), SJKT Subramaniya Barathee (10-11 April, 2017) dan SK Sungai Gelugor (3,10 dan 17 Julai, 2017). Perjumpaan peserta LCML dengan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut juga dibuat manakala persediaan bahan kursus dibuat oleh JU LCML dengan pegawai meja. Kursus ML peringkat daerah dikendalikan oleh 4 orang JU LCML mengikut butiran berikut: Bulan Jumlah Sekolah Terlibat September, 2017 14 buah sekolah Oktober, 2017 36 buah sekolah Oktober, 2017 20 buah sekolah November, 2017 35 buah sekolah Bahan Kursus LCML seperti modul yang dipelajari oleh peserta LCML di IAB Cawangan Utara. Peserta kursus dipohon sediakan bahan dokumentasi untuk persediaan pembentangan program LCML yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 2018. Peserta kursus perlu melaksanakan LDP di peringkat sekolah. Satu laporan pelaksanaan LDP dihantar ke PPD. EMPAT ORANG JURULATIH UTAMA LCML DAERAH TIMUR LAUT 85

PELAKSANAAN KURSUS LCML DAERAH TIMUR LAUT Sepanjang kursus, pemimpin pertengahan setiap sekolah akan membuat pembentangan yang merangkumi aspek-aspek berikut iaitu berfokus kepada bidang kurikulum, cadangan program intervensi dan data-data yang berkenaan. Pemimpin pertengahan yang telah mengikuti LCML di IAB Utara melibatkan 13 orang GKMP dan 19 orang Ketua Panitia yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pemimpin pertengahan yang lain. PEMBENTANGAN DALAM KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN DI IAB SARAWAK 86

9SLOT FORUM ILMIAH Ahli Panel: YBrs. Tn. Hj. Mahli bin Rosli, Ketua Jemaah Nazir Sarawak YBrs. En. Jaul Anak Bunyau, Guru Besar SK Ulu Lubai Tajuk : Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna Modetator : Hj Edmund Shah bin Tambi YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak Ketua-ketua Jabatan Pensyarah-pensyarah kanan Peserta-peserta kolokium. PELAKSANAAN FORUM Berdasarkan tema yang akan dikupas, kita berharap ahli-ahli panel dapat membincangkan bagaimana pemimpin pertengahan melestarikan peranan mereka di sekolah dengan menerapkan konsep pembelajaran berterusan (learn-unlearn-relearn), apakah usaha dan inisiatif ke arah mencetuskan perubahan dalam menguruskan pasukan secara kolaboratif di sekolah. Forum ini akan dilaksanakan secara 3 pusingan. Jawapan yang akan diberikan nanti dapatlah membantu PGB dan PP untuk menerajui perubahan ke arah kecemerlangan organisasi. MEMPERKENALKAN AHLI PANEL Cikgu Jaul anak Bunyau adalah pemimpin sekolah cemerlang dari SK Ulu Lubai. Apa khabar Cikgu? Selamat datang dari Limbang. Semoga pandangan yang diberikan nanti memberi manfaat kepada peserta-peserta hari ini. Cikgu Jaul telah berkhidmat lebih 20 tahun di SK Ulu Lubai. Memiliki Sarjanamuda Pengurusan Kepimpinan dan telah tiga kali menerima Anugerah Cemerlang dan tiga kali menerima new deal. Cikgu Jaul juga telah dikurniakan Pingat Bintang Kenyalang dan Perkhidmatan Cemerlang. Dengan kepimpinan Cikgu Jaul, SK Ulu Lubai yang asalnya sebuah sekolah sederhana kini menjadi sekolah berprestasi tinggi sejak 2011. Sekolah ini telah memenangi 177 anugerah. 24 daripada anugerah ini adalah di peringkat antarabangsa iaitu John Commenwealth Good Practises Award 2009. Tn. Hj. Mahli bin Rosli dikenali oleh semua pendidik di Sarawak, iaitu Ketua Jemaah Nazir Sarawak. Pemegang Ijazah Sarjana Kepengetuaan dari Universiti Malaya. Memulakan khidmat di SMK Serian, menjawat jawatan Pengetua, PPD Betong, Samarahan dan Kuching. Beliau juga merupakan graduan NPQH. Pernah juga menjawat jawatan sebagai Ketua Sektor di JPN Sarawak sebelum dilantik sebagai Ketua Jemaah Nazir Sarawak. Moderator : Usai sudah pengenalan dengan dua orang ahli panel kita. Fokus perbincangan kita nanti ialah tentang peranan dan inisiatif pemimpin pertengahan di sekolah. PP merupakan role model untuk meningkatkan kualiti PdPC. Saya mula dengan Cikgu Jaul. Guru-guru sebenarnya pelbagai ragam ada yang pro aktif, asertif dan burn out. Bagaimanakah hal ini dapat diatasi menerusi peranan PP agar guru-guru terus cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka. 87

SESI PERBINCANGAN Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai : Dalam sesi ini, ketika mengupas isu saya tidak akan bercakap tentang pelbagai teori. Semua peserta dah belajar. Apa yang saya akan kongsi lebih kepada amalan tentang apa yang telah kami buat, sedang dibnuat dan akan dibuat di SK Ulu Lubai, Sellalunya saya hanya sebut SKUL. Pertama di sekolah saya, bilangan murid 29 orang (7 Pra Sekolah , 22 orang SK), dan hanya mempunyai 13 orang guru (Termasuk GB). Dalam kalangan guru di sekolah saya juga ada yang pro aktif, asertif dan ada yang mula burn out. Cikgu yang mula burn out ini saya lihat kurang bersemangat. Ada juga tiga kategori yang lain : Percintaan jarak jauh (PJJ), Suami Jarak Jauh (SJJ), Isteri Jarak Jauh (IJJ). Jadi bagaimana nak mengendalikan masalah ini. Walaupun telah 13 tahun dalam keadaan begitu, namun-namun guru-guru tidak minta pindah. Inilah kualiti guru yang kita mahu, guru yang memiliki roh seorang guru. Sebagai seorang pemimpin, kita kena gandingkan mereka. Dio sekolah saya hanya 13 orang bukannya banyak sangat. Kita kena tackle mereka. Terutama guru-guru baru dengan guru-guru berpengalaman. Kita gandingkan mereka ketika memberi satu-satu tugas. Ada penyebab lain keadaan ini berlaku. Kita kjena memberi mereka perangsang dan dorongan agar meningkatkan semangat mereka. Kita menjadikan diri kita sebagai contoh. Jangan biarkan kita tenggelan dengan mereka Sentiasa memiliki idea-idea baharu dan menerapkan idea-idea ini di sekolah. Hal ini akan memberi mereka semangat untuk bekerja. Kita hendaklah sentiasa ke hadapan dalam perkara-perkara baharu. Kita perlu sentiasa menghargai mereka. Setiap kejayaan yang dibuat, kita hargai mereka. Memberi tahniah dalam mesyuarat, dalam dialiog prestasi. Hargai usaha yang mereka lakukan. Manusia mempunyai jiwa dan mahukan penghargaan. Ada sesetengah pemimpin langsung tidak menghargai anak buah mereka. Saya juga memberikan sijil penghargaan terhadap usaha-usaha mereka. Kita juga calonkan mereka untuk menerima anugerah. Sekolah saya pada tahun ini menerima Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak pada kali ke 4. Minggu depan murid-murid akan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa. Saya juga sentiasa mencabar kemampuan guru saya. Apabla sesuatu pertandingan mendapat johan di peringkat daerah. Saya selalu mencabar mereka. Apakah next step. Selepas daerah kemana lagi nak pergi. Lepas menang peringkat bahagian apa lagi next step. Lepas menang peringkat negeri, kemana lagi. Lepas peringkat negeri peringkat kebangsaan. Lepas peringkat kebangsaan ke peringkat antarabangsa. Jika murid-murid menang peringkat kebangsaan, ibu bapa dah tidak lagi membuat sambutan, hanya peringkat antarabangsa baharu di sambut pada peringkat permulaan, tetapi sekarang dah jadi macam biasa sahaja. Murid-murid saya menguasai Public Speaking dan Tarian. Ketika menyertai pertandingan di Brunei, ada 12 kategori, semua 12 kategori disapu oleh SK Ulu Lubai. Kita kena turun task force. Seotrang guru seni akan melatih koreografi. Guru muzik akan mengajar muzik. Props, Lighting, Costum semuanya dikendalikan oleh seorang guru. 13 orang guru dfi sekolah terlibat Saya berhenti di situ. Moderator : Banyak perkongsian yang telah diberikan. Hebat Cikgu. Izinkan saya berpindah kepada En. Mahli. Tadi Cikgu Jaul ada menyebut Role Model. Bagaimana Pemimpin Pertengahan boleh menjadi role model?. 88

Tn. Hj. Mahli, Ketua Nazir Negeri Sarawak : Saya berminat dengan tajuk ini. Perkataan pemangkin menarik minat saya. Pemangkin kalau ikut bahasa asalnya dalam istilah Sains. Apabila saya mendengar jawapan Cikgu Jaul ini, soalan tentang role model ini tak perlu saya jawab lagi. Setiap pemimpin ialah role model. Keyword kepada role model ialah pengaruh. Dengan pengaruh kita akan menjadi role model. Bila bergaya sebagai pemimpin, kita akan menjadi role model. Pemangkin tidak begitu sinonim dengan watak pemimpin. Pemangkin perlu dikaitkan dengan agen perubahan. Ada makna tersirat dalam istilah ini, iaitu tindakbalas. Kenapa perlu pemangkin supaya ada reaksi. Pemangkin akan meningkatkan kadar tindak balas. Karakter pemangkin dalam ertikata sebenar secara fizikal tidak terlibat dalam tindak balas. Dalam konteks kita sebagai pemimpin, apa maknanya. Maknanya seorang pemimpin yang baik, keberadaannya sudah memberi makna. Dalam tajuk ini juga ada pemimpin pertengahan. Pemimpin bukan satu cop mohor. Kerja pemimpin ialah secara holistik, profesional dan kontekstual. Tiada sempadan dalam istilah pemimpin up and down. Seterusnya, pembelajaran memerlukan pemikiran. Cikgu Jaul telah menterjemahkan apa yang telah diperkatakan. Laksanakan seperti apa yang Cikgu Jaul praktikkan. Kita kena ambil karakter sebagai seorang pemimpin. Saya tidak mempunyai pengalaman yang panjang sebagai pemimpin sekolah seperti Cikgu Jaul. Satu lagi perkataan yang menarik dan perlu kita fikirkan ialah pembelajaran bermakna. Sangat mendalam makna perkataan pemangkin tu. Keberadaan pemimpin memberi impak. Dalam konteks organisasi, setiap tindak balas, ada tenaga yang cukup. Tenaga juga menjadi satu halangan. Aras optimum tenaga itu dikurangkan agar tindak balas menjadi lebih tinggi. Maknanya disini, sebagai pemimpin, merendahkan halangan, mengatasi barrier, kurangkan kesukaran guru. Permudahkan kerja guru. Pembelajaran bermakna itu secara mikronya dalam PdPC secara makronya apa yang berlaku selepas sekolah. Meaningful Learning adalah merujuk kepada pembelajaran sesuatu dapat mencetuskan pengetahuan baharu yang lain. Ertinya, dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi dengan pengetahuan yang lain. Di Sarawak ini, ada sekolah besar dan ada sekolah kecil seperti Sekolah Cikgu Jaul, cukup sukar saya nak letakkan kategori pemimpin atasan, pertengahan dan bawahan. Tidak ada sempadan. Moderator: Saya tertarik penggunaan perkataan catalyst. Sebagai agen perubahan atau pemangkin tadi. Nak tak nak kita perlu bincangkan Pembelajaran Abad Ke 21. Adakah program-program panitia di sekolah cikgu ada memberi impak kepada PAK21. Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai : Sebagai pemimpin di sekolah, sepatutnya dalam diri kita sebagai pemimpin, tetapkan halatuju atau matlamat yang hendak di capai. Kalau Ketua Panitia, apakah halatuju panitia yang hendak dicapai. Halatuju sangat penting. Apa yang kita hendak bawa. Semua pemegang taruh kena faham hala tuju ini. Jangan nanti, tidur sebantal mimpi lain-lain. Kalau berjaya, satu sekolah berjaya. Kejayaan semua, hasil usaha kita. Adakah kita mahu sekolah sederhana, berada dalam status quo atau berprestasi. Contohnya SK Ulu Lubai, halatuju yang ditetapkan ialah: 100% Sifar Linus, GPS UPSR di bawah 2.0, minima C dan D bagi sekolah, murid-murid itu dah dianggap gagal. Keutamaan di SK Ulu Lubai hanya A dan B. Pada saya guru mesti rasa bersalah jika murid-murid dapat C. Jika semua guru faham halatuju, semua akan berusaha sebagai satu pasukan. Murid-murid adalah pelanggan, maka keutamaan adalah memberi khidmat terbaik kepada pelanggan. 89

Saya juga membuat penjenamaan sekolah. Bina identitI sekolah. Untuk program gotong-royong, saya jenamakan menggunakan bahasa Iban. Seterusnya perlu ada budaya kerja. Saya nyatakan di awal mesyuarat bersama staf. Elakkan budaya 4 M iaitu malas (bila beri satu tugas berikan alasan), malu (malu memberi idea dan pendapat – perlu elakkan), manja (bila diberi tugas, selalu komen apa yang tidak ada – Jangan cari yang tidak ada, cari apa yang ada), dan monyok (bila semua kehendaak tak dapat jadi monyok). Apabila 4 M dielakkan ganti dengan 5M iaitu : Merancang (Jumpa PGB mesti ada perancangan – mesti ada kertas kerja), Melaksana (Perancangan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan), Memantau (Gunakan masa untuk memantau ahli-ahli panitia, guru-guru di bawah bidang agar program yang dilaksana berjalan lancar – Buat laporan kepada pemimpin biarpun tidak ada di sekolah). Saya ada saya tidak ada, roh dan jiwa saya tetap ada di sekolah, Menilai dan Menambahbaik. Seterusnya bina watak dan etos sekolah. Sekolah Berwatak mesti dibentuk dan dipupuk. Watak sekolah yang dikembangkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, ialah Komunikasi Bahasa Inggeris. Latih murid- murid berbicara dan berpidato dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris digunakan dalam perbualan. RPH amat penting dan tidak boleh diabaikan. Mesti tulis refleksi dalam RPH. PAK 21 dijalankan melalui Projek Kelas Angkat (PROKAT). Hiaskan kelas dengan khidmat guru-guru dan komuniti agar suasana kelas menjadi kondusif dan mempunyai banyak maklumat. Saya telah pergi melawat sekolah- sekolah di luar negara, saya rasa malu. Di luar negara, sekolah ada guru pembantu. Di England ada 3 orang guru pembantu. Seorang yang diberi lantikan bergaji, 2 orang adalah dari dana PIBG. Saya terapkan amalan ini, ibu bapa masuk dalam kelas ketika PdPC. Daripada ibu bapa duduk di luar, mereka dijemput duduk bersama dalam kelas tetapi ibu bapa diberitahu apa yang perlu dilakukan: Jangan main H/P, jangan bercakap, Jangan berkata kesat dan mencubit anak. Ketika aktiviti dilakukan, ibu bapa akan membantu. Ibu bapa lebih tidak sabar daripada guru. Dalam Mesyuarat PIBG saya beritahu ibu bapa, betapa besarnya pengorbanan guru. Ibu bapa menjadi faham peranan guru. Di sekolah saya , apabila guru beritahu bawa barang-barang ini untuk aktiviti anak, ibu bapa akan menyediakannya. Ibu bapa sangat membantu dan anak-anak sangat bersemangat. Moderator: Bagaiimana konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan dalam kalangan guru-guru. Apakah syor-syor yang boleh Tn. Hj. Mahli kemukakan untuk membudayakan amalan ini. Tn. Hj. Mahli, Ketua Nazir Negeri Sarawak : Terima kasih sekali lagi. Setiap sekolah menggunakan pernyataan yang sama dari segi visi, iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera yang mana tidak sama. Yang tak sama setiap sekolah ialah Kualiti dan Insan. Strategi yang akan dilaksanakan juga lain, mengikut konteks setiap sekolah. Penterjemahannya perllu mengikut konteks sekolah. Pemimpin mempunyai visi dan misi yang jelas barulah perancangan menjadi jelas dan tepat. Pemikiran strategik perlu di luar kotak. Jangan cedok program sekolah lain. Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai : Apa yang ada dalam visi. Melestarikan, kemudian Berkualiti. Berapa orang murid yang tidak pandai baca. Kalau ada jangan bermimpi untuk mencapai 100%. Murid pra dah pandai baca. Waktu masuk ke Sekolah ini, pencapaian UPSR hanya 33%. Tindakan perlu dilakukan. Saya cipta satu program iaitu Kelas Dewasa. Saya nama kan program Bacaan Bistari Secara Hoistik (BIOTIK). Moderator : Terima kasih satu perkongsian yang hebat. Terima kasih kepada kedua-dua ahli panel. Sarat dengan ilmu, sarat dengan nasihat, namun masa mencemburui kita. 90

10SLOT RUMUSAN KOLOKIUM OLEH PENYELARAS LCML Dr. Redzuan bin Hj. Jantan YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Ketua-ketua Jabatan Pensyarah-pensyarah kanan PENYELARAS KOLOKIUM : DR REDZUAN BIN JANTAN AlhamdulilLah kita telah sampai ke hari terakhir Kolokium yang dimulakan dengan perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, kemudian diikuti Ucaptama 2 oleh wakil Pengarah JPN Sarawak, pembentangan kajian oleh Dr Zoolaiha Abdul Rahman dan perkongsian amalan terbaik. Tema Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna telah dikupas dengan sebegitu sistematik melalui ucaptama dan forum yang telah klita semua ikuti tadi. 91

3 sub tema telah dikemukakan dan dibentangkan oleh para pembentang. Pemimpin Pertengahan Sebagai Penggerak PdPC menjadi tajuk yang menjadi pilihan para pembentang. Para pembentang mempunyai latar belakang yang hebat dan kebanyakannya telah menerima APC, Pingat Emas Pertandingan Inovasi dan Pembentang terbaik. Dalam forum hari ini, kita juga telah mendengar kupasan tentang tema oleh dua orang ahli panel yang dijemput. Sebagai pemimpin di sekolah, sepatutnya dalam diri kita sebagai pemimpin, tetapkan halatuju atau matlamat yang hendak di capai. Kalau Ketua Panitia, apakah halatuju panitia yang hendak dicapai. Halatuju sangat penting. Apa yang kita hendak bawa. Semua pemegang taruh kena faham hala tuju ini. Jangan nanti, tidur sebantal mimpi lain-lain. Kalau berjaya, satu sekolah berjaya. Kejayaan semua, hasil usaha kita. Sepanjang kolokium berlangsung, perhatian dan tumpuan diberikan seratus peratus oleh peserta. Jumlah kehadiran melalui e-sidang juga meningkat berbanding hari pertama namun masih ada yang belum tick kehadiran dalam e-sidang. Penilaian juga boleh dibuat untuk semua slot sepanjang kolokium ini. Peserta telah mendengar semua pembentangan. Dari aspek kolaboratif dan jaringan, tuan puan dari seluruh pelosok negara dapat saling kenal mengenal dan berinteraksi antara satu sama lain. SEKIAN TERIMA KASIH PENGARAH CAWANGAN, DR ABANG HUT BIN ABANG ENGKEH SEDANG MENYAMPAIKAN KATA ALU-ALUAN 92

KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN, EN 9

N. ABDUL MU’TI BIN AHMAD : TANDA TANGAN BUKU PELAWAT 93

12SLOT UCAPAN PENUTUPAN KOLOKIUM OLEH KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN YBhg. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad (Mewakili Pengarah IAB) YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak Ketua-ketua Jabatan Pensyarah-pensyarah kanan dan siding hadirin yang dihormati. Pertama sekali, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama dalam majlis pada hari ini bersempena dengan Kolokium Pemimpin Pertengahan 2018 anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) kali ke-2 kali yang diadakan pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada IAB umumnya dan IAB Cawangan Sarawak khasnya atas penganjuran kolokium yang pertama kali diadakan di Bumi Kenyalang dan melibatkan seramai 180 orang peserta. Ucapan penghargaan juga kepada semua warga IAB yang telah memberikan komitmen mereka melalui modul yang dibangunkan dan latihan yang dilaksanakan serta seterusnya menganjurkan kolokium ini. Mandat yang diberikan untuk melaksanakan kolokium seumpama ini menunjukkan kebolehpercayaan yang diletakkan di bahu IAB sebagai pusat latihan dalam kepimpinan dan pengurusan. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pembentang dan peserta kolokium kerana sanggup meluangkan masa dalam majlis perkongsian ilmu ini. Semoga ianya bermanfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah dan seterusnya menjadi ruang kepada perkongsian amalan terbaik dalam organisasi masing-masing. Sesungguhnya, penganjuran kolokium ini juga mencerminkan komitmen IAB sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung di negara kita dalam memainkan peranan 94

penting dalam menjayakan anjakan kelima PPPM 2013 – 2025, iaitu memastikan setiap pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Semoga kolokium ini dapat memberi makna dan impak positif kepada semua pihak, khususnya kepada para pemimpin pertengahan dan pentadbir pengurusan pendidikan yang sudah pasti mengharapkan sesuatu sentuhan minda dalam menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar. Sidang hadirin yang dihormati Sesungguhnya, kehadiran dan penglibatan tuan/puan dalam kolokium ini membuktikan sokongan, dokongan dan semangat untuk melestarikan bidang pendidikan secara holistik demi memartabatkan sistem pendidikan negara. Saya berharap semoga usaha murni seperti ini merupakan salah satu wadah ke arah menjadi pemimpin pendidikan berprestasi tinggi yang sentiasa peka dengan perkembangan dan perubahan dalam dunia pendidikan. Pemilihan tema kolokium pada kali ini iaitu “Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna” sememangnya sangat bertepatan dengan hasrat, kesediaan dan pencapaian yang diutamakan oleh Kementerian Pendidikan. Perkara ini sangat berkait rapat dengan tanggungjawab pemimpin pertengahan yang memainkan peranan penting sebagai pelaksana dan pendokong dalam menentukan kejayaan dasar-dasar baharu pendidikan yang diilhamkan oleh kepimpinan negara dan Kementerian Pendidikan. Perkongsian ilmu dan kerjasama sebeginilah yang akan menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti pendidikan negara terus mencapai tahap yang cemerlang. Kecemerlangan ini boleh diterjemahkan melalui kemenjadian murid yang holistik, berkebolehan, berkualiti, berwibawa tinggi, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai moral yang kukuh serta dapat melahirkan pemimpin di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Hal ini jelas menunjukkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan memartabatkan profesion keguruan. Saya yakin berkat kerjasama dan kesungguhan kita semua pastinya akan berjaya meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Sidang hadirin yang dihormati Pemimpin pertengahan yang terdiri daripada Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran berfungsi untuk memantau dan mengawal gerak kerja kumpulan kakitangan yang mengurus sesuatu rutin kerja. Mereka juga bertanggungjawab memastikan guru–guru menggunakan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan kebolehan mereka dalam melaksanakan tugas di sekolah. Pemimpin yang cemerlang berupaya menukarkan 'knowledge' kepada 'applied knowledge' dalam tugasannya. Sehubungan dengan itu peranan pemimpin pertengahan perlu terus diperkukuhkan lagi kerana mereka berperanan sebagai perancang strategik, menjadi jambatan antara pengurusan utama dengan pegawai pelaksana, penterjemah dan pelaksana strategi sekaligus berperanan sebagai pelaksana perubahan. Oleh yang demikian, IAB telah mengambil inisiatif menambahbaik latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan dengan mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders, LCML) bagi membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di sekolah. Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dalam anjakan kelima iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Melalui Kursus LCML yang diadakan secara bersemuka selama 5 hari dan tugasan yang dilaksanakan di sekolah dengan bimbingan Pensyarah Pembimbing, Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran diberikan pendedahan untuk menjadi pemimpin pembelajaran yang dapat mengiktiraf dan menjadi suri teladan dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Selain itu, 95

pemimpin pertengahan juga dibimbing dalam membuat penilaian kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan tepat. Pemimpin pertengahan juga diberikan pendedahan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan tugas secara efektif sebagai mentor kepada rakan guru yang lain dengan menggunakan data secara efektif untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan standard sekolah secara keseluruhan. Mereka juga dilatih untuk merancang dan memantau penambahbaikan sekolah berterusan secara berkesan mengikut bahagian yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin pertengahan tersebut. Diharapkan mereka dapat memberikan sumbangan yang efektif terhadap sistem pengurusan prestasi sekolah melalui pencerapan pengajaran serta pemantauan terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah. Sidang hadirin yang dihormati Pemimpin pertengahan merupakan kumpulan pengurus peringkat kedua dalam hirarki sesebuah organisasi. Peranan dan kedudukan mereka penting kerana mereka ialah kumpulan pemimpin yang menjadi penghubung di antara pemimpin atasan dengan kumpulan pelaksana iaitu guru-guru dan staf sekolah. Mereka membantu pihak pemimpin atasan membuat perancangan strategik dan melaksanakan perancangan tersebut bagi mencapai misi dan visi organisasi. Dalam masa yang sama kumpulan pemimpin pertengahan berperanan menyelaraskan aktiviti- aktiviti kumpulan pelaksana yang membawa kemajuan pembelajaran dalam kalangan murid. Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi impak secara langsung kepada kemajuan prestasi murid. Selain melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran, pemimpin pertengahan juga menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan menentukan kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah. Penyediaan pendidikan berkualiti bukan sahaja melibatkan aspek pembangunan prasarana pendidikan yang serba lengkap dan moden, tetapi juga aspek kualiti kurikulum dan guru. Bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan ketiga-tiga aspek ini diberikan keutamaan. Pemimpin pertengahan yang sememangnya memikul tugas besar, bukan sekadar memimpin orang bawahan atau mengurus sumber yang ada, malah dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama merealisasikan apa jua perancangan dan perubahan sistem pendidikan seperti yang dicita-citakan oleh negara. Selain daripada itu, pemimpin pertengahan juga mempunyai peranan yang penting dalam memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti kepada murid. Ini kerana kualiti pendidikan di sekolah amat bergantung kepada keterampilan dan profesionalisme yang dimiliki oleh para guru. Pemimpin pertengahan juga perlu berupaya menunjukkan kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti dalam mengurus pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah masing- masing. Kualiti murid kita hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan yang berkualiti dan beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Jika kita tidak berubah seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi, kita akan ketinggalan. Kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk cabaran sekalipun. Kita sedar bahawa kualiti bukanlah satu destinasi, tetapi suatu perjalanan yang berterusan. Sesuatu yang dianggap berkualiti pada hari ini mungkin tidak lagi berkualiti pada esok hari atau pada masa akan datang. Oleh itu, pencapaian kualiti memerlukan perubahan. 96

Kita juga perlu mengurus perubahan dengan cekap. Untuk berjaya mengurus perubahan kita perlu melakukan perubahan minda serta membuat penyesuaian nilai dan norma yang menjadi pegangan. Peranan pemimpin pertengahan juga turut penting dalam memperkasakan sekolah. Mereka mempunyai segala sumber dan kekuatan untuk bersama-sama menjayakan agenda ini. Di sinilah terletaknya peranan sebenar seorang pemimpin pertengahan yang profesional. Sidang hadirin yang dihormati Dasar Baharu Pendidikan Negara hanya akan dapat dicapai seandainya kita semua meningkatkan kefahaman tentang hala tuju negara dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan di sekolah-sekolah sebagai pemangkin kepada visi dan misi Kementerian Pendidikan. Pemimpin pendidikan di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang proaktif dalam menjayakan perubahan ini. Pengurusan sekolah masa kini sememangnya mencabar dengan pelbagai isu dan perkembangan baharu dalam sistem pendidikan. Justeru, pemimpin pendidikan perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai langkah dan pendekatan untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dilalui sepanjang melaksanakan tugas di sekolah. Sebelum mengakhiri ucapan ini, harapan saya agar kolokium yang diadakan ini dapat membakar semangat tuan/puan untuk mengintegrasi hasil positif dan mengadaptasi amalan terbaik serta penemuan terbaharu bagi memantapkan lagi kualiti pendidikan yang sedia ada. Di samping itu, manfaat yang diperoleh melalui penganjuran kolokium ini ialah dapat membina jaringan sokongan dan hubungan profesional dan intelektual dua hala dengan warga pendidik di peringkat akar umbi hinggalah kepada pihak pengurusan tertinggi. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Kolokium Pemimpin Pertengahan bagi tahun 2018. Mudah-mudahan kolokium ini berjaya mencapai matlamatnya demi memartabatkan sistem pendidikan negara. Dengan lafaz yang mulia Bismillahir Rahmannir Rahim, sukacita saya merasmikan penutupan Kolokium Pemimpin Pertengahan bagi tahun 2018 yang bertemakan “Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna”. Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 97

LAPORAN KEBERKESANAN KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2 A. KEHADIRAN PEMIMPIN PERTENGAHAN / PPD / PGB / JPN 1. Syahirul Azinar bin Abdul Rahman 2. Madhtrine @ Aldrin anak Gayok 3. Syabeli bin Johri 4. Rengan anak Beiji 5. Corem anak Jumen 6. Norafiza bt. Amin 7. Fam Choo Chen 8. Alva Amin Anak Chu 9. Choo Lui Yiu 10. Lim Siaw Chin 11. Rokiah bt. Mantali 12. Sidek bin Hj. Othman 13. Zarah bt. Zaini 14. Norlela bt. Narawi 15. Ernie bt. Md. Salleh 16. Bong Miow Lan 17. Uming Ngerong 18. Aileen Alfa Wong 19. Asrina Kartina bt. Sulaiman 20. Choo Joo Min 21. Ibrahim bin Mohamad 22. Faridah bt. Salim 23. Teo She Hong 24. Dayang Suhaila bt. Awang Suhaili 25. John Aqmal bin Abdullah 26. Marjina bt. Marsidi 27. Lim Siaw Chin 28. Yati anak Upon 29. Hazira bt. Mohd Ismail 30. Abdul Hamid bin Adon 31. Ros Aliza bt. Abdullah 32. Rozema anak Majang 33. Simon Hon Lit Min 34. Norleila bt. Chip 35. Suratman bin Surami 36. Norlyziah bt. Ali Hussein 37. Sia Chai Ting @ Norsiah 38. Jackson Ladius 39. Farhan bin Ahmad 40. Norliah bt. Gapar 41. Shirley Tay Siew Hong 42. Wong Yue Lee @ Ellyna Shammin bt. Abdullah 43. Norinnie bt. Kassim 44. Nor Irdawati bt. Khamis 98

45. Norliah bt. Mustapin 46. Herlina Hendrikus 47. Dayana bt. Norizan 48. Hjh Rosnih bt. Nasir 49. Dayang Yasmaneh bt. Jumat 50. Alizah bt. Abdul Majid 51. Siti Sobrinah bt. Tassim 52. Ronie bin Mohamad 53. Jafri bin Pareh 54. Kamisah bt. Amiril 55. Rosianee bt. Guhan 56. Ajeme bin Barin 57. Yusof bin Saari 58. Siti Khainorliza bt. Mohd Nordin 59. Halleyza bt. Ibrahim 60. Yong Kwai Ying 61. Abd. Aziz bin Che Yusof 62. Salmah bt. Abdul Jalil 63. Zainab bt. Said 64. Nor Julianawati bt. Mohd Samsudin 65. Rohani bt. Mohamed 66. Noorlinda bt. Kamarudin 67. Nooraziah bt. Hashim 68. Nan Ayu Norhafidzah bt. Megat Laksana 69. Revichandran anak Gopalan 70. Norazita bt. Abdullah 71. Maziah bt. Yusof 72. Mohd Hilmi bin Mohd Roseli 73. Siti Amiza bt. Abdul Aziz 74. Md Yusof bin Dawam 75. Nor Haslin bt. Mohd Adnan 76. Dennes @ Shirley Jonioh 77. Wong Siew Kee 78. Ibrahim bin Bengang 79. Annie Chong Kim Nyuk 80. Kiew Kiu Hee 81. Joseph Ting Yew Hui 82. Balinda bt. Husain 83. Azman bin Hamzah 84. Abdul Rani bin Ghazali 85. Kartini bt. Mahli 86. Voon Khin Siong 87. Peter Daniel 88. Christina anak Meles 89. Ting Sii Ung 90. Dzolkapli bin Hj Haron 91. Mahli bin Rosli 92. Jaul anak Bunyau 93. Dollah bin Hj Mahaji 94. Rassidah bt. Hj Ahmat Sahari 95. Sulaiman bin Meni 96. Harold Wilson anak Api 99


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook