Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TASIK BUDI 2020 EDISI KE-15

TASIK BUDI 2020 EDISI KE-15

Published by flipbookseritasik, 2021-04-13 07:03:32

Description: E-FlipBook 2020

Keywords: TASIK BUDI

Search

Read the Text Version

00[TASIK BUDI EDISI 15 ]

Isi kandungan Tasik Budi Edisi ke-15 01. Sekapur Sirih Seulas Pinang 04.Pro l Sekolah 05.Nadi Penggerak 10.Selamat Datang 13.Budimu dikenang 15.Penerima Anugerah Cemerlang 2019 22-23. Karya Kreatif Murid 25-36.Peristiwa SMKST 38.Album Kelas

01[TASIK BUDI EDISI 15 ] Sekapur Sirih Seulas Pinang Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan warga penyayang dalam kalangan warga sekolah. Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 akan sentiasa menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua. Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat meningkat dan menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang. BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH! DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Sekapur Sirih Seulas Pinang Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam JPWPKL Mercu Kegemilangan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini. Sekalung syabas dan tahniah kepada sidang redaksi dan pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah sekolah yang istimewa ini. Segala kenangan dan pencapaian sepanjang tahun lalu dapat dirakamkan dalam majalah ini untuk dijadikan tatapan dan rujukan pada masa akan datang. Sesungguhnya, sesi persekolahan pada tahun 2020 amat berbeza sekali berbanding tahun-tahun sebelum ini. Seluruh dunia berdepan dengan satu pandemik yang amat menggerunkan. Begitu juga di negara kita amat terkesan dengan pandemik COVID-19. Sekolah dan institusi pendidikan lain terpaksa ditutup. Guru-guru bekerja dan murid-murid belajar dari rumah. Satu situasi yang tidak pernah berlaku dan ini menjadi pengalaman serta cabaran baharu untuk kita hadapi. Guru-guru berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak agar tidak tercicir dalam pelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) terpaksa dilaksanakan melalui dalam talian. Dengan kemudahan teknologi dan gajet yang ada, kaedah ini sangat membantu anak-anak untuk menerima ilmu walaupun berada di rumah. Sungguhpun begitu, bagi yang tiada kemudahan tersebut, saya percaya pihak sekolah amat kreatif dengan menyediakan pelbagai kaedah lain untuk melaksanakan PdP. Warga pendidik juga adalah barisan hadapan dalam menangani pandemik ini. Justeru, patuhlah kepada arahan pihak kerajaan dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan. Amalkan norma baharu, elakkan 3S, iaitu tempat sesak, sempit dan sembang dekat. Sentiasa amalkan mencuci tangan, penjarakan zikal dan memakai pelitup muka apabila keluar. Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, pihak berkepentingan serta agensi swasta untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia, di samping sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan ketika berada dalam situasi pandemik ini. JPWPKL MERCU KEGEMILANGAN! MAZNAH BINTI ABU BAKAR, ANS,PMC Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03[TASIK BUDI EDISI 15 ] Sekapur Sirih Seulas Pinang Kata Alu-aluan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dengan rasa bangga, saya merakamkan rasa syukur dan tahniah kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan Majalah Tasik Budi tahun 2020 walaupun dalam keadaan Pandemik Covid 19 yang mencabar ini. Kesungguhan dan keprihatinan para sidang redaksi dalam menghasilkan majalah tahun ini amat dihargai oleh seluruh warga SMK Seri Tasik. Kejayaan ini mencerminkan sikap tidak kenal putus asa dan sentiasa bersikap positif, inovatif dan bermotivasi tinggi dalam kalangan murid dan guru serta semua pihak yang terlibat. Semoga penerbitan Majalah Tasik Budi ini terus menjadi wadah dalam merealisasikan visi dan misi SMK Seri Tasik sebagai sebuah sekolah yang gemilang. Peningkatan prestasi akademik, perkembangan kemahiran sosial dan kepimpinan serta pengukuhan perpaduan dalam kalangan murid telah digarap melalui aktiviti kokurikulum dan kecemerlangan akademik yang dilaksanakan sepanjang tahun bagi memastikan perkembangan yang seimbang dalam menguasai ilmu dunia dan akhirat. Dalam usaha membina modal insan yang cemerlang, para guru sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Sehubungan dengan itu, sokongan padu oleh PIBG, KSIB sekolah, masyarakat setempat dan agensi tempatan telah berjaya turut serta dalam membantu pihak sekolah mencapai visi dan misi sekolah dan KPM. Warga SMK Seri Tasik sentiasa berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai institusi yang dihormati dan menjadi rujukan bagi mencanai minda dan membentuk peribadi positif melalui aktiviti- aktiviti yang berimpak tinggi. Usaha-usaha ini dapat dicapai melalui pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21, Pelaksanaan KBAT, STEM dan apa jua amalan baik (best practices) sebagai amalan wajib sebagai menyokong kepada pendidikan negara yang bersifat futuristik. Saya sentiasa berdoa dan berharap agar murid SMK Seri Tasik sentiasa menjaga budi bahasa, bersahsiah mulia menjadi role model kepada penduduk sekitar dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan yang cemerlang. Para guru pula sebagai agen transformasi hendaklah bersungguh-sungguh menggilap dan mengembangkan potensi murid agar fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan dapat mencapai matlamatnya. Akhir kalam, impian mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan menjadi fokus utama sekolah. Saya yakin semua warga pendidik dan murid akan dapat bersama-sama terus meningkatkan kecemerlangan SMK Seri Tasik. SMK SERI TASIK DI SINI BERMULA IMPIAN Sekian, terima kasih. HAJAH NORHAYATI BINTI HAJI ZAKARIA Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik.

PROFIL SEKOLAH Nama Sekolah : SMK SERI TASIK Alamat : JALAN 6/106,BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS , KUALA LUMPUR. Tahun Mula Beroperasi : 2003 Kod Sekolah :WEA 0245 No Telefon : 03-91726824 No Faks : 03-91714754 Nama Pengetua :PUAN HAJAH NORHAYATI BINTI ZAKARIA Jumlah Guru : 83 ORANG Jumlah Staf Sokongan : 15 ORANG Jumlah Murid : 978 ORANG E-mel : [email protected]

05[TASIK BUDI EDISI 15 ] NADI PENGGERAK NAMA PENTADBIR JAWATAN 1. PUAN HAJAH NORHAYATI BINTI ZAKARIA ( PENGETUA ) 2. TUAN HAJI MOHAMAD ASRI BIN ALIAS ( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ) 3. DATIN CHE ZAVIAH BINTI ABDULLAH (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ) 4. ENCIK AHMAD FIKRI BIN HJ DARUS ( PENOLONG KANAN PPKI ) 5. PUAN NORHAMIZAH BINTI KORDI ( GKMP BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL ) 6. PUAN NOOR ANITA BINTI ABDUL MALEK ( GKMP BIDANG BAHASA ) 7. PUAN NORMALA BINTI HASHIM ( GKMP BIDANG SAINS DAN MATEMATIK ) 8. PUAN NURLIZA BINTI MOHD KHALIL ( GKMP BIDANG KEMANUSIAAN ) 9. CIK RASHIDAH BINTI IBRAHIM (GURU KAUNSELING) 10.PUAN SITI ROHANA BINTI NORDIN (GURU KAUNSELING) 11.ENCIK FAUZI BIN MAJID (GURU KAUNSELING)

KAKITANGAN

07[TASIK BUDI EDISI 15 ] N AKADEMIK

KAKITANGAN SOKONGAN

09[TASIK BUDI EDISI 15 ] KELAB GURU

SELAMAT DATANG (PENGETUA BAHARU) BIODATA NAMA : PUAN HAJAH NORHAYATI BINTI HAJI ZAKARIA. SEKOLAH TERDAHULU : SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI. JAWATAN TERDAHULU : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN KELULUSAN : IJAZAH SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN

11[TASIK BUDI EDISI 15 ] SELAMAT DATANG (PK HEM & PK KOKO, GKMP BAHASA,GKMP KEMANUSIAAN) PUAN R.K SHANTI LATHA PUAN NOOR AZIZAH A/P P R. KRISNASAMY BINTI AHMAD MURAD ( PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) ( PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DI SMK DHARMA GKMP BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL DI SMK AMINUDDIN BAKI PUAN NOOR ANITA PUAN NURLIZA BINTI MOHD KHALIL BINTI ABDUL MALEK ( GKMP BIDANG KEMANUSIAAN) ( GKMP BIDANG BAHASA) KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SMK KETUA PANITIA BAHASA MELAYU DI SMK ALAM DAMAI. COCHRANE PERKASA.

JASAMU DIKENANG (Majlis Perpisahan Puan Hajah Faizah binti Hassan) Pengetua SMK Seri Tasik BERTUKAR KE SMK BANDAR TUN RAZAK 31 JANUARI 2020

13[TASIK BUDI EDISI 15 ] JASAMU DIKENANG (MAJLIS PERSARAAN PUAN MAIZURAH BINTI HALIL) 22 JUN 2020 PEMBANTU OPERASI SMK SERI TASIK BIODATA NAMA: MAIZARAH BINTI HALIL NAMA SUAMI: ABDUL MANAP BIN ZOL BILANGAN ANAK 5 ORANG 1.ABDUL MUAZ BIN ABDUL MANAP 2.MOHD ADAM BIN ABDUL MANAP 3.MUHAMMAD ZUL FAKAR BIN ABDUL MANAP 4.SITI HAWA BINTI ABDUL MANAP 5.MUHAMMAD ADIB HAIKAL BIN ABDUL MANAP SEKOLAH TERDAHULU 1.SMK CONVENT JALAN PEEL KL (1990-1992) 2.MAKTAB PENGURUSAN TEKNIK YAACOB LATIF( 1992-2012) 3.SJKC SALAK SOUTH KL (2013-2015) 4.SMK SERI TASIK (2015-2020) TARIKH BERKHIDMAT DI SMK SERI TASIK: 17 OGOS 2015

JASAMU DIKENANG (PERPISAHAN GURU & STAF) DATIN CHE ZAVIAH BINTI ABDULLAH (NAIK PANGKAT SEBAGAI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DI SMK BUKIT JALIL) PUAN NORINDA BINTI SAMAD. ( NAIK PANGKAT SEBAGAI GKMP KEMANUSIAAN DI SMK YAACOB LATIF) PUAN NORSHAHRIZAN PUAN NORSHAHIZAN BINTI PUAN MAZIRAH BINTI BINTI MOHD SHAH BAHARUM SHAFIE (NAIK PANGKAT SEBAGAI GKMP ( BERPINDAH KE SMK CHERAS) ( PEMBANTU OPERASI KEMANUSIAAN DI SMK GRED N 14) KEPONG BARU) BERPINDAH KE SMK SERI BINTANG SELATAN

15[TASIK BUDI EDISI 15 ] PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG 2019



17[TASIK BUDI EDISI 15 ] PELAJAR CEMERLANG SPM & PT3 2019 MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD FAISAL PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN ALIRAN SAINS SPM 2019 7A NURLIYANA ASYIKIN BINTI MD FUZI PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN KEMANUSIAAN SPM 2019 9A ALYA INSYIRAH BINTI AZMI PELAJAR CEMERLANG PT3 7A

PSEPLMAJA2R0C1E9MERLANG PPETL3AJ2A0R1C9EMERLANG

19[TASIK BUDI EDISI 15 ] PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMKST ALIRAN PERDANA 2020 Syair Amir Al Fath bin Mohamad Ali Mengarang Sajak Syahdatul Qistina Binti Mohd Zahid Speak Out English Niisriinaa Nabiihah Binti Yafrizal Pidato Speak Out English Siti Aisyah Binti Mohd Raffi Siti Nur Afiqah Binti Affifuddin

PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMKST PPKI 2020 22 MUHAMMAD ALIF DANIAL BIN MOHD ALIAS (PKT2) NURISHA NATASHA BINTI MOHD ZAKI (PKT2) 3 TEMPAT KEDUA TARANUM KATEGORI MENENGAH BP(L) TEMPAT KEDUA TARANUM KATEGORI MENENGAH BP(P) LIEW E-JACK AARON TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN TARIAN 1 BADLISYAH BIN SAHARIFUDIN TEMPAT KEDUA NUR ALYA NASUHA BINTI KAMARUDDIN PERTANDINGAN TARIAN TEMPAT PERTAMA 2 PERTANDINGAN JOM BACA & JADI KREATIF

21[TASIK BUDI EDISI 15 ] PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2020 ALIRAN PERDANA NAMA PERTANDINGAN/ACARA PENCAPAIAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI BOMBA PERINGKAT NEGERI SITI RABIATUN ADHAWIAH BINTI SUPRIANTO TEMPAT KE-3 KATEGORI PEREMPUAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPKL FARRA NAZIRA BINTI FAIZUL ZON PUDU NIZAM (100M, 200M, 400M) EMAS-100M PERAK-400M GANGSA-200M KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPKL MUHAMMAD FAZRINSHAH ZON PUDU DANIEL BIN MOHD FAUZAN (LONTAR PELURU) EMAS KEJOHANAN OLAHRAGA NUR RAUDHAH BINTI RAZALI MSSWPKL ZON PUDU (LONTAR PERAK-MEREJAM LEMBING PELURU, MEREJAM LEMBING) GANGSA-LONTAR PELURU KEJOHANAN OLAHRAGA MSSWPKL MUHAMMAD TAUFIQ ZON PUDU HIDAYAT BIN YUSOP (400M, 800M, 1500M, 4X400 (MIX)) PERAK-800M GANGSA-400M KEEMPAT-1500M KEJOHANAN MERENTAS DESA MUHAMMAD TAUFIQ MSSWPKL PERINGKAT NEGERI HIDAYAT BIN YUSOP TEMPAT KE-7 (L15)



23[TASIK BUDI EDISI 15 ]



25[TASIK BUDI EDISI 15 ] HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 30 DISEMBER 2019

KL ENGLISH CAMP 2020 11 JANUARI 2020

27[TASIK BUDI EDISI 15 ] PROGRAM DISKUSI ILMU SPM 2020 31 JANUARI 2020

MAJLIS PELANTIKAN KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN 3 FEBRUARI 2020

29[TASIK BUDI EDISI 15 ] MAJLIS PERASMIAN ZIARAH CAKNA 10 FEBRUARI 2020

LARIANTASIK SMKST 14 FEBRUARI 2020

31[TASIK BUDI EDISI 15 ] SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK 17 OGOS -15 SEPTEMBER

SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK 17 OGOS -15 SEPTEMBER

33[TASIK BUDI EDISI 15 ] PROGRAM JOM SENAM PERINGKAT SEKOLAH 24 SEPTEMBER 2020

HARI ANUGERAH CEMERLANG 26 SEPTEMBER 2020

35[TASIK BUDI EDISI 15 ] HARI ANUGERAH CEMERLANG 26 SEPTEMBER 2020

PROGRAM(KSIB) KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA Menyediakan makan minum pelajar SPM 2020

ALBUM

PPKI T1 PPKI T2

39[TASIK BUDI EDISI 15 ] PPKI T3 PPKI T4

PPKI T5 PPKI T6

41[TASIK BUDI EDISI 15 ] PPKI T7 PPKI T8

PPKI T9 PPKI T10

43[TASIK BUDI EDISI 15 ] PPKI T11 PPKI T12

1 AMANAH 1 BESTARI

45[TASIK BUDI EDISI 15 ] 1 CEKAL 1 DEDIKASI

1 GEMILANG 1 HARMONI

47[TASIK BUDI EDISI 15 ] 2 AMANAH 2 BESTARI

2 CEKAL 2 DEDIKASI


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook