Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAPORAN MHPSS PKRC MAEPS 2.0 (LATEST)

LAPORAN MHPSS PKRC MAEPS 2.0 (LATEST)

Published by zyanazieha, 2022-04-14 06:24:08

Description: LAPORAN MHPSS PKRC MAEPS 2.0 (LATEST)

Search

Read the Text Version

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 III. MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING INDIVIDU SECARA BERSEMU- KA KEPADA PETUGAS DI DALAM HALL Sesi kaunseling individu secara bersemuka dijalankan atas permintaan petugas yang lebih selesa untuk meluahkan segala isu dan permasalahan secara bersemuka. Sesi ini dijalankan tidak melebihi 30 minit dengan mengambil kira SOP yang telah ditetapkan. Pn. Hezne, sukarelawan dari MERCY Malaysia sedang menjalankan sesi kaunseling kepada salah seorang petugas.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 IV. MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING KELOMPOK KEPADA PETUGAS MENGGUNAKAN MODUL-MODUL TERTENTU Petugas yang telah bertugas bagi satu tem- poh masa yang tertentu kebiasaannya akan mengalami isu burnout. Sesi ke- lompok seumpama ini dapat memberi pelu- ang kepada mereka untuk meluahkan ma- salah yang dialami serta memperkasa jati diri mereka. Selain Modul Pengurusan Stres, modul lain yang dikendalikan adalah Modul Komunikasi Berkesan bagi mem- perkukuh komunikasi dua hala dengan pe- sakit dan juga agensi-agensi yang beker- jasama di PKRC MAEPS 2.0. Sesi Kaunseling Ke- lompok sedang dijalan- kan kepada Pegawai Pe- rubatan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Aktiviti yang dijalankan di dalam sesi kelompok dapat menceriakan petu- gas.

Pn. Noorsyazwani MHPSS PKRC MAEPS 2.0 sedang menjalan- kan Sesi Kelompok Salah seorang petugas kepada Anggota kesihatan sedang berkongsi RELA pendapat dengan rakan- rakan yang lain

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 V. MEMBERI TAKLIMAT PRE-DEPLOYMENT KEPADA PETUGAS YANG MELAPOR DIRI DI PKRC MAEPS 2.0 Sesi Taklimat Pre-Deployment dan orientasi ini memberi peluang kepada petugas MHPSS untuk menilai tahap kesediaan petugas dari segi emosi dan psikologi untuk memulakan tu- gasan di PKRC MAEPS 2.0. Penilaian ini adalah penting agar isu dan masalah yang lebih serius semasa mereka bertugas di PKRC MAEPS 2.0 dapat dielakan. Sekiranya didapati petugas tidak bersedia atau mempunyai masalah lain, maka satu sesi perbincangan bersama penyelia akan diadakan bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Sesi Pre-Deployment sedang di- jalankan kepada petugas yang baru melapor diri di PKRC Maeps 2.0 Petugas sedang mengisi DASS- 21 Online untuk menilai tahap kesihatan mental mereka.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 VI. MEMBERI TAKLIMAT POST-DEPLOYMENT KEPADA PETUGAS YANG MENAMATKAN TUGASAN DI PKRC MAEPS 2.0 Taklimat post-deployment kepada petugas yang menamatkan tugasan di PKRC MAEPS 2.0 adalah penting bagi menilai tahap kesediaan mereka untuk pulang dan memulakan tugasan hakiki di PTJ asal. Kad Penilaian Kesihatan Mental akan dibekalkan kepada petugas bagi melakukan pemantauan kendiri setelah pulang ke PTJ masing-masing. Kad tersebut boleh dijadikan rujukan dan boleh dibawa untuk mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengala- mi sebarang isu kesihatan mental. Petugas sedang diajar cara- cara untuk melakukan Teknik Pernafasan dengan betul. Petugas sedang berkongsi pen- galaman pahit manis bertugas di PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 VII. MELAKSANAKAN SARINGAN MINDA SIHAT (DASS-21) KEPADA PETUGAS Petugas yang melapor diri di PKRC MAEPS 2.0 akan disaring menggunakan Ujian Sarin- gan DASS-21. Sesi Kaunseling akan dijalankan sekiranya didapati petugas tersebut mendapat keputusan TERUK dan SANGAT TERUK bagi membincangkan isu yang dihada- pi serta mencari penyelesaian yang terbaik. Selain itu, poster dan QR Code DASS-21 juga ditampal di Zon Kuning di setiap Hall. Petu- gas boleh mengisi DASS-21 pada bila-bila masa untuk menilai tahap kesihatan mental mereka.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 VIII. MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN RUNDINGCARA BERKAITAN PSILKOLOGI DAN KESIHATAN MENTAL KEPADA PENYELARAS/ PENYE- LIA/ KETUA Team MHPSS juga bertanggungjawab untuk membantu Penyelia dan Ketua agensi dalam mem- berikan khidmat nasihat berkaitan dengan isu psikologi, komunikasi serta konflik yang timbul di kalangan petugas. Perbincangan akan diadakan dalam suasana harmoni agar penyelesaian dapat dicapai dan petugas dapat menjalankan tugas dalam suasana harmoni. Pn. Noorsyazwani dan En. Farhan sedang memberikan khidmat na- sihat kepada penyelia agensi

XI. MEWUJUDKAN SUDUT MOTIVASI & TERAPI SENI Sudut Motivasi dan Terapi Seni dapat memberi peluang kepada petugas untuk meluahkan perasaan mereka dengan cara yang sihat dan terkawal. Luahan perasaan ini juga dapat membantu petu- gas untuk mengurangkan tahap stres yang diala- mi oleh mereka.

Kata-kata motivasi dan luahan perasaan yang ditulis oleh petugas dan tetamu kehormat

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 X. MEWUJUDKAN STRESS RELEASE CORNER Stress Release Corner berperanan untuk mengurangkan stres di kalangan petugas PKRC Maeps 2.0. Antara peralatan yang disediakan di sudut ini adalah seperti jigsaw puzzle, cubes, dam ular, Kad UNO, Sahibba, Saidina, Congkak, Dam Aji dan Mandala. Para petugas boleh da- tang pada bila-bila masa selepas selesai menjalankan tugas untuk bermain sambil menyiapkan diri mereka untuk tugasan seterusnya. Beberapa orang petugas sedang mewarna lukisan Mandala dan ada juga yang sedang bermain jigsaw puz- zle

Gintell Malaysia telah berbesar hati untuk menyumbangkan 10 buah kerusi urut untuk digunakan secara percuma oleh petugas di PKRC MAEPS 2.0

IX. MEWUJUDKAN ENERGY TOP UP CORNER Energy Top Up Corner yang mengandungi kudapan secara percuma kepada petugas

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 IIX. MELAKSANAKAN PELBAGAI AKTIVITI INTERAKTIF BERSAMA PETUGAS Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan capaian perkhidmatan MHPSS secara penyeluruh kepada semua petugas antaranya; a. Sambutan 100 Hari PKRC MAEPS 2.0 b. Sambutan Hari Lahir Frontliners c. Sesi Sembang Santai Bersama Pengarah d. Program Surprise Lollipop e. Program Kuih Raya f. Pertandingan Dekorasi Raya g. Pertandingan SOP Genius h. Program Surprise Merdeka Booster i. Gelombang Merdeka Frontliners j. Canvas Solidariti Merdeka Frontliners k. Pertandingan Video Merdeka Challenge l. Program Jom Bersenam m. Ziarah Mahabbah

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 A. SAMBUTAN 100 HARI PKRC MAEPS 2.0 Sambutan 100 Hari PKRC MAEPS 2.0 beroperasi telah diadakan pada 19 Mac 2021. Sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas yang telah manabur jasa dan bakti di PKRC MAEPS 2.0 ini button badge WIRA NEGARA dihadiahkan kepada mereka.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 B. SAMBUTAN HARI LAHIR FRONTLINERS Sambutan hari lahir petugas yang disambut dua bulan sekali dapat menceriakan mereka. Kehadiran Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman untuk bersama-sama dalam program ini menunjukkan komitmen beliau dalam menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan. Para petugas ceria memotong kek hari kelahiran

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 C. SESI SEMBANG SANTAI BERSAMA PENGARAH Sesi Sembang Santari Bersama Pengarah merupakan sesi luahan pendapat dan perb- incangan dari hati ke hati dengan petugas tanpa kehadiran penyelia atau ketua agensi masing-masing. Di sini petugas bebas bertanya dan menyuarakan pendapat dan mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu. Dr. Hisyam dari Unit OSH sedang bertanyakan sesuatu kepada pengarah

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 D. PROGRAM SURPRISE LOLIPOP Program Surprise Lolipop telah dijalankan secara rahsia tanpa pengetahuan para partugas di PKRC MAEPS 2.0. Sebanyak 500 batang lollipop beserta ucapan terima kasih telah diikat pada kereta dan motorsikal para petugas. Para petugas yang menghampiri kenderaan mereka untuk pulang ke ru- mah setelah selesai menjalankan tugas di PKRC MAEPS 2.0 mendapat kejutan tersebut.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Sebahagian daripada ucapan penghargaan petugas PKRC MAEPS 2.0 yang menerima Surprise Lolipop.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 E. PROGRAM KUIH RAYA Kuih raya dan manisan yang disediakan oleh pasukan MHPSS telah diedarkan oleh Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr. Shahabuddin kepada para petugas sehari sebelum sambu- tan hari raya aidilfitri. Edaran manisan dan kuih raya kepada petugas barisan hadapan yang akan bertu- gas pada Hari Raya Aidilfitri. Semoga perkongsian ini dapat menceriakan mereka yang tidak dapat menyambut hari raya bersama keluarga.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pn Suraya sedang menyiap- kan bungkusan manisan untuk diedarkan kepada petugas Kad ucapan hari raya yang di tulis oleh pengarah PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 F. PERTANDINGAN DEKORASI RAYA Pertandingan Dekorasi Raya diadakan bagi memotivasikan petugas untuk menceriakan Hall masing-masing. Di samping itu, dengan adanya dekorasi ini diharap agar petugas dan pesakit dapat sama-sama menyambut hari raya dalam suasana yang meriah di PKRC MAEPS 2.0. Sabahagian daripada dekorasi raya yang dihasilkan oleh petugas

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Juri sedang memer- hatikan salah satu sudut dekorasi raya hasil krea- tiviti Angkatan Perkhid- matan Awam (APM) Pememang Pertandingan Dekorasi Raya bersama hadiah yang dimenangi

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 G. PERTANDINGAN SOP GENIUS Pertandingan SOP Genius merupakan pertandingan yang dijalankan bagi mesatikan pem- atuhan Standard Operating Prosedure (SOP) di setiap hall. Pertandingan ini merupakan cetusan idea Unit Kawalan Penyakit Berjangkit dengan dibantu oleh Team MHPSS. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 H. PROGRAM SURPRISE MERDEKA BOOSTER Program Surprise Merdeka Booster dijalankan semperna sambutan bulan kemerdekaan yang ke-64 di PKRC MAEPS 2.0. Sebanyak 500 batang pen berbentuk kapsul vitamin dan kata-kata motivasi diikat pada kenderaan para petugas. Proses ini mengambil masa sela- ma 3 jam dan Berjaya disiapkan sebelum para petugas pulang ke rumah masing-masing. Pen kapsul vitamin beserta kad kata-kata motivasi yang di- gantung pda kenderaan para petugas Cik Najwa sedang mengikat Surprise Merdeka Booster pada kereta petugas

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Sebahagian daripada penghargaan yang diterima daripada petugas yang gembira menerima kejutan

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 I. GELOMBANG MERDEKA FRONTLINERS Program Gelombang Merdeka Frontliners PKRC MAEPS 2.0 teraspirasi apabila para petugas mula bertanya kepada Team MHPSS. Mereka ingin menyemarakkan lagi api ke- merdekaan di dalam diri agar mereka dapat berjuang menentang Covid-19 demi negara tercinta. Maka tercetuslah program ini agar petugas di PKRC MAEPS 2.0 dapat bersama- sama melaungkan ungkapan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Wajah–wajah ceria petu- gas yang menyambut Bu- lan Kemerdekaan dari dalam Zon Merah

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Para petugas tidak mahu melepaskan peluang memakai pakaian bertemakan kemerdekaan bagi memeriahkan lagi Gelombang Ke- merdekaan Frontlin- ers di PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Canvas Solidariti Kemerdekaan yang berukuran 12 x 8 kaki dihasilkan dengan ucapan dan tandatangan seluruh petugas PKRC MAEPS 2.0. Canvas ini menjadi lambang perpaduan antara semua agensi yang bersatu hati mengembleng tenaga di PKRC MAEPS 2.0 bagi membebaskan negara tercinta daripada ancaman Covid-19. J. CANVAS SOILDARITI MERDEKA FRONTLINERS Sesi menurunkan tanda tangan oleh Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassan (Ketua Pengarah NADMA), Dato’ Indera Dr. Shaari Bin Ngadiman (Pengarah JKN Selangor), En. Meor Ismail Bin Meor Akim (Tim. Ketua Pengarah NADMA), Dato’ Hussein Bin Omar Khan (Pengarah Operasi NADMA) dan Dr. Shahabuddin Bin Ibrahim (Pengarah PKRC MAEPS 2.0).

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 K. PERTANDINGAN VIDEO MERDEKA CHALLENGE Pertandingan Video Merdeka Challenge merupakan satu lagi program yang dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan yang ke 64. Pertandingan in terbuka kepada semua petugas dan terbahagi kepada kategori individu dan kumpulan. Sebanyak 11 penyertaan yang sangat kreatif dengan idea tersendiri daripada petugas telah diterima.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Para pemenang ceria bersama hadiah masing-masing.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 L. PROGRAM JOM BERSENAM Program Jom Bersenam tercetus hasil daripada idea Dr. Marzilawati, Timbalan Pengarah (Klinikal) yang kemudiannya meminta Team MHPSS untuk menyelaras program tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan cara hidup sihat di kalangan petugas di PKRC MAEPS 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Petugas di setiap Hall akan bergilir-gilir mengetuai senaman mengikut jadual yang telah ditetapkan. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat mengga- lakkan dari semua petugas PKRC Maeps 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 M. ZIARAH MAHABBAH Program Ziarah Mahabbah adalah program lawatan ke rumah petugas yang ditimpa musibah sewaktu bertugas di PKRC MAEPS 2.0. Sumbangan berupa wang ringgit dan barangan diberikan kepada petugas agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Menziarahi rujurawat Hall A2 yang tercedera ketika menjalankan tugas. Semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Menziarahi pemandu bahagian pengurusan di PKRC MAEPS 2.0 yang ditimpa musibah banjir. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu beliau bangkit semula menjalani kehidupan seperti sedia kala.

IIIX. MELAKSANAKAN PELBAGAI AKTIVITI INTERAKTIF BERSAMA ANAK-ANAK PETUGAS Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan kepada anak-anak petugas antaranya; a. Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka b. Etiqa Cares Corner

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 A. PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM MERDEKA Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak bersempena Bulan Kemerdekaan telah ber- langsung dengan penuh warna-warni. Kesemua 29 orang kanak-kanak di taska PKRC MAEPS 2.0 telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Kanak-kanak sedang berarak sambil menyanyikan lagu kemerdekaan. “Tanggal 31...bulan 8….57...Merdeka...Merdeka…” Kanak-kanak sedang memperagakan pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Seronok betul mereka bergambar. Keriangan jelas terpancar dari wajah anak-anak frontliners ini. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Kol. Dr. Aeriza Binti Yushak, Timbalan Pengarah (Keselamatan) PKRC MAEPS 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 B. ETIQA CARES CORNER Pihak Etiqa telah menyumbangkan barang keperluan dan peralatan untuk di gunakan oleh pesakit kanak-kanak di dalam Hall serta anak-anak frontliners di Taska MAEPS 2.0. Barang keperluan kanak-kanak yang disumbangkan adalah seperti kerusi, meja, pensel warna, alatan menulis, almari, rak buku, buku cerita kanak-kanak, kertas lukisan serta 3D Pen.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Salah seorang kanak-kanak berasa teruja bermain dam ular Bersama Cik Aliyyah, petugas MHPSS Anak-anak frontliners sedang mencuba pen 3D

4.0 PENCAPAIAN

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 4.1 MESYUARAT BERSAMA UNIT NON-COMMUNICABLE DISEASE (NCD) Mesyuarat Penyelarasan MHPSS Bersama Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Selan- gor bagi membincangkan hala tuju serta program-program yang dirancang di PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 4.2 LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (PERUBATAN) Sudut MHPSS dikunjungi oleh Datuk Dr. Rohaizat Bin Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Datuk Dr. Rohaizat memberikan kata-kata semangat kepada para petugas di PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 4.3 LAWATAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I Sudut MHPSS dikunjungi oleh YB Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I. YB Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi sedang menerangkan sesuatu kepada petugas MHPSS YB Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi sedang menulis kata-kata semangat di buku pelawat sudut MHPSS

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Kata-kata semangat YB Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi kepada petugas barisan hadapan.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 4.4 TEMURAMAH OLEH JAPEN Sudut MHPSS dikunjungi oleh wakil dari Jabatan Penerangan Negeri Selangor (JAPEN). apabila video senaman yang dijalankan oleh Team MHPSS di Hall bersama pesakit menjadi tular. Pn. Suraya selaku Penyelaras MHPSS di PKRC MAEPS 2.0 sedang ditemuramah oleh wakil JAPEN.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 4.5 TEMURAMAH OLEH RTM Pn. Suraya sedang ditemuramah oleh wartawan dari RTM. Juru kamera RTM sedang merakan sebahagian daripada tugasan yang dijalankan oleh Pn. Nurhayati

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 4.6 TEMURAMAH OLEH BERNAMA TV Pn. Suraya sedang ditemuramah oleh wartawan dari Bernama TV untuk rancangan Gelombang Kembali.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook