Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PB1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PB1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Published by BMMB20623 Nur Afiqah Radhiah Binti Ruslan, 2023-02-17 16:04:49

Description: PB1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Search

Read the Text Version

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NUR AFIQAH RADHIAH BINTI RUSLAN No. K/P : 040904-02-0482 Angka Giliran : 2022242310052 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y2 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________Afiqah________ Tarikh : 13 FEBRUARI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Kebudayaan Melayu Tarikh Mula Tarikh Hantar Tugas an 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 1. Penghasilan Produk 16 FEBRUARI 2023 2. Persembahan Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak

“Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) \"Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki;

i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan:

13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 TAKRIF PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.1 JENIS PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.2 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA 4.0 RUMUSAN BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera . Bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin menegaskan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu yang dihormati, Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan dan dorongan daripadanya telah memberikan saya semangat untuk menjayakan tugasan berkenaan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan perhargaan terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang banyak memberikan sokongan dan semangat bagi menyiapkan tugasan ini. Tanpa doa daripada mereka, siapalah saya untuk ada dalam pemprosesan sebegini . Saya juga ingin menitipkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang banyak melontarkan idea-idea dan pendapat yang bernas sepanjang saya menjayakan tugasan ini. Tanpa pertolongan mereka, tugasan ini berkemungkinan mempunyai banyak kekurangan dan saya tidak dapat menghantar pada waktu yang tepat . Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa saya menyiapkan tugasan. Jasa baik semua amat saya hargai.

1.0 Pengenalan Menurut pendapat Sarjana Ismail Hussein (1998:23), kesusteraan melingkungi keseluruhan bidang yang menggunakan perkataan-perkataan atau bahasa yang unik. Kesusasteraan merujuk kepada hasil karya dan berbentuk ciptaan seni yang disampaikan menggunakan bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Menurut kamus , kesusasteraan ditakrifkan sebagai hasil seni ataupun karya tulisan yang ditulis dalam bentuk prosa ataupun puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang memberi makna huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) . 2.0 Takrif Puisi Melayu Tradisional Puisi Melayu tradisional merupakan tradisi lisan yang mempunyai bentuk dan kalimatnya yang permanen. Kebiasaannya, puisi ini mempunyai beberapa barisan ayat, berangkap ataupun tidak berangkap serta persamaan dan rima dan ritma yang bertentangan antara baris. Puisi Melayu tradisional ini bukan digunakan bertujuan untuk hiburan, peringatan mahupun alat komunikasi secara umum sahaja, malahan turut digunakan dalam upacara, adat dan perundangan serta kegiatan yang membawa kearah unsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional,2010:232). Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah puisi yang sifatnya adalah secara lisan dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi ini berbentuk terikat dan genre yang pelbagai. Puisi Melayu tradisional tercipta disebabkan oleh impak daripada warisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar dan sebagainya. Salleh Haji Ahmad (1993:3) menerangkan bahawa puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berupa bukan cerita. Puisi ini tersebar melalui budaya perucapan dalam masyarakat yang tertutup. Selain daripada itu, puisi Melayu tradisional ini merupakan salah satu unsur tamadun masyarakat Melayu lama dimana menyenangkan masyarakat menyelami situasi rakyat Melayu terdahulu dan cara pemikiran dan kepercayaan orang terdahulu. 2.1 Jenis Puisi Melayu Tradisional Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, teka-teki dan sebagainya. Dalam penulisan ini, empat jenis puisi Melayu tradisional yang difokuskan ialah pantun, gurindam, syair serta seloka. 2.1.1 Pantun Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang terkenal serata dalam bahasa- bahasa yang dituturi dan dikarang serantau Nusantara di Asia Tenggara, terutamanya bahasa Melayu. Pantun terdiri sama ada daripada dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan

rangkap dan dua belas rangkap yang mempunyai pertautan berirama dan sebutan yang serupa di hujungnya. Pantun terbahagi kepada dua komponen yang mempunyai keseimbangan rangkap, iaitu bahagian pembayang maksud dan diikuti dengan maksud pantun tersebut. Menurut sasaterawan negara ke-15, Datuk Rahman Shaari dalam bengkel seni pantun anjuran AID Academy, beliau mengatakan bahawa pantun ini membawa erti karya seni bahasa Melayu asli. Tambahan lagi, makna ataupun istilah sesebuah pantun rumit untuk memuktamadkan penterjemahannya. 2.1.2 Syair Syair ialah jenis puisi lama yang mempunyai rangkap dimana rangkapnya memiliki empat baris ayat dan kesemuanya memberi makna isi dan maksud tertentu. Irama bagi baris- baris syair tersebut adalah sama. Kebiasaannya, syair berhubung kait dengan makna isinya adalah bahasa kiasan. Syair ini merupakan puisi terikat dan tidak mempunyai pembayang sebagaimana pantun. Penceritaan dalam setiap rangkap syair mempunyai kesinambungan agar mewujudkan kesatuan yang sempurna bagi sesebuah syair tersebut. Syair disampaikan dalam berangkap dan menjadi kesukaan masyarakat Melayu lama. Syair ini tidak mempunyai pemiliknya yang khusus disebabkan syair adalah milik bersama (Mohd. Taib Osman, 1987). 2.1.3 Seloka Seloka membawa erti karangan berangkap yang menggunakan kontradiksi bunyi hujung iaitu rima yang tidak tetap. Seloka tidak mempunyai bilangan baris yang tertentu dan tidak terhad serta tidak memiliki skima rima yang tetap. Seloka dikarang bagi mengutarakan sindiran dan kritikan mengenai kepincangan yang terjadi dalam kalangan masyarakat dan disampaikan menggunakan nada jenaka secara kiasan dan berlapik (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015). 2.1.4 Gurindam Menurut Md Ali Bachick (2003), gurindam didefinisikan sebagai sebuah wacana yang mempunyai ayat-ayat yang berirama. Isinya membawa unsur nasihat, moral, pengajaran ataupun sesuatu kebenaran. Melalui pendapat pengkaji sastera tradisional, gurindam ini tidak memiliki bentuk mahupun skima rima yang tetap. Menurut definisi oleh Wilkinson dalam Za’ba (2002:245) pula, perkataan gurindam ini asalnya daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud sesuatu pepatah yang mempunyai rangkap dan dituturkan sepadan dengan suasana dan tempatnya.

2.2 Fungsi Puisi Melayu Tradisional 2.2.1 Alat Pendidikan Penterjemahan kisah-kisah yang dicipta dan ditulis oleh para pengarang puisi Melayu tradisional merupakan pengalaman dan pengetahuan mereka tersendiri. Terdapat pelbagai aspek keilmuan yang diterjemahkan, sebagai contoh dari segi ekonomi, politik, sosiologi mahupun agama. Melalui pengalaman mereka, tercetusnya penulisan puisi ataupun prosa ini dengan menyelitkan unsur-unsur pengajaran, moral dan nilai ilmu pengetahuan yang luas dimana secara tidak langsung memberikan kegunaan dalam pendidikan. Misalnya, cerita Sang Kancil dengan Buaya memberikan pelbagai nilai pengajaran yang berguna kepada khalayak ramai. Dengan kewujudan ini, masyarakat dapat melihat kesenian dan keindahan bahasa yang digunakan dalam sesuatu puisi. 2.2.2 Hiburan Hiburan merupakan satu keperluan utama bagi melantarkan karya puisi yang mewujudkan unsur keseronokan yang indah dan menarik. Hiburan ini terbentuk daripada keanggunan kata-kata yang diungkapkan, irama serta rentak yang teratur, kemampuan karya puisi yang dapat menjentik jiwa para pembaca ataupun pendengar dan sebagainya. Amsalnya, pantun merupakan karya yang terkenal dengan keindahan bahasanya yang mempunyai unsur hiburan. Kemampuan ini dapat menjadikan masyarakat menghayati karya puisi tersebut sekaligus mendapat input yang disampaikan dengan baik. 2.2.3 Kritikan Sosial Kritikan sosial dalam puisi tradisional merujuk kepada medium komunikasi masyarakat bagi mengungkap sesuatu perkara. Fungsi kritikan sosial ini dijadikan sebagai nasihat dan teguran kepada pihak masyarakat. Melalui pandangan Sapardi Djoko Damono (1984), puisi tradisional dapat mencerminkan persoalan sosial yang berlaku dalam liku kehidupan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pengarang yang dapat memanifestasikan karyanya dengan mempunyai isi tersurat dan tersirat mengenai kritikan sosial masyarakat dalam penghasilan karya mereka (Hashim Awang,1997). 2.2.4 Dakwah Dakwah merupakan saluran bagi menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia yang disampaikan melalui medium bahasa. Pada waktu yang sama, Islam turut memandang tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Sebagai contoh, puisi karya Abham T.R. merupakan puisi yang memberikan undangan kearah kebaikan dan dapat membuatkan pembaca mendalami hakikat manusia sebagai ciptaan Allah SWT. Karya ‘Adalah Aku’ merupakan karya yang mempunyai unsur akidah umat Islam yang melingkungi hubungan antara hamba dan Sang pencipta.

3.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Melayu Tradisional Sebagai Wahana Kesantunan Bahasa Dan Budaya Masyarakat Malaysia Pantun Nasihat Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. Pantun ini menggunakan unsur alam seperti pandan. Berdasarkan pembayang pantun tersebut, pokok pandan ialah pokok renek hijau yang mempunyai duri di pucuk daunnya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengetahui bahawa pandan mempunyai duri di hujung pucuk daunnya. Hal ini dapat dikaitkan dengan makna pantun tersebut iaitu seseorang yang mengalami kesakitan, tidak sedar akan diri sendiri serta tidak mampu mengawal dirinya. Kesakitan yang dialami boleh terjadi sama ada dalam keadaan fizikal mahupun emosi. Pengarang menyampaikan bahawa kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri dan melihat keupayaan dalam melakukan sesuatu perkara. Pantun Budi Anak lembu di tepi bukit, Berjalan beriring berkawan-kawan, Berbuat baik walau sedikit, Tetap dikenang budimu tuan. Penggunaan anak lembu dalam rangkap pantun ini menghubungkaitkan dengan kehidupan haiwan yang hidup secara berkolompok. Hal ini bersangkut paut dengan kehidupan manusia yang hidup secara berkelompok dalam sesuatu tempat seperti sekolah, rumah mahupun tempat kerja. Masyarakat mempunyai kehidupan yang saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kehidupan seperti ini membawa pedoman kepada manusia. Sementara itu, budi seseorang itu perlulah dihargai jasanya walaupun kebaikan yang dilakukan itu hanya sedikit. Hal ini dikatakan demikian kerana budi tidak boleh diukur nilainya. Oleh itu, kebaikan seseorang itu perlulah dibalas baik dan dihargai terutamanya dalam kalangan masyarakat. Hal ini seterusnya menunjukkan keperibadian diri yang mulia.

4.0 Rumusan Konklusinya, puisi Melayu tradisional merupakan warisan bangsa Melayu dan membawa banyak faedah dan kegunaan dalam kehidupan masyarakat. Keindahan bait-bait perkataan dan makna yang diungkapkan menunjukkan bahawa masyarakat Melayu lama merupakan masyarakat yang kreatif dalam menyampaikan sesuatu. Perkembangan budaya peringkat demi peringkat dapat mewujudkan peradaban manusia dari satu era ke satu era yang lain. Pelbagai pengajaran atau natijah yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Fungsi puisi Melayu tradisional ini juga mampu melahirkan pemikiran yang bergeliga bagi mengaras kejayaan untuk kesempurnaan hidup. Sebagai orang yang berbangsa Melayu, kita perlulah mengekalkan tradisi puisi Melayu tradisional ini agar tidak lapuk dek zaman. (1207 patah perkataan)

Bibliografi Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Tanjung Malim. Penerbitan Profesional Baharu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat (4th ed.). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hashim Awang. (1997). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maziana, C. (2015). JOHARI YAHYA jurnal pantun. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/28723012/JOHARI_YAHYA_jurnal_pantun Md Ali Bachik. (2003). Khazanah Puisi Klasik Melayu. Iladam. Mohamad, Noraini & Majid, Mariam. (2019). DAKWAH MELALUI PENULISAN PUISI MELAYU. 2019. Mohd. Taib Osman. (1987). Warisan puisi Melayu. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian pantun. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 1(1), 75–81. http://journalarticle.ukm.my/6395/1/IMAN1_6.pdf Za'ba, Tan Sri Pendeta, & Dato, O. (2002). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zakaria, Norazimah. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook