Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 2 Buletin Aidil Adha

2 Buletin Aidil Adha

Published by SALMAH BINTI MAHMUD KPM-Guru, 2022-10-18 03:29:54

Description: 2 Buletin Aidil Adha

Search

Read the Text Version

BULETIN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2022 2222 ‫بولتين ڤنيتيا ڤنديديقن إسلام‬ PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Bil. 2/2022 Edisi Khas Aidil Adha 1443H SK S U N G A I M A N G G I S KANDUNGAN Selamat Datang ►Mengenali Kaabah Bulan Istimewa Zulhijjah ►Penghayatan Ibadah Haji & Aidil Adha Bulan Ibadah Haji ►Ibadah Korban Bulan Ibadah Korban ►Penukaran Kelambu Kaabah ►Tarikh-Tarikh Penting Bulan Aidil Adha Zulhijjah ►Diari Panitia Unit Penerbitan Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Manggis

‫ِإ َّن َأ َّو َل بَيْ ٍت ُو ِض َع ِللنَّا ِس لَََِّلي ِب َبكَّ َة ُم َبا َرًاك َو ُه ادى لِّلْ َعالَ ِمي َن‬ Maksudnya: Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (Surah Ali Imran: 96) Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t. telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah solat seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilinginya. 1

IBADAH HAJI T anggal 10 Zulhijjah setiap tahun merupakan hari yang cukup bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia kerana sekali lagi ber- peluang meraikan sambutan Aidil Adha atau Hari Raya Korban serta menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji di Mekah bagi mereka yang terpilih sebagai tetamu Allah. yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hamba- Bagi umat Islam yang tidak terpilih untuk menunaikan ibadah haji, mereka boleh lakukan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha di tempat masing-masing. Aidil Adha juga merupakan antara hari kebesaran Islam 2

HARI RAYA AIDIL ADHA H ari Raya Aidil Adha, Hari Raya Haji atau Hari raya Korban merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ke-10 Zulhijjah. Bermula dengan takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha pada paginya. Seterunya diikuti dengan ibadah korban pada Kesimpulannya, ibadah haji dan Aidil Adha adalah hari perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran penting yang berkait rapat dengan kesatuan umat. Walaupun umat Islam di seluruh dunia terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit, budaya dan negara, namun ia adalah umat yang satu dan menyembah Tuhan yang satu yakni Allah SWT. 3

SOLAT SUNAT AIDIL ADHA P ada hari raya, umat Islam disunatkan memakai pakaian yang terbaik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya Aidil Adha umat Islam akan menunaikan solat sunat Aidil Adha sebanyak 2 rakaat dengan 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaat kedua. 4

►Pelaksanaan ibadah korban adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat kurniaan-Nya. ►Selain itu, ibadah korban juga dapat melatih umat Islam agar dapat mengikis sifat tamak dan bakhil dalam mengeluarkan harta serta melahirkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah SWT demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti golongan fakir dan miskin. ►Semangat berkorban ini haruslah disuburkan dalam diri kita. ►Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunnah muakkad. Ia sangat dituntut tetapi tidak wajib. ►Rasulullah bersabda, “Tiap helaian bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadith riwayat Ibn Majah) 5

►Pertukaran kelambu kaabah atau “kiswah” adalah antara Mari menonton video bagaimana kiswah ditukar. peristiwa penting yang sangat ditunggu-tunggu setiap kali Sila scan QR code di bawah untuk menonton. musim haji . Kaabah diiselimuti dengan kiswah bagi mengelakan dinding kaabah rosak akibat debu atau panas. ►Kerja-kerja pertukaran kiswah kaabah biasanya dilakukan pada 9 Zulhijjah setiap tahun Hijrah selepas solat fardhu Subuh. Pada ketika itu seluruh jemaah haji sedang berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf. ►Tradisi menukar kiswah yang berwarna hitam disulami benang emas ini telah dilakukan sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Malah pernah juga kiswah tersebut menggunakan warna hijau dan merah pada suatu masa dahulu. ►Saiz kain kiswah ialah 657 meter persegi (14 meter tinggi) dan terdiri daripada 47 keeping. ►Apa yang unik adalah kain kiswah ini mengandungi kalimah atau ayat-ayat suci al-Quran termasuk surah Ali-Imran ayat 96, kalimah syahadah, surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. 6

7

Slot Kerohanian Program Ihya’ Ramadan • Setiap Jumaat • 7.30-8.00 pagi • 4-29 April 2022 8

Majlis Khatam al-Quran Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan • 26 April 2022 & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 9

Kem Syoknya Solat Pertandingan Adab & Nilai (ADNI) Bersama Alaf Leader Training Consultan Peringkat Daerah • 19 April 2022 • Jun-Julai 2022 • Secara online 10


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook