PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DG.NURSHAZANA BINTI DAUD | NURUL FARHANA BINTI RAMLI Kolej Komuniti Penampang
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI www.kkppg.edu.my © Hak cipta @ Dg.Nurshazana Binti Daud | Nurul Farhana Binti Ramli Cetakan Pertama 2020 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan isi kandungan buku elektronik ini dalam apa jua bentuk samada elektronik, fotokopi atau apa sahaja cara sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit iaitu Kolej Komuniti Penampang, Lot 5-8, Blok B, Wisma Malakun, Jalan Putatan Ramayah, 89500 Penampang Sabah. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan DG.NURSHAZANA BINTI DAUD | NURUL FARHANA BINTI RAMLI PRINSIP PERAKAUNAN eISBN: Diterbitkan oleh: Kolej Komuniti Penampang Lot 5-8, Blok B, Wisma Malakun, Jalan Putatan Ramayah 89500, Penampang Sabah No Tel: 088-760951 No. Fax : 088-760954
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KATA PENGANTAR Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya percaya buku Prinsip Perakaunan ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang mengambil kursus Prinsi Perakaunan terutamanya kerana penyampaian dalam buku ini adalah seiring dengan silibus yang telah ditetapkan. Buku ini juga sangat padat dan mudah difahami oleh para pelajar. Di samping itu juga, buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah, IPTA dan IPTS yang ada mengambil Prinsip Perakaunan. Semoga pelajar-pelajar Kolej Komuniti khususnya dan pelajar-pelajar diseluruh Malaysia akan mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada penerbitan buku ini. NOORHASIMAH BINTI KASSIM K.B,P.A Pengarah Kolej Komuniti Penampang Kementerian Pengajian Tinggi
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PRAKATA Buku Prinsip Perakaunan ini ditulis bagi tujuan membantu para pelajar dan pensyarah agar proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan berkesan. Kandungan buku ini adalah mengikut sukatan kurikulum SPP2073 bagi program Sijil Pengoperasian Perniagaan di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Buku ini mengandungi enam topik di mana topik pertama adalah pengenalan kepada Prinsip Perakaunan manakala topik kedua hingga keenam adalah kitaran perakaunan dan proses merekodkan perakaunan bermula dengan dokumen sumber sehinggalah kunci kira-kira. Dikesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengarah Kolej Komuniti Penampang, Puan Noorhasimah Binti Kassim kerana telah memberi galakan dan sokongan untuk menerbitkan buku bagi rujukan pelajar Kolej Komuniti. Tidak dilupakan juga buat keluarga kami dan sahabat yang sentiasa memberi semangat dan sokongan yang sangat padu. Semoga buku ini akan memberi manfaat kepada kesemua pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Terima kasih. DG.NURSHAZANA BINTI DAUD Kolej Komuniti Penampang NURUL FARHANA BINTI RAMLI Kolej Komuniti Penampang OKTOBER 2020
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ISI KANDUNGAN TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1 1.1 DEFINISI DAN PERBEZAAN PERAKAUNAN DAN SIMPAN KIRA 2 1.2 KONSEP DAN PRINSIP PERAKAUNAN 3 1.3 PENGKELASAN AKAUN DALAM SESUATU ENTITI 8 1.4 KITARAN PERAKAUNAN TOPIK 2 DOKUMEN SUMBER 9 2.1 FUNGSI DOKUMEN SUMBER 15 2.2 PENGERTIAN DAN PENGIRAAN DISKAUN NIAGA DAN DISKAUN TUNAI 16 TOPIK 3 BUKU CATATAN PERTAMA 17 3.1 FUNGSI JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA 18 3.2 JENIS-JENIS JURNAL 3.3 BUKU TUNAI 21 TOPIK 4 LEJAR 22 4.1 FUNGSI DAN JENIS-JENIS LEJAR 4.2 MEREKODKAN URUS NIAGA DALAM LEJAR DAN MENGIMBANGKAN 24 LEJAR 25 TOPIK 5 IMBANGAN DUGA 5.1 FUNGSI IMBANGAN DUGA 27 5.2 KESALAHAN –KESALAHAN DALAM IMBANGAN DUGA 32 TOPIK 6 PENYATA KEWANGAN 36 6.1 PENYATA PENDAPATAN 6.2 KUNCI KIRA-KIRA FORMAT FORMAT PRINSIP PERAKAUNAN
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN SIMPAN KIRA VS PERAKAUNAN SIMPAN KIRA VS SIMPAN KIRA PERAKAUNAN PERAKAUNAN CIRI-CIRI Takrif Proses mengenal pasti dan Proses mengenal pasti, Tujuan merekod urus niaga merekod, mentafsir, perniagaan secara teratur menganalisis, melaporkan dan tepat mengikut sistem maklumat kewangan dan catatan bergu. merancang serta mengawal kegiatan perniagaan. a. Bukti urus niaga berlaku a. Mengumpulkan b. Mengumpul maklumat maklumat berdasarkan c. Membuat keputusan etika yang ditetapkan. dan perancangan b. Menganalisis dan d. Mencatat urus niaga mentafsir maklumat. e. Mencatat nama c. Menyediakan laporan penghutang, pemiutang kewangan bagi dan nilai hutang. membantu membuat keputusan. 1
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KONSEP DAN PRINSIP ASAS PERAKAUNAN 1. Wang sebagai Ukuran • Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang; Ringgit Malaysia (RM). 2. Catatan Bergu • Setiap urus niaga harus direkod di sebelah debit dan kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam sekurang-kurangnya dua akaun. 3. Entiti Berasingan • Sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri dan terpisah dengan pemiliknya dari segi perakaunan. • Sebarang urusan antara perniagaan dengan pemiliknya dianggap dua pihak yang berasingan. • Hanya urus niaga perniagaan dicatat dalam buku perniagaan. 4. Tempoh Perakaunan • Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap bagi tujuan laporan perakaunan. • Contoh 6 bulan atau setahun. 5. Kos Sejarah • Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambil kira perubahan nilai dalam pasaran .(direkod mengikut harga kos semasa belian di buat) • Tujuan konsep ini adalah supaya rekod dan laporan kewangan dibuat dengan lebih objektif. 6. Usaha Berterusan • Perniagaan diandaikan wujud untuk jangka masa yang panjang dan berterusan. 7. Asas Perakaunan Akruan • Kos sebenar yang terlibat dibandingkan dengan hasil yang diperoleh untuk suatu tempoh tertentu. 8. Ketekalan • Dikenali sebagai malar atau konsistensi. • Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan. • Bagi setiap tempoh perakaunan satu kaedah merekod perakaunan yang sama diamalkan dalam setiap laporan penyata kewangan. • Tujuan konsep ini adalah untuk mengelakkkan kekeliruan dalam penyata kewangan dan dapat memberi gambaran paling tepat tentang aktiviti perniagaan 9. Materialiti • Suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butiran tersebut memberikan kesan terhadap penyata kewangan yang disediakan. • Belanja perniagaan yang bukan kebendaan aKan direkod sebagai belanja. • Belanja yang bersifat kebendaan direkod sebagai aset dalam penyata kewangan. 2
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 10. Konservatisme • Hasil dan Untung perniagaan direkodkan jika benar-benar berlaku. • Segala kerugian yang dijangka hendaklah diambilkira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi segala keuntungan yang dijangka tidak boleh diiktiraf sbg keuntungan sehingga diperolehi. 11. Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama • Penyata Kewangan perlu memberikan maklumat yang tepat, tidak mempunyai sebarang kesilapan yang material serta dapat memberikan gambaran yang benar dan saksama. PENGKELASAN AKAUN DALAM SATU ENTITI ASET • Harta benda bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. ASET BUKAN SEMASA • Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula. • Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perakaunan. • Contoh – mesin, kenderaan, premis, lekapan dan lengkapan, perabot, alatan pejabat. • Bukan utk dijual bagi mendapatkan keuntungan tapi digunakan utk menjalankan aktiviti perniagaan. ASET SEMASA • Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam sesuatu tempoh perakaunan. • Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan. • Contoh – tunai, stok akhir, penghutang, stok alatulis, hasil terakru dan belanja terdahulu. LIABILITI • Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan. • Tuntutan terhadap aset perniagaan kerana yang memberi pinjaman berhak untuk menuntut bayaran daripada perniagaan. 3
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI LIABILITI BUKAN SEMASA • Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun. • Contoh – pinjaman bank, gadai janji LIABILITI SEMASA • Tanggungan hutang yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun. • Contoh – pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu. EKUITI PEMILIK • Pelaburan pemilik dalam perniagaan. • Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan. • Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik. • Kerugian akan mengurangkan ekuti pemilik. • Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik. • MODAL AWAL + UNTUNG BERSIH / (RUGI BERSIH) – AMBILAN = MODAL AKHIR HASIL Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan. HASIL BUKAN KENDALIAN • Pendapatan yang diterima secara tidak langsung / tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan. • Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa. HASIL KENDALIAN • Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan. • Contoh; klinik, firma audit – hasil daripada perkhidmatan yang diberi, kedai jam – hasil diperolehi daripada hasil jualan jam. 4
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BELANJA Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan. Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil. BELANJA BUKAN KENDALIAN Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian. Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya. BELANJA KENDALIAN Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian. Contoh; sewa kedai,gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya. AKAUN KONTRA Definisi ➢ akaun yang mengurangkan nilai dalam akaun induk ➢ memberi nilai bersih bagi akaun-akaun seperti Akaun Penghutang, Akaun Pemiutang, Akaun Jualan, Akaun Belian dan Akaun Modal. ➢ Contoh: ▪ Akaun Susutnilai terkumpul ▪ Akaun Peruntukan Hutang Ragu ▪ Akaun Pulangan Belian ▪ Akaun Pulangan Jualan ▪ Akaun Diskaun diberi/ Diskaun diterima ▪ Akaun Ambilan Contoh: Akaun Induk Akaun Aset Bukan Semasa Akaun Kontra Akaun Penghutang Akaun Belian Akaun Susutnilai terkumpul Akaun Jualan Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun Pulangan Belian dan Akaun Diskaun Diterima Akaun Pulangan Jualan dan Akaun Diskaun Diberi 5
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PERSAMAAN PERAKAUNAN 1. Tanpa hasil dan belanja ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK Aset Ekuiti Pemilik Aset Ekuiti Pemilik + Liabiliti + Liabiliti + + - - +- TK TK +- 2. Mengambil kira hasil dan belanja ASET = LIABILITI + (MODAL + HASIL – BELANJA) Butiran Modal Untung Hasil + + Belanja - - Untung + + Rugi - - Ambilan - TK Modal + TK tambahan TK – Tiada Kesan Hasil menambahkan modal Belanja/Ambilan mengurangkan modal 6
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Sistem Catatan Bergu 1. Setiap urus niaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan. 2. Satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan jumlah dan tarikh yang sama. 3. Ia adalah satu sistem merekod urus niaga yang tepat dan bersistematik. 4. Prinsip perakaunan sistem catatan bergu ialah debit akaun yang menerima dan kredit akaun yang memberi sesuatu amaun. 5.Format Akaun Lejar Jenis Akaun Debit Kredit Berkurang Aset (Debit) Bertambah Bertambah Bertambah Nama Akaun Liabiliti (Kredit) Berkurang Bertambah Berkurang Debit Kredit Ekuiti Pemilik (Kredit) Berkurang Hasil (Kredit) Berkurang Belanja (Debit) Bertambah 7
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KITARAN PERAKAUNAN Proses perakaunan yang dilaksanakan mengikut urutan yang bersistem dalam satu tempoh perakaunan. 1. Dokumen Sumber 2. Buku Catatan Pertama 3. Pengeposan ke Lejar 4. Penyediaan Imbangan Duga 5. Pelarasan 6. Imbangan Duga selepas Pelarasan 7. Penyediaan Penyata Kewangan 8. Catatan Penutup 8
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 2 DOKUMEN PERNIAGAAN • Sebagai sumber maklumat perakaunan. • Memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga . • Dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga. • Mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga . • Sebagai rujukan pada masa hadapan. Terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1) Dokumen untuk rujukan (tidak perlu dicatat dalam buku perakaunan) 1. Surat tanya 2. Sebut harga 3. Katalog 4. Nota pesanan / Pesanan belian 5. Nota serahan 6. Penyata akaun 2) Dokumen sebagai sumber maklumat (perlu dicatat dalam buku perakaunan) 1. Invois 2. Nota kredit 3. Nota debit 4. Resit 5. Cek atau keratan cek 6. Baucar Pembayaran 7. Bil tunai 8. Makluman debit 9. Makluman kredit 10. Memo 11. Borang wang masuk 12. Penyata Gaji 13.Folio Pelanggan 14.Slip Pindahan Wang 9
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DOKUMEN PERNIAGAAN DAN FUNGSINYA Jenis Dokumen Urus niaga Buku Catatan Pertama Surat tanya Dihantar oleh pembeli Tiada Sebut Harga kepada penjual untuk mendapatkan maklumat Katalog barang-barang yang hendak dibeli. Maklumat yang diperlukan; harga barang, cara pembekalan, diskaun dan cara pembayaran. Dihantar oleh penjual kepada Tiada pembeli sebagai jawapan kepada surat tanya. Maklumat yang diberi; harga barang yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan pembayaran. Penjual hantar bersama Tiada dengan sebut harga. Senarai harga bagi semua barang yang dibekalkan oleh penjual. Nota pesanan atau Pesanan Dihantar oleh pembeli Tiada belian kepada penjual yang mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli. Maklumat yang perlu ada; jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun. 10
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Nota serahan Dihantar oleh penjual kepada Tiada pembeli bersama-sama dengan barang. Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa barang- barang telah dihantar dengan selamat. Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan. Penyata Akaun Dihantar oleh penjual kepada Tiada Invois pembeli. Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar setiap akhir bulan. Maklumat terdiri daripada baki hutang pada awal bulan, jumlah jualan, pulangan, bayaran dan baki hutang akhir bulan yang perlu dijelaskan. Dihantar oleh penjual kepada Belian barang niaga kredit; pembeli apabila penjual membenarkan pembeli Invois Asal – Jurnal Belian membeli barang niaga atau aset secara kredit. Invois Salinan – Jurnal Jualan Maklumat yang ada; nama dan alamat pembeli dan Belian aset kredit – Jurnal penjual, tarikh urus niaga, Am nombor invois, kuantiti dan harga, jumlah belian, syarat serahan dan bayaran dan K. & K. di K. 11
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Nota Kredit Dihantar oleh penjual kepada Nota Kredit Asal – Jurnal Resit Rasmi pembeli untuk memberitahu Pulangan Belian pembeli bahawa hutangnya akan dikurangkan (akaun Nota Kredit Salinan – Jurnal dikreditkan) Pulangan Jualan dihantar disebabkan oleh; 1. terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau tidak berkualiti. 2. bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya. 3. terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan bayaran dalam invois. 4. jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan. 5. pembeli diberi elaun atau komisen. Dikeluarkan oleh penjual Resit Asal – Buku Tunai (Kt) / apabila menerima bayaran Jurnal Pembayaran Tunai daripada pembeli. Bukti penerimaan dan Resit Salinan – Buku Tunai pembayaran yang telah (Dt) / Jurnal Penerimaan dibuat. Tunai Cek atau keratan cek Cek digunakan untuk Buku Tunai (Kt) – lajur bank membuat pembayaran. Buku Tunai – catatan kontra Keratan cek digunakan sebagai rujukan dan sumber rekod. Baucar Pembayaran Dokumen dalaman yang Buku Tunai (Kt) / Jurnal disediakan oleh peniaga Pembayaran Tunai untuk merekodkan segala jenis pembayaran. Bukti pembayaran telah dibuat. 12
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Bil Tunai / Slip Daftar Tunai Dikeluarkan oleh penjual Bil Tunai Asal – Buku Tunai kepada pembeli bagi (Kt) / Jurnal Pembayaran pembayaran untuk belian Tunai (Belian Tunai) barang niaga dengan wang tunai atau cek. Bil Tunai Salinan – Buku Bukti bagi aset yang dibeli Tunai (Dt) / Jurnal secara tunai atau Penerimaan Tunai (Jualan perkhidmatan yang dibuat tunai) secara tunai. Nota Debit (Invois tambahan) Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois Nota Debit Asal – Jurnal terkurang. Belian Akaun pembeli akan Nota Debit Salinan – Jurnal didebitkan untuk Jualan menambahkan harga pada invois (hutang bertambah). Digunakan apabila; 1. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan) 2. Bayaran yang dikenakan terkurang 3. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli 4. Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan) 5. Bayaran tambahan (pertukaran barang) Makluman Debit Satu penyata yang Buku Tunai (Kt) dikeluarkan oleh pihak bank. Memaklumkan akaun pemilik telah didebitkan (dikurangkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab. Cth; Caj bank, Buku Cek. 13
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Makluman Kredit Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank. Memaklumkan akaun pemilik Buku Tunai (Dt) telah dikreditkan (ditambahkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab. Cth: Faedah, Dividen. Memo Digunakan untuk merekod Jurnal Am pengeluaran barang niaga Borang Wang Masuk / Slip atau wang untuk kegunaan Bank peribadi atau kegunaan perniagaan atau memasukkan modal tambahan dalam perniagaan. Borang yang dikeluarkan oleh Buku Tunai – catatan kontra bank untuk merekod urus niaga menyimpan atau mengeluarkan wang oleh pelanggan. Baucer Pembayaran termasuk Dokumen dikeluarkan Penyata Gaji peniaga kepada pekerja Buku Tunai (kt) sekali atau dua kali sebulan. Mengandungi maklumat jumlah pendapatan pekerja dan potongan gaji dalam tempoh tersebut Penyata yang menunjukkan Buku Tunai (kt) rekod caj yg dikeluarkan oleh Folio pelanggan perniagaan perkhidmatan Slip Pindahan Wang kepada pelanggan. Contohnya perhotelan. Dokumen yg digunakan utk Buku Tunai (kt) memindahkan wang pelanggan kepada pihak ketiga secara elektronik. Dibuat antara dua bank yang berbeza 14
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ALIRAN DOKUMEN ANTARA PEMBELI DAN PENJUAL P Surat Tanya E Surat P Jawapan E N Pesanan Belian M J U Nota Serahan B A Nota Debit E L Nota Kredit L Cek I DISKAUN NIAGA Potongan harga ke atas harga senarai, harga katalog atau harga kos. Diberi oleh penjual kepada pembeli dalam bentuk peratus. Untuk menggalakkan pembeli membeli dengan banyak. (belian secara pukal) Semakin banyak barang dibeli semakin tinggi kadar diskaun niagayang diberikan. Ditunjukkan hanya dalam jurnal sahaja. Diskaun Niaga = Harga Senarai X Kadar Diskaun DISKAUN TUNAI Potongan daripada jumlah bersih dalam invois sekiranya bayaran dibuat dalam tempoh diskaun yang ditetapkan. Bertujuan menggalakkan pelanggan membayar hutang mereka dengan segera bagi mengelakkan masal pusingan modal. Semakin singkat tempoh kredit semakin tinggi kadar diskaun tunai. 2 jenis diskaun tunai: ✓ diskaun diberi – diskaun tunai yang diberi kepada penghutang yang menjelaskan hutangnya dlm tempoh kredit ditetapkan. ✓ diskaun diterima – diskaun tunai yang diterima daripada pemiutang jika peniaga memenuhi syarat kredit ditetapkan pemiutang 15
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 3 BUKU CATATAN PERTAMA Terdiri daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Semua urus niaga dicatatkan terlebih dahulu ke dalam Buku Catatan Pertama sebelum dipindahkan ke dalam lejar dengan mengikut urutan tarikh urus niaga. Urusniaga tunai direkodkan ke dalam Buku Tunai, Buku tunai Runcit, Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai. Urusniaga kredit pula direkodkan ke dalam Jurnal Am dan Jurnal Khas. JURNAL Terbahagi dua iaitu; ➢ Jurnal Am dan ➢ Jurnal Khas (Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Jualan, Pulangan Belian) Menunjukkan catatan yang lengkap tentang satu urus niaga mengikut urutan tarikh beserta butir dan keterangan. Memudahkan membuat rujukan dan memberi panduan catatan pindahan ke lejar. Dapat mengesan kesilapan dengan cepat dan mengelakkan penipuan. JURNAL URUS NIAGA DOKUMEN 1. JURNAL AM a. Catatan permulaan atau pembukaan perniagaan . b. Catatan penutupan dan pemindahan baki-baki akaun c. Membeli dan menjual aset Memo bukan semasa secara kredit. d. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan . e. Membawa masuk modal Invois (belian/jualan aset tambahan. bukan semasa secara kredit) f. Catatan pelarasan . g. Membetulkan kesilapan . h. Merekodlan pembubaran perniagaan. 16
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI FORMAT JURNAL AM Tarikh Butir Folio Debit Kredit 21/10/2009 RM RM Alatan Kedai 6,000 6,000 Modal ( Membawa masuk mesin fotostat untuk kegunaan perniagaan ) 2. JURNAL KHAS – Merekod urus niaga berkaitan dengan barangniaga dan kekerapannya berlaku dalam perniagaan adalah tinggi. JURNAL URUSNIAGA DOKUMEN TERLIBAT a. Jurnal Belian Invois Asal Belian barang niaga secara kredit Nota Debit Asal b. Jurnal Jualan daripada pembekal Invois Salinan Nota Debit Salinan c. Jurnal Pulangan Jualan barang niaga secara kredit Nota Kredit Asal Belian kepada pelanggan d. Jurnal Pulangan Nota Kredit Salinan Jualan Merekodkan pulangan barang niaga kepada pembekal Merekodkan pulangan barang niaga daripada pelanggan FORMAT JURNAL KHAS FOLIO JUMLAH DT JURNAL BELIAN RM 4 800 TARIKH BUTIRAN 5 200 02/06/2009 Syarikat Samudera Lautan 10 000 22/06/2009 Salju Sdn Bhd. 30/06/2009 Akaun Belian 17
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JURNAL JUALAN TARIKH BUTIRAN FOLIO JUMLAH 08/06/2009 Sejati Enterprise KT RM 6 000 26/06/2009 Encik Ahmad 1 200 30/06/2009 Akaun Jualan 7 200 TARIKH JURNAL PULANGAN JUALAN JUMLAH BUTIRAN FOLIO 11/06/2009 Sejati Enterprise RM 80 29/06/2009 Encik Ahmad 120 30/06/2009 Akaun Jualan DT 200 TARIKH BUTIRAN JURNAL PULANGAN BELIAN JUMLAH FOLIO RM 400 06/06/2009 Samudera Lautan KT 350 25/06/2009 Salju Sdn. Bhd. 750 30/06/2009 Akaun Pulangan Belian BUKU TUNAI • Gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank • Merekod semua urus secara tunai dan cek termasuk penerimaan dan pembayaran secara cek. Kebaikan Buku Tunai; • Catatan dalam lejar dapat dikurangkan. • Peniaga lebih mudah dalam mengawal tunai perniagaannya. • Mudah membuat rujukan bagi Akaun Tunai dan Akaun Bank. Buku Tunai Tiga Lajur Mengandungi tiga lajur utama iaitu lajur tunai, lajur bank dan lajur diskaun di sebelah debit dan kredit. Debit lajur tunai Semua penerimaan wang tunai Debit lajur bank Semua penerimaan yang dibankkan 18
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Debit lajur diskaun Semua diskaun diberi Kredit lajur tunai Semua pembayaran dengan wang tunai Kredit lajur bank Semua pembayaran dengan cek Kredit lajur diskaun Semua diskaun diterima • Lajur tunai dan bank perlu diimbangkan pada akhir suatu tempoh perakaunan • Lajur diskaun tidak perlu diimbangkan tetapi dijumlahkan sahaja dan jumlah diskaun ini akan diposkan ke lejar dalam Akaun Diskaun yang berkenaan. • Format Buku Tunai Tiga Lajur; BUKU TUNAI Tarikh Butir Fol Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Fo Diskaun Tunai Bank l Catatan Kontra ▪ Catatan pemindahan wang tunai dari pejabat ke bank atau dari bank ke pejabat. ▪ Melibatkan catatan dalam lajur tunai dan lajur bank Buku Tunai yang sama iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan. ▪ Dua keadaan; 1. Pindahan wang tunai dari pejabat ke bank ➢ Dokumen perniagaan – Borang Wang Masuk ➢ Dt lajur bank, Kt lajur tunai 2. Pindahan wang tunai dari bank ke pejabat ➢ Dokumen perniagaan – Keratan Cek ➢ Dt lajur tunai, Kt lajur bank 19
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BUKU TUNAI RUNCIT Kegunaan Buku Tunai Runcit ; 1) Membayar belanja yang amaunnya kecil spt alatulis, belanja pos, tambang dan pelbagai belanja lain yang kecil amaunnya dan tidak sesuai menggunakan cek. 2) Membolehkan pembahagian tugas dilakukan(juruwang ditugaskan utk menjaga Buku Tunai Runcit) 3) Mengelakkan daripada terlalu banyak catatan dalam buku tunai 3 lajur. Penerimaan Tarikh Butir Folio No Pembayaran Analisis Pembayaran Dt Baucer Kt Alatulis Tambang Pos Pelbagai SISTEM PANJAR ▪ Ketua juruwang akan memberikan sejumlah wang tertentu untuk membiayai semua perbelanjaan runcit bagi satu tempoh tertentu dan pada akhir tempoh, ketua juruwang akan membayar semula jumlah yang dibelanjakan oleh juruwang runcit. ▪ Jumlah wang yang biasanya diperuntukkan adalah antara RM 100 ke RM 250 bergantung kepada polisi perniagaan. 20
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 4 LEJAR Buku akaun paling utama yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Akaun berbentuk T ; Format: Debit Butir Folio Nama Akaun Kredit Jumlah Tarikh Jumlah Tarikh Butir Folio Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga Lajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun) Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga Akaun lejar terbahagi dua iaitu; 1. Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modal. 2. Akaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal/namaan (akaun hasil dan belanja). Mengimbang dan Menutup Akaun Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh (biasanys setiap hujung bulan) Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun. Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi. 21
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Tujuan menutup akaun untuk ; 1) memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan. 2) mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti pemilik dan belanja mengurangkan ekuiti pemilik. Folio ▪ Rujukan untuk mengesan sumber catatan pertama atau pasangan catatan bergu – rujukan muka surat akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar. ▪ Mengurangkan kesilapan merekod atau terlupa melengkapkan catatan bergu. ▪ Diisi jika pengeposan telah dilakukan iaitu memindahkan catatan dalam Buku Catatan Pertama ke lejar. ▪ lajur folio akaun lejar dicatatkan dalam halaman jurnal dari mana pengeposan dibuat, PEMBAHAGIAN LEJAR LEJAR AM LEJAR SUBSIDIARI (a) Akaun Nominal (a) Lejar Belian / Lejar (akaun hasil dan Pemiutang belanja) [barangniaga sahaja] (b) Akaun Nyata (akaun (b) Lejar Jualan / Lejar aset semasa dan aset Penghutang bukan semasa) [barangniaga sahaja] (c) Akaun penghutang dan pemiutang aset bukan semasa (akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang) (d) Akaun Modal (e) Akaun Ambilan 22
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI CATATAN KONTRA ❖ Berlaku apabila sesebuah perniagaan menjual secara kredit dan juga membeli secara kredit daripada pihak yang sama. ❖ Peniaga adalah penghutang dan pemiutang kepada perniagaan pada masa yang sama. ❖ Hutang di antara penghutang dengan pemiutang diselaraskan pembayarannya melalui catatan kontra. ❖ Dengan cara memindahkan baki akaun yang mempunyai baki yang lebih kecil ke akaun yang mempunyai baki yang lebih besar. ❖ Hanya satu amaun sahaja yang wujud dan perlu dibayar atau diterima oleh perniagaan. ❖ Terdapat 2 jenis Catatan Kontra : 1) Dari Lejar Jualan ke Lejar Belian. a. debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang 2) Dari Lejar Belian ke Lejar Jualan. b. debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang BAKI KREDIT (AKAUN KAWALAN PENGHUTANG) • Penghutang terlebih bayar kepada perniagaan. • Penghutang memulangkan barang (pulangan jualan) selepas akaunnya dijelaskan. • Pemberian elaun kepada penghutang atau potongan harga selepas akaunnya dijelaskan. BAKI DEBIT (AKAUN KAWALAN PEMIUTANG) • Perniagaan terlebih bayar kepada pemiutang. • Peniaga memulangkan barang (pulangan belian) selepas akaunnya dijelaskan. • Pemiutang memberi elaun atau potongan harga ke atas barang yang dibeli dan telah dibayar. 23
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 5 IMBANGAN DUGA Merupakan satu senarai baki-baki debit dan kredit akaun yang diambil daripada lejar am, lejar subsidiari dan Buku Tunai pada suatu tempoh tertentu. Fungsi Imbangan Duga untuk; ✓ Menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu. ✓ Menguji ketepatan pengiraan. ✓ Membolehkan penyediaan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira ✓ Menyemak ketepatan pengeposan drpd BCP ke lejar. Jumlah di sebelah debit mesti sama dengan jumlah di sebelah kredit. Mempunyai batasan atau had/pengehadan. ***(Imbangan Duga yang seimbang tidak bererti semua catatan dalam lejar betul kerana mungkin terdapat beberapa kesilapan yang ketara atau tidak ketara dalam Imbangan Duga tersebut) PENYEDIAAN IMBANGAN DUGA a) Catatkan semua baki debit di sebelah debit Imbangan Duga. b) Catatkan semua baki kredit di sebelah kredit Imbangan Duga.. Penyediaan Imbangan Duga dalam Bentuk Lajur: Syarikat Maju Sejahtera Imbangan Duga pada 31 Disember 2019 Butiran Debit Kredit Akaun Aset RM 5 000 Akaun Belanja RM 3 000 Akaun Liabiliti Akaun Modal RM 1 000 Akaun Hasil RM 3 000 RM 4 000 RM 8 000 RM 8 000 24
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 5 PEMBETULAN KESILAPAN ➢ Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan bergu dalam lejar am. ➢ Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA kesilapan. ➢ Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal. ➢ Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan KESILAPAN KETARA Cara pembetulan; Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian menurunkan tandatangan ringkas di tepinya. • Imbangan Duga tidak seimbang/sama. • Jumlah debit TIDAK SAMA dengan jumlah kredit . Jenis Kesilapan Ketara dalam Imbangan Duga. 1) Kesilapan Ketinggalan Salah Satu Catatan • Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kredit. Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja. 2) Kesilapan Catatan Di Sebelah Yang Sama • Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah yang sama. 3) Kesilapan Catatan Amaun • Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi angka atau jumlah dari jurnal telah salah dicatatkan ke lejar kerana salah kiraan. 4) Kesilapan Pengiraan • Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau ID. 5) Kesilapan Dalam Imbangan Duga • Jumlah dalam ID tersalah tambah. • Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit. 25
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KESILAPAN TIDAK KETARA Cara pembetulan; Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan. • Imbangan Duga seimbang tapi masih berlaku kesilapan yang tidak dapat dilihat dalam Imbangan Duga. • Jumlah debit MASIH SAMA dengan jumlah kredit. Jenis Kesilapan tidak Ketara dalam Imbangan Duga. 1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga • Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan dalam mana-mana buku. 2) Kesilapan Amaun • Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama. 3) Kesilapan Terbalik/Songsang • Catatan bergu dibuat dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah. 4) Kesilapan Prinsip • Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam akaun yang salah. 5) Kesilapan Komisen • Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam akaun perorangan yang salah. 6) Kesilapan Saling Mengimbangi • Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan yang lain. • Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan). • Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan sebelah kredit dan debit. 26
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TOPIK 6 PENYEDIAAN PENYATA PENDAPATAN Disediakan oleh perniagaan dalam 2 bentuk i) Bentuk T ii) Bentuk Penyata Bentuk T Akaun Perdagangan - utk mencari untung kasar Akaun Untung Rugi – untuk mencari untung bersih Akaun Perdagangan Merekod semua butiran yang berkaitan dengan belian dan jualan barangniaga secara langsung. Disediakan untuk menentukan untung kasar atau rugi kasar. Disediakan bagi tempoh perakaunan berakhir. 27
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Format Akaun Perdagangan Syarikat Makmur Sejahtera Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 Stok Awal Jualan x x Tolak Pul Jualan x X Belian x Tolak Diskaun diberi X tolak Pul Belian x Jualan bersih Tolak x X Diskaun diterima x Tambah Angkutan x Masuk x Upah x Duti atas belian x Insurans belian x Kos belian Kos brg utk dijual x X Tolak Stok Akhir x Kos Jualan x Utg Kasar x ` x X 28
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Akaun Untung Rugi Disediakan untuk mengetahui untung atau rugi bersih pada akhir tempoh perakaunan. Merekod semua hasil di bahagian kredit dan belanja di bahagian debit. Untung bersih = Jumlah Hasil – Jumlah Belanja, jika jumlah belanja melebihi jumlah hasil maka perniagaan menanggung rugi bersih. Format Akaun Untung Rugi Syarikat Makmur Sejahtera Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 Alatulis X Untung Kasar X Faedah diterima X Angkutan Keluar X Komisen diterima X Kadarbayaran X Sewa diterima X Belanja Am X Hutang lapuk terpulih X Belanja Runcit X Untung atas pelupusan X Belanja Pos X Peruntukan Hutang Ragu X Belanja Membaiki X Peruntukan Hutang Ragu X 29 X Belanja Susutnilai X Cukai Pintu X Caj Bank X Faedah pinjaman X Gaji X Hutang Lapuk X Insurans X Komisen Jualan X Rugi atas pelupusan X Untung Bersih X X
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Format Penyata Pendapatan Syarikat Makmur Sejahtera Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 Jualan RM RM RM X Tolak: Pul Jualan XX Diskaun diberi X Jualan Bersih X tolak Kos Jualan Stok Awal X Belian X Tolak :Pul Belian X Diskaun diterima X Belian bersih X Tambah: Angkutan Masuk X Upah X Duti atas belian X Insurans atas belian X Kos belian (X) Kos brg utk dijual Tolak: Stok Akhir X X 30
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Kos Jualan X Untung Kasar X Tambah Hasil Faedah diterima X Komisen diterima X Sewa diterima X Hutang lapuk pulih X Utg atas pelupusan X Peruntukan Hutang Ragu X Tolak Belanja X Alatulis Angkutan keluar X Kadar bayaran X Belanja Am/Belanja X Runcit Belanja membaiki X Peruntukan Hutang ragu X Belanja susutnilai X Cukai Pintu X Faedah atas pinjaman X Gaji X Hutang lapuk X Belanja iklan X Insurans X Komisen Jualan X Sewa X UNTUNG BERSIH X XX 31
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Kunci Kira-Kira Disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas Akaun Penamat disediakan. Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti, ekuiti pemilik perniagaan pada satu tarikh tertentu. Aset disenaraikan di sebelah kiri manakala liabiliti dan ekuiti pemilik di sebelah kanan. Dalam Kunci kira-kira semua butir dikelaskan mengikut kecairan( cepat aset ditukar kepada bentuk tunai) Tujuan : Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan. Menunjukkan kecairan kewangan perniagaan. Menunjukkan jumlah modal yang telah dilabur oleh pemilik dan keuntungan/kerugian diperoleh perniagaan Boleh disediakan dalam bentuk T atau Penyata Bentuk T 32
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Format Kunci Kira – Kira dalam Bentuk T Syarikat Makmur Sejahtera Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2019 RM RM RM RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti pemilik Premis X Modal Awal X Alatan Pejabat X Campur Utg Bersih X Loji dan Mesin atau Tolak Rugi X Bersih tolak Peruntukan Susustnilai X X kenderaan X Tolak Ambilan X tolak Peruntukan Susustnilai X X Modal Akhir X Kelengkapan X Perabot X Liabiliti bukan X Semasa Aset Semasa Pinjaman X Penghutang X Gadaijanji XX tolak Peruntukan Hutang XX Ragu Stok Akhir X Liabiliti Semasa Hasil terakru X Pemiutang X Belanja terdahulu X Overdraf Bank X Bank X Belanja terakru X Tunai X X Hasil Terdahulu XX XX XX 33
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Format Kunci Kira – Kira dalam Bentuk Penyata Syarikat Makmur Sejahtera Kunci kira-kira pada 31 Disember 2019 Aset Bukan Semasa RM RM RM Premis Alatan Pejabat X Loji dan Mesin X tolak :Peruntukan Susustnilai X kenderaan XX Tolak: Peruntukan Susustnilai X Kelengkapan XX Perabot X X Aset Semasa Penghutang X Tolak: Peruntukan Hutang Ragu Stok Akhir X Hasil terakru XX Belanja terdahulu Bank X Tunai X Tolak: X Liabiliti Semasa X Pemiutang X Overdraf Bank X Belanja terakru Hasil Terdahulu X Modal Kerja X X XX X XXX 34
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Ekuiti Pemilik X Modal Awal X Campur Utg Bersih atau Tolak Rugi Bersih X X Tolak Ambilan Modal Akhir X XX Liabiliti bukan Semasa Pinjaman XXX Gadaijanji 35
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BUKU CATATAN PERTAMA DAN BUKU TUNAI Folio No. Invois Jumlah JURNAL BELIAN (RM) Tarikh Butiran Dt JURNAL JUALAN Folio No. Invois Jumlah Tarikh Butiran (RM) Kt 36
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JURNAL PULANGAN JUALAN Tarikh Butiran Folio No. Invois Jumlah (RM) Kt JURNAL PULANGAN BELIAN Folio No. Invois Jumlah Tarikh Butiran (RM) Kt 37
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JURNAL AM Folio Debit Kredit Tarikh Butiran (RM) (RM) 38
SPP 2073 -PRINS KOLEJ KOMUNITI, KEMENT Dt BUKU TUNAI Tarikh Butir Folio Diskaun Tunai Bank Ta RM RM RM 3
SIP PERAKAUNAN TERIAN PENGAJIAN TINGGI I Kt arikh Butir Folio Diskaun Tunai Bank RM RM RM 39
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI LEJAR Tarikh Butiran Fol Jumlah Tarikh Butiran Fol Jumlah RM RM Tarikh Butiran Fol Jumlah Tarikh Butiran Fol Jumlah RM RM Tarikh Butiran Fol Jumlah Tarikh Butiran Fol Jumlah RM RM Tarikh Butiran Fol Jumlah Tarikh Butiran Fol Jumlah RM RM 40
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Rujukan Dr.Hooi Lai Wan Top One KSSM Prinsip Perakaunan Pelangi Pub. Dr Choong Kwai Fatt e-Studi Prinsip Perakaunan Pelangi Pub Fatimah Abd Rauf Financial Accounting for Non Financial Students Fifth Edition Tan Siew Lian Formula A+ Prinsip Perakaunan Sasbadi Sdn Bhd Telaga Biru Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 mehrajbooks.com.my Dr. Hooi Lai WanTee Kok Bin Focus SPM Prinsip Perakaunan Pelangi Pub. 41
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 42
SPP 2073 -PRINSIP PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI eISBN 43
Search
Read the Text Version
- 1 - 49
Pages: