STRUKTUR BAHASA MELAYU 3 OLEH: MUMAD CHELAEH
แบบทดสอบกอ่ นเรยี น Binakan ayat berdasar pola dan penjelasan yang di bagi 1. FN + FN = 2. FN + FK = 3. FN + FA = 4. FN + FSD = 5. Ayat Aktif = 6. Ayat Pasif = 7. Ayat yang terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif
Binakan ayat berdasar pola dan penjelasan yang di bagi 1. FN + FN = Mukhlis pensyarah yang hebat. 2. FN + FK = Farid memakai tudung warna kuning 3. FN + FA = Adiknya sangat nakal 4. FN + FSD = Pejabatnya di atas bangunan 24 5. Ayat Aktif = Muslim menendang bola 6. Ayat Pasif = Bola ditendang oleh Muslim 7.Adik makan nasi ( kk trs ) Kakak sedang tidur ( kk trs)
DEFINISI Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bagi Abdullah Hassan(1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
STRUKTUR SINTAKSIS
Definisi ayat : Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Binaan ayat Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat
Subjek dan predikat Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Pola ayat dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.
FN + FN FN + FK FN + FA FN +FS
Frasa nama + Frasa Nama Frasa nama + Frasa Nama ialah ayat yang subjek dan predikatnya terdiri daripada frasa nama.
CONTOH: PREDIKAT (FN) SUBJEK (FN) pengetua baru di sekolah itu. bangunan Teknologi dan Komunikasi Dia buku kesayangan saya Bangunan itu ketua askar laut Buku tebal itu Mukhlis
FRASA NAMA + FRASA KERJA FN + FK ialah subjek terdiri daripada kata nama dan predikat terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja boleh disertai dengan kata bantu. Contoh: masih, belum, sedang, telah, pernah, mesti dan lain-lain
CONTOH : PREDIKAT (FK) belum makan dari semalam SUBJEK (FN) sedang bermain hp Farid menari dengan gembiranya Pelajar itu belajar di Sekolah Menengah TVM Mereka Dia
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF FN + FA ialah ayat yang subjeknya terdiri daripada frasa nama manakala predikatnya terdiri daripada frasa adjektif. Frasa adjektif boleh disertai dengan kata penguat amat, sangat, nian, sungguh dan sebagainya.
CONTOH : PREDIKAT (FA) besar SUBJEK (FN) sangat manis Rumah itu amat elok untuk kesihatan. Buah anggur ini agar senang Sayur-sayuran itu Peperiksaan subjek ini
FRASA NAMA + FRASA SENDI NAMA FN+FS ialah ayat yang subjeknya frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama. Frasa sendi nama terbentuk daripada kata sendi nama seperti di, ke, dalam, dari dan kepada.
CONTOH : PREDIKAT (FS) SUBJEK (FN) daripada pejabat ayah untuk adik dan kawan-kawan Surat ini di belakang YRU. Bekalan ini kepada Siti Sarihah Kedai dobi itu Tolong berikan buku ini
Search
Read the Text Version
- 1 - 20
Pages: