Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PGT 142048

PGT 142048

Published by Ayam Ikan, 2020-12-06 10:12:35

Description: PGT 142048

Search

Read the Text Version

KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN GURU (PGT342) SIDANG AKADEMIK 2020/2021 SEMESTER 1 TAJUK: Huraikan maksud guru sebagai pemimpin budaya sekolah. Jelaskan bagaimana peranan kepemimpinan ini membantu dalam merealisasikan keberkesanan sekolah. NAMA: Nur Hafizah Binti Jamaludin(142048) NAMA PENSYARAH: Dr. Al Amin Mydin TARIKH: 5/12/2020

ISI KANDUNGAN Tajuk Muka Surat Objektif 2 Pengenalan 3 Perbincangan Penutup 4-18 Rujukan 19 20 1

OBJEKTIF Objektif kajian mengenai tajuk ini adalah seperti berikut: i. Mengkaji faktor-faktor dalam pelaksanaan budaya sekolah. ii. Mengenalpasti hubungan antara kepimpinan guru dalam budaya sekolah dan keberkesanannya ke atas organisasi. iii. Memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar. 2

Pengenalan Kepimpinan yang efisien merupakan salah satu lonjakan penting dalam mempertingkatkan perkembangan sesuatu tamadun. Selain itu, kepimpinan juga berkait rapat dengan ilmu pengetahuan yang mendorong kepada budaya ilmu. Justeru, kepimpinan seseorang guru melalui ilmu yang diperoleh amat penting dalam membentuk budaya sekolah yang positif dan meningkatkan keberkesanan organisasi sekolah. Hujah ini turut seiring dengan Ciulla (2004) yang berpendapat bahawa kepimpinan adalah bagaimana seseorang menggerakkan orang lain melakukan sesuatu tindakan bagi menyempurnakan visi dan misi organisasi. Kempimpinan yang berkesan ini sekaligus dapat menggerakkan orang-orang di bawahnya bagi merpertingkatkan prestasi sesebuah organisasi. 3

PERBINCANGAN 4

KEPIMPINAN Kepimpinan berperanan penting dalam menggerakkan sesebuah organisasi. Menurut Robbins (1991), keberkesanan pemimpin dalam mempengaruhi ahli-ahlinya bagi melakukan gerak kerja akan memberi impak kepada pelaksanaan matlamat organisasi. Justeru, amat penting bagi seseorang itu mempunyai kepimpinan yang mantap bagi meningkatkan kecekapan dalam sesebuah organisasi. Antara tugas utama pemimpin adalah memberi motivasi dalaman untuk merancakkan gerak kerja serta menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani oleh ‘subordinate’. Selain itu, kepimpinan juga turut menjadi penggerak utama dalam perkembangan tamadun pada masa dahulu. Ilmu pengetahuan yang diperoleh membantu dalam memajukan sesebuah tamadun. Masyarakat yang bertamadun ini telah mencapai tahap kehidupan yang membangun dari pelabagai aspek seperti budaya, peradaban dan pembangunan. Kejayaan ini berpaksikan daripada kepimpinan yang mantap. Ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan penting dalam pembangunan pelbagai aspek dan institusi termasuklah sekolah. 5

KONSEP SEKOLAH BERKESAN Peter Mortimore (1995) Key Characteristics of Effective Schools a. Kepimpinan profesional b. Perkongsian visi dan matlamat c. Kewujudan budaya pembelajaran d. Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran e. Pengajaran bermatlamat f. Pengharapan yang tinggi g. Pengukuhan yang positif h. Pemantauan terhadap perkembangan i. Hak dan tanggungjawab murid j. Permuafakatan antara rumah dan sekolah k. Organisasi dinamik 6

KONSEP BUDAYA Schein (2004) dan Oswalt (1985) mentakrifkan budaya sebagai segala tingkah laku yang telah dipelajari serta dikongsi untuk orang ramai. Penurunan ilmu mengenai tingkah laku ini diperoleh daripada ahli yang lebih berpengalaman iaitu ‘senior’. Perkara yang dikongsikan adalah berasaskan perkara-perkara penting yang perlu diberikan penekanan dan dikongsi secara secara turun temurun lalu menjadi tradisi. Ia berasaskan pemerhatian, cara hidup, mitos, simbolik dan sebagainya. Menurut Deal dan Peterson (1999) pula, budaya dikaitkan dengan nilai, tradisi, norma, kepercayaan dan segala upacara yang wujud pada waktu dahulu bagi mengatasi masalah serta cabaran yang muncul ketika bekerja. Memetik Banks dan Banks (1993), budaya adalah sistem sosial yang terdiri daripada pelbagai institusi, tradisi, kepercayaan, strata sosial dan matlamat tersendiri bagi pembentukan sesebuah organisasi. Ini jelas menunjukkan bahawa budaya sekolah menjadi elemen penting dalam merealisasikan keberkesanan dalam persekitaran sekolah. 7

BUDAYA SEKOLAH Rata-rata sekolah secara dasarnya seragam dari sudut kurikulum, prasarana serta kelayakan guru. Namun, budaya sekolah sebenarnya yang menjadi titik perbezaan antara sekolah-sekolah di Malaysia dan penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Oleh kerana budaya boleh dibentuk melalui warganya, maka kepimpinan guru harus dijadikan tunjang utama dalam pembentukan budaya sekolah, sekaligus dapat mendorong keberkesanan positif terhadap sekolah. Hal ini demikian kerana, sikap pemimpin memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sesebuah budaya sekolah dan ia akan menjadi refleksi keberkesanan sesebuah pimpinan tersebut. Kepimpinan guru yang baik akan membawa kepada pembentukan budaya yang akan diteladani and menjadi contoh bagi sekolah- sekolah lain Memetik Banks dan Banks (1993), budaya adalah sistem sosial yang 8 terdiri daripada pelbagai institusi, tradisi, kepercayaan, strata sosial dan matlamat tersendiri bagi pembentukan sesebuah organisasi. Ini jelas menunjukkan bahawa budaya sekolah menjadi elemen penting dalam merealisasikan keberkesanan dalam persekitaran sekolah. .

Namun, menurut Hopkins (2005), kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, amat penting bagi guru memimpin serta menjadi ‘role model’ budaya sekolah yang dapat dicontohi oleh para pelajar dan reformasi pendidikan juga hanya dapat dilakukan sekiranya penekanan terhadap budaya sekolah dilaksanakan. 9

PERANAN guru sebagai pemimpin budaya sekolah Sekolah merupakan institusi formal yang berperanan penting dalam membentuk anak bangsa. Maka, guru berperanan penting dalam membentuk anak bangsa yang berjaya untuk negara. Ini disokong oleh Danielson (2006) yang berpendapat kepimpinan guru sebagai pemimpin yang mempunyai pengaruh yang tinggi kerana selain daripada mengajar, peranan mereka juga diperluas ke luar bilik darjah. Jadi untuk menghasilkan modal insan yang dapat menyumbang kepada negara, terdapat beberapa aspek peranan guru yang perlu diberi penekanan. i. Pengajaran Tugas utama guru adalah sebagai fasilitator dalam kelas. Maka, amat penting bagi guru menjalankan peranan sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, pengajaran bagi mana-mana subjek harus relevan dengan skop pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat memahami apa yang diajar. Guru juga boleh menambah pengetahuan dalam pengkhususan pelajaran seperti memperbaiki kaedah pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Usaha-usaha ini dapat mendorong pelajar dalam pembentukan budaya minat untuk belajar. 10

ii. Tingkah laku Guru juga berperanan sebagai suri teladan (role model) kepada pelajar. Hal ini demikian kerana guru dianggap sebagai pemimpin maka segala gerak-geri guru menjadi cerminan terhadap bagaimana seseorang pemimpin itu bertindak. Oleh itu, guru perlu menunjukkan tingkah laku yang wajar dicontohi walaupun menghadapi situasi yang kurang menyenangkan. Sebagai contoh, apabila guru melakukan kesalahan dalam sesuatu perkara dan ditegur oleh pelajar, guru harus mengambil iktibar daripada teguran tersebut dan tidak mengulangi tingkah laku tersebut serta elakkan daripada cepat melenting apabila diberi teguran yang rasional. Budaya menerima pandangan tanpa mengira umur dapat dijadikan norma baharu di sekolah. iii. Komunikasi Kepimpinan guru turut dilihat dari segi interaksi dengan warga-warga sekolah. Jika komunikasi guru dengan warga sekolah adalah terhad, maka ia menunjukkan kelemahan kepimpinan individu tersebut. Justeru, perhubungan guru dengan pihak pentadbir dan staf perlu dijaga namun komunikasi dengan pelajar harus diberikan penekanan. Hal ini demikian kerana, jika pelajar menyatakan aduan yang hanya boleh diselesaikan oleh pihak pentadbir atau staf, guru dapat berkhidmat dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah itu. Budaya meraikan pelbagai pendapat ini harus dijadikan kebiasaan dalam merealisasikan keberkesanan sekolah. 11

iv. Budaya Kepelbagaian budaya yang diamalkan menjadi salah satu keunikan bagi negara ini. Variasi budaya ini harus diraikan dan guru seharusnya mengambil peluang dalam menjadi penggerak budaya. Guru boleh mengadakan aktiviti mingguan yang memberi fokus budaya berbeza setiap minggu seperti hebahan infografik yang berfokus kepada budaya dan tema berlainan seminggu sekali. Pendedahan boleh merangkumi ajaran serta pantang larang yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Dengan ini, pelajar dapat mengamalkan budaya masing-masing tanpa segan silu dan membuang sikap prejudis terhadap kepercayaan orang lain. Selain itu, guru juga dapat memperkenalkan tradisi baru di sekolah seperti mendidik pelajar untuk salam tangan guru apabila setiap sesi pembelajaran selesai. Ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menambah rasa hormat terhadap warga pendidik. 12

v. Disiplin Segala garis panduan sekolah dirangka bagi menjamin keharmonian sekolah. Justeru, amat penting bagi guru menunjukkan disiplin yang baik. Kepimpinan yang baik menekankan tahap disiplin yang tinggi. Jika guru gagal dalam memimpin dari segi disiplin, budaya pelajar juga akan turut terkesan. Misalnya, guru yang sering bermain telefon ketika sesi pengajaran dalam kelas akan menyebabkan fokus pelajar dalam kelas terganggu. Selain itu, pelajar juga akan terikut akan tabiat guru tersebut kerana mereka berpendapat jika guru boleh melanggar peraturan sekolah, maka mereka juga boleh berbuat sedemikian. Oleh hal yang demikian, guru perlu memastikan tahap disiplin diri berada pada tahap yang maksima bagi membendung budaya negatif yang boleh merosakkan disiplin para pelajar. 13

Faktor- faktor yang mempengaruhi budaya sekolah a. Tradisi b. Peraturan c. Visi dan misi d. Komunikasi e. Persekitaran 14

Faktor mempengaruhi budaya sekolah Menurut Stolp (1995), budaya sekolah yang positif berkait rapat dengan motivasi, produktiviti serta kepuasan guru. Pelbagai kajian juga telah menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah akan berada pada tahap yang rendah apabila budaya sekolah tidak dititikberatkan. Hal ini berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya ialah: i. Tradisi Setiap individu mempunyai pegangan serta kepercayaan masing- masing. Jadi, usaha untuk mewujudkan sesuatu budaya baharu agak terbatas kerana perlu mengambil kira sensitiviti kepercayaan masing-masing. Maka, amat penting bagi guru dalam memupuk budaya yang meraikan kepelbagaian dalam kalangan pelajar dan dalam pada yang sama, turut menerapkan semangat perpaduan yang utuh. Dengan menerapkan semangat perpaduan ini, pelajar akan saling hormat-menghormati walaupun berbeza kepercayaan. Antara tradisi sekolah yang boleh mendorong ke arah permuafakatan warga sekolah adalah seperti mengadakan aktiviti gotong-royong secara mingguan. 15

ii. Peraturan Sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi untuk mempunyai satu garis panduan dan peraturan yang wajib diikuti. Sekolah juga turut mempunyai peraturan yang tersendiri. Namun, faktor ini yang sering mendorong kepada tercetusnya budaya negatif dalam kalangan pelajar. Punca utama tercetusnya masalah ini adalah akibat daripada penekanan yang keterlaluan kepada perkembangan intelek semata-mata sehingga pembinaan akhlak dan disiplin diabaikan. Pelajar akhirnya melanggar peraturan sebagai tanda memberontak. Jadi untuk mengekang masalah ini, guru seharusnya cuba memahami pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan berhubung dengan lebih lanjut dengan pelajar bermasalah tersebut. Kompromi guru dan pelajar ini dapat mewujudkan budaya sekolah yang lebih positif.. 16

iii. Visi dan misi Setiap organisasi sekolah mempunyai visi dan misi yang spesifik untuk dicapai. Namun, sukar untuk mencapai matlamat tersebut tanpa penekanan terhadap penambahbaikan budaya sekolah. Sebagai contoh, jika sesebuah sekolah ingin menacapai taraf cemerlang dengan hanya memberi penekanan terhadap akedemik, visi dan misi yang disasarkan sukar untuk dicapai 100%. Hal ini demikian kerana, pemfokusan terhadap kurikulum tanpa mengambil kira faktor lain seperti tingkah laku pelajar, akan membantutkan perkembangan pelajar. Justeru, guru harus menitikberatkan pembudayaan sekolah di samping membantu pelajar dari segi akademik. iv. Komunikasi Interaksi dalam kalangan warga sekolah membawa impak yang besar dalam pembentukan budaya sekolah. Jurang komunikasi yang sangat besar antara warga pendidik dengan pelajar serta pentadbiran atasan menyebabkan masalah salah faham sering berlaku. Sebagai contoh, disebabkan guru dianggap sebagai seorang yang sukar didekati, pelajar tidak akan berkongsi pendapat atau masalah. Ini menyebabkan muncul tingkah laku yang bersifat benci kepada guru. Bagi merapatkan jurang ini, guru harus bersikap lebih terbuka dalam menerima pandangan pelajar dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri. 17

v. Persekitaran Prasarana serta persekitaran dalam kawasan sekolah turut berperanan penting dalam pembentukan sesebuah budaya sekolah. Persekitaran yang kondusif dapat memupuk semangat pelajar dalam menuntut ilmu. Sekiranya prasarana sekolah adalah memuaskan, maka sukar untuk pelajar memberikan fokus sepenuhnya dalam kelas. Sebagai contoh, sekolah yang sering mempunyai masalah kerosakan meja kerusi yang tidak dibaiki akan menyebabkan pelajar berasa terganggu dan mendorong kepada peningkatan budaya vandalisme akibat sikap pihak sekolah yang tidak ambil peduli. Ini seiring dengan pendapat Gonder dan Hymes (1994) yang menyatakan impak perbezaan antara budaya sekolah. Organisasi sekolah yang mempunyai budaya positif mempunyai prasarana dan persekitaran yang memenuhi keperluan serta kehendak pelajar manakala sebaliknya berlaku bagi sekolah yang mempunyai masalah pembentukan budaya positif. Maka, guru perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan keyakinan pelajar seperti memastikan fasiliti dalam keadaan yang baik dan menceriakan sekolah dengan beberapa alternatif seperti mengecat bangunan lama. Ini dapat memupuk budaya pelajar untuk sering datang ke sekolah. 18

PENUTUP Kesimpulannya, segala pencerahan yang diberikan jelas menunjukkan pentingnya kepimpinan guru dalam membentuk budaya sekolah. Kepimpinan guru ini juga merangkumi pelbagai aspek bagi merealisasikan keberkesanan fungsi sekolah. Justeru, amat penting bagi guru untuk sentiasa melakukan penambahbaikan bagi memupuk motivasi pelajar. Apabila guru berperanan dengan baik, motivasi pelajar di sekolah juga dapat ditingkatkan. Di samping itu, budaya-budaya positif dalam sekolah dapat diperkembangkan serta mengukuhkan lagi ukhwah dalam kalangan warga sekolah. Apabila pelbagai budaya positif menjadi norma pelajar maka prestasi sekolah juga dapat dilonjakkan. Visi dan misi sekolah akan turut tercapai dengan jayanya. 19

RUJUKAN i. ABDUL RAZAK, A. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31, 3-19. doi:http://ejournal.ukm.my/jpend/article/viewFile/14749/4516 ii. ABDUL SHUKOR, S. (2012, June 13). KONSEP KEPIMPINAN GURU DALAM KALANGAN GURU DI TIGA BUAH ... Diakses pada 1 Disember 2020. http://eprints.utm.my/id/eprint/32248/1/SharfuddinAbdulShukorMFP2 012.pdf iii. Daud, Y., & Don, Y. (2012). Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal Of Learning And Instruction, 9, 111-139. http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7639 iv. Daud, Y. (2007). BUDAYA SEKOLAH RENDAH: HUBUNGANNYA DENGAN KEPEMIMPINAN, KOMITMEN ORGANISASI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK. Repository@USM. doi:https://core.ac.uk/reader/11932550 v. Khatijah, S. (2012). NOTA BUDAYA SEKOLAH. Diakases pada 30 November 2020. https://www.academia.edu/3783912/NOTA_BUDAYA_SEKOLAH vi. R. S. A. Samad, S. Jamaluddin. (2015) PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya. https://www.academia.edu/5283815/PERANAN_KEPIMPINAN_GU RU_DALAM_MEMPENGARUHI_IKLIM_BILIK_DARJAH 20


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook