MPU23032-PENGAJIAN ISLAM ( SAINS TEKNOLOGI DAN ICT ) TAJUK: KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT. NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK NUR FARISAH BINTI ZAMRI 25DDT19F1118 NURUL ATHIRA BINTI ABDULLAH 25DDT19F1121 NUR AMIRA HANI BINTI MUHAMAD MUJARI 25DDT19F1116 NURULAIN SYAFIQAH BINTI ABD RAZAK 25DDT19F1132
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 3 2. OBJEKTIF KAJIAN 4 3. PENGENALAN 5-6 4. ISI DAN KETERANGAN 7-8 i. Kesahihan maklumat 9-10 ii. Penyebaran fitnah 11-12 iii. Aktiviti perjudian 13 iv. Pelayaran web negatif 14 5. PENUTUP/KESIMPULAN 15 6. SUMBER RUJUKAN 2
PENGHARGAAN Bismillah, Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara, terlebih dahulu kami ingin mengungkapkan rasa kesyukuran terhadap Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada kami dengan dikurniakan nafas, akal fikiran yang cergas dan cerdas, juga kesihatan pada hari ini. Dengan nikmat ini, kami dapat menyediakan folio tugasan kami yang bertajuk “Sains Teknologi Dan ICT-Kesan Dan Cabaran Dunia Siber Dalam Pembentukan Akhlak Masyarakat”. Kami dapat mengetahui lebih banyak maklumat tentang tajuk ini. Pertama sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Suriani binti Ripin sebagai pensyarah Pengajian Islam kami kerana membantu dan menjelaskan lebih lanjut kepada kami mengenai tentatif kajian yang kami jalankan. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan buat kami tanpa kenal erti putus asa. Walaupun mereka sibuk bekerja, mereka tetap menolong kami tanpa rasa keluh dan kenal erti penat. Kami amat menghargai setiap insan yang memerah tenaga buat kami dalam proses penyediaan folio tugasan ini. Akhir kata, kami akhiri dengan ucapan terima kasih daun keladi, lain masa minta tolong lagi. Sekian, terima kasih. 3
OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah kami jalankan: 1)Mengetahui apa yang dimaksudkan dengan dunia siber. 2)Mengenalpasti cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak masyarakat. 3)Menyenaraikan kesan-kesan dalam dunia siber untuk pembentukan masyarakat. 4)Menghuraikan dalil dan hadis yang sahih melalui kesan dan cabaran tersebut. 5)Dapat membuat kesimpulan berdasarkan topik yang dibincangkan 4
PENGENALAN Siber ialah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan internet. Istilah dunia siber pertama kali digunakan oleh William Gibson, seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer (1984), yang mana beliau gambarkan “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya.” Istilah ini kini biasa digunakan untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan komputer, teknologi maklumat dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, yang menjadi media komunikasi untuk semua orang. \\ Neuromancer(1984), William Gibson 5
Jika dilihat dari pelbagai sudut, terdapat banyak kesan yang dapat kita kupas daripada penggunaan siber ini. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh pelbagai golongan terutamanya golongan remaja. Golongan remaja zaman kini mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala negatif antara salah satunya adalah melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi zaman sekarang adalah zaman teknologi, yang boleh menggunakan laman sosial sebagai medium utama untuk membuat sebarang aktiviti. Kebanyakan golongan remaja menjalinkan hubungan sosial menerusi Facebook, Tinder, Omi dan sebagainya yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh menarik minat terutamanya generasi muda bagi menggunakan aplikasi tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan siber ini mempunyai banyak kebaikan seperti dapat berhubung dan berkenalan dengan orang baru serta dapat mengetahui pelbagai isu-isu semasa. Namun, banyak juga kesan negatifnya jika mereka tidak menggunakannya secara berhemah. Laman web ini atau aplikasi ini, menjadi tumpuan para penjenayah untuk menjadi mangsa mereka. Walaupun terdapat pelbagai kes jenayah yang berleluasa disebabkan penggunaan siber ini, remaja masih tidak menyedari bahawa keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka ataupun gambar-gambar mereka adalah sangat penting. Ini adalah kerana, pemikiran mereka masih tidak terbuka untuk menerima perkembangan semasa yang boleh membawa kesan buruk kepada diri mereka. Akhbar di bawah menunjukkan bahawa jenayah siber semakin lama, menjadi semakin teruk. Akhbar yang berkaitan 6
ISI DAN KETERANGAN 1. Kesahihan Maklumat Antara kesan yang ingin saya kupaskand dalam pembentukan akhlak masyarakat dalam dunia siber pada harini adalah mengenai kesahihan maklumat. Kesahihan merupakan perihal sahih semua rumusan dan pendapat mereka perlulah benar dan maklumat pula ialah keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu. Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik (jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada (berhati-hati) akan kebenarannya”. (Al-Hujurat:6) Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutamanya dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi tujuan menyesatkan orang lain. Antara contoh yang kita boleh lihat dalam era ini adalah: 7
Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisional dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat. Video yang berkaitan 8
2. Penyebaran fitnah Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain. Fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w,budaya fitnah telah menjadi perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi,tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Firman Allah dalam Al-Quran: “Dan bunuhlah mereka dimanapun kamu temui mereka, kemudian usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu; dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram terkecuali jika mereka perangi kamu di tempat tersebut. Jika mereka perangi kamu maka perangilah mereka. Demikianlah balasan untuk orang kafir.” (Al-Baqarah:19) Daripada ayat di atas, jelaslah bahawa fitnah itu adalah lebih kejam daripada pembunuhan. Perbuatan tersebut dapat menimbulkan kekacauan kepada seseorang. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitanyya. Tetapi,disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan,banyak turut menyertainya dan tujuan fitnah itu untuk menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. 9
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah,melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu,perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan. Video yang berkaitan 10
3. Aktiviti Perjudian Judi bermaksud permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (seperti main ceki,main dadu,dan sebagainya). Judi dalam bahasa arab dikenali sebagai al- maisir atau al-qimar. Ia bermaksud permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah. Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan anak batu, atau dengan dadu atau dengan segala pertaruhan. Pihak berkuasa tempatan ,polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan ini sering dilakukan di pusat siber, kafeteria dan lain-lain lagi. Kegiatan perjudian ini juga mencabar nilai hidup islam yang jelas menharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran serta maksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu jauhinya supaya kamu berjaya” (Surah Al-Maidah: 90) Dosa dan keburukan maysir (judi) dan qimar (pertaruhan) adalah ia boleh membawa kepada permusuhan,mengutuk-ngutuk dan pertelingkahan serta merupakan suatu bentuk mengambil harta orang lain secara batil di samping melalaikan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan solat. Dari segi agama, perbuatan judi akan mengakibatkan seseorang jauh hatinya dari mengingati Allah dan mengerjakan solat kerana kesibukan dengan harapan untuk menang, atau marah kerana kalah judi. Bahkan sekiranya menang sekalipun,nescaya kemenangannya itu akan terus menenggelamkannya di dalam kesibukan,sehingga tidak ingat selain dari harta yang dimenanginya itu sahaja. 11
Kesimpulannya, antara hikmah yang disebut termasuklah boleh menyebabkan seseorang itu terjebak dalam pelbagai jenayah seperti mencuri,mencederakan jiwa, menimbulkan permusuhan dan pertelingkahan ,mengambil harta orang lain secara batil, menjadi asbab kepada seseorang dalam menipu dan menzalimi orang lain, menghabiskan harta sehingga sanggup mengabaikan isteri dan anak-anak, serta pelbagai keburukan lain sebagaimana yang telah dijelaskan. 12
4. Pelayaran web negatif Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian dan dorongan terhadap jenayah seksualiti. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses ini, memberi kesan negatif kepada setiap jenis golongan tidak kira yang muda mahupun yang tua. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Daripada firman Allah Taala: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membaawa kerosakan” (Surah Al-Isra’ 17:32) Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar islam. Pendidikan islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Video yang berkaitan 13
Penutup/Kesimpulan. Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan dan keberkatan hendaklah dijadikan sebagai rujukan utama di dalam penggubalan etika kepenggunaan Internet pada zaman kini, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar menghormati antara satu sama lainnya, iaitu menjadi seorang yang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya serta melakukan kebaikan dengan seikhlas hatinya. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan pada masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari semasa ke semasa. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita, semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda untuk mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia serta memperketatkan atau membuat peraturan baru tentang isu kesan negatif dalam dunia siber kini. Akhir sekali, kita sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab haruslah mengelakkan diri daripada pengaruh negatif ICT serta dunia siber yang kian moden dan mewah pada zaman grobalisasi ini. 14
SUMBER RUJUKAN 1. Internet https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesan-dan-cabaran-dunia-siber- dalam-pembentukan-akhlak-masyarakat/ https://dalamislam.com/akhlaq/larangan/larangan-fitnah-dalam-islam https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2102-irsyad-al- fatwa-ke-160-hukum-pertandingan-meneka-lembu-sado https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1696-apakah-maksud-ayat-jangan-dekati- zina http://group-annur.blogspot.com/p/penyebaran-fitnah-umumnya-fitnah.html 15
Search
Read the Text Version
- 1 - 15
Pages: