\"Tidak lazim? Maksudnya?\" Lelaki tua itu menggaru kepala tidak gatal. Turut bingung untuk menjelaskan. \"Entahlah. Tapi yang pasti ada kesan cekik pada keduanya cuma polis merasakan itu bukan bekas jari manusia” Davies hanya mampu bisu akan itu. *** Malam menjelang, ditemani cahaya bulan dan bintang yang bertemu mesra di atas langit. Mengatakan bahawa ciptaan Tuhan itu paling bersinar dan menyerlah sekarang. Davies sedang menyesap kopinya. Dia sukar tidur kerana memikirkan kematian drastik tanpa alibi kukuh mendiang kedua orang tua kekasihnya. Stella bahkan hilang tanpa khabar. Polis tidak mengesyaki adanya sebarang penculikan hingga boleh membawa Stella pergi setelah menyoal siasat beberapa pasang mata saksi. Siapa yang membunuh bekas calon ibu bapa mertuanya itu? TOK TOK Bunyi ketukan pintu berjaya membuyar lamunan Davies. Sedikit hairan siapa pula yang bertamu tengah malam begini. Tanpa curiga dia membuka pintu dan terkejut mendapati Stella dengan wajah seperti dikejar hantu menyapa indera. Stella memeluk erat tubuh tinggi Davies. Menenggelamkan diri dalam hangat tubuh sang kekasih. Gurat terkejut tidak boleh disembunyikan pihak yang dipeluk lalu dengan bingung dia perlahan melepaskan pelukan itu. Ditangkup wajah cantik Stella yang sudah basah. 51
\"Babe, what's wrong?\" Stella mendongak sedih. Menatap sayu wajah tampan orang yang sangat dicintainya. Bibir nipis itu bergetar. Tidak mampu meneruskan kata-kata. \"Aku mohon Dave...hiksss... percaya apa yang akan aku katakan ni hikkss...\" Davies yang mendengar itu semakin dibuat hairan. Ada apa sebenarnya? Stella memejamkan mata perlahan lalu membuka. \"I-I killed my parents Dave...hiksss\" DEG Tersentak sang pendengar. Dave berfikir kerasa untuk mencerna kata-kata mengarut yang barusan wanita tercintanya itu ucapkan tadi. \"A-apa maksud awak? Jangan melawak Stella\" Stella menggeleng-geleng. Putus asa. \"Aku tak melawak Dave. Memang aku...aku pembunuh Mom and Dad hiksss...\" Davies cuba menenangkan Stella. Menuntut kejadian sebetulnya. \"Kau ingat lagi kan pasal lukisan misteri tu?\" Dave mengangguk sendu. \"Lukisan tu...lukisan puaka. Aku dirasuki olehnya tepat saat aku tengok ia tergantung di galeri seni beberapa bulan lalu. Awalnya aku tak faham dengan perubahan diri yang berlaku ini sampailah terjawab lepas aku nampak jelmaan yang mukanya sama dengan aku. Dia mengatakan dia adalah doppelganger aku. Aku yakin kau cukup tau apa itu doppelganger kan? Dia sengaja bekerjasama dengan setan dalam lukisan tu sebab aku yang terlalu taksub nak jayakan watak Swan Queen. Watak antagonis utama yang memang kontra dengan watak asal aku dulu. Aku buntu sampai aku pergi ke galeri tu semula selama masa aku menghilang sebelum ini. And guess what? Lukisan tu tak pernah wujud pun menurut pegawai di sana. Jadi, aku fikir memang lukisan tu adalah alat semata-mata untuk menghasut aku jadi...sejahat ini...hiksss\" 52
Kelu. Hanya itu yang dirasakan oleh Davies. Dia adalah psikitri bukannya bomoh atau paderi untuk melenyapkan iblis laknat yang berjaya kuasai tubuh kekasihnya ini. Tanpa suara dia kembali memeluk Stella. Sama pilunya meratapi nasib malang wanita itu. Dia hanya mangsa keadaan. \"Kita ke father hm? Minta bantuan mereka\" \"No Dave No! Setan ni...dia kuat...hikss...Just help me to get it out from my body!\" Racauan Stella menggesa Davies untuk menguatkan dekapan mereka. Mengusap sayang surai panjang si cantik. \"Yes I know! Aku cuba tolong itu sebab aku ajak berjumpa father di gereja boleh kita selesaikan! Kuasa Tuhan lebih kuat Stella!\" \"Help Dave Help! Help me...tolong aku sebelum dia... dia...\" Stella berhenti meracau. Tubuhnya tiba-tiba mematung. Davies menelan ludah kasar. \"B-babe...hey Stella-\" Belum sempat dia meneruskan kata wajah Stella mendongak. Wanita itu mengilai. Suasana gelap bilik apartment Davies bertukar seram. \"Kekasih kau tu bodoh...kekeke...tubuhnya bahkan lemah untuk melawan...kekeke\" Davies mundur ke belakang. Sisi gelap Stella kembali menyapa. Dibukanya jaket tebal yang melingkup tubuh kecil itu hingga menyisakan gaun hitam menjuntai. Rambutnya yang panjang nan legam menutupi akses muka. Hanya mata sekelam tinta itu sahaja terlihat bersama seringaian iblis. \"KELUAR KAU DARI TUBUH KEKASIHKU IBLIS LAKNAT\" \"HAHAHAHAHAHA TIDAK SEMUDAH TU!!! KAU FIKIR KAU LAYAK NAK PERINTAH AKU MANUSIA JAHIL!!!\" 53
Tubuh Stella membelakangi Davies. Raut pucat si lelaki muncul dengan melampau tatkala Stella membungkuk ke belakang hingga bunyi retakan tulang terdengar kuat. Lalu dengan ngerinya tubuh dirasuki iblis itu merangkak terbalik. Wajahnya kekal menyeringai bersama juntaian rambut panjang itu jatuh menyentuh lantai. Davies cuba melarikan diri namun sosok itu menghalangnya. Pisau pemotong yang entah dari mana didapati iblis bertopengkan Stella itu digenggam sang wanita. \"K-kau nak buat apa dengan pisau tu...\" Tarikan bibir ke atas membentuk miring. Tanpa aba-aba Stella yang dirasuk syaitan berlari cepat dengan kaki sengaja dipijak kuat bagi timbul gema sekitar. SRET \"UHUK UHUK\" Darah segar keluar dari mulut Davies. Matanya membola ketika pisau itu menikam perutnya. Air mata menitis jatuh ke pipi sang lelaki tatkala Stella yang dirasuk itu turut membesarkan matanya dengan bibir semakin menyungging ngeri. Seakan puas kerana berhasil membunuh para keparat dalam hidup si wanita. Dicabut paksa pisau itu. Darah mengalir begitu banyak. BUK 54
Tubuh tidak berdaya sang mangsa tikaman rebah terlentang ke lantai apartmentnya. Refleks wajah pembunuh yang ada pada Stella kembali berubah. Stella terpaku melihat lelaki yang dicintainya terbaring mengenaskan di bawah. \"ARGHHHHHH DAVE NOOOO!!!\" Stella yang sudah kembali ke realiti berlutut. Tangan penuh darahnya bergetar lalu dia melempar geram pisau di tangan. Mengesot tubuh lemah bergetarnya menuju sang kekasih. Stella meraung. Memeluk erat kepala Davies di pangkuannya. \"JANGAN PERGI DAVE HIKSSS MAAFKAN AKU HIKSSS\" Bayang hitam itu muncul lagi. Stella mendongak marah. Riaknya begitu berani tanpa takut sama sekali. \"K-KAU SETAN SIAL! LAKNAT! MAMPUS KAU KE NERAKA!!!\" Stella ingin mencekik sosok iblis itu meski akal warasnya mengatakan itu tidak mungkin terjadi. Mereka datang dari alam yang berbeza. Satu sisi baiknya sebagai manusia dan satu lagi sisi jahatnya sebagai iblis. \"HAHAHAHAHA JANGAN KAU MIMPI MANUSIA CELAKA KAU DENGAN BODOHNYA MASUK KE PERANGKAP AKU UNTUK GANTI MANUSIA DULU YANG SAMA HINANYA KERANA MELANGGAR PERJANJIAN HITAM KAMI\" Stella yang sudah diambang luar kewarasan itu mengerut dahi. Sisa rasionalnya berfikir keras. Apa maksud di sebalik ucapan iblis tersebut? \"AKU TAK PERNAH BUAT APA APA PERJANJIAN SETAN!!! KAU YANG MEMPERALAT TUBUHKU\" Iblis itu makin ketawa keras. Menimbulkan remang bagi siapa sahaja yang mendengar. \"MEMANG KAU TIADA KAITAN TAPI OBSESI KAU TERHADAP DUNIA BALLERINA MENJADI ALASAN AKU PERGUNAKAN SESUKA HATI HAHAHAHAHA\" 55
Jelmaan mengerikan itu terapung ke udara lalu menyerang Stella. Dicekiknya tubuh kecil itu hingga terangkat ke atas. Stella dibawa ke udara luar apartment. Kedua bola mata manusia itu membelalak takut melihat betapa tinggi keadaannya sekarang. Dilirik ke bawah. Jalanan terlihat kecil dari atas. \"L-lepaskan arkkkhhh lepaskan aku arkkkk\" Pita suaranya tersekat kerana iblis tersebut menguatkan cengkaman tangan berlapiskan kuku di jemari berkedutnya. \"Tengok tu Stella...Aku boleh lepaskan cekikan ni bila-bila masa saja...HAHAHA\" Kepalanya yang dicekik berusaha menggeleng takut. Kakinya mengais-ngais permukaan kosong udara. Adrenaline berpaju maksimun akan sakaratul maut di depan mata sehingga iblis itu melepaskan cengkaman erat berikut. \"ARGHHHHHHHHHH\" BUGH Tubuh Stella melayang lalu terhempap ke permukaan tanah. Kejadian ngeri di mana sosok wanita baru jatuh dari tingkat atas apartment mewah baru sahaja berlaku. Kepala belakang yang menghentam konkrit jalan perlahan mengeluarkan darah segar. Mulutnya juga mengalirkan cairan merah itu. Iris hazel terbuka tanpa binar di wajah pucat pasi tersebut membuktikan empunya diri sudah tidak bernyawa lagi. Akhir dari segalanya. Si cantik, bekas primadona ballerina muda kesayangan ramai, Cassandra Stella Reece dijemput ajal oleh iblis antah berantah yang sudah lama bersemadi dalam tubuh tersebut. 56
Beberapa minggu kemudian... \"Sehingga kini, pihak polis masih dalam siasatan untuk mengenalpasti punca tragedi pembunuhan mendiang Fredo James Benson. Bekas pemilik studio ballet terkemuka New Jersey itu yang ditemui mati akibat kepala dipenggal di bilik kerja syarikatnya merupakan seorang yang bersih dari sebarang rekod jenayah. Dilaporkan...\" KLIK Suara penyampai berita tersebut hilang tatkala jemari kekar seorang lelaki menutup tombol alat kawalan jauh televisyen. Tubuhnya bersandar pada sofa empuk. Kaki kanannya menyilang lalu siku tangan menumpu pada sisian sofa. Raut tampan itu terkekeh kecil. Merasa jenaka akan segala yang berlaku. Pembunuhan seorang keparat seperti Fredo James Benson memang patut ditayangkan sekerap ini. Bukan apa, biar dunia tahu lelaki itu menerima seruan mautnya dengan cara yang amat ngeri. Alasan terkuat juga kerana lelaki itulah menjadi biang masalah sehingga kekasih hati, Stella mati dibunuh iblis laknat. Maksudnya, jika dia tidak memancing emosi Stella kerana keputusan menggantikan watak berharganya kepada pendatang baru, sudah tentu iblis itu tidak berpeluang lebih untuk menguasi keseluruhan tubuh wanita tercinta. Si tampan dengan wajah bengis itu, psikitri sekaligus kekasih kepada mendiang Cassandra Stella Reece… 57
Davies O' Brien. Masih hidup. Tikaman Stella yang dirasuki iblis waktu itu tidak mampu membunuhnya dengan mudah. Lelaki tersebut bangun dari duduk. Menyambar jaket kulit bersama kunci kereta Mercedes Benz Class miliknya. Keluar dari kawasan apartment yang lain. Bukan lagi apartment lama dia tempati dahulu kerana pelbagai kenangan indah dan pilu tertinggal di sana. Segala yang berlaku hanya diambil sisa manisnya sahaja. Memori perkenalannya bersama Stella, bunga-bunga cinta yang mekar antara mereka hinggalah tumbuhnya bayi hasil hubungan asmara kedua pasang kekasih itu nian terkunci kemas di dalam hati. *** Dave berdiri menatap penuh makna hospital sakit jiwa di hadapnnya. Ada agenda besar yang membawanya ke sini. \"Oh Dave! Long time no see brother!\" Sapaan hangat itu disambut pelukan bersahabat keduanya. \"Saja nak jenguk kawan lama\" Balas Davies selamba. \"Hahaha ya ya kau memang macam tu. Datang dan pergi suka hati.\" Sakarstik itu hanya menyunggingkan senyum seadanya. Sebentuk reaksi biasa tanpa termakan emosi atau apa. Sahabat lama selaku doktor sakit jiwa di situ memang suka berucap sinis. Beberapa detik berlalu sehingga Dave mengundur diri. Sudah cukup rasanya dia meluangkan waktu dengan basa basi di sini. Keluar dari bilik kerja rakannya, Dave meneliti jururawat yang berpapasan. Target ditemui. Dia berjalan tanpa menoleh ke depan sehingga tubuhnya terbelaga seorang staff nurse. \"Oh, sorry Mr\" ujar staff nurse itu lembut dan sopan. Davies tersenyum kecil. Jambakan kunci yang digenggam staff nurse itu terjatuh dan menggeser ke bawah. Dengan cepat Davies mengambilnya lalu menukarkan dengan jambakan kunci yang seiras tanpa pengetahuan staff nurse dibelakang. 58
\"Here your keys.\" \"Thanks Mr. Maaf sekali lagi untuk tadi\" Davies mengibas tangannya. Menandakan dia tidak marah dengan aksi pelagaan tidak sengaja yang sebenarnya disengajakan olehnya itu. Staff nurse itu menjauh. Seringaian tercetak pada paras rupawan Davies. *** Sunyi sekitar hospital sakit jiwa itu menyisakan seorang wanita yang tidak bergeming. Matanya seolah hilang deria kantuk. Merenung sahaja ke luar jendela di dalam bilik kurungannya. Keadaan tidak terurus itu semakin menguat asumsi bahawa dia menghidap penyakit mental. Gila. Natalie Callum. Wanita itu mengalami trauma berat kerana menjadi saksi satu-satunya saksi pembunuhan ngeri beberapa bulan sebelum. Mata bulat itu menyaksikan sendiri bagaimana kekasih gelap yang amat dicintai tanpa sedarnya dipenggal kepala oleh iblis berwujud manusia ketika itu. Sehingga beberapa petugas hospital terpaksa membawa wanita itu yang sudah tidak siuman setelah mendapat laporan para tetangganya. Diperiksa dengan yakin bahawa memang sah Natalie didiagnosis penyakit mental dek implikasi tekanan batin kejadian nahas tempoh hari. Dia cuma bereaksi jika memandang lelaki sahaja. Atas sebab, minda yang menganggap bahawa mana-mana lelaki adalah Fredo. Mewujudkan khayalan abstrak secara rawak kesan trauma beratnya. Begitu terpukul akan kematian sang kekasih gelap. Maklumat sebegitulah diambil kesempatan oleh lelaki yang kini sudah berhasil masuk ke dalam bilik wanita gila itu. 59
Davies memanfaatkan kunci hasil curinya yang berjaya mengaburi staff nurse siang tadi. Membolehkan dia menukar dengan pendua serupa. \"Natalie Callum\" Wanita gila itu menoleh perlahan kerana panggilan namanya. Muka tanpa rona itu berubah cerah. Tersenyum menampilkan barisan gigi khas orang sakit mental. \"F-fredo? Darling! Oh! Darling finally you're coming!\" Dave menyeringai. Mengisyaratkan telunjuknya kepada perempuan gila bekas jalang di hadapan supaya diam. Natalie kembali patuh dengan menutup mulutnya. Membalas isyarat dengan turut sama meletakkan telunjuk di depan bibir. Tingkahnya tidak ubah seperti kanak-kanak tadika. Dave mendekati Natalie. Mendekatkan wajah yang sudah tidak cantik kerana penyakit gila dalam diri berhasil mencacat keterampilan bekas ballerina itu. Bisiknya perlahan. \"Nak keluar hm?\" Natalie mengangguk semangat. \"Alright. But you have to promise me. Do not ever speak or making loud? Got it?\" Natalie tersengih bodoh lalu membuat gerak jari menzip mulut. Batin Dave bersorak ria. Rancangannya hampir sempurna. *** 60
Hutan belantara yang dipenuhi pohon-pohon meninggi persis kisah Twilight menjadi pemandangan Davies kini. Atmosfera biru gelap menandakan peralihan malam ke dini hari. Lelaki tampan itu membuka bonet belakang kereta. Mengeluarkan sekujur tubuh kaku wanita yang tidak sedarkan diri. Davies menggendong tubuh Natalie yang sudah diculiknya dari hospital sakit jiwa. Perlahan kaki panjang itu menyelusuri semak samuk rimba hingga tepat kawasan dikelilingi lingkaran hitam dengan angka dan huruf ganjil menghentikan gerak langkah. Diletakkan tubuh wanita gila yang pengsan di tengah lingkaran aneh. Perlahan mundur ke belakang lalu menjerit. \"AKU DATANG!!!\" Angin berhembus kencang dengan deru nada yang mampu meremangkan bulu roma. Burung gagak di sekitar mencicit bising seiring langit malam yang semakin gelita. Lembaga hitam menakutkan itu perlahan muncul di hadapan Davies. Wajah hodohnya hanya terisi kulit pucat menggelupas dengan tulang pipi cekung. Seluruh tubuh diselimuti jubah hitam pekat lusuh. Di tangan yang mempunyai kuku jari panjang hampir menyentuh tanah itu membawa tongkat. Atau lebih mudah dikatakan sebagai parang besar nan runcing yang hujung matanya boleh menyiat kulit sesiap sahaja. Bola mata hitam lembaga iblis itu mengamati tubuh tergeletak wanita di tengah lingkaran. Mulut sedikit lecur miliknya terbuka dan membentuk seringaian puas di bibir. \"Kau sudah buang rahimnya kan?\" Suara parau makhluk laknat itu bergema. Davies menatap datar. \"Sudah tentu. Seperti perjanjian\" 61
Tawa ngeri sang iblis semakin menjadi lalu dia mengangkat tubuh seorang wanita tidak bernyawa. Tubuh kecil itu terapung di udara. Davies yang melihat mayat Stella sedang menggantung itu menangis haru. Sedikit lagi sayang. Batinnya yakin. Hingga mayat sang kekasih itu berubah rona kulitnya. Dari pucat pasi kepada putih kapas layaknya manusia yang hidup. Iblis itu menurunkan Stella yang sudah hidup kembali kerana disematkan azimat kemenyan hitam di dalam jantung sang wanita. Davies tidak peduli semua itu lalu berlari mendekap tubuh terbaring Stella. Kelopak hazel indah itu terbuka. Wajah cantiknya begitu berseri dan tidak kuasa Dave menahan air matanya. Sesak, haru, gembira menjadi satu. \"D-dave...\" Bisik Stella lemah. \"Yes...I'm here baby\" Kedua sejoli itu melempar senyum bahagia kerana disatukan kembali oleh takdir kelam. Dibelainya wajah tampan Dave. Bebannya terangkat ringan begitu sahaja tatkala kekasihnya masih hidup. Lembaga iblis tadi sudah pergi dengan tubuh Natalie. Ya, makhluk halus itu merasuki diri Natalie kemudian hilang di telan kegelapan. Davies dan Stella saling menatap sendu. Melempiaskan betapa bahagianya mereka kini. Sudah tidak ada yang akan menghantui keduanya. Davies mendekatkan wajah lalu mencium bibir merah kekasih mati-hidup kembalinya itu. Stella turut membalas lumatan bibir Davies sambil memejamkan mata erat. Menyisakan rembulan sebagai saksi kegiatan luar batas metafizik yang baru berlaku. Soal Natalie. Tubuhnya menjadi hak milik sang iblis terkutuk. Melakukan perjanjian dengan Davies yang ternyata masih hidup selepas makhluk itu membunuh Stella. 62
Flashback \"Tak sangka kau kuat jugak manusia celaka\" Sosok iblis menyindir telak. \"A-aku mohon...tolong hidupkan kembali...k-kekasihku uhuk\" Darah segar kembali menyembur. Perutnya masih berbekas tikaman. Tawa mengilai bergelegar seluruh sudut. \"Dasar manusia celaka! Sudah lemah! Bodoh pulak!\" Hening melanda. Davies putus asa sehingga ucapan iblis itu mempengaruhi waras akalnya untuk bertindak kejam demi meraih cintanya semula. \"Boleh. Asalkan kau bawa seorang wanita sebaya kekasih kau. Buang rahimnya kerana aku tidak mahu peristiwa yang berlaku antara kalian berulang pada wanita tu. Aku ingin tubuhnya supaya senang ku perhambakan. Dengan tiada rahim dalam tubuh wanita tu, dapat menghalangnya menjalin hubungan intim dengan mana-mana lelaki. Kau sendiri sudah tahu kan, aku adalah iblis yang sama latarnya dengan watak Swan Queen tersebut. Pemimpin wanita diktator yang tidak perlu pasangan mahupun keturunan\" Maka, kesepakatan tercapai dengan Davies yang menggali maklumat tentang Natalie. Bukankah balas dendam itu memuaskan? END * Info: Doppelganger bukanlah suatu bayangan. Mereka biasanya terlihat oleh orang itu sendiri, karena Doppelgaenger merupakan sebuah pantulan. Doppelgaenger orang tersebut akan memberi nasihat seputar masa depan orang yang melihatnya. Biasanya, orang yang melihat Doppelgaenger akan mati beberapa tahun setelah ia didatangi oleh Doppelgaenger. 63
Side story Medieval York Minster, 1897 Bunyi hiruk pikuk bergema memecah suasana. Kelihatan begitu padat manusia di sana sini saling berlumba ke destinasi. Ada yang sebagaj pelajar dan ada juga yang sebagai pekerja. Masing-masing sibuk mengejar waktu untuk elak sebarang masalah berhadapan sang pihak atasan. Namun, hal itu tidak berlaku kepada seorang gadis. Hidupnya sedari kecil bergantung harap pada sang ibu. Satu-satunya ahli keluarga yang masih tersisa. Veronica Aguillard. Empunya nama si gadis. Sejak dilahirkan, dia cuma tahu ada sosok ibu sahaja yang membesarkannya. Segala pergerakan dibatasi sama sekali hingga umurnya menginjak 25 tahun. Lingkup persekitaran dihadkan. Kenalannya seputar para pekerja dan rakan seniaga ibunya. Dia bahkan tidak mengerti alasan di sebalik pengawalan ketat ini untuk apa. Hidupnya benar-benar setertutup itu. *** Gedung ballroom yang luas itu terlihat sunyi. Hanya ditemani temeramnya cahaya tumpu pada sosok manis di atas pentas. Alunan muzik okestra klasik melantun ke gegendang. Tubuh kurus tersebut meliuk-liuk persis angsa yang berdansa di bawah sinaran purnama. Menghayati peranannya sebagai Swan Princess yang mahir tarian ballet. Jari seorang wanita paruh usia mengetuk-ngetuk pinggiran kerusi audiens yang diduduki. Iris dengan gurat kedutnya menatap tajam pada gadis muda yang bergerak selari simfoni di atas sana. Begitu teliti. \"Stop!\" 64
Gadis manis tersebut berhenti menari dan terjatuh tidak elit. Kakinya sudah memerah akibat kesan luka berterusan melalui sesi latihan kerasnya saban hari. Peluh membasahi wajah cantik itu. Riak letihnya tergambar jelas. Lawan bicara selaku sang ibu bersilang kaki. Kembali mengintimidasi si gadis muda. Tidak peduli tubuh lemah sang anak layaknya mayat hidup. \"Lembik! Berapa kali ibu kata. Tahan! Muzik berhenti sahaja jangan jatuh! Kuatkan kaki tu! Senyum hadap penonton! Apa yang susah sangat Veronica?!\" Nafas tercungap-cungap Veronica belum reda. Perlahan dia cuba bangun namun kembali terjatuh dengan suara lembut itu terpekik sakit. \"Arkh!\" Geram dengan ketidakberdayaan sang anak, Scarlett, ibu kepada Veronica itu naik ke pentas. Menarik kasar lengan kurus yang hanya terbaluti kulit sahaja sebagai pelindung tulang. Veronica diheret paksa ke belakang pentas. Tubuh lemahnya meringsut takut apabila sang ibu mengeluarkan rotan berbahan kayu runcing. Tanpa hirau kondisi menyedihkan Veronica, Scarlett melibas belakang betis si gadis cantik. Bibir pucat bersama lapisan gincu merah jambu yang semakin pudar itu digigit kuat. Veronica menahan pedih pada kaki putihnya. Tidak. Dia tidak boleh menunjukkan rasa sakit itu di depan ibu kerana akan berimbas hukuman lebih teruk lagi andai dia lemah. Libasan demi libasan. Setiap kali sebatan sang ibu akan menyumpah ranah entah apa. Veronica tidak begitu fokus akan bunyi jampi sedemikian ekoran pedih di sekujur tubuh lebih dominasi dirasa. Jari jemari kecilnya meremas sisian seragam khas balet. Air mata berlinangan seiring sebatan ibu pada kakinya. Akhir denda yang diterima, menyaksikan Scarlett melempar rotannya ke sebarang arah lalu meninggalkan Veronica. Si gadis menyedihkan itu terjerembab ke lantai pentas. Pengsan meregut kesedaran. 65
*** Bukaan pertama menyaksikan sepasang kelopak mata lain yang turut memandang lekat. Ekspresi lega terpahat di raut tampan. Lelaki selaku kuli ibu Veronica itu menemukan si gadis tergeletak lemah. Sudah acapkali berlaku kerana obsesi majikannya itu yang kerap memaksa anak tunggalnya ini berlatih keras semata-mata ingin mengaut untung bisnes pementasan balletnya. Ketamakan akan duit mempengaruhi Scarlett untuk kaya cepat. Kisah hidupnya ditinggal suami. Anaknya yang satu itu masih kecil. Tabungan yang ada tidak cukup menampung hidup. Perkara tersebutlah yang menggesa si wanita untuk membuka studio balet. Kesempatan emas tidak disia-siakan tatkala penerimaan ramai terhadap seni balet semakin hangat sejak pihak kolonial melancarkan siri imperialisme mereka pada era Renaissance abad ke 14 hingga hujung abad ke 17 lepas. Dan Veronica. Bertindak tanpa rela sebagai kambing hitam kerakusan sang ibu menghasil pundi-pundi harta. \"Awak okay Veronica?\" Tanya lelaki kuli itu dengan prihatin. Veronica tersenyum sendu. Membalas seadanya. \"Jangan risau Xavier. Saya baik saja\" Xavier, nama lelaki kuli sang ibunya menatap sedih. Dia tahu, Veronica menggalas beban yang amat berat. Jika itu dirinya, mungkin dia rela bunuh diri daripada menghadap kekejaman ibu sendiri. Buat apa mempunyai ibu andai pelayanan diterima tidak jauh berbeza seperti anjing peliharaan? Kejadian yang menimpa Veronica sedikit sebanyak menimbulkan emosi dirinya sebagai seorang yatim piatu. Tidak pernah merasakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil lalu diambil sang majikan, selaku ibu Veronica untuk mengabdi padanya. *** 66
Waktu bersilih ganti. Perasaan itu tumbuh dengan sendirinya. Mahupun Veronica atau Xavier, keduanya cukup peka akan percikan bara dalam diri masing- masing itu yang namanya cinta. Mereka menjalin kasih di belakang ibu Veronica. Sehingga satu hari Veronica positif hamil. Dunia Scarlett seakan runtuh. Bagaimana anaknya yang naif dan hampir 24 diawasi mata-matanya itu boleh mengandung luar nikah. Dia segera mencari tahu siapa pemuda bangsat yang menghamili anak gadisnya. \"M-maafkan saya Madam. Saya janji akan bertanggungjawab\" \"KAU LELAKI SIAL!! INGAT AKU NAK LELAKI MISKIN SEDIH MACAM KAU UNTUK PERBUAT MENANTU!!! MENJIJIKKAN!!! AKU BAGI KAU KERJA MALAH INI BALASANNYA HUH?!!!\" Scarlett marah sejadi-jadinya. Lantas, dia berkomando kepada para pengikut lainnya untuk membunuh lelaki itu. Dan suara pekik menahan sakit bergema di kandang kuda tersebut. Hingga esoknya mayat membusuk Xavier dibakar hidup-hidup. *** \"IBU KEJAM IBU KEJAM HIKSSS ARKHHH\" PLAK PLAK BUGH BUGH 67
Scarlett mengabaikan makian anak gadis yang sedang hamil muda. Menampar pipi kemudian menendang kakinya brutal. Wanita angkuh yang begitu tamak itu menatap geram pada Veronica. Masa genting sebegini masih boleh anak derhakanya itu membela si lelaki bodoh yang sudah mati dipijak kuda itu? Holly. Tidak bisa dibiarkan. \"KENAPA KAU SEMURAH INI VERONICA AGUILLARD?!!! APA YANG LELAKI MISKIN BODOH TU KASI PADA KAU SAMPAI BERANI MENENTANG IBU HUH??!!!\" Veronica dengan sisa tenaga yang ada perlahan bangun. Tubuh kurus bergetar yang perutnya sedikit membuncit itu menatap benci pada sang wanita yang melahirkannya. Tangannya membentuk kepalan geram. Wajah basah akan air mata itu semakin pucat pasi. Mengertap giginya. Sesak di dada sangat menyeksa. \"Ibu...nak tau apa yang Xavier kasi saya Veronica begitu rela menyerahkan harga diri?\" Kaki kecil itu terseret lemah. Berusaha tegar di depan ibu yang angkuh lagi zalim. \"Xavier...sudah beri cinta dan kasih sayang yang banyak tak ternilai pada Veronica. Sedangkan ibu? Ibu bukannya kasi kasih sayang tapi...sengsara...SENGSARA IBU SENGSARA!!\" Rahang sang ibu mengeras. Matanya semakin memerah. Tidak tangguh-tangguh lagi untuk memanggil para pengikitnya. Menyuruh mereka mengheret paksa sang gadis hamil yang malang itu. Veronica memekik keras. Merintih pilu untuk dibebaskan. Dia dikurung dalam bilik tanpa sebarang akses dunia luar. *** Malam menjelang. Scarlett bergerak gelisah. Tidak boleh memejamkan matanya kerana takut akan sesuatu yang pasti akan muncul menuntut penjelasan. 68
Sudah tentu sosok iblis laknat yang wujud dari garis keturunan ahli sihir Zaman Gelap beberapa tahun silam akan menagih janji andai dia gagal menjaga kesucian sang anak. Hukuman maut. Bentuk balasan setimpal yang akan berlaku kepada sang anak dan dirinya jika langgar syarat tetapan iblis berikut. Scarlett, wanita zalim yang otaknya hanya memikirkan harta telah membuat perjanjian syaitan melalui ilmu hitam yang dipelajari secara peribadinya itu. Sisa-sisa ideologi nenek moyang yang dahulu mengamalkan sihir pemuja makhluk ghaib demi meraih apa jua kehendak. Sama ada wang, pangkat, kemasyuran, wanita atau apa pun yang terhajat di hati. Maka dari itulah Scarlett berdoktrin sama. Kepercayaan primitif itu mempengaruhi nya untuk bertindak melampaui hukum hakam agama. Syarat perjanjian itu terisikan dengan Veronica sebagai kambing hitam hendaklah kekal dara sampai habis nyawanya. Hal itu disebabkan filosofi iblis laknat tersebut yang memang tercipta sebagai makhluk tanpa pasangan dan anak. Jadi sebagai Langkah berjaga-jaga, Scarlett perlu mengehadkan pergaulan Veronica. Semua itu telah memangkinnya untuk diaplikasikan tatkala idea membuka studio balet muncul. Awalnya kecil-kecilan sahaja namun seiring bantuan iblis binasa, dia berjaya membangunkan nama studio ke peringkat lebih tinggi. Veronica. Anak gadis cantiknya itulah dipaksa berlatih dengan keras sebagai ballerina. Sehingga mampu bergelar yang terbaik. Tidak seorang pun yang tahu mengenai aktiviti pemujaannya setiap hari. Bekerjasama dengan makhluk ngeri terkutuk oleh Tuhan terasa mudah sahaja. Namun, sikap lepas pandangnya kembali menjerat diri. Sangkaannya meleset apabila lelaki miskin bodoh bekas kuli yang dipungutnya bahkan bertindak sebagai duri dalam daging yang merosak anaknya. TAP... 69
TAP... TAP... Bunyi jejak menapaki lantai rumah Scarlett. Wanita separuh abad itu terlonjak dari pembaringan. Air liurnya tertelan kasar. Jantung berdetak ingin keluar. Tubuhnya basah bermandikan peluh. Raut cuak itu tidak terkawal lagi. SRET... Pintu bilik dari arah lain begitu kuat terdengar. Membuka perlahan lalu targetnya pada siluet cantik nan muda di atas katil yang tengah menjemput mimpi. Lembaga hitam itu menyeringai. \"Sungguh kesian nasib kau manusia cantik. Ibu zalim itu begitu serakah mengejar dunia demi kepentingan diri sampai anak gadis semanis kau menjadi korban\" Suara yang mampu menggetarkan tulang temulang tubuh dek parau nan serak ngeri itu mengemuka seluruh ruangan bilik Veronica. Scarlett menyerbu bilik anaknya lalu terperangah. Reaksi kecut terpancar jelas di wajah wanita itu. Lidahnya hilang kata-kata. Anaknya. Veronica sedang dicekik oleh lembaga hitam tersebut dan tubuhnya mengapung di udara. \"Arkkkk i-ibu...akkk h-help akkkk me akkk\" Veronica tidak dapat mengeluarkan suara dengan jelas kerana lehernya semakin kuat dicengkam. \"LEPASKAN ANAKKU HIKSSS LEPASKAN DIA SETAN!!!\" 70
\"HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!\" Barang-barang di dalam bilik itu saling berjatuhan ke lantai. Terkesan akan gempa yang dihasilkan oleh suara iblis menyeramkan tersebut. Keadaan rumah Scarlett bergegar dasyat. Sosok makhluk halus berselimuti kerubung hitam itu membawa tubuh Veronica untuk menggantung di udara yang bawahnya adalah jalanan konkrit. Bilik gadis itu di tingkat atas. Memudahkan aksi iblis melepas cengkaman itu hingga tubuh manusia cantik korban kerakusan ibunya terhentak ke tanah. Darah segar mengalir deras dari kepala dan paha sang korban. Veronica sudah mati di tangan iblis laknat. Janin yang dikandung turut menjadi mangsa. \"TIDAKKKKK VERONICA HISKSSS MAAFKAN IBU VERONICAAAAAA\" Scarlett meraung pilu. Memohon taubat akibat keterlanjuran dirinya yang termakan bisikan syaitan. Kini, gilirannya pula menjadi sasaran makhluk ghaib itu. Tubuh gementarnya berlari sekuat yang mampu. Sehingga kawasan hutan gelap yang tidak terjaga menjadi persinggahan mutakhir sebelum riwayatnya ditamatkan oleh sang iblis laknat di sana. Ratusan tahun kemudiannya, studio usang milik Scarlett dirobohkan kerana pihak pemaju ingin membeli tanah tersebut. Membuat kira-kira akan keberuntungan yang bakal diperoleh andai membuka tapak baru. 71
Status demografi dan lokasinya sangat sesuai untuk menarik para pelancong domestik mahupun antarabangsa melabur lantas menambah saham negara. Para bangsawan kaya bekerjasama untuk membina sebuah galeri seni. Mempamerkan pelbagai jenis artifak kuno yang harganya boleh mencecah jutaan dollar. Di zaman itu, muzium sudah tidak asing lagi untuk diusahakan. Hening suasana galeri pada tengah malam menyapa indera. Lembaga hitam yang pernah membunuh dua pasangan ibu anak kembali memunculkan diri. Berkeinginan mengabadikan keberadaanya di bekas tempat mendiang Scarlett menyerunya buat pertama kali dahulu. Wujudnya dikecilkan menjadi bayang tidak kasat mata lalu membentuk sebuah bingkai gambar. Gambar tersebut perlahan terhasil. Melukiskan seorang gadis cantik yakni Veronica sebagai pelengkap tempat persembunyiannya. Menunggu manusia berjantina perempuan muda yang berprofesion sebagai ballerina profesional untuk disedut ke lohong hitam sesat nya pada masa depan. FIN *Info: Balet merupakan bentuk tarian formal yang berasal dari Istana era Renaissance Itali, yang kemudiannya berkembang selanjutnya di Perancis dan Rusia sebagai bentuk tarian konsert. Ia merupakan tarian berbentuk amat teknikal dengan kosa katanya tersendiri. Ia berpengaruh sebagai bentuk tarian seluruh dunia dan diajar di sekolah tarian seluruh dunia yang menggunakan kebudayaan dan masyarakat mereka sendiri bagi memodenkan seni ini. Tarian balet direka tari, dan termasuk membuat mimos, berlakon, dan menurut muzik balet (biasanya orkestra tetapi kadangkala menurut penyanyi). Ia paling dikenali dalam bentuk balet klasik, terkenal kerana tekniknya, seperti \"en pointe\" dan berputar pada hujung ibu jari kaki, lemah gemalai, gerakan tepat, licin, dan kualiti yang berupa syurgawi. Perkambangan lanjut termasuk balet klasik baru (neoclassical) dan balet semasa (contemporary). 72
73
Search