EZINE INI BOLEH DISEBARKAN SEPERTI YANG DITERBITKAN INI Diterbitkan oleh Dah Baca Quran Belum Facebook: https://www.facebook.com/dahbacaquranbelum Telegram: https://t.me/dahbacaquranbelum Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
KAeMnaLnE-gNQ-keGUnaRAngAJaInN ﺑِ ْﺴــــ ِﻢ ِﷲاﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ِﻦ اﻟ ﱠﺮ ِﺣﻴﻢ اﻟ ﱠﻠ ُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َﻋ َﲆ ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋ َﲆ آ ِل ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ اَﻟ ﱠﺴ َﻼ ُم َﻋ َﻠ ْﻴﻜُ ْﻢ َو َر ْﺣ َﻤ ُﺔ ِﷲ َوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗُ ُﻪ Nama saya Norudin bin Draman. Saya dilahirkan pada 16 Ogos 1980 bersamaan 4 Syawal 1400 Hijrah di Bintulu, Sarawak. Nama pena UstazCahaya saya guna sejak tahun 2006 ketika mula menulis di blog. Sehingga umur saya 5 tahun, kami tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Dagang, Bintulu. Ulama legenderis nusantara Hamka, pernah datang ke kampung kami pada tahun 1970. Selepas tahun 1985, kampung itu sudah bertukar menjadi bandar Bintulu. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
KAeMnaLnE-gNQ-keGUnaRAngAJaInN BUYA HAMKA DATANG KE KAMPUNG KAMI 10 TAHUN SEBELUM SAYA LAHIR Buya Hamka bertemu ketua masyarakat dan AJK Masjid di rumah No.19, Kampung Dagang Bintulu pada tahun 1970. Dalam gambar, almarhum Buya Hamka duduk di tengah (berkaca mata hitam) dan sebelah beliau berserban putih adalah almarhum Haji Ahmad Sulong, Imam Masjid Daerah Bintulu ketika itu. Gambar dari grup Facebook Sejarah Bintulu https://m.facebook.com/groups/295042693864589 ?view=permalink&id=946659218702930 Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
KAeMnaLnE-gNQ-keGUnaRAngAJaInN GURU AL-QURAN PERTAMA SAYA Arwah datuk dan arwah nenek sebelah ibu adalah guru mengaji Al-Quran pertama saya. Mereka berdua mengajar mengaji di rumah. Pada tahun 1987, saya dan keluarga saya tinggal agak jauh dari rumah arwah datuk tetapi masih dalam satu kawasan perumahan yang sama. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
Gambar saya Kenang-kenangan di pada bulan lapangan terbang Januari 1988 Kuching. Selepas menjalani rawatan selama sebulan di Hospital Umum Sarawak. PATAH KAKI SEWAKTU PERGI MENGAJI Waktu menyeberang jalan mahu ke rumah datuk dan nenek untuk mengaji Al-Quran, saya dilanggar sebuah lori pick-up yang membawa tong minyak hitam. Kemalangan itu terjadi awal bulan Disember tahun 1987. Ketika itu saya berumur 7 tahun. Kata tiga orang sahabat yang bersama saya, lori brek mengejut dan berpusing lalu bahagian belakang lori 'melibas' saya kena kaki saya. Sungguh, satu detik dari kemalangan itu tidak ada dalam ingatan saya. Semuanya hitam. Apa yang saya ingat ialah ketika saya sedar, saya berada di katil hospital dan hidung saya sudah dimasukkan hos getah. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
Dari rumah keluarga saya untuk ke rumah arwah datuk dipisahkan oleh sebatang jalan besar. Rujuk peta Google di bawah ini. Saya kemalangan di Jalan Kemena. Rumah arwah datuk di Lor B6 (Lorong B6). Waktu itu saya dan keluarga tinggal di Lor A4 (Lorong A4). Pada masa kemalangan terjadi, saya bersama tiga orang sahabat zaman kanak-kanak saya. Dari apa yang mereka ceritakan, selepas saya 'terlanggar', lelaki Cina yang memandu lori pick-up itu terus melarikan diri bersama lorinya. Rupa-rupanya, dia lari dan menyerah diri di balai polis. Alhamdulillah. Lelaki Cina yang melanggar saya itu bertanggungjawab. Dia menanggung segala kos rawatan saya. Paling besar ialah kos penerbangan pergi balik Bintulu - Kuching kerana saya dirawat di Hospital Umum Sarawak di Kuching. Dia perlu membeli empat tempat duduk kapal terbang yang direbahkan untuk saya. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
KAeMnaLnE-gNQ-keGUnaRAngAJaInN Gambar 1 Syawal 1441 Hijrah. Saya membaca khutbah selepas solat sunat Aidilfitri di rumah keluarga. Duduk di kerusi itu anak adik saya. TEMPURUNG LUTUT SAYA PECAH AKIBAT KEMALANGAN ITU Kesan kemalangan yang menimpa saya pada tahun 1987 dulu masih dapat dilihat hingga sekarang. Kaki kiri saya bengkok. Alhamdulillah. Syukur tidak apa-apa. Saya masih boleh bergerak, mengayuh basikal, menunggang motorsikal dan memandu kereta. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
KITAB MENGAJI PERTAMA SAYA Saya mula mengaji dulu guna kitab Muqaddam. Gambar adalah kitab Muqaddam lama di rumah keluarga yang saya ambil hari raya 2020. Saya tidak tahu kitab Muqaddam dalam gambar ini dibeli tahun bila cuma ada tertulis harga $1.30. Mungkin dibeli pada tahun 1980-an. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
Nama lengkap kitab ini adalah Muqaddam al-Qa’idah al-Baghdadiyyah. Disusun oleh seorang ulama Al-Quran bernama Abu Mansur Hafz Fikri Al-Baghdadi. KAeMnaLnE-gNQ-keGUnaRAngAJaInN KITAB MUQADDAM AL-BAGHDADIYYAH Kitab ini adalah antara buku teks awal dalam sejarah belajar dan mengajar membaca Al-Quran di Nusantara. Kaedah Muqaddam jika digunakan dengan betul adalah kaedah terbaik untuk orang bukan Arab belajar dan mengajar Al-Quran. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
KAeMnaLnE-gNQ-keGUnaRAngAJaInN TENTANG MUQADDAM Kaedah Muqaddam bermula dengan membaca nama huruf-huruf dalam ayat-ayat Al-Quran (huruf Hija'iyah). Latihan membaca nama huruf Hija'iyah ibarat latihan kuda-kuda, pukulan dan tendangan bagi penuntut yang baru menyertai gelanggang silat. Bagi orang bukan Arab, lidah dan rongga suara kita belum biasa dengan beberapa bunyi dalam ayat-ayat Al-Quran. Oleh sebab itulah pentingnya belajar membaca nama-nama huruf terlebih dahulu. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
Selepas pelajaran huruf Hsahkeadai jteraaeadl'KrakiauyAheaMhanstaLnmh.MnEy,-geuapNQ-nqkedgeGUalaneadalnjRAaandagmrAaJlaaimInnNt a n d a Pada tahap ini, Muqaddam melatih pelajar membaca huruf-huruf Hija'iyah dengan kesemua tanda harakat. Kemudian, pelajaran dalam kaedah Muqaddam adalah latihan membaca surah An-Naas hingga Ad-Dhuha. Pada tahap ini, sehingga surah Ad-Dhuha, boleh dikatakan 80% cara baca Al-Quran dengan betul dan tepat akan diajar dan dilatih. Pada tahap ini juga murid sudah boleh dikenalkan dengan ilmu tajwid. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
MENGAJI DULU DAN SEKARANG Kaedah mengaji yang disusun sejak tahun 1998/99 tidak lagi memperkenalkan murid dengan nama huruf dan tanda harakat. Murid terus dilatih membaca. Tanpa mengenal huruf dan baris, murid agak susah untuk memahami tajwid, contohnya Mad Asli. Mahu tidak mahu guru perlu memberitahu bahawa jika huruf ba baris atas bertemu huruf alif mati maka bacaannya panjang dua harakat. Oleh sebab itu, ramai guru yang memperkenalkan juga nama huruf dan baris kepada murid walaupun mengajar guna kaedah selain Muqaddam. Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
EZINE INI BOLEH DISEBARKAN SEPERTI YANG DITERBITKAN INI Diterbitkan oleh Dah Baca Quran Belum Facebook: https://www.facebook.com/dahbacaquranbelum Telegram: https://t.me/dahbacaquranbelum Facebook | Instagram | Twitter: #dahbacaquranbelum
Search
Read the Text Version
- 1 - 16
Pages: