Sinopsis Juzuk 13 13 Ramadan 1441h
Surah Yusuf 3 Kisah Nabi Yusuf ا مpada juzuk ini diteruskan lagi dengan permintaan baginda agar dijadikan sebagai orang yang menjaga perbendaharaan negara Mesir. Nabi Muhammad ا ّٰ و melarang daripada meminta minta jawatan. Bagaimana ditafsirkan permintaan Nabi Yusuf ا مini? 3Permintaan Nabi Yusuf ا مterhadap jawatan adalah sebagai satu jalan untuk baginda berdakwah kepada Allah SWT, juga untuk menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman sesama manusia dan juga bagi melaksanakan kebaikan yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Maka permintaan jawatan yang dilakukan oleh baginda ini bukanlah untuk kepentingan peribadi baginda sendiri tetapi adalah untuk mencapai maslahah dan menolak mudarat yang lebih besar untuk rakyat dan negara Mesir.
3Seterusnya disebutkan tentang peristiwa kedatangan saudara saudara baginda ke Mesir yang datang meminta bantuan makanan dan permintaan baginda kepada mereka agar membawa saudara kandung baginda bersama sama dengan mereka. Hikmah peristiwa ini amat besar iaitu sebagai penambahan ujian kepada Nabi Yaqub ا مbagi mengangkat darjat baginda di sisi Allah. 3 Nabi Yaqub ا مberpesan kepada anak anak baginda agar mereka tidak masuk melalui pintu yang sama ketika pergi ke Mesir disebabkan oleh jumlah mereka yang ramai, sebaliknya masuk melalui pintu pintu yang berbeza. Pada peristiwa ini terdapat pengajaran walaupun keyakinan Nabi Yaakub ا مterhadap Allah SWT telah tinggi tetapi baginda masih mengambil asbab atau usaha sebelum berserah kepada Allah SWT. Bagaimana pula dengan kita?
3Peristiwa saudara saudara Nabi Yusuf menghadap baginda di istana dan kejadian kehilangan cupak milik raja dan bagaimana melalui peristiwa itu telah dijadikan sebab untuk baginda mengambil saudara kandung baginda agar tinggal bersama baginda. 3Terdapat kisah yang amat menyentuh hati tentang kesabaran Nabi Yaqub ا مdan bagaimana tingginya sangka baik baginda kepada Allah SWT. Walaupun semua perkara dalam hidup baginda telah berubah tetapi keyakinan dan kepercayaan baginda terhadap Allah SWT tetap teguh dan kuat. Pada akhirnya Allah SWT telah mengurniakan baginda jalan keluar daripada segala ujian yang dihadapi. Kata Qatadah rahimahullah, ‘’Tidak diturunkan ujian ke atas Nabi Yaqub ا مmelainkan baginda akan sentiasa menghadirkan perasaan sangka baik kepada Allah di sebalik semua ujian itu.”
3Pada ayat ke 83 Nabi Yakub menyifatkan bahawa kesabaran baginda adalah (sabar yang indah). Apakah yang dimaksudkan dengan sabar yang indah ini? Iaitu sabar yang tidak diiringi dengan keluhan. Semoga Allah mengurniakan kepada kita sifat sabar seperti ini. Ameen. 3 Dinyatakan juga apakah kesan memiliki pengetahuan terhadap kesempurnaan sifat dan kesucian nama Allah SWT dalam menghadapi kesusahan dan ujian hidup. Kata Nabi Yaqub ا م: ََ َل إ ّ َ أ ْ ُ َ ِ ّ وَ ُ ْ ِ إ َ ا ّ ِ وَأ ْ َ ُ ِ َ ا ّ ِ َ َ َ ْ َ ُ ن \"(Nabi Yaakub) menjawab: \"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.\" [Yusuf : 86] Iaitu Allah SWT Maha Mengetahui setiap satu perkara maka baginda bersangka baik kepadaNya.
3 Nabi Yusuf ا مtelah menyimpulkan dua perkara yang telah mengangkat darjat baginda ke tahap yang baginda telah sampai iaitu dengan ketakwaan dan kesabaran. Oleh kerana baginda telah merealisasikan dua sifat ini maka baginda telah meraih kejayaan yang besar. َ ِ ِ ْ ُ ْ إ ّ ُ َ َ ّ ِ وَ َ ْ ِ ْ َ ّن ا ّ َ َ ُ ِ ُ أ ْ َ ا \"Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.\" [Yusuf : 90] Pada ayat ini juga terdapat isyarat bahawa dua perkara ini iaitu ketakwaan dan kesabaran adalah sebaik baik amalan yang boleh dilakukan dalam menghadapi hasad para pendengki.
3Selepas segala kesabaran yang telah dilakukan oleh Nabi Yusuf ا مdalam menghadapi ujian yang sangat berat dan setelah dikurniakan kedudukan yang tinggi di bumi, baginda tidak lupa untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT dan mengiktiraf kurnianNya serta memperingatkan kepada ayah baginda segala nikmat itu agar baginda ikut sama merasai sifat syukur. 3Akhirnya baginda memohon kepada Allah agar dimakbulkan permintaan baginda supaya diwafatkan sebagai orang Islam. 3 Di manakah mereka yang memutuskan hubungan dengan saudaranya daripada tindakan Nabi Yusuf ? ا مTidakkah mereka ingin mengambil pengajaran daripada baginda dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan. 3Pada hari pembukaan kota Mekah baginda juga mengambil tindakan yang sama pada ahli keluarga baginda yang menentang baginda iaitu dengan mengampunkan mereka dan menghubungkan semula silaturrahim dengan mereka.
3Sepanjang surah ini berulang kali disebutkan tentang ihsan (berbuat baik) dan ganjaran bagu muhsinin (orang yang berbuat kebaikan). Ini disebutkan pada ayat ke 22, 36, 56, 78 dan 90 pada surah ini. 3Pada tindakan dan perbuatan Nabi Yusuf ا مjuga terzahir sifat ihsan dalam banyak situasi, iaitu ketika baginda mengajak dua orang permuda yang bersama baginda dalam penjara agar beriman kepada Allah SWT dan tidak hanya sekadar menafsirkan mimpi mereka. Baginda juga tidak berpada dengan hanya menafsirkan mimpi Raja Mesir bahkan mencadangkan kepada baginda langkah langkah menyelamatkan Mesir daripada bencana kemarau. Juga baginda tidak menghukum adik beradik baginda yang telah menzalimi baginda bahkan baginda memaa an kesalahan mereka. Semua peristiwa ini mengisyaratkan bahawa sifat ihsan adalah semulia mulia akhlak dan dengan ihsan seseorang akan mencapai tahap ketaqwaan dan keimanan yang tertinggi.
3 Surah Yusuf ini ditutup dengan menyebutkan tanda kekuasan Allah pada perciptaan makhluk dan perintah untuk mengambil ibrah daripada kisah kisah Al-Quran dan bahawasanya kisah kisah ini bukanlah semata mata kisah yang disebutkan secara kebetulan bahkan dengan bertujuan!
Surah Al-Ra'd 3Dinamakan surah ini bersempena dengan al-ra'd iaitu guruh yang mana melalui guruh ini Allah telah menghimpunkan dua perkara yang berlawanan padanya iaitu guruh adalah penyebab kepada kegerunan dan ketakutan kepada manusia dan dalam masa yang sama ia juga membawa kebaikan kepada manusia melalui air hujan yang kebiasaannya turun bersamanya. 3Pada permulaan surah ini iaitu ayat yang pertama disebutkan bahawa kebanyakan manusia itu tidak beriman dan ditutup juga dengan pemberitahuan bahawa orang orang ka r tidak beriman kepada Rasulullah ا ّٰ و. Ini sebagai peringatan bahawa mereka tidak menerima kebenaran dan tidak pula mampu membawa risalahnya walaupun hujahnya jelas dan kuat.
3 Surah Al-Ra’d dimulakan dengan menyebut tentang perciptaan Allah yang merupakan bukti kepada kekuasaanNya. Disebutkan tiga tanda yang membuktikan kekuasaanNya secara berturut turut yang meniupkan ke dalam hati seseorang perasaan takut dan seterusnya mengagungkanNya. 3Seterusnya didatangkan peringatan bahawa ibadat hanyalah khusus buat Allah SWT semata mata dan diteruskan pula dengan menyebut tanda tanda kekuasaan Allah pada alam semesta dan diri manusia. 3Ayat ke-11 menjelaskan tentang sunnatullah dalam penciptaan yang tetap dan tidak akan berubah adalah; maksiat menghilangkan nikmat nikmat. Maka sesiapa yang ingin agar nikmat yang dimilikinya berkekalan maka janganlah dia bermaksiat kepada Allah SWT dan janganlah mengundang kemurkaan Allah dengan perbuatan dosa.
3 Pada rman Allah SWT : ٰ َ ْ َ ْ وَ َ ْ أ ّن ُ ْآ ً ُ ِّ َ ْت ِ ِ ا ْ ِ َ ُل أ ْو ُ ِّ َ ْ ِ ِ ا ْ ْر ُض أ ْو ُ ِّ َ ِ ِ ا \"Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat.\" [Al-Ra'd : 31] Disebutkan perkara yang mengagumkan tentang kesan Al-Quran kepada hati dan jiwa yang mentadabburinya dan yang hidup di bawah naungannya.
3Pada ayat ke-37 disebutkan tentang Al-Quran yang diturunkan di dalam bahasa Arab. Ini menjadi isyarat kepada galakan untuk mempelajari dan mengambil cakna akan bahasa Arab kerana ianya adalah asas bagi memahami Al-Quran. 3Disebutkan sepuluh sifat orang beriman pada ayat 19 - 23. Barang siapa yang mewujudkan sifat sifat ini di dalam dirinya maka ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi.
Surah Ibrahim 3Dinamakan surah ini bersempena dengan Nabi Ibrahim ا مini adalah sebagai pengabadian terhadap keperibadian baginda yang hebat, yang mana Al-Quran telah menyifatkan baginda sebagai أ (satu umat) walaupun baginda berseorangan dalam menyampaikan dakwah dan tauhid serta kesyukuran kepada Allah SWT. Maka surah ini memperincikan keperibadian baginda yang agung ini. 3Tema surah ini adalah menjelaskan kesatuan risalah yang dibawa oleh para rasul iaitu mereka datang membawa perintah agar manusia mentauhidkan Allah dan tidak menyembah selainNya.
3 Permulaan surah Ibrahim mengisahkan tentang Nabi Musa dan para rasul ا مyang telah diutuskan kepada kaum mereka dan bagaimana mereka bersabar dan bertawakkal ketika mana disakiti dan akhirnya mereka berjaya. 3 Disebutkan tentang peistiwa yang menggerunkan yang akan berlaku di hari kiamat dan bagaimana syaitan syaitan akan berlepas diri daripada pengikut mereka. Maka berhati hatilah daripada diperdayakan oleh syaitan ketika di dunia kerana jika kita mengikuti mereka ketika di dunia maka di akhirat kelak mereka akan berlepas diri daripada kita.
3Terdapat juga perumpaan tentang kalimah tayyibah (baik) dan kalimah khabithah (buruk) dan perhitungan tentang nikmat nikmat Allah, adakah kita telah mensyukurinya? 3Pada ayat ke-42 terdapat peringatan agar manusia tidak rasa lemah dan terpedaya dengan panjangnya tempoh kezaliman yang berlaku kerana Allah SWT telah memberitahu bahawa Dia tidak sekali sekali lalai daripada kezaliman itu dan akan membalasnya dengan azab api neraka. 3Pada kisah kedatangan Nabi Ibrahim ا مke Mekah terdapat pengajaran yang indah tentang tawakkal dan membesarkan dan mengagungkan perintah Allah SWT.
3 Pada penutup surah ini disebutkan pengakhiran golongan yang zalim dan keadaan orang yang berdosa pada hari digantikan bumi dan langit dengan bumi dan langit yang lain. Maka kerugianlah bagi orang orang yang zalim pada hari yang menggerunkan itu. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!
Search
Read the Text Version
- 1 - 17
Pages: