Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 15

Sinopsis Juzuk 15

Published by Muhd Zulq, 2021-04-29 18:15:40

Description: Sinopsis Juzuk 15

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 15 15 Ramadan 1441h

Surah Al-Isra' 3Surah ini dinamakan dengan nama Al-Isra' bersempena dengan peristiwa Al-Isra' wa Al-Mi'raj yang berlaku kepada Nabi Muhammad ‫ا ّٰ و‬ sebelum hijrah baginda ke Madinah. 3Kisah ini merupakan mukjizat yang amat besar kepada baginda ‫ ا ّٰ و‬. Pada surah ini terdapat pengumuman bahawa tanggungjawab menyampaikan kitab dan risalah telah berpindah daripada Bani Israel kepada umat Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬. 3Surah ini turut dinamakan sebagai Surah Bani Israel kerana ia menjelaskan kerosakan kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka di muka bumi.

3Tujuan utama surah ini adalah untuk menjelaskan tentang ketinggian dan kemuliaan kedudukan Al-Quran. Surah ini bermula dengan menyebutkan tentang Al-Quran : ‫إ ّن َ َا ا ْ ُ ْآنَ َ ْ ِي‬ ُ‫( ِ ّ ِ ِ َ أ ْ َم‬Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul) dan diakhiri juga dengan menyebutkan tentang Al-Quran : ُ‫وَ ِ ْ َ ّ ِ أ َ ْ َه‬ ‫( وَ ِ ْ َ ّ ِ َ َ َل‬Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran). 3Ketinggian dan kemuliaan kedudukan Al-Quran diterangkan pada ayat ke 45, 58, 60, 73, 78, 79, 82, 89, 88, 105, 106 dalam surah ini. Berikanlah perhatian ketika membaca ayat ayat ini. 3Juga disebutkan tentang keistimewaan Al-Quran iaitu sebagai rahmat dan penawar. Juga terdapat seruan agar beriman kepada Al-Quran dan tidak mengabaikannya iaitu pada ayat ke 107, 108, 109.

3Permulaan Surah Al-Isra' berbicara tentang beberapa fakta yang penting tentang Masjid Al-Aqsa dan tentang perpindahan Bani Israel ke Palestin dan kerosakan yang telah mereka lakukan di dalamnya. 3Pada akhirnya, ayat ini menegaskan bahawa kekuasaan dan permilikan yang terakhir terhadap bumi yang diberkati ini adalah buat orang orang yang soleh. 3Penerangan bahawa Al-Quran ini adalah petunjuk kepada jalan yang paling tepat dan betul dalam semua perkara, sama ada pada ibadat, muamalat dan lain lain.

3 Seterusnya ayat surah ini berbicara tentang kehidupan dunia dan akhirat dan perbezaan mereka yang menginginkannya. ‫ّ َ نَ ُ ِ ُ ا ْ َ ِ َ َ َ ّ ْ َ َ ُ ِ َ َ َ َ ء ُ ِ َ ّ ِ ُ ُ ّ َ َ ْ َ َ ُ َ َ ّ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ ً ّ ْ ُ رًا‬ \"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. ‫وَ َ ْ أرَادَ ا ْ ِ َةَ وَ َ َ ٰ َ َ َ ْ َ َ وَ ُ َ ُ ْ ِ ٌ َ و َ ِ َ َ نَ َ ْ ُ ُ ّ ْ ُ رًا‬ Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. ‫ُ ّ ّ ِ ّ َ ُ َ ءِ وَ َ ُ َ ءِ ِ ْ َ َ ءِ رَ ِّ َ ۚ وَ َ َ نَ َ َ ء ُ رَ ِّ َ َ ْ ُ رًا‬ Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). ً ِ ْ َ ُ َ ْ ‫ا ُ ْ َ ْ َ َ ّ ْ َ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ ْ ٍ ۚ وَ َ ْ ِ َةُ أ ْ َ ُ دَرَ َ ٍت وَأ‬ ٰ Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.\"(Ayat 19-21)

3Terdapat 20 pesanan yang penting tentang keperibadian dan kehidupan bermasyarakat bermula pada ayat ke-23 sehingga ayat ke-37. Jika direnungi kesemua perintah ini menepati trah manusia yang sejahtera. 3Terdapat juga penghujahan dengan kaum musyrikin dan pembatalan hujah hujah mereka tentang amalan kesyirikan. 3Disebutkan juga dialog Iblis ketika penciptaan Nabi Adam ‫ ا م‬dan penekanan terhadap usaha syaitan untuk menyesatkan kita dan perlindungan daripada godaan syaitan bergantung kepada tahap ubudiyyah (perhambaan) seseorang Insan kepada Allah SWT: ً ِ َ‫إ ّن ِ َدِي َْ َ َ َ َ َْ ِ ْ ُ ْ َ ٌن ۚ وَ َ َ ِ َ ِّ َ و‬ ٰ Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

3Terdapat pesanan daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬agar baginda tidak bergantung harap kepada kaum musyrikin walaupun sedikit bahkan agar sentiasa kembali dan bergantung harap kepada Allah SWT, serta disebutkan bersamanya juga pernolakan terhadap permintaan kaum musyrikin dan perdebatan dengan mereka. Dinyatakan juga tanda tanda kekuasaan Allah pada penciptaan. 3Pada penutup surah Al-Isra’ diceritakan kisah Nabi Musa ‫ ا م‬yang didustai oleh r’aun walaupun telah banyak mukjizat ditunjukkan kepada mereka sebagai pengubat jiwa kepada Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬.

Surah Al-Kah 3Surah ini berbicara tentang empat jenis ujian iaitu ujian terhadap agama, harta, ilmu dan kekuasaan. Disebabkan ujian terhadap agama yang berlaku kepada pemuda ashab al-kah adalah ujian yang paling berat maka surah ini dinamakan sempena mereka. 3Surah ini bermula dengan menyebut tentang Al-Quran iaitu pada ayat yang pertama dan diakhiri juga pada ayat ke-109 tentang Al-Quran. Oleh kerana surah ini berbicara tentang tnah dan ujian maka amat sesuailah ia dimulakan dan diakhiri dengan Al-Quran kerana Al-Quran adalah sebaik baik pelindung bagi tnah.

3 Ujian terhadap agama terdapat pada kisah Ashab Al-Kah . Kisah ini adalah contoh yang sentiasa relevan pada setiap waktu dan zaman buat mereka yang ingin mengikuti jalan kebenaran; bahawa keselamatan terhadap agama adalah dengan menjauhi tempat tempat yang boleh mengundang tnah dan dengan bergantung kepada Allah SWT dengan penuh kesungguhan. 3Perkara yang akan menyelamatkan seseorang daripada tnah terhadap agama ini disebutkan pada ayat ke-27 sehingga ayat ke-29 iaitu dengan mencari teman pendamping yang soleh, sentiasa mengingati hari akhirat dan membaca dan merenungi Al-Quran. 3Pada kisah Ashab Al-Kah ini Allah SWT mengabadikan sebutan keperibadian dan amalan mereka, dan bukannya nama atau bentuk tubuh mereka atau keturunan mereka. Ini menunjukkan kepada kepentingan amalan kebaikan.

3 Ujian terhadap harta tersingkap pada kisah seorang pemilik dua kebun yang mengingkari hari kebangkitan dan seorang lelaki yang soleh tetapi miskin dan bagaimana pengakhiran setiap seorang daripada mereka. 3Pada kisah ini terdapat isyarat bahawa keselamatan dan perlindungan terhadap harta adalah dengan cara mensyukuri pemberi nikmat itu dan dengan menggunakannya ke arah ketaatan. Juga dengan memahami hakikat dunia dan menyibukkan diri dengan akhirat. 3Pada ayat ke-50 diceritakan tentang permusuhan Iblis terhadap Nabi Adam ‫ا م‬ dan anak keturunan baginda. Bahawasanya punca utama dan penggerak bagi tnah di muka bumi adalah bermula dan berpunca daripada Iblis.

3 Ujian terhadap ilmu terdapat pada kisah Nabi Musa bersama Al-Khidr ‫ ا م‬. Pada kisah ini terdapat pengajaran kepada penuntut ilmu agar beradab, bersemangat tinggi, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Serta seorang pelajar hendaklah menyandarkan sesuatu ilmu kepada orang yang mengajarkannya dan beradab dengan gurunya dan tidak tergesa gesa dalam meraih ilmu. 3Manakala cara bagi melindungi diri daripada tnah dan ujian ilmu adalah dengan sentiasa merendah diri dan tidak tertipu dengan ilmu yang dimiliki. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook