Sinopsis Juzuk 2 2 Ramadhan 1441h
Surah Al-Baqarah 3Fokus juzuk dua adalah dalam memberikan penerangan kepada Umat Islam apakah manhaj dan panduan kehidupan mereka bagi menegakkan tugas sebagai khalifah di muka bumi selepas Bani Israel telah gagal daripada memikul amanah ini. 3Pada juzuk ini terdapat penerangan hukum hakam yang berkaitan makanan, jenayah, ibadat puasa, perkahwinan, penceraian, jihad, ibadat haji dan perkara yang berkaitan dengan keluarga. Pada hukum hakam ini terdapat mesej yang jelas bahawa Islam mengambil cakna tentang seluruh urusan kehidupan manusia dan bukan hanya aspek yang tertentu sahaja seperti ibadat.
3Fokus surah juga kembali kepada Yahudi iaitu kritikan mereka terhadap perubahan kiblat dan jawapan balas ke atas mereka dan pemberitahuan tentang kelebihan umat ini iaitu mereka adalah sebaik baik umat yang telah diutuskan kepada manusia. 3 Bahawa memberikan perhatian terhadap usaha penyucian jiwa adalah lebih utama daripada memberikan perhatian kepada penukaran kiblat walaupun kedua dua perkara ini amatlah penting. 3Terdapat pesanan tentang kepentingan bersabar dan cara untuk memperolehinya serta kesannya terhadap seseorang. Kesemuanya ini disebutkan dalam beberapa ayat yang ringkas tetapi padat.
3Perbahasan yang terperinci tentang puasa dan beberapa hukum hakamnya dan juga tujuan di sebalik pensyariatannya juga terdapat dalam juzuk ini. Apa yang menarik adalah hanya pada tempat ini sahaja disebutkan tentang puasa di dalam Al-Quran. Maka renungilah ayat ayat ini dengan sebaik baiknya. 3Penjelasan tentang beberapa hukum berkaitan amalan haji yang diperincikan dalam Surah Al-Haj. Di dalam surah ini penekanan adalah lebih kepada aspek amali ibadah haji manakala di dalam Surah Al-Haj ditekankan aspek haji yang berkaitan dengan amalan hati.
3Pada juzuk ini terdapat perbahasan yang luas dan terperinci tentang hukum hakam yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan penyusuan dan hukum hukum ini dikaitkan dengan pengawasan Allah SWT dan sifat sifat ketakwaan. 3Penekanan tentang perkaitan antara perkahwinan dengan keimanan terhadap hari akhirat kerana besarnya kesan daripada perkahwinan terhadap kehidupan manusia.
3Pada kisah Jalut terdapat pengajaran yang besar tentang kesabaran dan bahawasanya kemenangan ke atas musuh bukanlah dengan jumlah yang ramai. 3Pada kisah ini terdapat contoh golongan yang gagal dan berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan agama. 3Golongan yang gagal adalah kerana mereka takut untuk berdepan dengan musuh, mengingkari arahan nabi mereka, melarikan diri dari medan peperangan dan menilai faktor kejayaan dan kegagalan hanya berdasarkan faktor luaran sahaja tanpa mengambil cakna tentang faktor keimanan.
3Manakala golongan yang berjaya adalah kerana mereka bersifat berani dalam menghadapi musuh, mematuhi arahan nabi mereka, tingginya tawakkal kepada Allah dan jujurnya mereka dalam melaksanakan perintah. 3Pada kisah ini juga terdapat isyarat tentang kepentingan peperangan untuk menjaga manhaj dan prinsip Islam dan mereka yang bersifat penakut dan pengecut tidak layak untuk memikul amanah yang berat ini. 3 Terdapat pengajaran kepada pendakwah agar tetap bersabar sehinggalah ke penghujung perjalanan dakwahnya walaupun pada pertengahannya dirinya mungkin akan berhadapan dengan mereka yang berputus asa dengannya.
3 Pada ayat sebelum yang terakhir pada juzuk ini terdapat penjelasan tentang sunnah Allah SWT dalam perciptaan. Firman Allah SWT : وَ َ ْ َ دَ ْ ُ ا ّ ِ ا ّ َس َ ْ َ ُ ِ َ ْ ٍ ّ َ َ َ ِت ا ْ ْر ُض وَ َ ِ ّ ا ّ َذُو َ َِ َ َْ ْ ٍ ََ ا \"Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.\" Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli *Di bawah adalah sinopsis juzuk 2 dalam saiz instagram story dan whatsapp story untuk dimuat turun dan disebarkan. Semoga bermanfaat!
Search
Read the Text Version
- 1 - 8
Pages: