Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 7

Sinopsis Juzuk 7

Published by Muhd Zulq, 2021-04-24 03:44:09

Description: Sinopsis Juzuk 7

Keywords: Letter of The Almighty,AlQuran

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 7 7 Ramadhan 1441h

Ṣurah Al-Mā’idah 3Antara perkara yang menjadikan surah ini istimewa adalah ia telah menyebutkan lima maqasid (tujuan) syariah secara jelas. 3Maqasid yang pertama adalah hifz al-din (penjagaan agama) pada ayat 54 iaitu dengan membenarkan peperangan untuk menjaga asas agama. Maqasid yang kedua adalah hifz al-nafs (penjagaan nyawa) pada ayat 32 iaitu dengan mengharamkan pembunuhan nyawa yang dilindungi. Maqasid yang ketiga adalah hifz al-aql (penjagaan akal)pada ayat 90 iaitu dengan mengharamkan arak. Maqasid yang keempat adalah hifz al-nasab (penjagaan keturunan) iaitu pada ayat 5 dengan mengharamkan hubungan sebelum pernikahan. Maqasid yang kelima iaitu hifz al-mal (penjagaan harta) dengan pensyariatan hukum hudud dan ancaman azab terhadap mereka yang menceroboh harta orang lain.

3Terdapat penerangan golongan Ahl Al-Kitāb manakah yang paling dekat dan jauh daripada kita. 3 Penerangan tentang beberapa hukum fekah. Antaranya: ka arah sumpah, pengharaman arak dan judi, pengharaman memburu bagi orang yang berada dalam ihram dan hukumannya, pemberian wasiat sebelum kematian, sifat sifat orang yang memberikan kesaksian dan hukum jika tidak ada saksi dalam kalangan orang Islam.

3 Dialog di antara Nabi ‘īsā dan ḥawārī (pengikut) baginda, bagaimana mereka berkeras agar diturunkan satu petunjuk (makanan daripada langit) daripada Allāh SWT sebagai pendorong dan penguat semangat untuk mereka beriman. Pada kisah ini terdapat isyarat kepada kelebihan dan keistimewaan sahabat Nabi Muhammad ṣallā allāhu ‘alaihi wa sallam iaitu mereka amat bersegera dalam melakukan sesuatu kebaikan dan meninggalkan sesuatu keburukan apabila diperintahkan, tidak bertangguh tangguh dan tidak beralasan. Hal ini berbeza dengan pengikut para nabi nabi terdahulu seperti di dalam kisah ini (Naṣārā) dan juga kisah penyembelihan lembu betina (Yahudi).

3Pada kisah dialog ini menunjukkan kepentingan sifat sabar bagi seoarang ‘ālim dan pendakwah dalam menghadapi kata kata dan perbuatan pengikut mereka. Walau bagaimana dirinya bersungguh dan berusaha untuk kebaikan mereka tetapi tetap dirinya akan menghadapi perkara yang tidak disenangi daripada persoalan dan perbuatan mereka. 3Pada penghujung surah ini Allah SWT menceritakan dialogNya dengan Nabi ‘Īsā dan penerangan bahawa baginda berlepas diri daripada mendakwa memiliki apa apa sifat ketuhanan. Jadi bagaimanakah golongan Naṣārā boleh mendakwa Nabi ‘Īsā sebagai tuhan sedangkan baginda telah berlepas diri daripada dakwaan itu?

3Jika direnungi daripada awal surah (Al-Baqarah - Al-Maidah) kita akan mendapati terdapat beberapa peringkat dalam berinteraksi dengan golongan ahli kitab. Surah Al-Baqarah menerangkan kesilapan ahli kitab dan menyeru orang Islam agar berbeza dengan mereka. Pada Surah Ali-Imran terdapat dialog yang lembut bersama ahli kitab bersama usaha mewujudkan titik persamaan agar mereka tertarik kepada Islam. Manakala pada Surah Al-Nisa' terdapat kritikan terhadap sikap ghuluw (kemelampauan) terhadap cara mereka beragama dan perbezaan akidah mereka. Manakala Surah Al-Maidah adalah pertembungan yang tegas terhadap mereka bagi menegakkan kebenaran, ُ ْ ‫ّ َ ْ َ َ َ ا ّ ِ َ َ ُ ا إ ّن ا ّ َ ُ َ ا ْ َ ِ ُ ا‬ َ َ ْ َ ۚ (Demi sesungguhnya, ka rlah orang-orang yang berkata: \"Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam\").

Ṣurah Al-‘An’ām 3 Permulaan surah ini adalah menjelaskan tentang hakikat Tauḥīd dan Ba’ath (hari kebangkitan) dan Nubuwwah (kenabian). Manakala penutupnya juga berkisar tentang perkara yang sama iaitu : َ ‫ُ ْ إ ّن َ َ ِ وَ ُ ُ ِ وَ َ ْ َ َي وَ َ َ ِ ِ ّ ِ رَ ِّب ا ْ َ َ ِ َ َ َ ِ َ َ ُ ۖ وَ ِ َ ِ َ أ ِ ْ ُت وَأ‬ َ َْ َ ّ ‫أ ّو ُل ا ْ ُ ْ ِ ِ َ ُ ْ أ َ ْ َ ا ّ ِ أ ْ ِ رَ ّ وَ ُ َ رَ ّب ُ ِّ َ ْءٍ ۚ وَ َ َ ْ ِ ُ ُ ّ َ ْ ٍ إ‬ َ‫ۚ وَ َ َ ِرُ وَازِرَةٌ وِ ْزرَ أ ْ َ ٰى ۚ ُ ّ إ َ ٰ رَ ِّ ُ ّ ْ ِ ُ ُ ْ َ ُ َ ِّ ُ ُ ِ َ ُ ُ ْ ِ ِ َ ْ َ ِ ُ ن‬ Katakanlah: \"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)\". Katakanlah: \"(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

3Juga terdapat munāsabah (perkaitan) di antara penghujung Ṣurah Al-Mā’idah dan Ṣurah Al-An’ām, iaitu pada penghujung Ṣurah Al-Mā’idah disebutkan bahawa Allah lah yang paling layak disembah sebagai tuhan dan bukan selainNya dan seterusnya permulaan Ṣurah Al-An’ām menegaskan lagi hakikat ini. 3Terdapat peringatan terhadap mereka yang berpaling daripada ayat ayat Allah dan mendustai agama yang benar dan ancaman azab terhadap mereka sebagaimana yang telah ditimpakan kepada umat terdahulu.

3Kisah perdebatan di antara Nabi Ibrahīm dan kaum baginda. Perdebatan ini amat penting kerana ianya adalah penjelasan terhadap akidah yang benar dengan bukti bukti yang dapat dirasai dengan panca indera berserta dengan penghujahan logik akal. 3 Pembinaan keimanan dengan merenungi alam semesta yang akan akan menghasilkan sifat membesarkan dan mengagungkan Allah di dalam jiwa manusia.

3Terdapat larangan daripada mencela sembahan sembahan golongan musyrikin kerana ianya akan menyebabkan mereka untuk mencelah Allah SWT. Juga kerana perbuatan mencela ini akan semakin menjauhkan mereka daripada kebenaran dan menambah kekufuran mereka. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook