Sinopsis Juzuk 10 10 Ramadhan 1441h
Ṣurah Al-Anfāl 3 Kisah perang Badar telah disambung pada juzuk ini dengan mimpi yang telah dilihat oleh Nabi Muhammad ا ّٰ وdan bagaimana Allah menjadikan mimpi itu sebagai sebab bertambahnya keyakinan dan ketenangan baginda dan para sahabat. 3Pada ayat ke 45 menjelaskan bahawa mengingati Allah ketika sedang berada dalam peperangan adalah sebab meraih kemenangan dan kemudahan. Ini bukan khusus untuk peperangan sahaja tetapi merupakan isyarat kepada faedah zikir dalam mempermudahkan urusan kehidupan harian seseorang.
3Hari perang Badar dinamakan sebagai hari Al-Furqan kerana ia menjadi titik pemisah dan pembeza antara kebenaran dan kebatilan. 3 Pada ayat ke 45 - 47 terkandung enam seruan dan panduan untuk mencapai kemenangan dan juga mengekalkannya. Juga mengandungi penjelasan terhadap tipu daya syaitan dalam menghalang kemenangan ini dan gambaran tentang sifat pengecut kaum muna k. 3Para syaitan sama ada daripada kalangan manusia ataupun jin akan berlepas diri daripada tipu daya dan janji kemenangan yang mereka berikan kepada orang ka r dan muna k tatkala mereka melihat azab Allah. Maka tidak sepatutnya bagi seorang Muslim menyerah kalah kepada mereka.
3Pada ayat ke 53 terdapat peringatan bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nikmat nikmat yang telah Dia kurniakan kepada sesuatu kaum melainkan jika kaum tersebut menukarnya dengan kekufuran dan maksiat. Pada ayat ini terdapat petunjuk bahawa sesuatu nikmat itu dapat dikekalkan dengan cara sentiasa memperbaharui taubat dan memperbanyakkan ibadah. 3Islam menuntut umatnya agar mempersiapkan segala kemampuan untuk menghadapi musuh agar dapat menggerunkan mereka. Persiapan ini tidak terhad kepada kekuatan ketenteraan dah tubuh badan sahaja tetapi juga merangkumi kekuatan ilmu pengetahuan dan juga hujah.
3 Penutup surah Al-Anfāl menjelaskan tentang pertalian yang paling kuat dalam menyatukan orang orang Islam iaitu pertalian ukhuwwah islamiah dan bukannya mana mana pertalian yang lain sama ada bangsa atau keturunan dan lain lain. 3Surah ini bermula dengan menyebut hasil daripada peperangan iaitu harta rampasan perang dan berakhir juga dengan hasil daripada peperangan iaitu tawanan perang. Ini kerana surah ini memberikan fokus kepada hukum hakam yang berkaitan dengan peperangan dalam Islam.
Surah Al-Taubah 3Topik utama surah ini ada pemutusan hubungan Allah dan RasulNya daripada perjanjian bersama kaum musyrikin dan pembukaan pintu taubat kepada semua golongan. 3Antara sebab surah ini dinamakan sebagai Al-Taubah ialah kerana dalam surah ini terdapat banyak seruan kepada amalan bertaubat kepada Allah dan ini mengisyaratkan bahawa taubat itu lebih dicintai oleh Allah SWT berbanding mengazab hamba hambaNya.
3Perkataan taubat disebutkan sebanyak 18 kali di dalam surah ini dan ini adalah surah yang paling banyak menceritakan tentang taubat. Ini memberikan isyarat bahawa walaupun surah ini berkisar tentang ancaman terhadap orang musyrikin dan muna qin tetapi ia tetap memberikan ruang kepada mereka untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Ini menunjukkan kepada keluasan rahmat Allah SWT. 3Surah Al-Taubah adalah antara surah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ّٰ ا وiaitu ketika peristiwa Hajjah Al-Wada' (Haji Perpisahan) iaitu pada tahun ke-9 hijrah. Ini mengisyaratkan kepada kepentingan taubat kepada seorang Muslim dan bahawasanya dirinya memerlukan kepada pengampunan Allah pada permulaan perjalanannya menuju Allah dan pada pertengahannya dan juga pengakhirannya.
3Antara nama lain surah ini adalah Al-Fadihah iaitu Pembongkar kerana surah ini banyak membongkarkan tipu daya dan kejahatan orang orang muna k yang tersembunyi daripada pandangan orang orang beriman. 3 Surah ini bermula dengan penetapan tempoh perjanjian di antara Rasulullah ا ّٰ وdan kaum musyrikin ketika keadaan aman dan juga perang, dan ia merupakan sebuah risalah yang agung dalam membuktikan bahawa Islam menjaga dan menghormati perjanjian dengan golongan bukan Islam. 3 Pada awal surah ini dijelaskan kewajipan memenuhi perjanjian dan hukum melanggar perjanjian, dan larangan terhadap orang orang musyrikin daripada memasuki Masjidil Haram dan larangan daripada memberikan kesetiaan kepada mereka.
3 Terdapat perintah untuk memerangi Ahli Kitab sehinggalah mereka membayar jizyah dalam keadaan taat dan merendah diri berserta penjelasan terhadap akidah mereka yang batil. 3 Tidak ada disebutkan di dalam Al-Quran tentang pengimarahan masjid melainkan di dalam surah ini dan ianya disebutkan berserta dengan syarat keimanan kepada Allah dan hari kiamat. Ini merupakan petunjuk kepada kepentingan ikhlas dan bahawasanya golongan muna k tidak berhak mendapat kemuliaan ini kerana mereka tidak menepati syarat syarat keimanan dan keikhlasan.
3 Asas dalam menyusun kalendar adalah dengan berpandukan kepada bulan bulan hijriah. Juga dijelaskan bulan bulan haram (daripada berperang) iaitu Rajab, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram, serta membatalkan adat ada orang ka r quraisy yang melakukan tipu daya untuk menghalalkan perbuatan yang diharamkan pada bulan bulan ini. 3Galakan terhadap orang Islam untuk segera menyahut seruan jihad pada jalan Allah jika diseru oleh pemerintah muslim.
3Pada surah ini juga disebutkan tentang lapan golongan yang layak mendapat zakat. Antara hikmah disebutkan pembahagian zakat ini adalah kerana banyaknya disebutkan tentang harta di dalam surah ini dan juga kerana usaha orang orang muna k untuk mendapatkan harta melalui apa sahaja cara sehingga mereka terlupa hak hak Allah SWT pada harta tersebut, seperti mana pendeta pendeta Yahudi dan paderi paderi yang bukan sahaja menghalang pembahagian zakat tetapi menggunakan harta mereka untuk menghalang jalan Allah SWT. 3 Golongan muna k sentiasa bermalas malasan dan mencari cari alasan untuk tidak keluar berjihad di jalan Allah SWT tanpa ada sebarang keuzuran.
3 Disebutkan juga ciri ciri dan sifat sifat golongan muna k dan azab yang telah Allah sediakan kepada mereka, dan ciri ciri dan sifat sifat orang beriman dan ganjaran yang telah Allah sediakan kepada mereka. Setelah mengetahui sifat sifat ini, nilailah hati dan amalan kita di pihak manakah yang kita lebih dekat dengan mereka. 3 Larangan terhadap Nabi Muhammad ّٰ ا وdaripada meminta bantuan orang orang muna k untuk berjihad kerana tindak tanduk mereka adalah sentiasa untuk melemahkan semangat dan melambatkan pergerakan orang orang Islam. Kemudian terdapat larangan memohon keampunan terhadap mereka dan larangan disolatkan jenazah mereka.
3Antara ciri ciri hati yang sakit adalah merasa gembira jika terlepas daripada melakukan ibadah dan ketaatan. Seperti mana orang orang muna k mereka gembira jika tidak dapat ikut berperang bersama Rasulullah ا ّٰ و dan para sahabat. 3Antara ciri ciri yang membezakan orang orang yang beriman dengan orang orang muna k adalah perbuatan amar makruf (menyuruh kebaikan) dan nahi munkar (mencegah kemungkaran). Orang orang muna k mereka menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kebaikan.
3 Pada ayat yang ke-79 terdapat penjelasan terhadap sifat orang orang muna k iaitu mereka suka mengejek orang yang bersedekah dan mereka (orang muna k) pula tidaklah bersedekah. Maka selepas mengetahui bahawa sebaik baik manusia selepas Nabi Muhammad ّٰ ا وiaitu para sahabat tidak selamat daripada ejekan mereka bagaimana pula dengan muslim pada zaman ini? 3Juga terdapat peringatan kepada orang orang yang beriman agar mereka tidak merasa rendah diri jika hanya dapat menyumbangkan sedikit harta atau tenaga buat perjuangan Islam kerana apa yang penting adalah niat yang ikhlas dan bukan semata mata jumlah yang banyak.
3Pada akhir juzuk ini terdapat isyarat kepada ketinggian kedudukan dan kemuliaan peribadi para sahabat iaitu mereka merasa sedih jika tidak dapat menunaikan perintah Allah SWT walaupun pada hakikatnya sebahagian daripada mereka memiliki keuzuran yang dimaa an. Ini berbeza dengan orang orang muna k yang mana mereka sentiasa mencari jalan untuk lari daripada tanggungjawab dan ketaatan. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!
Search
Read the Text Version
- 1 - 15
Pages: