Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 8

Sinopsis Juzuk 8

Published by Muhd Zulq, 2021-04-24 06:52:58

Description: Sinopsis Juzuk 8

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 8 8 Ramadhan 1441h

Ṣurah Al-An’ām 3Pada ayat 116 dijelaskan bahawa jumlah yang ramai bukanlah penentu kebenaran sesuatu perkara dan jumlah yang sedikit bukanlah penentu kebatilan sesuatu perkara. 3Antara sebab kenapakah lebih ramai manusia mengikuti kebatilan daripada kebenaran adalah kerana untuk mengikuti kebenaran memerlukan kepada akal yang sejahtera dan jiwa yang mulia, yang mempertimbangkan antara kebaikan dan kemudaratan, yang mengutamakan kebenaran ke atas hawa nafsu dan yang menginginkan kebaikan buat manusia. Andai berlakunya kerosakan atau kekurangan pada mana mana sifat ini maka kebatilan akan lebih mudah tersebar.

3Pada juzuk ini juga terdapat penjelasan beberapa hukum qh yang mempunyai hubung kait dengan akidah dan yang paling jelas adalah: penyebutan nama Allah ketika melakukan sembelihan, pengharaman sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah apatah lagi jika disebutkan nama nama tuhan kaum musyrikin. 3Pada ayat 120 terdapat perintah untuk meninggalkan dosa yang terzahir ataupun yang tersembunyi. Bagi dapat melaksanakan perintah ini kita perlu mengetahui dan mempelajari apakah itu dosa yang zahir dan apakah itu dosa yang batin. Ayat ini menjadi dalil kepada kepentingan menuntut ilmu.

3Kebergantungan hati terhadap Allah untuk dapat berada di dalam petunjuk atau kesesatan menjadikan kita sentiasa bergantung harap kepadaNya dan agar Dia sentiasa melapangkan dada kita dengan hidayah daripadaNya. 3Antara tanda tanda Allah SWT ingin mengurniakan kebahagian dan petunjuk kepada seorang hamba adalah dengan Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Dengan Islam hatinya akan bersinar dengan cahaya dan merasai ketenangan, mencintai kebaikan dan cenderung untuk melakukannya, merasai nikmat melakukan kebaikan dan tidak berasa berat dalam melaksanakannya.

3Terdapat perincian terhadap beberapa amalan orang orang musyrikin yang telah dijadikan indah oleh syaitan: َ ِ ِ ْ ُ ْ ‫( وَ َ َ ِ َ زَ ّ َ ِ َ ِ ٍ ِّ َ ا‬dan demikianlah berhala berhala mereka menjadikan indah perbuatan ….) dan kemudiannya diamalkan dengan oleh mereka, : َ‫( َ ْر ُ ْ وَ َ َ ْ َ ُون‬Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu). Ayat ayat seterusnya menjawab perbohongan mereka. 3Iman dan taubat akan diterima selagi mana tidak munculnya tanda tanda besar hari kiamat. Apabila munculnya tanda tanda besar hari kiamat, pintu iman dan taubat akan tertutup. 3 Penutup Surah Al-‘An’ām mengandungi 10 pesanan yang penting. Ini menuntut kepada kefahaman dan pengamalan dalam kehidupan seharian kita.

3 Firman Allah SWT - َ ِ َ َ ْ ‫ُ ْ إ ّن َ َ ِ وَ ُ ُ ِ وَ َ ْ َ َي وَ َ َ ِ ِ ّ ِ رَ ِّب ا‬ 6:162 Katakanlah: \"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Ayat ini menggariskan manhaj hidup seorang Muslim iaitu tidak ada saat dalam kehidupannya dan kematiannya melainkan hanyalah kerana Allah semata mata. Semoga Allah menjadikan kita dalam golongan ini. Ameen.

Ṣurah Al-A’rāf 3Tema surah ini adalah kemenangan kebenaran terhadap kebatilan dan penjelasan terhadap balasan mereka yang sombong dengan kebenaran di dunia dan akhirat. 3Surah Al-A’rāf bermula dengan dialog yang panjang di antara Syaitan dan Allah SWT. Ayat ayat ini menjelaskan kepada kita usaha Syaitan untuk memperdayakan kedua ibu bapa kita, Nabi Adam dan Hawa dan bagaimana dia berusaha untuk membuka aurat kedua dua mereka. Selepas membaca ayat ayat ini kita akan memahami bahawa jalan yang paling singkat dan cepat bagi syaitan memperdayakan kita adalah dengan menjadikan kita mendedahkan aurat kita.

3Pada rman Allah SWT : ْ ِ ِ َ ْ ‫ُ ّ َ ِ َ ّ ُ ِّ َ ْ ِ أ ْ ِ ِ ْ وَ ِ ْ َ ْ ِ ِ ْ وَ َ ْ أ‬ 7:17 - َ ِ ِ َ ْ ُ َ َ ْ ‫وَ َ َ َ ِ ِ ِ ْ ۖ وَ َ َ ِ ُ أ‬ \"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur\". Ayat ini merupakan ringkasan kepada perancangan Iblis untuk memperdayakan umat manusia di dunia ini. Maka kita harus berhati hati daripada menjadi mangsa tipu daya mereka.

3 Nabi Adam ‫ ا م‬dan Iblis ّٰ ‫ا‬ kedua dua mereka telah melakukan kesilapan tetapi yang membezakan kedua dua mereka adalah Nabi Adam ‫ ا م‬mengakui kesilapan dan kesalahan baginda dan bertaubat kepada Allah, dan taubat baginda diterima. Manakala Iblis ّٰ ‫ ا‬menyalahkan takdir Allah dan enggan untuk mengakui kesalahan dirinya maka dia telah dilaknat oleh Allah. Pengajarannya adalah; tiada sesiapa yang terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan dan yang lebih penting adalah apakah tindakan seseorang selepas melakukannya? Jika dia memilih untuk menjadi 'adam' maka dia akan dirahmati. Tetapi jika dia memilih menjadi 'iblis' maka dia akan semakin jauh daripada Allah.

3Selepas menceritakan kisah Nabi Adam dan Iblis Allah telah menyeru anak anak dengan empat seruan : َ‫( َ َ ِ آدَم‬wahai anak anak Adam). Adakah terdapat dalam kalangan kita yang ingin mengambil peringatan dan pengajaran daripada ayat ayat ini? 3Dijelaskan bahawa pakaian taqwa adalah lebih baik daripada pakaian luaran. Ini kerana pakaian taqwa sentiasa bersama dengan seorang hamba sepanjang waktu; tidak lusuh dan tidak rosak, dan ia adalah tanda keindahan hati dan roh. Adapun pakaian luaran ianya adalah untuk menutup aurat hanya pada kebanyakan waktu dan merupakan keindahan luaran semata mata.

3Kata para ulama tentang ayat ini : َ ْ َ ْ ‫ُ ْ إ ّ َ َ ّمَ رَ ِّ َ ا ْ َ َا ِ َ َ َ َ َ ِ ْ َ وَ َ َ َ َ وَا ْ ْ َ وَا‬ َ َ ‫ِ َ ْ ِ ا ْ َ ّ ِ وَأن ُ ْ ِ ُ ا ِ ّ ِ َ َ ْ ُ َ ِّ ْل ِ ِ ُ ْ َ ً وَأن َ ُ ُ ا‬ 7:33 - َ‫ا ّ ِ َ َ َ ْ َ ُ ن‬ Katakanlah: \"Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. Ayat ini merupakan usul atau asas bagi perkara perkara yang diharamkan di dalam agama Islam.

3 Dalam surah ini juga terdapat perbualan di antara ahli syurga, ahli neraka dan ahli al-‘arāf. Berusahalah ketika membacanya untuk membayangkan diri kita berada pada setiap tempat ini. 3 Pada kisah golongan Al-‘Arāf terdapat kisah yang memberikan kesan kepada jiwa tentang keluasan rahmat Allah terhadap hamba hambaNya. 3Terdapat perintah agar kita berdoa kepada Allah dengan penuh takut dan harap.

3 Ketika kita membaca bagaimana musuh para rasul menyifatkan rasul rasul yang diutuskan kepada mereka dengan : 7:60 - ٍ ِ ّ ‫َ َل ا ْ َ َ ِ َ ْ ِ ِ إ ّ َ َ َاكَ ِ َ َ ٍل‬ Ketua-ketua dari kaumnya berkata: \"Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata\". َ ِ ِ‫َ َل ا ْ َ َ ا ّ ِ َ َ َ ُوا ِ َ ْ ِ ِ إ ّ َ َ َاكَ ِ َ َ َ ٍ وَ ّ َ َ ُ ّ َ ِ َ ا ْ َ ذ‬ 7:66 - Ketua-ketua yang ka r dari kaumnya berkata: \"Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami kir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta\". Kita memahami bahawa tabiat mereka dalam menolak kebenaran adalah melemparkan tomahan dan kejian terhadap para rasul walaupun pada hakikatnya ianya tidak benar. Apakah penilaian yang mereka gunakan untuk mengatakan para rasul itu bodoh dan berada dalam kesesatan? Tidak lain adalah semata mata kerana hawa nafsu dan kesombongan!

3Juzuk ini diakhiri dengan kisah lima orang nabi. Ketika membacanya renungilah sebab sebab kehancuran orang orang yang mendustai rasul mereka dan berhati hatilah daripada sebab sebab ini. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook