Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 11

Sinopsis Juzuk 11

Published by Muhd Zulq, 2021-04-29 18:10:14

Description: Sinopsis Juzuk 11

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 11 11 Ramadhan 1441h

Ṣurah Al-Taubah 3Pada juzuk ini diteruskan dengan penceritaan tentang kepelbagaian lapisan masyarakat di Madinah yang terbina daripada golongan muna qin dan golongan arab badwi (yang buruk dan baik) kemudian golongan yang beriman -muhajirin dan ansar-. Penyebutan secara berturutan dan berperingkat bermula daripada muna qin -> arab badwi -> orang beriman; seolah olah mengisyaratkan kelebihan orang orang yang beriman di Madinah dan menunjukkan bahawa mereka berada di puncak keimanan dan ketaqwaan. 3Pada ayat ke-96 menjelaskan bahawa keredaan Allah SWT mesti lebih diutamakan ke atas keredaan manusia dan jika seseorang mendapat keredaan Allah maka dia akan mendapat keredaan orang yang soleh dan orang yang beriman.

3Hidup yang jauh daripada ulama dan pendakwah adalah punca kepada berlakunya kejahilan. Seperti mana yang telah berlaku pada sebahagian orang arab badwi (pendalaman) yang disifatkan oleh Al-Quran sebagai ‫ا و‬ ‫( أ‬lebih kuat keka ran dan kemuna kan) kerana jauhnya mereka daripada memahami Al-Quran dan Sunnah Nabi ‫ ا ّٰ و‬. 3S epatutnya bagi seorang Muslim untuk tidak memandang sedekah dan zakat yang mereka keluarkan sebagai kerugian seperti mana yang disangka oleh sebahagian golongan arab badwi kerana pada hakikatnya setiap sedekah dan zakat merupakan sebuah 'pelaburan' yang akan memberikan keuntungan di dunia dan juga akhirat. 3Pada ayat ke-100 menjelaskan bahawa Allah SWT meredai golongan muhajirin dan ansar, maka barang sesiapa yang membenci golongan yang telah diredai oleh Allah maka mereka telah terpesong dari jalan kebenaran.

3 Diceritakan juga tentang Masjid Ḍirār -yang dibina oleh kaum muna qin di Madinah- dan niat buruk mereka di sebalik pembinaan masjid itu. Maka atas sebab itu Allah SWT telah melarang Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬dan para sahabat daripada bersolat di masjid itu. 3Kemudian Allah SWT menyebutkan tentang masjid yang lebih layak untuk didirikan solat padanya iaitu masjid yang telah dibina di atas dasar taqwa. Ini merupakan peringatan bahawa asas bagi penerimaan segala amalan adalah niat yang tersembunyi di dalam hati dan bukannya bentuk dan paras luaran. 3Allah SWT juga menyebutkan bahawa Dia mencintai mereka yang menyucikan diri. Penyucian diri ini merangkumi penyucian rohani dan juga jasmani.

3 Allah SWT juga menyebutkan tentang sifat sifat orang beriman yang 'menjual' diri mereka untuk berjuang di jalan Allah dan kemudian terdapat larangan pemohonan keampunan terhadap orang orang musyrik. 3Untuk melihat nilai sebenar 'transaksi jual beli' ini lihatlah siapakah pembelinya? - Allah SWT, apakah barang yang dijual itu? - jiwa dan harta yang amat disayangi oleh manusia, apakah gantinya? sebesar besar nikmat; syurga yang kekal abadi. Ini adalah jual beli yang tiada kerugian padanya!

3Ayat ke-117 -118 menceritakan tentang keampunan dan keredaan Allah terhadap Nabi Muhammad ّٰ ‫ا‬ ‫ و‬dan para sahabat yang menyertai Perang Tabuk yang disifatkan sebagai ‫( ا ة‬saat saat yang sukar). Kemudian diceritakan tentang tiga orang sahabat yang tidak menyertai peperangan ini dan pengampunan Allah ke atas mereka. 3Ketika mana hati merasa berdosa dengan maksiat janganlah berputus asa daripada taubat dan ingatlah kepada kisah tiga orang sahabat yang tidak ikut serta ke Perang Tabuk. Renungi bagaimana kesungguhan mereka dalam bertaubat kepada Allah sehinggalah Dia menurunkan ayat untuk mengampuni mereka. 3Pada ayat ke-122 dijelaskan kepentingan untuk sebahagian Umat Islam untuk merantau dan mendalami ilmu agama agar mereka dapat memperingatkan kaum mereka selepas mereka pulang.

3 Penghujung surah Al-Taubah berbicara tentang interaksi dan hubungan dua golongan manusia dengan Al-Quran iaitu orang yang beriman dan orang yang ka r. Renungilah ayat ayat ini dan ambillah pengajaran agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi. 3Disebutkan juga empat sifat Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬iaitu (menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu), (sangat inginkan kebaikan buat kamu), ‫( رؤوف ر‬sangat belas ehsan dan sayang kepada kamu). Selepas mengetahui sifat sifat baginda ini adakah lidah kita masih lagi berat untuk mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda ‫? ا ّٰ و‬

Surah Yūnus 3Topik utama surah ini adalah berkisar tentang keimanan kepada qada dan qadar yang merupakan salah satu daripada rukun iman. 3Dinamakan surah ini dengan Nabi Yunus ‫ ا م‬adalah bersempena dengan umat baginda yang mana mereka adalah satu satunya kaum yang telah beriman kepada Allah SWT tanpa ada pengecualian. Maka dinamakan surah ini dengan nama kaum baginda sebagai isyarat kepada kemuliaan mereka. 3Surah ini dimulakan tentang wahyu dan hikmah daripada penciptaan dan diakhiri dengan perintah dan galakan untuk mengikuti wahyu kerana puncak dalam meraih kehikmahan adalah dengan mengikuti wahyu Allah SWT.

3Pada permulaan Surah Yunus Allah SWT telah menyebutkan beberapa tanda kekuasanNya pada penciptaan dan ayat ayat ini memberikan perumpamaan dan contoh dalam membuktikan kewujudanNya dan keagunganNya. 3Pada hakikatnya surah ini memberikan fokus untuk menjawab keraguan keraguan manusia tentang keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan cara menyeru mereka untuk ber kir tentang perciptaan makhluk dan hikmah disebaliknya agar dapat sampai kepada natijah; tiada sesuatu pun yang diciptakanNya yang sia sia dan setiap perintah dan laranganNya mengandungi pelbagai hikmah. 3 Perdebatan dengan kaum musyrikin dan cabaran terhadap mereka dengan Al-Quran ini.

3Ketika menyifatkan tentang madu dalam surah Al-Nahl Allah SWT menyebutkan ٌ ‫ِ ِ ِ َ ء‬ ‫( ِّ ّ ِس‬padanya terdapat penawar). Tetapi ketika menyifatkan tentang Al-Quran dalam surah ini iaitu pada ayat ke-57, Allah mengatakan bahawa ia sendiri merupakan penawar bagi penyakit, ِ‫( وَ ِ َ ء ٌ ّ ِ َ ِ ا ّ ُور‬menjadi penawar bagi penyakit di dalam hati). Sesuatu yang 'merupakan penawar' adalah lebih hebat daripada sesuatu yang 'di dalamnya terdapat penawar'. Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan isyarat kepada ketinggian dan kehebatan Al-Quran.

3 Sebaik baik kedudukan bagi seorang hamba adalah dengan menjadi wali Allah. Tetapi bagaimanakah seseorang dapat menjadi wali Allah? Ayat ini menjelaskan sifat pentingnya iaitu : 10:62 - َ‫أ َ إ ّن أ ْو ِ َء َ ا ّ ِ َ َ ْ ٌف َ َْ ِ ْ وَ َ ُ ْ َ ْ َ ُ ن‬ Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 10:63 - َ‫ا ّ ِ َ آ َ ُ ا وَ َ ُ ا َ ّ ُ ن‬ (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. ___ Jika seseorang mendakwa kewalian tetapi tidak bersifat dengan sifat ini iaitu keimanan dan ketaqwaan maka sesungguhnya dia telah berbohong.

3Antara ciri ciri wali Allah adalah mereka tidak ada sifat sedih dan dukacita. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan tidak ada sifat sedih dan duka cita ini? Kata Ibn Asyur, ayat ini bukanlah mena kan terus sifat sedih daripada mereka kerana Nabi ّٰ ‫ا‬ ‫ و‬sendiri melalui fasa fasa kesedihan dalam hidup baginda tetapi kesedihan ini hanyalah emosi yang bersifat tidak kekal dan berlalu dengan kesabaran. Tetapi baginda tidak sekali sekali ditimpa dengan kesedihan yang berterusan, yang berpunca dari kehinaan dan kekalahan terhadap musuh. Kesedihan seperti inilah yang dina kan sifatnya daripada wali wali Allah SWT 3Disebutkan dalam juzuk ini kisah Nabi Nuh dan kemudian Nabi Musa dan Firaun, dan fokus kisah ini adalah pada saat saat terakhir tenggelamnya raun ke dalam laut sebagai pengajaran kepada umat yang terkemudian bahawa tidak akan bermanfaat iman ketika waktu kematian bagi mereka yang tidak beriman sebelum itu telah tiba.

3Terdapat perintah kepada Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬agar baginda tetap teguh berada di atas iman dan mengikuti wahyu yang diturunkan dan bersabar sehingga Allah SWT memberikan perintahNya yang seterusnya kepada baginda. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook