Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 4

Sinopsis Juzuk 4

Published by Muhd Zulq, 2021-04-16 16:57:24

Description: Sinopsis Juzuk 4

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 4 4 Ramadan 1441h

Surah Ali-Imran 3Juzuk ini bermula dengan menerangkan bahawa seseorang tidak akan mencapai status ‫( ا‬kebajikan) sehinggalah dia mendermakan sebahagian harta yang dia cintai dan ini adalah antara sebaik baik amal kebajikan. 3Seterusnya terdapat ayat yang menjelaskan bahawa Kaabah adalah rumah ibadat pertama yang dibina dan ianya juga adalah salah satu dalil bagi kewajipan ibadat haji. 3 Berpegang teguh kepada agama Allah dan bersatu di atasnya dan tidak berpecah belah merupakan sebab kekuatan terbesar bagi umat Islam.

3 Pada rman Allah SWT : َ‫ُ ُ ْ َ ْ َ أ ّ ٍ أ ْ ِ َ ْ ِ ّ ِس َ ُ ُونَ ِ ْ َ ْ ُو ِف وَ َ ْ َ ْنَ َ ِ ا ْ ُ َ ِ وَ ُ ْ ِ ُ ن‬ َ‫ِ ّ ِ ۗ وَ َ ْ آ َ َ أ ْ ُ ا ْ ِ َ ِب َ َ نَ َ ْ ًا ّ ُ ۚ ِّ ْ ُ ُ ا ْ ُ ْ ِ ُ نَ وَأ ْ َ ُ ُ ُ ا ْ َ ِ ُ ن‬ \"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.\" [Ali-Imran:110] Dan ayat yang sebelumnya dan selepasnya merupakan isyarat yang jelas tentang kepentingan amar makruf dan nahi munkar sehinggakan Allah SWT mendahulukannya ke atas beriman kepadaNya. Ini bagi menunjukkan bahawa ia adalah ciri ciri khas umat ini dan ia adalah tuntutan daripada iman yang terbesar kerana dengannya asas asas agama akan terpelihara.

3Pada rman Allah SWT : ‫َ أ ّ َ ا ّ ِ َ آ َ ُ ا َ َ ّ ِ ُوا ِ َ َ ً ِّ دُو ِ ُ ْ َ َ ُ َ ُ ْ َ َ ً وَدّوا‬ ْ َ ۚ ُ َ ْ ‫َ َ ِ ّ ْ َ ْ َ َ ِت ا ْ َ ْ َ ء ُ ِ ْ أ ْ َا ِ ِ ْ وَ َ ُ ْ ِ ُ ُورُ ُ ْ أ‬ َ‫َ ّ ّ َ ُ ُ ا ْ َ ِت ۖ إن ُ ُ ْ َ ْ ِ ُ ن‬ \"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi \"orang dalam\" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.\" [Ali-Imran:118] Dan juga ayat yang sebelum dan selepasnya adalah peringatan yang tegas akan bahayanya kewujudan \"orang dalam\" yang berniat jahat ke atas kepimpinan Umat Islam.

3Seterusnya bermula pada rman Allah SWT : ٌ ِ َ ٌ ِ َ ُ ّ ‫وَ ْذ َ َ ْو َت ِ ْ أ ْ ِ َ ُ َ ِّئ ُ ا ْ ُ ْ ِ ِ َ َ َ ِ َ ِ ْ ِ َ ِل ۗ وَا‬ \"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.\" [Ali-Imran:121] Dan juga ayat ayat yang seterusnya mengisahkan tentang Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga hijrah. Renungilah kisah ini dan topik apakah yang ditekankan oleh ayat ayat ini. Antaranya adalah bagaimana dosa dan maksiat dapat melemahkan umat Islam dan yang paling besar daripadanya adalah kesan amalan riba dan cintakan dunia.

3Pada perang Uhud para sahabat telah pulang dari peperangan ini dengan kekalahan dan kesedihan. Perhatikan bagaimana ayat ayat di dalam juzuk ini dengan indah dan penuh hikmah telah mengubati kesedihan mereka. Iaitu dengan : memperingatkan mereka dengan kurniaan Allah ke atas mereka (ayat 122,124,25), perintah agar mereka kembali berharap kepada Allah (ayat 133 & 135), mengangkat kembali semangat mereka (ayat 139,140 & 142), teguran yang halus dan lembut daripada Allah (ayat 143, 144, 153, 154, 159). Seterusnya menjelaskan sebab sebab yang membawa kepada kekalahan antaranya; berpecah belah (ayat 152), perbuatan dosa dan maksiat (ayat 155) dan kebergantungan kepada individu (ayat 144).

3Pada juzuk ini juga diterangkan cara cara untuk memperoleh keteguhan dalam beragama iaitu dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Sunnah (ayat 101), bertakwa kepada Allah (ayat 102), bergantung kepada Allah SWT dan melazimi jemaah muslim (ayat 103), mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar (ayat 104) dan meninggalkan perselisihan dalam urusan agama (ayat 105). 3Seterusnya terdapat ayat ayat yang menceritakan tentang sifat hamba Allah yang bertakwa dan berusahalah untuk mencontohinya. Ianya bermula daripada ayat 133 - ayat 138

3Pada juzuk ini juga terdapat ayat yang memperincikan kontradiksi yang terdapat pada pegangan akidah Yahudi. 3Renungkan hasil didikan oleh ulama rabbani : ِ ّ ‫وَ َ ِّ ِّ ّ ِ ٍ ّ َ َ َ َ َ ُ رِ ِّّ نَ َ ِ ٌ َ َ وَ َ ُ ا ِ َ أ َ َ ُ ْ ِ َ ِ ِ ا‬ َ ِ ِ ّ ‫وَ َ َ ُ ُ ا وَ َ ا ْ َ َ ُ ا ۗ وَا ّ ُ ُ ِ ّ ا‬ \"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.\" [Ali-Imran:146] Pada ayat ini mengisyaratkan bahawa jihad yang berjaya memerlukan kepada bimbingan para ulama yang rabbani.

3 Penutup surah Ali-Imran : ِ‫إ ّن ِ َ ْ ِ ا ّ َ وَا ِت وَا ْ ْر ِض وَا ْ ِ َ ِف ا ّ ْ ِ وَا ّ َر‬ ‫َ َ ٍت ّ ِ و ِ ا ْ ْ َ ِب‬ \"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal\" [Ali-Imran:190] Sehinggalah ke akhir surah mengandungi fadhilat yang agung. Nabi Muhammad ّٰ ‫ا‬ ‫ و‬akan membaca ayat ayat ini jika baginda terjaga dari tidur di tengah malam.

3Pada surah ini Allah telah menjadikan dua wanita sebagai contoh teladan dalam keteguhan beragama. Wanita tersebut ialah Isteri Imran yang teguh dengan niat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada agama dan Maryam binti Imran yang mana anak beliau iaitu Nabi Isa ‫ ا م‬telah dipilih menjadi rasul. Surah ini pula dinamakan dengan keluarga ini (keluarga imran) untuk memuliakan mereka. Maka lambang bagi keteguhan dalam beragama dalam surah ini adalah wanita.

Surah Al-Nisa 3Topik surah ini adalah keadilan dan rahmat Allah SWT kepada manusia yang terzahir pada pembahagian harta pusaka dan perlindungan terhadap hak hak golongan yang lemah. 3Surah Al-Nisa ini merupakan surah yang menekankan pembelaan hak hak golongan yang lemah seperti orang orang miskin, anak anak yatim, wanita wanita dan mereka yang lemah yang tidak mampu berhijrah meninggalkan tempat asal mereka. 3Pada surah ini Allah SWT sendiri telah membahagikan bahagian harta pusaka bagi setiap daripada ahli keluarga bagi menghalang perselisihan dan permusuhan yang sering berlaku akibat daripada perebutan harta.

3Kemuliaan dan ketinggian kedudukan wanita dalam Islam terzahir apabila mereka memiliki hak yang sama dengan lelaki dalam harta pusaka (dari sudut kelayakan) dan bahkan melebihi lelaki dalam beberapa situasi (ayat 7, 11 & 12). 3Dalam juzuk ini juga dijelaskan peringkat peringkat dalam pembinaan keluarga yang menjadi asas kekuatan masyarakat. Iaitu dengan membersihkan masyarakat daripada amalan keji (ayat 15.& 19), menyekat jalan jalan ke arah kekejian (ayat 23, 24 & 25) dan pengasingan golongan yang rosak dan pembukaan ruang untuk bertaubat bagi mereka (ayat 16, 17 & 18).

3Akhirnya pada penghujung juzuk empat ini terdapat ayat yang menjelaskan jenis jenis wanita yang haram dinikahi disebabkan kerana nasab iaitu: ‫ُ ِّ َ ْ َ َ ْ ُ ْ أ ّ َ ُ ُ ْ وَ َ َ ُ ُ ْ وَأ َ َا ُ ُ ْ وَ َ ّ ُ ُ ْ وَ َ َ ُ ُ ْ وَ َ َ ُت ا ْ ِخ‬ ِ ْ ْ ‫وَ َ َ ُت ا‬ \"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan,\" Seterusnya ayat ini menjelaskan wanita wanita yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan penyusuan dan persemendaan. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!