Sinopsis Juzuk 12 12 Ramadhan 1441h
Surah Hud 3Tema utama surah ini adalah kesederhanaan dan keseimbangan dalam pegangan dan ibadah. 3Ini terzahir pada perintah agar Nabi Muhammad ّٰ ا وdan umatnya beristiqamah di atas apa yang telah diperintahkan dan tidak melampaui batas (ayat 112), tidak cenderung berpihak kepada pihak yang zalim (ayat 113), menjaga solat (ayat 114) dan bersabar (ayat 115). Pada perintah agar terus beristiqamah terdapat penyelesaian bagi masalah kehilangan motivasi dan semangat dalam berdakwah yang akan menghentikan kerja kerja islah. Manakala perintah agar tidak melampaui batas mengubati isu kekerasan yang sering kali disalah gunakan pada bukan tempat dan keadaannya. Pada perintah agar tidak cenderung kepada orang yang zalim adalah perintah agar tidak menyerah kalah kepada musuh dan tidak terpegun dengan apa yang mereka miliki agar orang Islam tidak kehilangan jati diri mereka.
3Oleh kerana ketiga tiga perintah ini amat berat untuk dilaksanakan apatah lagi dengan keseimbangan, maka Allah memerintahkan Umat Islam agar mendirikan solat dan melazimi sifat sabar kerana kedua dua ini adalah sebab bagi pertolongan Allah SWT. Kata Hasan Al-Basri, \"maha suci Allah yang menjadikan ( ا الkesederhanaan) dalam beragama pada 'dua jangan' iaitu ا (jangan melampaui batas) dan ( اjangan cenderung kepada orang yang zalim). 3Dinamakan surah ini bersempena dengan Nabi Hud ا مkerana nama baginda disebut sebanyak 5 kali di dalamnya dan juga kerana kisah yang diceritakan tentang baginda adalah yang terpanjang di dalam surah ini berbanding surah surah yang lain.
3Pada permulaan Surah Hud terdapat penjelasan tentang keagungan Allah SWT dan keluasan ilmuNya serta jaminanNya terhadap rezeki setiap makhluk. 3Antara tabiat manusia adalah jika dia mendapat nikmat dia akan merasa aman dan selamat daripada ditimpa musibah pada masa akan datang. Andai ditimpa musibah maka dia akan berputus asa daripada mengharapkan kebaikan daripada berlaku. 3Antara bukti keagungan Al-Quran adalah ia mencabar setiap mereka yang mendustakannya agar mendatangkan sesuatu yang seperti Al-Quran. Ada cabaran agar mendatangkan sesuatu yang sama dengan Al-Quran, atau yang sama dengan 10 surahnya tetapi mereka tetap tidak mampu walaupun mereka dikenali sebagai bangsa yang mahir dalam seni bahasa.
3Dalam surah ini juga terdapat kisah dakwah Nabi Nuh ا مkepada kaum baginda dan perincian kisah mereka. Kemudian terdapat perintah Allah agar baginda membina kapal di atas bukit dan perincian peristiwa taufan dan banjir besar. Pada kisah ini terdapat pengajaran yang amat banyak untuk direnungi dan diamati. Tambahan pula kisah Nabi Nuh yang terpanjang dan terperinci di dalam Al-Quran terdapat pada surah ini. 3Pada dialog antara Nabi Nuh ا مdan anak baginda terdapat bukti bahawa cinta kepada Allah di hati orang yang beriman lebih besar daripada apa apa cinta yang lain walaupun terhadap darah keturunan mereka. 3Melalui kisah ini kita mendapat banyak pengajaran, antaranya : menjaga adab dalam bergaul dengan kaum kerabat yang ka r -apatah lagi jika beriman- kerana berharapkan semoga Allah SWT akan memberikan hidayahNya kepada mereka.
3Juga terdapat mesej bahawa kemulian dan kehinaan seseorang bukan terletak pada harta dan pangkat tetapi pada mengikuti kebenaran. Seperti mana para pemimpin kaum Nabi Nuh yang telah mengejek baginda kerana hanya mereka yang miskin dan lemah sahaja yang menerima dakwah baginda. Akhirnya mereka yang sombong ini telah dihancurkan oleh banjir dan taufan. 3Pada kisah Nabi Hud kita memahami bahawa istighfar adalah sumber kekuatan maknawi (spiritual) dan hissi ( zikal) bagi orang yang beriman. Ianya juga merupakan sebab kepada turunnya hujan dan nikmat nikmat yang lain. 3Kaum Nabi Hud telah mendustakan baginda dan telah mentohmah baginda dengan sifat gila tetapi baginda bersabar dan bertawakkal kepada Allah. Akhirnya Allah memenangkan baginda ke atas sekalian kaumnya.
3Pada surah ini juga diceritakan kisah para nabi yang lain dan apakah ujian yang mereka telah lalui dalam berdakwah kerana Allah. Melalui kisah kisah mereka terzahir bagaimana besarnya kasih sayang dan belas ihsan mereka terhadap kaum mereka yang tidak beriman, tetapi tetap tidak ada jalan keluar dan keselamatan daripada azab dan kehancuran buat mereka yang berdegil dan mengikut hawa nafsu. 3Pada kisah Nabi Syuaib ا مterserlah kecaknaan Islam terhadap ekonomi dan terdapat penekanan terhadap pengawasan Allah padanya. 3Terdapat isyarat yang ringkas tentang kisah Nabi Musa ا مdan raun pada surah ini.
3Terdapat perkhabaran yang mengerunkan tentang peristiwa hari kiamat dan penjelasan pengakhiran mereka yang sengsara dan seterusnya pengakhiran mereka yang bahagia. 3Surah hud bermula dengan perintah agar menyembah Allah semata mata (ayat 2) dan diakhiri juga dengan perintah sama (ayat 123). Ini untuk menjelaskan tujuan daripada perciptaan manusia iaitu untuk beribadat kepadaNya.
Surah Yusuf 3Tema surah ini adalah pengakhiran yang baik bagi mereka yang bersabar. Juga mesej bahawa kesakitan pasti akan sembuh, kehilangan pasti akan berganti, kesedihan pasti akan hilang dan kesusahan pasti akan berakhir. 3Kisah Nabi Yusuf ini disifatkan oleh Al-Quran sebagai ( أ اsebaik baik kisah). Ini kerana pada kisah ini terdapat pelbagai perubahan daripada satu keadaan ke keadaan yang lain; daripada ujian kepada ujian yang lain, daripada ujian kepada kurniaan, daripada kehinaan kepada kemuliaan, daripada perhambaan kepada menjadi raja, daripada perpisahan dan perpecahan kepada pertemuan dan kesatuan, daripada kesedihan kepada kegembiraan, daripada kesempitan kepada keluasan dan lain lain. Maka sebab inilah kisah Nabi Yusuf adalah sebaik baik kisah.
3Pada permulaan surah ini terdapat isyarat kepada kepentingan memberikan perhatian kepada percakapan anak anak kecil. 3Juga terdapat kisah kedengkian saudara saudara yusuf terhadap baginda dan ujian terhadap baginda dengan kecantikan paras rupa. Tetapi baginda tabah dan teguh menghadapi ujian ini dan akhirnya pengakhiran yang baik adalah buat baginda. 3 Boleh jadi musuh kita ingin menyakitkan kita bahkan sehingga membunuh tetapi ingatlah kepada rman Allah ini : َ َ ّ إ ّ ُ َ َ ّ ِ وَ َ ْ ِ ْ َ ّن ا َ ِ ِ ْ ُ ْ ( ُ ِ ُ أ ْ َ اSebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.)
3 Disebutkan pada kisah ini peristiwa godaan Isteri Al-Aziz terhadap Nabi Yusuf ا مdan perkara yang menyelamatkan baginda daripadanya iaitu keikhlasan dan kejujuran baginda kepada Allah SWT. Di sini menunjukkan kepentingan bersifat ikhlas pada setiap masa. 3 Kisah Nabi Yusuf ا مmenunjukkan kepada kepentingan berdakwah kepada Allah SWT dan jika dakwah itu telah sebati ke dalam jiwa seseorang, dirinya tidak akan berhenti daripadanya walaupun berada dalam penjara. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!
Search
Read the Text Version
- 1 - 11
Pages: