Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 3

Sinopsis Juzuk 3

Published by Muhd Zulq, 2021-04-16 16:53:49

Description: Sinopsis Juzuk 3

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 3 3 Ramadan 1441h

Al-Baqarah 3Pada juzuk ini terdapat ayat yang paling agung di dalam Al-Quran iaitu ayat al-kursi. Perhatikan berapa kalikah disebutkan al-asma' al-husna di dalam ayat ini dan renungilah kebesaran dan keagunganNya. 3Pada ayat kursi terdapat peringatan bahawa tiada siapa pun yang dapat memberikan syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Ini menunjukkan kepada kebesaran dan keagungan Allah SWT; bahawa tidak ada makhluk yang berani dan sanggup untuk memberikan syafaat kepada makhluk yang lain tanpa izinNya.

3Selepas ayat al-kursi disebutkan bahawa tiada paksaan untuk menganut agama Islam ( ‫ ) إ اه ا‬kerana paksaan hanyalah akan berlaku pada perkara yang tidak jelas kebenaran dan kebaikannya. Ada pun agama Islam yang berada di atas jalan yang lurus; tanda tanda kebenarannya amat jelas dan dekat kepada akal dan jiwa seseorang. Seseorang yang benar niatnya dalam mencari kebenaran akan melihat kebenaran Islam dengan sekecil kecil pemerhatian. Manakala orang yang tidak jujur niatnya dalam mencari kebenaran akan cenderung untuk memilih kebatilan dan keburukan. Maka sebab itulah tidak ada keperluan untuk paksaan kerana sesuatu yang dipaksa tidak akan memberikan faedah dan kesan yang baik.

3Pada ayat yang seterusnya disifatkan kegelapan dan kesesatan dengan kata ganda iaitu ‫( ا ت‬kegelapan kegelapan) manakla cahaya dan kebenaran disifatkan dengan kata tunggal iaitu ‫ا ر‬. Ini kerana jalan jalan yang membawa kepada kesesatan amatlah banyak dan tidak terkira manakala jalan yang membawa kepada kebenaran iaitu Islam hanyalah satu. 3Selepas daripada ayat kursi terdapat tiga kisah yang memerlukan kepada tadabbur dan renungan iaitu kisah Nabi Ibrahim bersama Raja Namrud, kisah lelaki yang melalui sebuah kampung dan kisah Nabi Ibrahim dan empat ekor burung. Ketiga tiga kisah ini sarat dengan pengajaran yang bermanfaat.

3Terdapat larangan terhadap pengungkitan pemberian dan sedekah kerana segala nikmat dan kurnian adalah daripada Allah swt semata mata maka tidaklah layak bagi seorang makhluk mengungkit ngungkit sesuatu yang bukan miliknya. Juga pada pengungkitan sesuatu nikmat terdapat unsur perhambaan terhadap orang lain dan ini hanyalah layak buat Allah SWT sahaja. 3Terdapat larangan terhadap pengungkitan pemberian dan sedekah kerana segala nikmat dan kurnian adalah daripada Allah swt semata mata maka tidaklah layak bagi seorang makhluk mengungkit ngungkit sesuatu yang bukan miliknya. Juga pada pengungkitan sesuatu nikmat terdapat unsur perhambaan terhadap orang lain dan ini hanyalah layak buat Allah SWT sahaja.

3Seterusnya terdapat ayat yang menggalakkan pemberian pinjaman tanpa riba dan bersedekah dan terdapat peringatan bahawa syaitan sentiasa menakutkan manusia dengan kefakiran dan kemiskinan daripada dua amalan ini sedangkan Allah SWT menjanjikan buat hamba hambaNya rezeki yang luas. 3Larangan daripada riba dan bahawasanya ianya adalah dosa yang besar dan merupakan pengisytiharan perang terhadap Allah dan RasulNya. 3Ayat berkenaan hutang yang merupakan ayat yang terpanjang di dalam Al-Quran pula merupakan isyarat bahawa Islam mengambil berat tentang soal ekonomi.

3Allah SWT tidak membebankan hambaNya dengan sesuatu perintah dan larangan kerana pada hakikatnya setiap perintahNya dan laranganNya adalah rahmat buat hamba hambaNya dan perlindungan buat mereka daripada segala keburukan. 3Surah Al-Baqarah sebagaimana dimulakan tentang ciri ciri orang beriman; ‫ن‬ ‫ ا‬.. (mereka yang beriman dengan perkara ghaib ...) juga diakhiri dengan penerangan tentang ciri ciri orang beriman; ‫آ ا ل أ ل إ ر‬ ‫ وا ن‬... (Rasul telah beriman dengan apa yang diturunkan daripada tuhannya dan orang orang yang beriman). Ini menunjukkan kepada ketinggian dan kepentingan iman dan bahawa ianya adalah permulaan dan pengakhiran.

Ali-Imran 3Dinamakan surah ini sebagai Ali-Imran (keluarga Imran) kerana mereka adalah lambang dan contoh terhadap keteguhan dalam beragama dan berkhidmat kepadanya. 3Topik utama surah ini adalah keteguhan dalam pegangan agama. Pada permulaan surah ini terdapat doa dalam keteguhan terhadap agama; ‫( ر غ‬wahai tuhan kami janganlah engkau palingkan hati kami) manakala pada akhir surah ini terdapat perintah agar teguh melaksanakan perintah agama; ‫( أ ا آ ا ا وا ورا ا‬wahai orang orang yang beriman bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran).

3Pada permulaan surah ini dijelaskan bahawa Al-Quran merupakan Al-Furqan (pemisah) di antara hak dan batil dan Allah SWT tidak akan menerima agama selain agama Islam. 3Pada kisah ibu kepada Maryam menunjukkan bagaimana niat niat yang baik akan memberikan kesan terhadap kesolehan anak dan dengan sebab niat itu juga Allah SWT akan memelihara anak tersebut. 3Pada kisah Maryam ‫ ا م‬juga menunjukkan kesungguhan para anbiya dan orang soleh terdahulu untuk mendapatkan zuriat bagi berkhidmat kepada Baitul Maqdis. Tidakkah ibu bapa muslim sekarang juga inginkan anak anak mereka menjadi khadim kepada Islam? 3Ditegaskan juga bahawa agama Nabi Muhammad, Nabi Isa dan Nabi Musa ‫ ا م‬adalah agama tauhid dan mena kan syirik pada ajaran mereka. Barang sesiapa yang mensyirikkan Allah maka sesungguhnya mereka tidak mengikuti ajaran mereka pada hakikatnya.

3Pada juzuk ini terdapat ayat yang memberikan galakan agar kita berani menegur kesilapan masyarakat dan perbuatan generalisasi adalah suatu kesalahan walaupun terhadap musuh. Renungi rman Allah SWT; ‫ّ ْ إن َ َ ْ ُ ِ ِ َ ٍر ّ ُ َدِّهِ إ َ ْ َ إ ّ َ دُ ْ َ َ َ ْ ِ َ ِ ً ۗ ذَ ِ َ ِ ّ ُ ْ َ ُ ا‬ ‫َْ َ َ َ ْ َ ِ ا ْ ِّ ِّ َ َ ِ ٌ وَ َ ُ ُ نَ َ َ ا ّ ِ ا ْ َ ِ َب وَ ُ ْ َ ْ َ ُ نَ{ ]آل‬ [75 : ‫ان‬ \"Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: \"Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).\" (Ali-Imran:75)

3Tidak ada disebutkan kalimah ‫ ا‬di dalam Al-Quran melainkan pada surah ini dan ianya adalah sifat para ulama yang mendidik masyarakat dengan ilmu ilmu yang kecil sebelum ilmu ilmu yang besar dan mereka menyampaikan syariah kepada hamba hambaNya dengan penuh kesabaran. Firman Allah SWT; ‫ُ ُ ا رَ ّ ِّ ِ َ ِ َ ُ ُ ْ ُ َ ِّ ُ نَ ا ْ ِ َ َب وَ ِ َ ُ ُ ْ َ ْرُ ُ نَ{ ]آل‬ ِ َ َ‫و‬ [79 : ‫ان‬ \"Tetapi (sepatutnya ia berkata): \"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.\" (Ali-Imran:79) Wallahua'alam. #FakhriFadzli Selamat bertadabbur!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook