Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore IZWAN

IZWAN

Published by atiqahrosli25, 2020-10-06 11:52:54

Description: IZWAN

Search

Read the Text Version

Bismillahirahmanirahim sesungguhnya engkaulah penghapus dosaku



Pertama Kali. semenjak aku kenali begitu indah kata puisi mekar harum dilontar bibir aku mengenali dan aku fahami aku mengerti keadaan sebenarnya didalam puisi aku hiasi kata kata aksara jiwa berseni.

Pemimpi. Diatas kertas putih bersama pena warna Dengan melakar kata pujangga Hitam putih seri permulaan langkah Lalu gambar terlukis dari pancarindera Jadi membesarlah lukisan daripada warna Terbentuk insan berkata - kata Bermimpi indah tentang dunia Lalu dakwat tertumpah Dan cerita berubah Hidup dengan nafsu dosa Ada kisah dalam cerita Hidup dineraka bermimpikan syurga

Tanya Aku. Hari ini aku lebih banyak menyepi Lebih banyak termenung bermatakan sunyi Aku bertanya aku Adakah aku tidak layak untuk bahagia? Yang sama seperti mereka Yang gembira yang tiap hari ketawa? Satau suara berbisi dalam minda Yang terduduk sekarang tidak selamanya terduduk Suatu hari nanti bahagia milikmu Berikan dia masa untuk pulih Dan berikan dia ruang untuk pilih Semangat serta bahagia yang dia cari Kekuatan yang dia perlu untuk berdiri.

Dari Langit. Hidup bermula daripada kesedaran Bukan mimpi atau angan - angan Hanya bila kau tahu siapa diri kau Hari itu, hidup kau baru bermula Mamandang langit jangan lupakan tanah Hidup dengan sepenuh hati Sampai sini saja aku mampu bertahan Dan aku rasa masanya sudah sampai Kawanku, jangan lupakan aku Panjang umur kita bertemu.

Utusan. tulisan surat penuh makna mengais masa melakar cerita tentang kita dalam cerita muka surat akan habis dan buku semakin nipis dakwat ku habis habis.

Gambar Yang di Jaga. Sewaktu ketika aku mengenali Dan sewaktu aku mengenali tidak seperti aku kenali Aku masih memiliki gambar yang sudah pudar Dan didalam sabar aku masih memiliki gambar Tetapi apa yang dimiliki aku Tidak sama seperti didalam gambar itu Aku lebih suka gambar yang dulu Daripada wajah itu Kerana, gambar yang dimiliki aku Tidak akan layu Biarpun ceria dan sedih mengundang selalu.

Janji. Aku biarkan ia didalam Dan aku bukan khas untuk dara Jagalah ia dengan penuh mendalam Setelah engkau membuat ia membara Aku munculkan serigala dalam mimpimu Serta aku datangkan juga wiramu Berlindunglah engkau disitu ketika diganggu Agar malam mu itu terus berlagu merdu Masuklah engkau didalam rumahku Tetapi dilarang membuat kacau Dan duduklah engkau disitu tanpa rasa bosan Kerana aku selalu meletakkan perhiasan.

Pernantian Tak Pasti. Siang aku gelap Malam aku padam Sekelilingku hitam Mata ku pejam Hati yang sakit sangat mendalam Bagai tertusuk benda tajam Bila aku datang kau pasti pergi Bila kau seru aku datang pasti Biar cuaca berganti - ganti Aku tetap disitu menanti kembali

Tapok. antara senyuman padu dan tangisan bertalu mampukah kau beritahu aku mana satu yang harus kau tipu dulu?

Pesanan. kaki ku kerap berjalan mencari ruang melangkah sempadan sukanya ingat sang peneroka dunia jangan tersalah jalan


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook