Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore EFOLIO KUMPULAN 8

EFOLIO KUMPULAN 8

Published by 2C_ Jefferson, 2021-12-14 01:03:12

Description: EFOLIO KUMPULAN 8

Search

Read the Text Version

SLIDESMANIA.COM

E-FOLIO MPU 23142 : PENDIDIKAN MORAL PENSYARAH : PN.NATRAH MAT NOOR JABATAN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAJUK: KESAN MODENISASI TERHADAP MASALAH SOSIAL REMAJA SLIDESMANIA.COM

JOCELYN LINYANG DAVELYN AK AK LAURENCE JIPES MICHAEL MORE ( 05DDT20F2059 ) ( 05DDT20F2034 ) RACHEL BINTI JEFFERSON AK RAPI LUKE ( 05DDT20F2053 ) ( 05DDT20F2029 ) SLIDESMANIA.COM

ISI KANDUNGAN SLIDESMANIA.COM PERHARGAAN 4.0 KESAN MODENISASI MUKA SURAT= 5 MUKA SURAT= 10- 15 1.0 OBJEKTIF 5.0 LANGKAH MUKA SURAT= 6 MUKA SURAT =16-19 2.0 PENGENALAN 6.0 CONTOH-CONTOH MUKA SURAT= 7 MODENISASI MUKA SURAT=20 2.1 MAKSUD MODENISASI 7.0 KESIMPULAN MUKA SURAT= 8 MUKA SURAT =21 3.0 DEFINISI 8.0 - RUJUKAN MASALAH SOSIAL MUKA SURAT = 22 MUKA SURAT= 9

SLIDESMANIA.COM Selamat Sejahtera. Di sini, kami ingin merakamkan penhargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih buat Pensyarah Moral kami,Puan Natrah..Beliau telah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat-nasihat yang jelas dan berguna tentang kerja efolio kepada kami semasa menjalankan kerja efolio ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya kerana mereka telah memberikan kerjasama yang banyak kepada kumpulan ini semasa menjalankan kerja efolio ini dan sentisa saling membantu untuk menyelesaikan efolio ini. Tanpa kerjasama ahli kumpulan kami, efolio ini tidak mungkinakan diselesaikan dalam masa yang singkat dan lancer.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda perhargaaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat efolio ini secara langsung dan secara tidak langsung.Semoga efolio ini menarik minat sesiapa yang mambaca dan dapat dijadikan rujukan untuk melakukan tugasan lain.

1.0 OBJEKTIF 1) Menyatakan maksud modenisasi dan definisi masalah sosial. 2) Mengenalpasti kesan masalah salah laku pelajar semakin serius dan membimbangkan kebelakangan ini. 3) Mengenalpasti faktor masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. 4) Membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan modenisasi terhadap masalah sosial remaja. 5) Menyenaraikan contoh-contoh modenisasi. SLIDESMANIA.COM

2.0 PENGENALAN Keinginan manusia yang sering mencari kesempurnaan dalam kehidupan telah banyak menyumbang kepada perkembangan peradaban manusia . Perkembangan ini menurut Jones(2003), tercetus dan menerajui di benua Eropah sekitar penghujung abad ke-18 dan 19 yang kenali sebagai Zaman Pencerahan (Enlightment) di mana terdapat dorongan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat yang dikenali dalam kalangan ahli sosiologi sebagai kemodenan. Revolusi perindustrian yang berlaku ketika itu turut menjadi manifestasi kepada modeniti di mana ketika itu transformasi masyarakat diperlukan untuk membawa kehidupan manusia kepada satu tahap yang lebih baik. Di dalam menuju ke arah kemodenan, berlakunya proses transformasi sesebuah negara daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden dalam semua aspek kehidupan yang dikenali sebagai Modenisasi. SLIDESMANIA.COM

2.1 MAKSUD MODENISASI Modenisasi merupakan salah satu bentuk perubahan sosial masyarakat dari masyarakat tradisional menuju masyarakat yang maju mengikuti perkembangan masyarakat lainnya yang dianggap lebih dahulu maju.Dalam ilmu sosial merujuk kepada sebuah bentuk transformasi dari keadaan yang kurang maju atau kurang berkembang ke arah yang lebih baik dengan harapan akan tercapai kehidupan yang lebih maju, berkembang, dan makmur. Menurut sepefahaman secara relatif, modenisasi bermaksud upaya yang bertujuan untuk menyamai standard yang dianggap moden yang baik oleh rakyat banyak mahupun oleh penguasa elite.Menurut Edward A.Tiryakian, pusat kemodenan beralih daripada benihnya iaitu masyarakat Yunani dan Israel melalui Rom, Eropa Utara, dan Barat Laut di abad pertengahan.Kawasan pengaruh Amerika Syarikat dan kini beralih ke Timur Jauh, atau dimasa akan datang mungkin kembali ke Eropah.Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. SLIDESMANIA.COM

3.0 DEFINISI MASALAH SOSIAL Apakah yang dimaksudkan dengan masalah sosial? Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Masalah sosial yang kerap berlaku dalam pada zaman ini semakin membimbangkan sehingga menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Dengan itu, semua pihak haruslah mengambil tahu dan sedar akan punca dan kesan berlakunya masalah ini. Seterusnya, ia adalah satu kewajaran bagi kita untuk bersama-sama mengambil langkah-langkah bagi mengatasi masalah sosial ini daripada terus meningkat. SLIDESMANIA.COM

4.0 KESAN MODENISASI TERHADAP MASALAH SOSIAL REMAJA Kehidupan dalam era globalisasi dan modenisasi yang dibawa oleh Barat bukan hanya menguasai sistem ekonomi, malah turut merancuni pemikiran, sistem pendidikan, politik, dan sosial. Setiap agama sudah diterapkan dengan kehidupan manusia yang normal. Sekiranya tidak diterapkan, kesannya setiap umat dimuka bumi semakin rosak dan semakin jauh dengan ajaran agama masing- masing. Maka tidak hairanlah apabila kita membaca berita di setiap media massa, kes-kes gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan generasi muda sangat membimbangkan. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial seperti kes buli, ponteng sekolah, gengsterisme, vandalisme, hamil luar nikah, buang bayi, seks bebas, rogol dan bermacam-macam lagi kes yang melibatkan remaja seakan-akan tiada penghujung dan masih belum ditemukan jalan penyelesaian yang selesai. SLIDESMANIA.COM

Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini telah membawa kepada penggunaan pelbagai peralatan elektronik dan peranti secara meluas oleh setiap generasi. Lumrahnya, penerapan nilai-nilai moral dan kemanusiaan dari satu generasi ke generasi berikutnya berlaku melalui hasil didikan daripada ibu bapa, orang dewasa dan guru di sekolah. Namun begitu, kajian Rezki et. al (2009) mendapati bahawa kehidupan masa kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden dan masyarakat terbudaya dengan media yang mana kebanyakan ideologi budaya dan penerapan nilai diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui media seperti televisyen dan internet. Justeru, golongan remaja juga adalah golongan yang tidak terkecuali daripada merasai tempias ledakan perkembangan teknologi yang telah memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan mereka. SLIDESMANIA.COM

Menurut Rowan (2010), secara purata kanak-kanak menghabiskan masa selama lapan jam sehari untuk teknologi hiburan dengan 65% daripadanya mempunyai televisyen di dalam bilik tidur mereka sendiri, dan 50% daripada televisyen di kediaman penduduk. Ditambah pula dengan penggunaan telefon pintar, melayari internet dan media sosial telah menyebabkan berlakunya penularan pengaruh teknologi dalam kehidupan dan persekitaran sosial sesebuah keluarga. Laporan dalam laman web SC (Symantec Corporation) bertarikh 7 Julai 2010 bertajuk “Laporan Keluarga Norton Online 2010” mendedahkan bahawa kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa melayari internet secara purata selama 19 jam seminggu, sedangkan ibu bapa menyangka anak-anak mereka melayari internet selama 11 jam. Di samping itu, kajian mendapati bahawa sembilan daripada sepuluh kanak-kanak di Malaysia telah terdedah kepada pengalaman negatif semasa melayari internet Justeru, fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan perkembangan golongan remaja telah dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di dalam kehidupan dan persekitarannya. Kepesatan teknologi dalam abad ke-21 ini menyebabkan remaja terpaksa membesar dalam persekitaran yang mempunyai lambakan kemudahan akses kepada maklumat tanpa sempadan.Para remaja masa kini bergantung kepada teknologi dalam hampir keseluruhan aktiviti termasuk aktiviti bermain mereka, sehinggakan aktiviti permainan berbentuk tradisional di luar rumah seperti batu seremban, galah panjang, konda kondi dan sebagainya telah lenyap diambil alih oleh pelbagai peralatan berteknologi moden. Cara hidup manusia telah banyak mengalami perubahan, seiring dengan pembangunan teknologi internet.Remaja masa kini juga mengalami perubahan gaya hidup yang ketara ekoran daripada pengaruh teknologi moden dalam kehidupan mereka. Dalam kepesatan era globalisasi dan teknologi tinggi tanpa sempadan ini, perkembangan remaja amat mudah dipengaruhi oleh agen sosialisasi seperti media. Pengaruh teknologi terhadap perkembangan remaja turut diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian Zakaria, Ahmad Munawan dan Noranizah (2012) bahawa teknologi moden khususnya media sangat berpengaruh terhadap pendidikan, tingkah laku dan keperibadian kanak-kanak serta remaja. SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM 2.1 KESAN MODENISASI KE ATAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MODENISASI POLITIK Apakah yang dimaksudkan dengan modenisasi politik? Dari kacamata negara ini modenisasi politik dapat dilihat kepada pengamalan sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya dan juga penglibatan tiga kaum terbesar dalam politik Malaysia. Ini merupakan satu pembaharuan dan pemodenan politik era baru jika dibandingkan dengan zaman tradisi. Dari segi politik, sebelum kemerdekaan setiap kaum di Tanah Melayu mempunyai sistem politik mereka sendiri. Setiap kaum berpaksikan kepentingan kaum masing-masing. Tetapi dengan tertubuhnya Parti Perikatan, ia telah membuktikan bahawa 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah menerima idea politik moden di mana setiap parti berlainan bangsa boleh bersatu dalam sebuah parti politik. Begitu juga dengan pengenalan sistem demokrasi dan pilihanraya telah berjaya melibatkan semua kaum dalam politik Malaysia secara aman walaupun ada sedikit kekacauan. Rabushka dan Shepsle yang menganalisis proses politik dalam masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membahagikannya kepada lima peringkat.4 Peringkat pertama merujuk kepada tahap sebelum kemerdekaan. Pada peringkat ini telah wujud kerjasama kalangan elit mewakili berbagai-bagai kumpulan etnik bagi menuntut kemerdekaan yang terdiri dari kalangan kelas menengah. Tahap kedua pula ialah peringkat pasca merdeka, di mana kerjasama pelbagai etnik dijelmakan dalam pakatan Parti Perikatan. Para pemimpin setiap parti dikatakan cuba mengekalkan kedudukan kuasa politik masing-masing dengan tidak menonjolkan imej perkauman dan menutupinya dengan isu-isu nasional seperti pembangunan ekonomi dan integasi nasional. Peringkat ketiga, permintaan dan desakan etnik boleh mencetuskan konflik. Perkara ini dikatakan akan berlaku kerana nilai-nilai yang ada dalam masyarakat adalah terhad berbanding dengan tuntutannya oleh masyarakat. Oleh itu terdapat persaingan antara kumpulan etnik. Pada peringkat ini juga wujudnya golongan \"pengusaha politik\" yang memanipulasi sentimen dan isu perkauman yang mengakibatkan ketegangan antara etnik.

Secara kasarnya, pemodenan politik pada satu keadaan menyatupadukan tiga kaum terbesar dalam satu parti politik, tetapi pada masa yang sama ia telah memisahkan kaum atau bangsa itu sendiri dengan penubuhan parti- parti politik pembangkang. Dasar perjuangan yang berbeza menyebabkan wujudnya krisis antara parti-parti. Dalam hal ini, setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India ada yang menjadi penyokong kerajaan dan ada yang menjadi pembangkang. Jadi ini telah mewujudkan krisis bukan antara tiga kaum yang berbeza tetapi memisahkan antara Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India. MODENISASI SOSIAL Dari perspektif negara Malaysia, modenisasi sosial dapat dilihat kepada pembaharuan dari aspek seperti dalam bidang pendidikan, tempat tinggal, hubungan dan sebagainya. Dari segi sosial, sejak zaman penjajahan, setiap kaum telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di mana kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung dan kawasan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar, dan orang India di kawasan ladang. Keadaan ini berlarutan sehingga kini di mana kebanyakan masyarakat Cina masih lagi tinggal di bandar-bandar besar, serta sedikit masyarakat Melayu dan India. Kebanyakan masyarakat Melayu masih lagi tinggal di kawasan bandar kecil dan luar bandar. Pemisahan juga dapat disaksikan dengan penubuhan sekolah mengikut kaum dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Dalam hal ini, orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu, orang Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina dan begitu juga bagi orang India. Amat malang lagi semua buku teks dan guru-guru juga di bawa dari negara asal mereka. Kebangsaan harus diwujudkan dengan kata lain segala kurikulum sekolah berkenaan adalah berkiblatkan negara asal masing-masing. SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak dekan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif. Ini dimulakan dengan pengenalan. Penyata Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961) semua ini adalah untuk memperkenalkan satu pendidikan yang akan menyatupadukan kaum di negara ini. Sehingga kini telah terdapat perkembangan yang sihat di mana sistem pendidikan di negara ini telah berjaya menyerapkan elemen perpaduan kaum walaupun masih wujud sekolah-sekolah jenis kebangsaan. MODENISASI EKONOMI Apakah pula yang dimaksudkan dengan modenisasi ekonomi? Modenisasi ekonomi di Malaysia bolehlah dikatakan telah bermula apabila adanya hubungan perdagangan, pertukaran matawang, modal dan buruh secara intensif. Apa yang lebih penting adalah penglibatan masyarakat tempatan dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian. Ekonomi sebelum ini adalah lebih kepada ekonomi saradiri dan pertukaran barangan. Sebelum kemerdekaan jelas memperlihatkan hubungan etnik dari segi ekonomi pula dengan jelas menunjukkan pemisahan kaum dengan orang Melayu masih kekal dengan ekonomi tradisional secara kecil-kecilan dalam sektor pertanian, orang Cina menceburi bidang perniagaan dan perdagangan dan orang India pekerja di sektor ladang. Dasar British melalui konsep 'pecah dan perintah' ini sangat sukar hendak diubah walaupun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Justeru itu diperkenalkan DEB sebagai usaha untuk menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. Walaupun sudah ada perubahan komposisi kaum dari segi pemilikan ekonomi, tetapi perubahan secara total memerlukan masa yang lebih panjang lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan ekonomi yang dikecapi selepas kemerdekaan sehingga kini telah menyebabkan sesetengah kaum merasa iri hati dengan kekayaan dan kesejahteraan kaum yang lain. Ada yang merasakan mereka masih lagi terpinggir. Desakan ekonomi telah menolak mereka untuk menuntut sesuatu di luar batasan. Keadaan seperti ini menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menilai semula dasar-dasar ekonomi yang diamalkan sebelum ini.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI Selain punca-punca lain, terdapat punca lain yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, iaitu bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tatu bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah-masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan. Oleh sebab itu mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional juga sudah ditinggalkan. SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat dari perbuatan gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh diambil: PERANAN IBU BAPA Punca-punca dan cara mengatasi masalah disiplin mengatakan bahawa antara punca paling utama yang menyumbang kepada peningkatan masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga. Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk “Masalah Sosial Di Kalangan Remaja” antara langkah penyelesaian yang harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan ibu bapa yang aktif dalam memastikan tahap akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka.Selain itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar Berita Harian Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa akibat daripada kesibukan kedua ibu bapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah peningkat sosial dalam keluarga hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin memburuk baru hendak mengambil tindakan. Sewaktu itu, nasi sudah menjadi bubur bagi ibu bapa tersebut. Seterusnya, ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik.Ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Di samping itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai- nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi “role model” kepada anak.

Antara langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko- kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik- teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.Malah, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah.Di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang- Undang oleh dilakukan pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambi kesempatan dengan merujuk masalah pelajar kepada pihak polis. Selain langkah perundangan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian,pihak sekolah hendaklah mengadakan sesi kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam diri masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, kefahaman kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berfoya- foya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana “cultural domination danimperialisme” melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. SLIDESMANIA.COM

Rumah ibadat adalah amat penting bagi masyarakat dunia. Di sinilah umat sering berkumpul untuk berdoa mahupun berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara kita, bahkan di kota-kota besar dunia kewujudan bangunan masjid, gereja, kuil dan lain-lain yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Rumah ibadah sentiasa menjadi lambang kemegahan masyarakat berbagai kaum. Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan,Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempenhidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya. SLIDESMANIA.COM

1)EKONOMI 2)KOMUNIKASI -Aktiviti jual beli boleh dilakukan Komunikasi lebih mudah dengan melalui kedai dalam talian. adanya aplikasi pesanan ringkas, panggilan video dan banyak lagi. -Aktiviti promosi untuk perniagaan Talian tetap digantikan dengan boleh dilakukan melalui media sosial. telefon bimbit yang lebih canggih. 3)PENGANGKUTAN Penghantaran barang lebih mudah Teksi dalam talian memudahkan dilakukan daripada pejabat pos. pengangkutan awam. SLIDESMANIA.COM

4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, modenisasi merupakan satu konsep yang digunakan untuk menerangkan proses transformasi masyarakat dunia daripada tradisional kepada masyarakat moden yang dikenali sebagai modeniti. Kewujudan modeniti merupakan antara salah satu faktor yang digunakan dalam memperjelaskan kemunculan ilmu sosiologi. Di dalam menelusuri proses modenisasi ini, terdapat kesan-kesan yang dialami oleh masyarakat kini .Antaranya adalah penglibatan golongan remaja di dalam gejala sosial yang negatif. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan sebelum ini, keruntuhan institusi keluarga dilihat sebagai penyumbang utama kepada fenomena ini. Namun, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut sama menjadi faktor penarik kepada penglibatan golongan remaja di dalam gejala sosial. Golongan remaja merupakan aset kepada negara pada masa hadapan .Justeru intervensi yang berterusan dalam aspek pengukuhan institusi keluarga serta program pembangunan diri dan sahsiah remaja perlu di perhebatkan dari semasa ke semasa serta penglibatan pelbagai pihak termasuklah kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat. SLIDESMANIA.COM

RUJUKAN https://naaveeshni16.blogspot.com/2020/03/kesan -modenisasi-masalah-terhadap.html Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dlm. Norani Othman & Sumit K.Mandal (pnyt.). Malaysia Menangani Globalisasi Peserta Atau Mangsa, hlm. 46-70.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia http://www.scribd.com/doc/53234254/Cadangan-Cara-Mengatasi- Masalah-Sosial https://www.academia.edu/17331650/GLOBALISASI_DAN_TEKNOL OGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKASI_ICT_IMPAK_SOSIAL_KEPA DA_MASYARAKAT_MALAYSIA SLIDESMANIA.COM


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook