Negeri SembilanNegeriSembilan NORLIA MOHD YUSOF HAJJAH AMINAH FOOD INDUSTERIES SDN BHD No 81 A, Jalan Haruan 5/4, Oakland Commerce Square, 70300, Seremban,Negeri Sembilan Sektor Pembuatan: Pengilangan Makanan Mentah & Sejuk Beku Sebut sahaja nama HAJJAH AMINAH FOOD INDUSTRIES SDN BHD, pasti ramai akan kenal dengan namaini. Syarikat ini adalah sebuah syarikat pengilangan makanan mentah dan sejuk beku yang sangat terkenal diNegeri Sembilan. HAJJAH AMINAH FOOD INDUSTRIES SDN BHD diusahakan oleh Norlia Yusof yang sangatberpengalaman. Mempunyai bilangan pekerja seramai 20 orang, syarikat ini mampu mengeluarkan produk didalam kuantiti yang banyak memandangkan permintaan yang sangat tinggi di pasaran sama ada di dalam Malaysiamahupun di Brunei, Filipina dan China. Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional padatahun 2012 (RM30,000) dan 2013 (RM100,000). PENDAPATAN Jualan Bulanan RM430,000 Jualan Tahunan RM5.16 Juta Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 51
NegeriSembilanNegeri Sembilan NORMARSITAH MOKTI INDAH SAJJA ENTERPRISE No 9 &10, Taman Gadong, 71350 Kota, Negeri Sembilan. Sektor Pembuatan: Perusahaan Makanan & Kuih Muih Tradisional Normashitah Mokti telah memulakan perusahaan makanan-makanan tradisional sejak tahun 1992 lagi. Selepas lima tahun menubuhkan Syarikat INDAH SAJJA ENTERPRISE, berlaku peningkatan dari segi pemasaran apabila syarikatnya melantik pengedar-pengedar bagi membantu mengedarkan produk sekitar Johor dan Singapura. Kejayaan terbesar syarikat ini adalah pada tahun 2008 apabila beliau telah berjaya menjadi pembekal makanan tradisional di kedai Mesra Petronas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Hasil kejayaan yang diperolehi, beliau menerima Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani 2008, Anugerah Usahawan Muda TEKUN-ICEPS 2009 dan Anugerah Usahawan Cemerlang 2009. Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN berjumlah RM40,000 (2009) dan RM40,000 (2012). PENDAPATAN Modal RM80,000 Jualan Bulanan RM40,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM6,000 52 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
Negeri SembilanNegeriSembilan MUHAMAD TAIB MISMAN IT AUTO ENTERPRISE No 1729, Jalan SJ 10/11, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan Sektor Perkhidmatan: Pusat Servis Kenderaan, Bengkel Mengecat Kenderaan & Menjual Aksesori Kenderaan IT AUTO ENTERPRISE telah diusahakan oleh seorang pemuda bernama Muhamad Taib Misman. Memulakanperusahaan membaiki kenderaan secara kecil-kecilan di rumah pada tahun 2006, kini beliau mampu menyewasebuah bengkel hasil daripada pinjaman TEKUN Nasional pada tahun 2009. Beliau juga telah membuka sebuah lagicawangan bengkel membaiki kenderaan di Senawang, Negeri Sembilan. Beliau telah mendapat bantuan pinjamandaripada TEKUN Nasional pada tahun 2009 sebanyak RM10,000 dan pada tahun 2011 berjumlah RM30,000. PENDAPATAN Modal RM40,000 Jualan Bulanan RM40,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM18,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 53
MelakaMelaka ZABEDAH HITAM D’MASRIBU PLT KM 22, Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka. Sektor Perkhidmatan: Restoran, Kantin Kilang, Kantin Sekolah & Katering Zabedah Hitam adalah seorang surirumah sepenuh masa, walau bagaimanapun pada tahun 2002 beliau telah memulakan perniagaan menjual makanan dan minuman secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya berstatus warung sahaja. Pinjaman pertama tahun 2005 dengan TEKUN Nasional sebanyak RM5,000 telah beliau guna sepenuhnya dalam perniagaan. Sambutan para pelanggan semakin baik dan beliau telah membuat pinjaman kedua pada tahun 2007 sebanyak RM30,000 untuk mengubah suai premis bertaraf gerai. Berbekalkan usaha gigih, sepenuh masa dalam perniagaan dan turut dibantu oleh anak-anak, beliau kini menambah lagi perkhidmatan seperti mendapatkan tender kantin kilang, sekolah, Kolej Komuniti, Politeknik dan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis keraian, menerima tempahan pihak swasta dan jabatan kerajaan. Beliau telah membuat pinjaman kali ketiga pada tahun 2011 sebanyak RM45,000 bagi tujuan menaik taraf daripada gerai biasa ke status restoran. Kini beliau mempunyai pekerja tetap seramai 48 orang yang turut membantu sepenuhnya dalam perniagaan dalam sekitar daerah Jasin sahaja. PENDAPATAN Modal RM75,000 Jualan Bulanan RM150,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM25,000 54 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
MelakaMelaka ROZAIDA NOR ABDUL RAJI D ZAIDA FOOD INDUSTRIES No 40 Jalan Aggerik, Taman Seri Bayu, 78000 Alor Gajah, Melaka. Sektor Pembuatan: Pengusaha Makanan Ringan & Frozen Rozaida Nor memulakan perniagaan membuat kuih tiram secara kecil-kecilan dari rumah. Pada tahun 2012,tempahan kuih tiram beliau semakin mendapat tempat di kalangan pelanggan dan beliau mampu menyewa sebuahpremis untuk menjalankan perusahaan makanan tradisional beliau. Kini, beliau berjaya mengembangkan produkkuih tiram beliau dengan menembusi pasaran di seluruh daerah Alor Gajah dan Melaka. Pada tahun ini juga beliautelah mendapat kontrak daripada pemborong makanan tradisional terbesar di Melaka untuk menjadi pembekalutama kuih tiram. Rozaida telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2013 denganjumlah pinjaman yang diterima adalah RM10,000. PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM18,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM8,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 55
MelakaMelaka ZAHID SALIM ASTELA BRIDAL MP 60 PT 5280 Taman Pengkalan Indah 2, 78000 Alor Gajah, Melaka. Sektor Perkhidmatan: Butik Pengantin Sebelum tertubuhnya syarikat ini, Zahid Salim pernah menjadi jurusolek sambilan selama enam tahun danpada masa yang sama telah mengikuti beberapa kursus kecantikan, hiasan dan solekan daripada beberapa butikterkemuka di Melaka. Beliau telah membuka syarikat ini dengan modal daripada simpanan sendiri dan keluarga.Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN sebanyak RM10,000 untuk digunakan membeli peralatanpelamin dan peralatan menjahit bagi mengembangkan perniagaan beliau. Kini, perniagaan beliau telah melepasipasaran tempatan bukan sahaja di Melaka, malah di bandar-bandar yang berdekatan Negeri Sembilan dan KualaLumpur. PENDAPATAN Modal RM60,000 Jualan Bulanan RM15,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,00056 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
MelakaMelaka MARIAH ISMAIL PUSAT PERABOT IZ AG. 9949 Tingkat Bawah Kompleks PKNM, Alor Gajah, Melaka. Sektor Perkhidmatan: Kedai Perabot Kalau tidak dipecahkan ruyuh manakan dapat sagunya. Pepatah inilah yang menjadi pendorong Mariah Ismailmemberanikan diri dalam bidang perniagaan perabot. Dilahirkan daripada keluarga yang susah, membuatkan beliaubertambah gigih untuk mengubah nasib keluarga. Pada tahun 1995, beliau telah berjaya membuka kedai perabotnyadengan bermodalkan RM30,000 dan bantuan pinjaman yang diterima daripada TEKUN Nasional. Kini, perniagaanbeliau terus berkembang maju dengan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM70,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM20,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 57
MelakaMelaka MOHAMAD NIZAM KOPPELI MOHAMAD NIZAM KOPPELI No 29, 2 & 23 Dataran Pahlawan Melaka, Megamall, Melaka. Sektor Perkhidmatan: Menjual Kraftangan & Membekal Pakaian Kasual Mohamad Nizam Koppeli merupakan seorang ahli seni yang amat kreatif menghasilkan lukisan dan tulisan seni pada barangan kraftangan dan pakaian. Menyedari kelebihan yang ada pada dirinya, Mohamad Nizam telah memulakan perniagaannya menjual kraftangan hasil rekaan sendiri. Namun, akibat daripada kekurangan modal pusingan beliau pernah berhenti berniaga dan bekerja makan gaji serta hampir putus asa dalam bidang perniagaan. Oleh kerana minatnya dalam bidang seni amat mendalam beliau tabahkan hati untuk membuka kembali perniagaan yang telah ditinggalkan. Pada permulaan, beliau telah mendapatkan bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak RM3,000. Beliau tidak mahu lagi mengulangi kegagalan yang lepas dan menggunakan modal yang sedikit itu, beliau telah berjaya menjana keuntungan yang agak baik sehingga mampu membayar balik pinjaman TEKUN Nasional sebanyak RM1208 tanpa tunggakan. Setelah setahun beliau mendapat pinjaman RM50,000 daripada TEKUN Nasional, beliau telah menjadi pembekal barangan kraftangan dan pakaian kasual dengan jenamanya sendiri ART29. Hasil keuntungan yang diperolehi amat lumayan sehinggakan beliau mampu untuk mendapatkan bekalan barangan daripada Indonesia, China dan Bangkok dalam skala yang besar. Kini, beliau bukan sahaja menjadi pembekal bagi peniaga di Melaka, malah beliau juga menjadi pembekal bagi peniaga di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. PENDAPATAN Modal RM150,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM15,000 58 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
MelakaMelaka ALINAH KARIM CILI BOH ASLI ALINAH KARIN No 10, TMJ 20, Taman G Minyak Jaya, 75250 Melaka. Sektor Pembuatan: Membekal Cili Boh Asli Alinah Karim mula menjalankan perniagaan pada tahun 2007. Di awal perniagaan, beliau menyewa sebuahrumah kedai kecil untuk dijadikan tempat memproses cili boh. Pada waktu yang sama, beliau juga telah membukasebuah kedai runcit di Tanjung Batu dan seterusnya mendapat bantuan pinjaman TEKUN pada tahun 2008 sebanyakRM3,000. Pada tahun 2010, beliau menerima bantuan kali kedua sebanyak RM30,000 dan beliau telah membukasebuah cawangan kedai runcit di Krubung, Melaka. Pada tahun 2011, beliau menerima bantuan kali ketiga sebanyakRM45,000 dan digunakan membuka sebuah mini market di Tanjung Minyak. Kini, beliau mempunyai 21 orangpekerja dengan pendapatan harian yang amat memuaskan. PENDAPATAN Modal RM250,000 Jualan Bulanan RM300,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM50,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 59
MelakaMelaka ARNAZZATUL FAHARA SALEH ANZAG INDUSTRIES Lot 77 Jalan AP/5, Taman IKS Air Panas, Bemban, 77200 Melaka. Sektor Pembuatan: Memproses & Mengeluar Produk Nata De Coco Arnazzatul Fahara telah memulakan perniagaan memproses produk Nata De Coco pada tahun 2004 bersama suaminya atas nama syarikat ANZAG INDUSTRIES. Perusahaan utama yang dijalankan ialah memproses nata mentah dan membekalkan produk Nata De Coco siap dimasak serta dibekalkan kepada agen-agen, kedai-kedai, dan pasaraya di seluruh negara kecuali negeri Perlis. Pinjaman melalui TEKUN Nasional sebanyak RM30,000 pada tahun 2009 dan RM50,000 pada tahun 2011 digunakan untuk membeli mesin pemprosesan. Kini, produk beliau berjaya dipasarkan dengan menggunakan jenama Asyik dan My Rasa. Antara pasaraya yang berjaya memasarkan produk beliau adalah Pasaraya Mydin. PENDAPATAN Modal RM70,000 Jualan Bulanan RM40,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM13,000 60 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
JohorJohor NORDIANIS PERMIN ADIN TRADING SDN BHD No 103, Jalan Pulai 7, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor. Sektor Perkhidmatan: Pengiklanan & Percetakan Beliau merupakan seorang yang gigih berusaha dan aktif memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PuteriUMNO Cawangan dan sering bersama dengan masyarakat dalam program yang dianjurkan. Seluruh keluarga beliauterlibat dalam bidang perniagaan yang dijalankan sejak tahun 1995. Premis beliau hanya satu lot kedai, namunhasil kegigihan dan bantuan pihak TEKUN Nasional, beliau menerima pinjaman pertama sebanyak RM50,000 padatahun 2008 dan pinjaman kali kedua sebanyak RM50,000 pada tahun 2010. Premis beliau juga telah bertambahmenjadi enam lot kedai begitu juga dengan aset yang ada. Pada tahun 2012, beliau telah membuka sebuah galeri pameran produk syarikat. Beliau turut mempelbagaikanperniagaannya dengan membuka sebuah restoran (Restoran Lubuk Selera) bersebelahan premis sedia ada. Pekerjabeliau juga telah bertambah daripada 25 ke 42 orang. Syarikatnya sering mendapat tawaran kontrak daripada BadanKerajaan dan pengurusan acara daripada pelbagai syarikat /hipermarket. Beliau juga turut memberi bimbingankepada yang berminat untuk menjalankan perniagaan seperti beliau. PENDAPATAN Modal RM500,000 Jualan Bulanan RM300,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM150,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 61
JohorJohor ZAVEEN LEE ARF BEST FOODS SDN BHD No 18, Jalan Baiduri 1/2, Taman Baiduri, 81200 Johor Bharu, Johor, Sektor Pembuatan: Pembuat Jem, Kek & Biskut Beliau merupakan seorang usahawan kecil yang memulakan perniagaan dengan suaminya dari rumah denganmodal RM2,000 sahaja. Beliau memulakan operasi dengan menjual kek lapis Sarawak dengan menghantar danmenjadi pembekal di kedai-kedai dan juga bazaar. Pada tahun 2010, beliau membuat pinjaman tekun sebanyakRM8,000, pinjaman kedua pada tahun 2011 sebanyak RM20,000 dan pinjaman kali ketiga pada tahun 2014 sebanyakRM50,000. Selain TEKUN Nasional, beliau juga membuat pinjaman di PTNJ. Kini, beliau sudah mempunyai satukedai atas nama ARF BEST FOODS SDN BHD dan mempunyai emel Arf Best Foods Sdn [email protected] dimana kedai ini menjual pelbagai jenis jem, biskut dan kek. Beliau juga ada menerima tempahan biskut dan kek diSingapura dan kedai-kedai sekitar Johor Bahru. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM50,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM20,00062 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
JohorJohor ZAMBERI MELAN ZAA SPRAY CENTRE No 4, Jalan Kristal, Taman Kristal, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. Sektor Perkhidmatan: Bengkel Mengecat Kenderaan & Pusat Mencuci Kenderaan Perniagaan ZAA SPRAY CENTRE merupakan perniagaan milik perkongsian yang didaftarkan pada 3 Mac2004 dengan menyewa di No 4, Jalan Kristal, Taman Kristal Simpang Renggam, 86200 Simpang Renggam, Kluang,Johor. Beliau telah mengusahakan perniagaan tersebut hampir 11 tahun. Beliau menjalankan aktiviti mengetuk danmengecat serta mencuci kenderaan. Pada peringkat permulaan beliau dibantu oleh dua orang pekerja dan telahmeningkat kepada empat orang pekerja. Zamberi telah menerima bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasionalpada tahun 2007 (RM10,000), 2009 (RM20,000) dan pada tahun 2012 (RM50,000). PENDAPATAN Modal RM90,000 Jualan Bulanan RM25,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM8,500 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 63
JohorJohor MOHD DANURI SHARIF NURIS ENTERPRISE No 30, Batu 1 Jalan Muar, Tanjung Agas, Ledang, 84000 Muar, Johor. Sektor Perkhidmatan: Perusahaan Hemoterapi, Mencuci Kawasan, Menjual Pakaian Wanita dan Alat Tulis Beliau merupakan anak jati Ledang yang aktif memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Pengerusi KKUT, JKKK, AJK Persatuan Belia dan AJK Kelab Komuniti Bestari. Minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan, pemohon mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan menjual kad pra bayar secara kecil-kecilan. Bermula pada tahun 2000, beliau semakin serius dalam bidang keusahawanan dengan membuka sebuah kedai telekomunikasi dengan dibantu seorang tenaga pekerja. Kini, beliau mempunyai tiga buah cawangan kedai hemoterapi dibantu oleh 12 orang tenaga pekerja. Beliau mempelbagaikan perniagaannya dengan perkhidmatan mencuci kawasan, penjualan pakaian, tudung, aksesori wanita dan alat tulis. Beliau juga mempunyai pendapatan sambilan melalui penyewaan tiga unit rumah. Para usahawan baru yang ingin menjalankan perniagaan, beliau mampu membimbing sebagai mentor dan memberikan kursus kepada bakal-bakal usahawan baru. Beliau telah menerima bantuan pinjaman TEKUN pada tahun 2002 (RM10,000), 2005 (RM30,000) dan pada tahun 2009 (RM50,000). PENDAPATAN Modal RM300,000 Jualan Bulanan RM200,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM30,000 64 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
JohorJohor BIBAH ABDULLAH No 97A, Jalan Bunga, Tanjung Kg Chokro, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. Sektor Perkhidmatan : Perkhidmatan Bas & Van Sekolah Sektor Perkhidmatan: Perkhidmatan Bas dan Van Sekolah Perniagaan BIBAH BINTI ABDULLAH merupakan perniagaan pemilikan tunggal yang didaftarkan pada 10Ogos 2002. Beliau telah mengusahakan perkhidmatan pengangkutan murid daripada sekolah ke rumah hampir 15tahun dengan dua buah van dan sebuah bas sekolah. Pada peringkat permulaan, beliau mengusahakan sendiri dansekarang di bantu oleh tiga orang pekerja. Bibah Abdullah pernah menerima bantuan pinjaman daripada TEKUNNasional sebanyak RM15,000 (2008), RM30,000 (2011) dan RM50,000 (2013). PENDAPATAN Modal RM80,000 Jualan Bulanan RM25,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM8,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 65
JohorJohor MOHD MUAZAM SHAH HAJI SARIFAN MUN DELIGHT CORNERS Lot 4180, Jalan Zaiton, Kg Pasir, 81200 Johor Bharu, Johor. Sektor Pembuatan: Pembuatan Kek & Biskut Syarikat ini diasaskan oleh Hajah Sarmunah Ithin dan sekarang diuruskan oleh anaknya Mohd Muazam Shah Haji Saripan. Syarikat ini didaftarkan atas nama Mun Delight Corner pada 1 September 2013. Syarikat ini beroperasi di Lot 4180, Jalan Zaiton Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru. Pada mulanya, syarikat ini beroperasi secara kecil- kecilan. Pada tahun 2014, syarikat ini telah membuat pinjaman TEKUN Nasional sebanyak RM10,000 sahaja. Melalui pinjaman itu, syarikat dapat memperluaskan lagi hasil jualan dengan menjual pelbagai jenis makanan seperti biskut, kek, roti, kerepek dan juga makanan sejuk. Syarikat ini juga menerima tempahan daripada pelanggan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan dan juga majlis hari jadi. Syarikat ini telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak RM100,000 pada tahun 2014. Syarikat Mun Delight Corner telah mendapat persijlan Halal dan mempunyai kualiti yang tinggi dan terjamin. Kini, syarikat beliau banyak mendapat tempahan disekitar kedai-kedai di Johor Bahru mahupun di Singapura. PENDAPATAN Modal RM10,000 Jualan Bulanan RM40,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM20,000 66 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
JohorJohor MAHADIR SABTU RAMUN FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD No 4, Kedai Felda Bukit Ramun, 81040 Kulai Jaya, Johor. Sektor Pembuatan: Membuat, Membekal & Menjual Pelbagai Biskut, Kek & Roti Pada tahun 2007, pemilik RAMUN FOOD INDUSTRIES SDN BHD iaitu Mahadir Sabtu mula menjalankanperniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan kakaknya dengan menggunakan modal sendiri dan juga bantuanpinjaman TEKUN Nasional. Pada tahun 2008, beliau berjaya membuka kedai pertama di Felda Bukit Ramun dengandibantu dua orang pekerja dan seterusnya pada tahun 2009, beliau berjaya membuka cawangan kedua di TamanLagenda Putra Kulaijaya dan pada tahun 2011 di Taman Larkin Idaman Johor Bahru. Kini, beliau berjaya membukatujuh cawangan di negeri Johor dan juga Kuala Lumpur. Syarikat ini telah mendapat suntikan pinjaman daripadaTEKUN Nasional pada tahun 2007 (RM8,000), 2011 (RM20,000) dan 2012 (RM40,000). PENDAPATAN Modal RM400,000 Jualan Bulanan RM300,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM60,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 67
SabahSabah FARIDAH KAHAR PERTAMA RUNCIT Kg Petagas, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah. Sektor Peruncitan: Menjual Barangan Runcit PERTAMA RUNCIT dimiliki dan dijalankan sepenuh masa oleh Faridah Kahar bersama rakan kongsinya iaituAhmad Dalasip. Mereka menceburi bidang peruncitan pada tahun 2009 bermula dengan kedai runcit secara kecil-kecilan sehinggalah pada tahun 2011, beliau mendapat bantuan daripada TEKUN Nasional untuk modal tambahan.Kini, perniagaan PERTAMA RUNCIT semakin berkembang memandangkan pelanggan sekitar kampung yangterdekat semakin meningkat dan memerlukan barangan keperluan harian. Faridah telah meneriman bantuandaripada TEKUN Nasional sebanyak RM8,000 (2010) dan RM15,000 (2011). PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,20068 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
SabahSabah MOHD KAMAL KALIPUNYA KALI PEMBANGUNAN Lot 6, Bandar Baru Bubul, 91308 Semporna, Sabah. Sektor Perkhidmatan: Pemborong Simen Perusahaan memborong simen KALI PEMBANGUNAN yang diusahakan oleh Kamal Kalipunya bermula padatahun 2004 secara kecil-kecilan. Setelah mendapat pinjaman daripada pihak TEKUN sebanyak RM50,000 dansedikit bantuan kewangan keluarga pada tahun 2008, Kamal secara rasminya membuka dan menyewa lot kedaiuntuk dijadikan pejabat urusan. Kesinambungan daripada pembukaan pejabat tersebut, perusahaan memborongsimen yang diusahakan mengalami perubahan besar dari segi keuntungan perniagaan. Kini, beliau telah berjayamenyewa satu lagi lot bangunan untuk dijadikan tempat pengumpulan simen kerana permintaan simen yangsemakin meningkat. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM80,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM18,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 69
SabahSabah NORIZAH ALIMIN BABY YEN’S BEAUTY CENTER Shop Lot Unit 1F 087, Megalong Shopping Complex Donggongon, 89500 Penampang, Sabah. Sektor Perkhidmatan: Pusat Kecantikan, Academy Kecantikan & Jualan Pakaian BABY YEN’S BEAUTY CENTER diusahakan oleh Norizah Alimin yang berpengalaman lebih dari tiga tahun dalam bidang kecantikan. Pernah dinobatkan sebagai Usahawan Berjaya 2013 sudah cukup membuktikan perniagaan bidang kecantikan yang diusahakannya benar-benar berjaya. Bantuan enam orang pekerja telah memudahkan Norizah Alimin mengadakan kelas/akademi kecantikan. Kelas-kelas kecantikan yang dianjurkan oleh Norizah begitu mendapat sambutan di kalangan penduduk sekitar Penampang. Jadi tidak hairanlah sekiranya perusahaan bidang kecantikan yang diusahakan oleh beliau mendapat sambutan tinggi di kalangan pelanggan. Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2012 (RM50,000) dan pada tahun 2013 (RM100,000). PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM12,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM6,000 70 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
SabahSabah MAPUJA MAJANTI MAPUJA FAMILY CAFÉ Plaza MARA Semporna, Jalan Hospital, 91308 Semporna, Sabah. Sektor Perkhidmatan: Kedai Makan & Minuman (Restoran) Pada awal permulaan perniagaan (2004), Mapuja Majanti, pemilik restoran MAPUJA FAMILY CAFÉ hanyaberniaga secara kecil-kecilan dengan menjual makanan sarapan pagi di tapak penjaja Semporna. Pada tahun 2006,setelah mendapat bantuan pinjaman daripada institusi kewangan yang dipohon dan bantuan daripada keluarga,Mapuja berjaya menyewa sebuah lot kedai untuk dijadikan restoran. Kini, perusahaan kedai makan yang diusahakanoleh Mapuja telah mengalami perubahan besar dari segi keuntungan dan perniagaan yang dijalankan berjaya sertakekal sehingga sekarang. Beliau telah mendapat suntikan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak RM30,000pada tahun 2012 dan RM8,000 pada tahun RM50,000. PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM7,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 71
SabahSabah RUSLAN MUNAP REN ART & DESIGN (KINABATANGAN STICKER) Lot 1 E, Pusat R&R, 0200 Kinabatangan, Sabah. Sektor Perkhidmatan: Kedai Percetakan Pada tahun 2007, Ruslan Munap memulakan operasi perniagaan REN ART & DESIGN (KINABATANGANSTICKER) secara kecil-kecilan. Perkhidmatan ini menjalankan aktiviti perkhidmatan pemasangan stiker, tinted dannombor plat kenderaan di pekan Kinabatangan. Selain itu, dengan bantuan daripada TEKUN Nasional pada tahun2012 (RM35,000) dan pada tahun 2014 (RM70,000), perniagaan ini terus berkembang dengan pembelian mesincetak dan mampu berpindah ke premis yang lebih besar. Malah, perkhidmatannya juga telah dikembangkan sepertimencetak baju, banner dan papan tanda. Oleh kerana perniagaan ini merupakan satu-satunya bidang baru yangdiceburi penduduk tempatan dan masih tiada saingan, permintaan pelanggan adalah sangat menggalakkan danmampu meraih pendapatan yang lebih tinggi. PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM25,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM11,00072 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
SarawakSarawak ALI YAMAN JAIS AIRZAM GENERAL TRADING Lot 1317, Kampung Angus Ria, Bekenu Sibuti, 98150 Miri, Sarawak. Sektor Kontraktor Kecil: Kontraktor Binaan & Pertanian Ali Yaman Jais telah memulakan perniagaan kedai runcit di Pasar Bekenu semenjak tahun 1996 lagi. Perniagaankedai runcitnya diusahakan selama 15 tahun. Selepas itu, beliau bertukar pada jualan barang-barang dan peralatanhardware termasuklah membuat kontrak pembinaan dan pembekalan. Beliau telah mendapat pinjaman daripadaTEKUN Nasional pada tahun 2012 berjumlah RM50,000. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 73
SarawakSarawak NORMAH SIDI ZONA TASIK BIRU PETROL STATION Lot 297, Jalan Mukah / Oya, 96400 Mukah, Sarawak. Sektor Perkhidmatan: Operasi Stesen Minyak Petronas Kerjaya perniagaan Normah Sidi bermula pada tahun 1997 sebagai pengusaha katering secara kecil-kecilan selama tiga tahun. Pada tahun 1999, beliau telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Unit Pendaftaran Kontraktor (UPK). Pada tahun 2000, syarikat beliau ZONA ENTERPRISE telah berjaya mendapat beberapa sebutharga dan tender dengan Kementerian Pelajaran, JAKIM dan lain-lain jabatan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, pembersihan kawasan dan bangunan serta membekal makanan bermasak dan mentah. Beliau aktif mengusahakan bidang tersebut dari tahun 2000 hingga tahun 2010. Pada masa yang sama, beliau aktif dalam produk jualan langsung (MLM) iaitu produk kecantikan & kesihatan (DCL) sehingga dilantik sebagai stokis utama di negeri Sarawak. Pada tahun 2008, beliau telah mendapat bantuan dana daripada TEKUN Nasional berjumlah RM50,000. Kemuncak kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan bermula pada bulan Mei 2010 apabila beliau telah ditawarkan oleh Petronas Dagangan Berhad sebagai rakan niaga untuk operasi stesen minyak Petronas di Mukah, Sarawak dan sehingga sekarang beliau hanya fokus pada perniagaan beliau sebagai penguasaha stesen minyak Petronas yang telah beroperasi selama lima tahun. Beliau masih meletakkan kepercayaan pada TEKUN Nasional untuk membiayai dana dan telah membuat pinjaman kedua sebanyak RM100,000 pada tahun 2014 sebagai tambahan modal pusingan syarikat beliau. PENDAPATAN Modal RM650,000 Jualan Bulanan RM2,200,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM83,200 74 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
SarawakSarawak DAYANG FARIDAH SERUWATI ABANG KUSAIRI HAZIAH ENTERPRISE Lot 2349, Lorong 2, Fasa 1, Kg Lot Baru, Tanjung Bundong 94300, Kota Samarahan, Sarawak. Sektor Pembuatan: Popia Simpul Perusahaan popia simpul HAZIAH ENTERPRISE diusahakan oleh Dayang Faridah Seruwati bermula padatahun 2006. Di awal operasi, Dayang Faridah menjual pelbagai hasil bakeri dan makanan tradisional seperti kuahrojak, jem nenas, kek, biskut dan keropok. Namun pada tahun 2007, beliau mula memberi tumpuan pada perusahaanpopia simpul perisa udang, ikan bilis, ayam dan daging. Pada tahun 2012, Syarikat HAZIAH ENTERPRISE telahmendapat persijilan halal daripada JAKIM. Beliau telah mendapat suntikan pinjaman daripada TEKUN Nasionalpada tahun 2010 sebanyak RM10,000 dan pada tahun 2013 berjumlah RM20,000. PENDAPATAN Modal RM30,000 Jualan Bulanan RM15,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,750 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 75
SarawakSarawak LATIF MATARIS BADOL ENYTERPRISE No 56A, Kg Tabuan Lot, 93450 Kuching, Sarawak. Sektor Pertanian & Perusahaan Tani: Ikan Sangkar Sebelum Latif Mataris bergiat aktif dalam bidang ternakan sangkar ikan air tawar, beliau pernah bekerja di Pos Malaysia. Bertitik-tolak daripada minat yang tinggi dan potensi untuk berkembang maju terhadap bidang ternakan ikan air tawar, beliau telah membuat keputusan untuk memberi tumpuan sepenuh masa terhadap aktiviti yang dijalankan. Pinjaman TEKUN Nasional sebanyak RM10,000 sedikit sebanyak telah meningkatkan pengeluaran produktiviti operasi perniagaannya. Bagi perancangan akan datang, beliau bercadang untuk dijadikan perniagaan sedia ada sebagai satu produk pelancongan. Justeru, dia menjaga kualiti jenis ikan yang terpilih sebagai tarikan kepada peraih luar, terutamanya dari negara China. PENDAPATAN Modal RM60,000 Jualan Bulanan RM3,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM1,500 76 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
SarawakSarawak MORSHIDI MORIS LENISPICE SDN BHD No 17A, Kompleks MARA Satok Parade, Jalan Satok, 943010, Kuching, Sarawak. Sektor Pembuatan: Pembuatan Makanan Sejuk Beku & Rempah Haji Morshidi Haji Moris merupakan pesara bekas Tentera Laut Diraja Malaysia. Mula berjinak-jinak dalam aktivitipembuatan dan pemprosesan makanan sejuk beku dan rempah secara kecil-kecilan di rumah. Setelah bersaradaripada perkhidmatan awam, beliau telah mengambil keputusan untuk memberi perhatian sepenuh masa dalambidang tersebut. Hasil usaha gigih sepanjang menjalankan aktiviti perniagaan, beliau telah berjaya menubuhkansyarikatnya iaitu Syarikat LENISPICE SDN BHD. Melihat pada potensi produk dan permintaan pasaran yang tinggidi Bandaraya Kuching, beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan bantuan pinjaman TEKUN sebanyakRM6,000 (2011) dan RM25,000 (2012). Kini, beliau telah memiliki sebuah kilang memproses makanan sejuk bekudan rempah serta kedai jualan yang ditempatkan di Bandaraya Kuching. Bagi proses penghantaran produk, beliaumempunyai beberapa outlet yang terpilih termasuklah di Kedai Rakyat 1 Malaysia, pasaraya E-mart, Sarikei, Sibudan Bintulu. Bagi perancangan masa hadapan, beliau bercadang untuk memasarkan produk beliau ke SemenanjungMalaysia. PENDAPATAN Modal RM25,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM20,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 77
SarawakSarawak NORLIZAH AHMAD MAULANA CURVE THE HAIR SALON Lot 2914, 2915, 6382 First Floor, Jalan Semarak Matang, 93050 Kuching, Sarawak. Sektor Perkhidmatan: Salon Rambut Norlizah Ahmad Mulana pernah bekerja di sebuah syarikat kontraktor selama beberapa tahun sebelum menjalankan aktiviti salon. Pada masa yang sama, beliau juga menjalankan aktiviti perkhidmatan gunting rambut secara separuh masa iaitu membuat perkhidmatan secara bergerak dari rumah ke rumah. Atas sebab minat dan peluang untuk berkembang lebih jauh, beliau telah mengambil keputusan untuk membuka premis perniagaan secara kecil-kecilan sebagai permulaan. Pinjaman TEKUN Nasional sebanyak RM20,000 yang diterima pada tahun 2008 dan RM40,000 pada tahun 2012 telah mengubah struktur perniagaannya. Hanya mengambil masa beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya mengubahsuai premis perniagaannya dari saiz kecil-kecilan ke saiz yang lebih besar dan selesa. Bagi perancangan masa hadapan, beliau telah membuat kerjasama dengan kolej kerajaan untuk menyediakan kursus kemahiran peringkat sijil dalam bidang salon. PENDAPATAN Modal RM12,000 Jualan Bulanan RM10,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,000 78 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015
Search