Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KK pengajian am

KK pengajian am

Published by Safli Japar, 2021-04-19 21:52:42

Description: KK pengajian am

Search

Read the Text Version

1.0 ABSTRAK USAHA PIHAK SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI SMK LAWAS ABSTRAK Tajuk kajian ini ialah usaha Pihak Sekolah dalam Meningkatkan Pencapaian Akademik di SMK Lawas. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti usaha pihak sekolah dalam meningkat pencapaian akademik di SMK Lawas dan mengkaji faktor-faktor peningkatan pencapaian akademik di SMK Lawas. Lokasi kajian ini ialah di SMK Lawas. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui temu bual, Seramai 30 orang responden yang membantu kajian ini. Kaedah soal selidik dan pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar SMK Lawas harus direalisasikan. Secara kesimpulannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah mampu meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas sekali gus dapat membantu pelajar dalam memperbaiki pencapaian akademik mereka di sekolah. (132 patah perkataan)

2.0 KANDUNGAN Bilangan Butiran Muka Surat 1. 1.0 Abstrak 2. 2.0 Kandungan 3. 3.0 Penghargaan 4. 4.0 Objektif Kajian 5. 5.0 Lokasi Kajian 6. 6.0 Metodologi Kajian 7. 7.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 8. 8.0 Rumusan dan Kesimpulan 9. 9.0 Rujukan 10. 10.0 Lampiran

3.0 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Merapok khasnya pengetua Tuan Yaakub Bin Jai dan penolong kanan Tingkatan Enam Tuan Safli Bin Jaafar kerana memberi sokongan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Dalam menjayakan kerja kursus ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru iaitu Cikgu Safli Bin Jaafar dan Cikgu Ismail Bin Abu Bakar yang mengajar dan membimbing saya dalan melaksankan kajian saya. Beliau telah meluangkan banyak masa untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalan menjalankan kerja kursus ini. Segala nasihat yang diberikan sangat bermanfaat untuk saya untuk menruskan membuat kerja kursus ini. Tidak lupa juga guru-guru lain yang sentiasa memberi semangat kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada dua insan yang selalu memberikan saya semangat iaitu ibu bapa saya Tuan Abdul Bin Man Haron dan Puan Rosnia Binti Makinna. Jutaan terima kasih kerana sudah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

4.0 PENGENALAN Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam pemberian pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan bermula dari kecil lagi sehinggalah seseorang itu lanjut usia. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China (PR). Terdapat pelbagai sistem pendidikan di Malaysia yang telak didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Pra-Universiti dan Pendidikan Tinggi. Pendidikan Prasekolah merupakan program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun. Pengajian Prasekolah atau Sekolah Tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. Pendidikan di Prasekolah ialah pendidikan pertama bagi seseorang individu dalam melatih diri dari peringkat bawah. Bagi Pendidikan Rendah pula, pendidikan ini bermula dari tahun satu hingga tahun enam iaitu berumur dari 7 hingga 12 tahun. Bahasa Melayu, bahasa Inggeris,matematik dan sains merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua

jenis sekolah rendah adalah sama. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.Pada peringkat Pendidikan Menengah kemasukan murid adalah golongan yang berumur 13 hingga 17 tahun. Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga para pelajar akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima, para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Pada peringkat Pendidikan Pra-Universiti, para pelajar akan menentukan pilihannya tersendiri sama ada masuk ke Tingkatan 6, Matrikulasi atau Diploma. Tingkatan 6 terdiri daripada Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas. Di Tingkatan 6 pelajar akan mengambil ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Bagi Pendidikan Tinggi pula, banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Setiap sekolah pasti sangat mementingkan pencapian sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Pencapaian yang diraih sangat berpengaruh untuk menunjukkan sesebuah sekolah itu sangat berprestasi dan berkualiti. Berdasarkan kajian yang telah pengkaji jalankan di SMK Lawas, sekolah ini juga sangat menitikberatkan berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah setiap tahunnya walaupun sekolah ini dibina di daerah yang terpencil. Kemajuan pencapaian akademik SMK Lawas sudah pasti telah diusahakan dengan pelbagai usaha-usaha yang diambil oleh pihak sekolah untuk menjadikan pencapaian akademik sekolah ini bertambah maju.

Rasional kajian ini, pengkaji menyadari bahawa berlaku peningkatan dalam pencapaiam akademik di SMK Lawas. Dengan mengadakan kajian ini , pengkaji dapat mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Usaha ini diambil kerana pihak sekolah ingin memperbaiki dan meningkatakan pencapian akademik di sekolah ini. Usaha ini juga perlu dijalankan oleh semua pihak termasuk perlajar sendiri kerana pelajarlah yang akan menentukan sama ada hasrat ini dapat direalisasikan atau tidak. Dalam memajukan pencapaian akademik sekolah ini, pelajar sangat memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat sekolah ini. Secara kesimpulannya pencapaian akademik meningkatkan berpunca daripada pelejar sekolah itu sendiri. 1.1.1 USAHA Menurut kamus dewan usaha bermaksud daya upaya, ikhtiar, kegiatan atau perbuatan untuk mencapai, melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu 1.1.2 PENDIDIKAN Menurut kamus dewan pendidikan bermaksud merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam pemberian pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. 1.1.3 AKADEMIK Menurut kamus dewan akademik bermaksud sekolah tinggi atau pusat pengajian yang mengajarkan sesuatu pengetahuan. 1.1.4 SEKOLAH Menurut kamus dewan sekolah bermaksud merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik SMK Lawas sekali gus mengkaji faktor-faktor dalam meningkatkan pencapaian akademik di sekolah ini.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Tajuk kajian ini mempunyai objektif tersendiri iaitu; 2.1 Mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. 2.2 Mengkaji faktor-faktor peningkatan pencapaian akademik di SMK Lawas.

5.0 LOKASI KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas yang terletak di kawasan daerah Lawas. Daerah Lawas merupakan salah satu daerah yang terdapat di Sarawak. 5.1 Negeri Sarawak Peta : Peta Sarawak Sumber : Google Maps 2020 Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk satu Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur.

5.2 Daerah Lawas Peta :Peta Lawas Sumber:https://www.google.com/search?q=peta+sarawak& oq=peta+sarawak&aqs=chrome.0.69i59j0l7.3774j0j8&sourceid =chrome&ie=UTF-8 Daerah Lawas ialah sebuah daerah dalam Bahagian Limbang di Sarawak, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan Teluk Brunei di bahagian utara, Sabah di bahagian timur, Bahagian Miri dan Daerah Limbang di bahagian selatan, dan Daerah Temburong iaitu daerah di Brunei di bahagian barat. Pekan utama dan pusat pentadbiran ialah Pekan Lawas, yang mana Pihak Berkuasa Tempatan atau kerajaan tempatan ialah Majlis Daerah Lawas. Daerah ini juga merangkumi Daerah-Daerah Kecil Sundar dan Trusan. Daerah Lawas merupakan daerah yang paling hujung dari timur ibu negeri Kuching.

5.3 SMK LAWAS Peta : peta SMK Lawas Sumber : https://www.google.com/maps/place/SMK+Lawas/@4.8584984,115.3956236 Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas atau nama ringkasnya SMK Lawas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km.1.6, Jalan Trusan. Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas merupakan salah sebuah sekolah menengah yang ada di Negeri Sarawak. Pada awal tahun 1962 Jabatan Pelajaran Sarawak telah berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di faerah Lawas. Satu tapak tanah kerajaan telah diperuntukan untuk tujuan ini, yang kini merupakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas. Ketika kerja pembinaan dimulakan, pelajar bagi sekolah baru ini telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas mula dibina sejak tahun 1965.

6.0 METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Oleh itu, pengkaji akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian, kaedah kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal serta metodologi digunakan bagi menjawab objektif kajian. 6.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan berbentuk deskriftif. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pensampelan, pengukuran dan analisis data. Penyelidikan deskriftif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas dan mengkaji faktor-faktor meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. 6.2 Instrument Instrument ialah proses menyediakan alat pengumpulan dan menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Jadual 1: Kaedah Instrument Kajian Kaedah Instrument Kuantitatif Borang soal selidik Kualitatif Temubual dan pemerhatian

Data kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’ iaitu melibatkan angka-angka atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan seperti min, medium dan mod. Data kualitatif pula ialah berdasarkan ‘kualiti’ iaitu dalam bentuk temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, mempunyai jadual yang jelas dan menumpukan kepada hasil kajian. 6.2.1 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan berdasarkan objektif kajian yang telah dipilih iaitu mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas dan mengkaji faktor-faktor meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Dalam borang selidik ini terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Dalam bahagian A, menunjukkan tentang latar belakang responden. Selain itu, dalam bahagian B, pengkaji akan menyoal selidik beberapa soalan berkaitan usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas dan seterusnya dalam bahagian C pengkaji akan menyoal selidik sejauhmanakah keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan pihak sekolah.Kaedah ini menggunakan Skala Liket tiga mata dalam bahagian C yang mengandungi tiga mata yang mengandugi tiga aras seperti berikut : Tidak Setuju 1 Setuju 2 3 Sangat Setuju

6.2.2 Temubual Instrument yang pertama yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan temubual. Kaedah ini akan dijalankan secara langsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas untuk menemubual beberapa responden yang dipilah oleh pengkaji. Kaedah ini juga akan membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang lebih daripada pihak sekolah. 6.2.3 Pemerhatian Instrument yang kedua adalah pemerhatian. Kaedah ini akan dijalankan secara langsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan layanan daripada pihak sekolah. Pengkaji akan mengambil dan mencatat maklumat-maklumat yang penting dan bersesuian dengan objektif kajian. 6.3 Sampel Kajian Persempelan ialah kumpulan manusia atau fenomena yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti. Responden kajian ini terdiri daripada 30 guru-guru, pengetua dan staf sekolah SMK Lawas. 6.4 Cara Pengumpulan Data Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti temubual, borang soal selidik dan pemerhatian 6.4.1 Temubual Kajian ini dimulakan dengan membuat temubual terhadap responden iaitu terdiri daripada guru-guru dan pelajar SMK Lawas. Kedah temubual ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas.

6.4.2 Pemerhatian Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan dalam kalangan stad sekolah SMK Lawas. 6.4.3 Soal Selidik Borang soal selidik yang sesuai telah disediakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tengtang usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akadenik di SMK Lawas. Pengkaji menyediakan borang soal selidik ini bagi mendapatakan maklumat-maklumat yang berkaitan dangan kajian yang akan dijalankan. Borang soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagia A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang responden. Bahagian B pula berkenaan dengan mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Bahagian c ialah bahagian terakhir iaitu mengkaji faktor-faktor meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Kajian ini menggunaka Skala Liket yang mana 1=tidak setuju, 2=setuju dan 3=sangat setuju. Hal ini akan memudahkan responden dalam membuat pilihan dan memudahkan pengkaji mendapat maklumat dengan mudah. 6.5 Cara Analisis Data Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratusan, jadual, graf dan carta. Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan skala liket 3 aras seperti berikut : SKALA SKOR Tidak setuju 1 Setuju 2 Sangat setuju 3

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik, rujukan, temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan berkaitan usaha-usaha dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas dan faktor-faktornya. Seterusnya, menganalisis data terhadap usaha-usaha dan faktor-faktor usaha tersebut. 5.1 Demografi Responden Jadual 1 : Demografi responden mengikut Jantina JANTINA BILANGAN (ORANG) PERATUSAN(%) Perempuan 19 63.3% Lelaki 11 36.7% Sumber : Kajian Lapangan 2020 Jadual 1 menunjukkan taburan jantina yang mana bilangan responden dalam kajian ini adalah seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak dari kalangan guru-guru dan pelajar SMK Lawas. Jumlah responden bagi perempuan adalah seramai 19 orang responden bersamaan dengan 63.3 peratus. Jumlah responden lelaki pula adalah seramai 11 orang responden bersamaan dengan 36.7 peratus. Dalam jadual ini bilangan responden perempuan lebih banyak daripada lelaki bagi menyelesaikan kajian ini. Jadual 2: Demografi responden mengikut bangsa

BANGSA BILANGAN(ORANG) PERATUSAN (%) Melayu 13 43.3% Kedayan 9 30% Lun Bawang 4 13.3% Lain-lain 4 13.3% Sumber : Kajian Lapangan 2020 Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Terdapat empat bangsa yang terlibat dalam kajian ini iaitu Melayu, Kedayan, Lun Bawang dan lain-lain. Jumlah bagi bangsa Melayu adalah seramai 13 orang responden bersamaan 43.3 peratus. Jumlah bagi bangsa Kedayan adalah seramai 9 orang responden bersamaan 30 peratus. Jumlah bagi bangsa Lun Bawang dan lain-lain pila adalah seramai 4 orang responden bersamaan 13.3 peratus. Jadual 3 : Demografi responden mengikut status STATUS BILANGAN(ORANG) PERATUSAN(%) Guru 5 16.7% Pelajar 25 83.3% Sumber : Kajian Lapangan 2020

Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut status iaitu guru dan pelajar dari SMK Lawas. Jumlah guru yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang responden bersamaan dengan 16.7 peratus. Jumlah pe;ajar pula yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 25 orang responden bersamaan dengan 83.3 peratus. Jumlah keseluruhan bilangan responden ini adalah seramai 30 responden yang membantu dalam menyelesaikan kajian pengkaji. 5.2 Usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. 1. Tidak Setuju 2. Setuju 3. Sangat Setuju PERKARA 1 KEKERAPAN (%) 3 Menjalankan kelas bimbingan 3 2 11 10% 16 36.7% Menggalakkan pelajar membuat kerja berkumpulan 0 14 0% 53.3% 46.7% Mengutamakan kaedah pembelajaran abad ke-21 4 16 9 13.3% 30% Mewajibkan kehadiran pelajar ke sekolah dan kelas 1 53.3% 16 bimbingan 3.3% 17 53.3% Memberikan latihan tubi setiap hari 9 7 30% 56.7% 23.3% 13 43.3% 14 46.7% Jadual 4 : Usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas Sumber : Kajian Lapangan 2020

Graf 1 : Usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Graf 1 menunjukkan usaha-usaha pihak sekolah dalam menigkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Berdasarkan graf di atas, item 1 menunjukkan usaha yang dilakukan pihak sekolah iaitu menjalankan kelas bimbingan.Seramai 16 orang responden yang setuju dengan usaha, 11 orang responden sangat setuju dan 3 orang responden yang tidak setuju. Bagi item 2 menunjukkan usaha yang dilakukan adalah menggalakkan pelajar membuat kerja berkumpulan. Dalam usaha ini terdapat 16 orang responden yang setuju dan 14 orang responden yang sangat setuju. Sementara itu tidak ada responden yang tidak setuju dengan usaha ini. Selain itu bagu item 3 menunjukkan usaha yang dilakukan pihak sekolah iaitu mengutamakan kaedah pembelajaran abad ke-21. Usaha ii mendapat bilangan setuju yang paling tinggi iaitu seramai17 orang responden kerana bagi responden usaha ini perlu kerap dilakukan. Sementara itu seramai 4 orang responden yang tidak setuju dengan usaha ini.

Seramai 16 orang responden yang sangat setuju dengan usaha ini iaitu mewajibkan kehadiran pelajar ke sekolah dan ke kelas bimbingan. Bagi yang setuju pula, seramai 13 orang responden dan seorang responden yang tidak setuju. Usaha terakhir yang dilakukan pihak sekolah ialah memberikan latihan tubi setiap hari. Usaha ini mendapat 14 orang responden yang setuju, 7 orang responden yang sangat setuju dan 9 orang yang tidak setuju. Usaha ini mendapat bilangan responden yang tidak setuju yang paling tinggi disebabkan bagi responden usaha ini tidak perlu kerap dilakukan. 5.3 Faktor-faktor peningkatan akademik di SMK Lawas 1. Tidak Setuju 2. Setuju 3. Sangat Setuju PERKARA 1 KEKERAPAN (%) 3 Kerap membuat latihan tubi 3 2 11 Rajin menghadiri kelas tambahan 10% 15 36.7% Menjalankan kerja berkumpulan bersama rakan sekelas 2 14 Membuat contoh-contoh latihan KBAT 6.7% 50% 46.7% Mengamalkan kaedah pembelajaran abad ke-21 3 14 10 10% 46.7% 33.3% 0 17 15 0% 56.7% 50% 4 16 9 13.3% 53.3% 30% 17 56.7% Jadual 5 : Faktor-faktor peningkatan akademik di SMK Lawas Sumber : Kajian Lapangan 2020

Graf 2 : Faktor-faktor peningkatan pencapaian akademik di SMK Lawas Graf 2 menunjukkan faktor-faktor peningkatan akademik di SMK Lawas. Item 1 menunjukkan faktor pertama iaitu kerap membuat latihan tubi. Faktor ini mendapat seramai 15 orang responden yang setuju kerana faktor ini adalah salah satu yang sangat membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka. Sementara 3 orang responden yang tidak setuju dengan faktor kerana sebahagian pelajar tidak hanya kerap membuat latihan dan mereka lebih suka untuk menghafal isi-isi penting dalam sesuatu subjek. Bagi item 2 adalah rajin menghadiri kelas tambahan. Faktor ini mendapat bilangan responden yang sama bagi yang setuju dan sangat setuju iaitu seramai 14 orang. Hal ini kerana, kelas tambahan dapat memberikan mereka ilmu dan pengetahuan yang lebih tentang sesuatu subjek yang dipelajari. Selain itu, item 3 menunjukkan faktor iaitu menjalankan kerja berkumpulan bersam rakan sekelas. Bagi faktor ini, bilangan orang setuju pendapat bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 17 orang responden dan bilangan yang paling rendah adalah bilangan yang tidak setuju iaitu seramai 3 orang responden. Seterusnya, seramai 16 orang responden yang setuju dengan faktor ini dan seramai 15 orang responden yang sangat setuju. Hal ini kerana, membuat soala-soalan KBAT sangat membantu pelajar untuk membuat persediaan sebelum mereka menghadapi ujian sebenar.

Akhir sekali, item 5 menunjukkan faktor peningkatan pencapaian akademik iaitu mengamalkan pembelajaran abad ke-21. Faktor ini mendapat bilangan setuju yang paling tinggi iaitu seramai 17 orang. Sementara itu, bilangan bagi yang tidak setuju mendapatkan bilangan yang paling rendah iaitu seramai 4 orang responden.

8.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN Pengenalan Kajian ini bertujuan untuk mengetahui lebih dalam berkaitan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi merealisasikan harapan mereka dalam meningkatkan pencapian akademik pelajar di SMK Lawas. Objektof bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapian akademik di SMK Lawas dan mengkaji faktor-faktor bagi meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Bagi mencapai objektif kajian ini, seramai 30 orang guru-guru, pengetua dan staff sekolah SMK Lawas dipilih sebagai responden kajian ini. Responden-responden ini akan membantu pengkaji untuk menyelesaikan kajian ini dan bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian. Kaedah Kajian dan Demografi Responden Terdapat 3 kaedah kajian yang telah dijalankan untuk membantu pengkaji menjalankan kajian ini iaitu kaedah temubual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kaedah soal selidik, seramai 30 responden dari guru-guru dan pelajar di SMK Lawas yang dipilih oleh pengkaji secara rawak bagi lelaki dan perempuan. Seramai 11 orang lelaki dan 19 orang perempuan yang dipilih oleh pengkaji sebagai responden untuk menjalankan kajian ini. Terdapat 5 orang guru dan 25 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan responden yang berbangsa Melayu iaitu seramai 13 orang, 9 orang berbangsa Kedayan dan selebihnya berbangsa Lun Bawang dan lain-lain. Setelah mengumpul data daripada responden dalam aspek penganalisisan data, pengkaji akan menggunakan pengiraa manual bagi menjalankan kajian ini. Oleh itu, hanya kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dinalisis agar memudahkan pengkaji mengkaji kajian ini.

8.1 Usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat 5 usaha yang dilakukan pihak sekolah di SMK Lawas. Menurut borang selidik yang dilakukan pengkaji, seramai 16 orang responden bersamaan 53.3% yang sangat setuju bahawa mewajibkan kehadirin pelajar ke sekolah dan ke kelas bimbingan adalah usaha yang paling berkesan. Menurut responden kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari dapat memberkan impak yang positif dan berkesan kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Apabila pelajar rajin datang ke sekolah mereka tidak akan ketinggalan pelajaran yang telah diajar oleh guru dan mereka akan terus dapat mengikuti pembelajaran setiap hari. Sementara itu, kebanyakkan responden tidak bersetuju bahawa menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan adalah usaha yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah, Hal ini kerana, tidak semua pelajar yang suka untuk belajar secara berkumpulan dan lebih selesa untuk belajar secara bersendirian. Hal ini jelas bahawa kehadiran pelajar ke sekolah dan ke kelas bimbingan adalah usaha pertama yang perlu dilakukan untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka. 8.2 Faktor-faktor peningkatan pencapaian akademik di SMK Lawas. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 5 faktor peningkatan pencapian akademik di SMK Lawas. Menurut borang selidik yang dilakukan pengkaji, seramai 17 orang responden bersamaan 56.7% yang sangat setuju bahawa mengamalkan kaedah pembelajaran ke-21 adalah faktor yang paling berkesan dalam peningkatan pencapaian akademik di SMK Lawas. Hal ini kerana, kaedah pembelajaran abad ke-21 adalah kaedah yang sangat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Bagi responden, Kaedah pembelajaran abad ke-21 mengajarkan pelajar kepada kaedah pembelajaran yang baru dan senang difahami oleh pelajar. Hal ini jelas bahawa mengamalkan kaedah pembelajran abad ke-21 adalah faktor utama yang mendorong pelajar meningkatkan pencapian akademik mereka di sekolah.

Berdasarkan kajian ini, kajian memfokuskan tentang usaha-usaha pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik di SMK Lawas. Pengkaji berharap dapatan kajian yang akan datang adalah lebih menyeluruh bagi tujuan memastikan pelajar dapat membantu diri mereka dalam meningkatkan pencapian akademik mereka di sekolah. 8.3 KESIMPULAN Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji bahawa pihak sekolah mestilah bekerjasama dan berganding bahu dalam mencari usaha-usaha yang patut dijalankan bagi merealisasikan sekolah ini menjadi lebih baik dengan pencapian akademiknya seperti pihak sekolah perlu mengutamakan kaedah pembelajaran abad ke-21 kepada pelajar. Hal ini akan memberikan impak yang positif kepada semua pelajar dalam memperbaiki pencapaian akademik di sekolah. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, sudah cukup jelas menerangkan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan pencapian akademik di SMK Lawas serta faktor-faktor.

9.0 RUJUKAN 1https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan 2Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-4.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Bahasa 3https://www.google.com/search?q=peta+sarawak&oq=peta+sarawak&aqs=chro me..69i57j0l7.11682j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8 4https://www.google.com/maps/place/SMK+Lawas/@4.8584984,115.3956236 1 “Pendidikan Malaysia” https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan 2 “Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4” http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=picisan 3 “ Peta Lawas Sarawak” https://www.google.com/search?q=peta+sarawak&oq=peta+sarawak&aqs=chrome..69i57j0l7.116 82j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8 4”Peta SMK Lawas” https://www.google.com/maps/place/SMK+Lawas/@4.8584984,115.3956236


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook