Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 5_6264828323751264805

5_6264828323751264805

Published by Safli Japar, 2021-03-31 13:59:15

Description: 5_6264828323751264805

Search

Read the Text Version

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM P FTEKS BUKAN LINEAR KEPADA LINEAR PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM @himpunan_nota_stpm_senior_cikgu https://t.me/himpunan_nota_stpm_senior_cikgu GROUP RASMI : @SembangSTPM https://t.me/SembangSTPM

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM 1. JENIS BENTUK SOALAN (POLA) I. Pola perubahan II. Pola perbandingan III. Pola umum I. POLA PERUBAHAN a. Kata kunci pola perubahan  Perubahan  Perkembangan  Pergerakan  Kadar  Aliran / Trend b. Contoh soalan : Huraikan perkembangan eksport Malaysia ke negara ASEAN dari tahun 2012 hingga 2014 II. POLA PERBANDINGAN a. Kata kunci pola perbandingan  Perbandingan  Soalan ada nyatakan 1 tahun sahaja, maka secara automatik soalan tersebut merupakan soalan pola perbandingan b. Contoh soalan : Huraikan perbandingan eksport dan import Malaysia pada tahun 2016 III. POLA UMUM a. Kata kunci pola umum  Pola  Soalan tiada kata kunci bagi pola perubahan dan perbandingan b. Contoh soalan : Huraikan eksport ke negara-negara terpilih dari Januari hingga Oktober tahun 2016 dan tahun 2017 1

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM A. BENTUK SOALAN (FORMAT) i. Format bergabung  Soalan tiada kata kunci kedua seperti faktor, sebab, punca, rasional  Jika soalan format bergabung, maka huraian sebab (HS) bergabung dalam satu perenggan bersama dengan AD dan AP  Contoh : Harga eksport kelapa sawit Malaysia pada tahun 2012 hingga 2014 adalah meningkat berterusan bagi negara Thailand. Buktinya, eksport kelapa sawit Malaysia ke Thailand pada tahun 2012 adalah sebanyak RMxxxx dan meningkat kepada RMxxxx pada tahun 2014. Peningkatan ini adalah sebanyak yyyy bersamaan dengan yy%. Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan bahan mentah kelapa sawit yang tinggi di negara Thailand (HS) ii. Format asing  Soalan ada kata kunci kedua seperti faktor, sebab, punca, rasional  Jika soalan berformat asing, maka huraian sebab (HS) berada asing daripada perenggan AD dan AP  Contoh soalan : Huraikan eksport kelapa sawit Malaysia ke negara lain dan jelaskan faktor peningkatan eksport tersebut  Contoh : Harga eksport kelapa sawit Malaysia pada tahun 2012 hingga 2014 adalah meningkat berterusan bagi negara Thailand. Buktinya, eksport kelapa sawit Malaysia ke Thailand pada tahun 2012 adalah sebanyak RMxxxx dan meningkat kepada RMxxxx pada tahun 2014. Peningkatan ini adalah sebanyak yyyy bersamaan dengan yy%. Antara faktor peningkatan eksport kelapa sawit adalah kerana kualiti kelapa sawit yang bermutu tinggi. Hal ini menyebabkan permintaan semakin meningkat. (HS) 2

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM 2. PENDAHULUAN  Salin kehendak soalan  Contoh : Jadual menunjukkan eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga 2011 3. ANALISIS DATA (AD) i. Meningkat berterusan ii. Menurun berterusan iii. Tidak konsisten iv. Konsisten / stabil  Contoh AD : Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara ASEAN adalah meningkat berterusan 4. ANALISIS PENGETAHUAN (AP)  Huraian bukti kepada analisis data  Bukti : negara + nilai mutlak + perbezaan + peratus %  Contoh AP : Eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat pada tahun 2010 adalah sebanyak RMxxxx dan meningkat kepada RMxxxx pada tahun 2011. Peningkatan ini adalah sebanyak yyyy bersamaan dengan yy%. 5. PENUTUP  Beri kesimpulan ringkas  Contoh : Kesimpulannya, peningkatan eksport Malaysia ke luar negara dapat meningkatkan ekonomi negara Malaysia 3

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM POLA PERUBAHAN 1. Kata kunci  Perubahan  Pergerakan  Aliran  Perkembangan  Kadar  Trend 2. Analisis data (AD)  Meningkat berterusan  Menurun berterusan  Tidak konsisten / tidak stabil  Konsisten / stabil 3. Analisis pengetahuan (AP)  - Bukti = negara + nilai mutlak + perbezaan + peratus % 4. Formula ADAP  AD + AP - Formula : PTPN (wajib dalam satu ayat) P (penyataan), T (tahun), P (pola), N (negara) Contoh : Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) dari tahun 2012 hingga 2016 (T) adalah meningkat berterusan (P) bagi negara Thailand, Indonesia dan Singapura. (N) 4

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM - Formula : NMPP N (negara), M (nilai mutlak), P (perbezaan), P (peratus%) Contoh : Eksport Malaysia ke negara Thailand (N) pada tahun 2012 adalah sebanyak RMxxxx dan meningkat kepada RMxxxx (M) pada tahun 2016. Peningkatan ini adalah sebanyak yyyy (P) bersamaan dengan yy% (P)  Formula ADAP - PTPN + NMPP [P (penyataan), T (tahun), P (pola), N (negara)], + [N (negara), M (nilai mutlak), P (perbezaan), P (peratus%) ] Contoh PTPN + NMPP = Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) dari tahun 2012 hingga 2016 (T) adalah meningkat berterusan (P) bagi negara Thailand, Indonesia dan Singapura (N). Buktinya, eksport Malaysia ke negara Thailand (N) pada tahun 2012 adalah sebanyak RMxxxx dan meningkat kepada RMxxxx (M) pada tahun 2016. Peningkatan ini adalah sebanyak yyyy (P) bersamaan dengan yy% (P) * Jika soalan berformat bergabung, maka huraian sebab (HS) dalam satu perenggan bersama AD AP. Huraian sebab (HS) akan wujud selepas PTPN + NMPP. Maka, formula bagi format bergabung = PTPN + NMPP + HS * Jika soalan berformat asing, maka huraian sebab (HS) tidak dalam satu perenggan. Huraian sebab (HS) akan diasingkan daripada PTPN + NMPP. Maka formula bagi format asing = PTPN + NMPP - HS(perenggan baru) * N (negara) ia tidak semestinya merujuk kepada negara. N juga boleh merujuk kepada subjek lain 5

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM POLA PERBANDINGAN 1. Ada 2 cara / 2 banding i. Banding Antara Maklumat (BAM) Cara baca maklumat dalam jadual = ← dan → (mendatar) ii. Banding Dalam Maklumat (BDM) Cara baca maklumat dalam jadual = ↓ dan ↑ (menegak) 2. Kata kunci - Banding - Ada satu tempoh 3. Analisis data i. Banding antara maklumat - Lebih banyak - Lebih besar - Lebih sikit - Lebih kecil ii. Banding dalam maklumat - Paling tinggi - Paling rendah 4. Analisis pengetahuan i. Banding antara maklumat - Bukti = negara + nilai mutlak + perbezaan + peratus % ii. Banding antara maklumat - Bukti = tahun + nilai mutlak + peratus% + jumlah keseluruhan 6

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM 5. Formula ADAP i. Banding antara maklumat - AD + AP  Formula : PTPN (wajib dalam satu ayat) P (penyataan), T (tahun), P (pola), N (negara) Contoh : Nilai eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) dari tahun 2012 hingga 2016 bagi tahun 2012 (T) adalah lebih sedikit berbanding tahun 2016 (P) bagi negara Thailand, Indonesia dan Singapura. (N)  Formula : NMPP N (negara), M (nilai mutlak), P (perbezaan), P (peratus%) Contoh : Eksport Malaysia ke negara Thailand (N) pada tahun 2012 mencatatkan nilai sebanyak RMxxxx berbanding pada tahun 2016 iaitu sebanyak RMxxxx (M). Perbezaan ini adalah sebanyak yyyy (P) bersamaan dengan yy% (P) - Formula ADAP  PTPN + NMPP P (penyataan), T (tahun), P (pola), N (negara), + N (negara), M (nilai mutlak), P (perbezaan), P (peratus%) Contoh PTPN + NMPP = Nilai eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) dari tahun 2012 hingga 2016 bagi tahun 2012 (T) adalah lebih sedikit berbanding tahun 2016 (P) bagi negara Thailand, Indonesia dan Singapura (N). Buktinya, eksport Malaysia ke negara Thailand (N) pada tahun 2012 mencatatkan nilai sebanyak RMxxxx berbanding pada tahun 2016 iaitu sebanyak RMxxxx (M). Perbezaan ini adalah sebanyak yyyy (P) bersamaan dengan yy% (P). 7

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM ii. Banding dalam maklumat - AD + AP  Formula = PTPN x 2 (wajib dalam satu ayat) [ P (penyataan), T (tahun), P (pola), N (negara) ] x 2 Contoh : Nilai eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) dari tahun 2012 hingga 2016 (T) adalah mencatatkan nilai paling tinggi bagi tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan tahun 2016 (P) bagi negara Thailand dan Singapura (N) manakala nilai eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) bagi tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan tahun 2016 (T) adalah mencatatkan nilai paling rendah (P) bagi negara Indonesia. (N)  Formula : TMPJ x 2 [ T (tahun), M (nilai mutlak), P (peratus%), J (jumlah keseluruhan) ] x 2 Contoh : Bagi tahun 2012, (T) negara Thailand dan Singapura mencatatkan nilai sebanyak RMxxxx (M) bersamaan dengan yy% (P) daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RMxxxx (J) bagi negara Thailand dan nilai sebanyak RMxxxx (M) bersamaan dengan yy% (P) daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RMxxxx (J) bagi negara Singapura manakala negara Indonesia mencatatkan nilai sebanyak RMxxxx (M) bersamaan dengan yy% (P) daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RMxxxx (J) 8

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM - Formula ADAP - (PTPN x 2) + (TMPJ x 2) [P (penyataan), T (tahun), P (pola), N (negara) x 2] + [T (tahun), M (nilai mutlak), P (peratus%), J (jumlah keseluruhan) x 2] - Contoh (PTPN x 2) + (TMPJ x 2) = Nilai eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) dari tahun 2012 hingga 2016 (T) adalah mencatatkan nilai paling tinggi bagi tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan tahun 2016 (P) bagi negara Thailand dan Singapura (N) manakala nilai eksport Malaysia ke negara ASEAN (P) bagi tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan tahun 2016 (T) adalah mencatatkan nilai paling rendah (P) bagi negara Indonesia (N). Buktinya bagi tahun 2012, (T) negara Thailand dan Singapura mencatatkan nilai sebanyak RMxxxx (M) bersamaan dengan yy% (P) daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RMxxxx (J) bagi negara Thailand dan nilai sebanyak RMxxxx (M) bersamaan dengan yy% (P) daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RMxxxx (J) bagi negara Singapura manakala negara Indonesia mencatatkan nilai sebanyak RMxxxx (M) bersamaan dengan yy% (P) daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak RMxxxx (J). 9

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM *INFO TAMBAHAN* - Jumlah keseluruhan sebagai idea atau isi pertama - Soalan hubung kait tidak boleh buat jawapan perbandingan - Soalan hubung kait, jawapan perlu digabungkan jika pola tersebut sama dengan menggunakan perkataan manakala untuk menggabungkannya - Jika pola tidak konsisten, perlu menjelaskan pola setiapnya. Contoh ayat = menunjukkan pola tidak konsisten iaitu pola meningkat dan kemudiannya menurun - Jangan guna ‘dan sebagainya’ dalam huraian - Wajib tulis pendahuluan dan penutup - Istilah aliran dagangan : eksport ↑, import ↓ = lebihan dagangan : eksport ↓, import ↑ = defisit - Formula peratus% : [(tahun lama - tahun baru) ÷ tahun lama] x 100 - Guna kata kunci yang betul - Tidak menyebut salah satu atau formula tidak lengkap, automatik hilang markah - Pastikan beri jawapan yang logik dan mengikut isu semasa bagi huraian sebab (HS) - Tidak perlu mengira bilangan patah perkataan - Jika soalan beri nilai anggaran, wajib tulis perkataan anggaran dalam jawapan - Pastikan tulis unit dengan tepat - Jika soalan pola umum, perlu ada kedua-dua pola perubahan dan pola banding - N (negara) ia tidak semestinya merujuk kepada negara. N juga boleh merujuk kepada subjek lain 10

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN i. Pola perubahan format bergabung Soalan : Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan perubahan nilai perbelanjaan iklan bagi negara terpilih dalam tempoh yang dinyatakan. ASEAN : NILAI PERBELANJAAN IKLAN DI TELEVISYEN, AKHBAR DAN MAJALAH DALAM PASARAN BAGI NEGARA-NEGARA TERPILIH DALAM TEMPOH SUKU KEDUA TAHUN 2009 DAN SUKU KEDUA TAHUN 2010 Negara Tahun 2009 2010 Indonesia (US$’000) Filipina Thailand 1 277 967 1 324 069 Malaysia Singapura 845 467 913 093 Jumlah 550 541 555 799 415 265 411 197 254 076 219 325 3 343 316 3 423 483 (Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, Jun 2011) #LembaranPraktisLP 11

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM Skema jawapan : Jadual menunjukkan nilai perbelanjaan iklan di televisyen, akhbar dan majalah dalam pasaran bagi negara-negara ASEAN terpilih pada tempoh suku kedua tahun 2009 dan suku kedua tahun 2010. Jumlah keseluruhan perbelanjaan iklan di televisyen, akhbar dan majalah dalam pasaran bagi negara-negara ASEAN terpilih dalam tempoh suku kedua tahun 2009 dan suku kedua tahun 2010 adalah meningkat. Buktinya, pada suku kedua tahun 2009, jumlah perbelanjaan iklan bagi negara-negara ASEAN terpilih adalah sebanyak US$ 3 343 316 000 dan meningkat kepada US$ 3 423 483 000 pada suku kedua tahun 2010. Peningkatan ini adalah sebanyak US$ 80 167 000 bersamaan dengan 2.40%. Peningkatan ini disebabkan oleh kemampuan budaya luar dalam mempengaruhi masyarakat di negara lain dengan melakukan iklan. Nilai perbelanjaan iklan di televisyen, akhbar dan majalah dalam pasaran bagi negara-negara ASEAN terpilih dalam tempoh suku kedua tahun 2009 dan suku kedua tahun 2010 adalah meningkat bagi negara Indonesia, Filipina, dan Thailand. Buktinya, pada suku kedua tahun 2009, nilai perbelanjaan iklan bagi negara Thailand adalah sebanyak US$ 550 541 000 dan meningkat kepada US$ 555 799 000 pada suku kedua tahun 2010. Peningkatan ini adalah sebanyak US$ 525 000 bersamaan dengan 0.96%. Peningkatan ini disebabkan oleh keinginan peniaga dan usahawan untuk memperkenalkan produk mereka kepada negara lain melalui pengiklanan. 12

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM Nilai perbelanjaan iklan di televisyen, akhbar dan majalah dalam pasaran bagi negara-negara ASEAN terpilih dalam tempoh suku kedua tahun 2009 dan suku kedua tahun 2010 adalah menurun bagi negara Malaysia dan Singapura. Buktinya, pada suku kedua tahun 2009, nilai perbelanjaan iklan bagi negara Malaysia adalah sebanyak US$ 415 265 000 dan menurun kepada US$ 411 197 000 pada suku kedua tahun 2010. Penurunan ini adalah sebanyak US$ 4 068 000 bersamaan dengan 0.98%. Penurunan ini disebabkan oleh kemampuan produk Malaysia untuk diketahui umum tanpa menggunakan kaedah pengiklanan dengan kerap. Kesimpulannya, ramai usahawan seharusnya memanfaatkan kaedah pengiklanan dalam memperkenalkan produk mereka. 13

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM ii. Pola perubahan format asing Soalan : Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan perubahan import Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Nyatakan kesan-kesan pengurangan import ke atas Malaysia. MALAYSIA : NILAI IMPORT MENGIKUT NEGARA TERPILIH DARI TAHUN 2008 HINGGA TAHUN 2010 Negara Tahun 2008 2009 2010 Jumlah (RM juta) 182 522 151 267 China 66 854 60 660 55 008 173 288 Amerika Syarikat 56 135 155 805 Indonesia 64 878 48 635 46 497 78 894 Singapura 57 056 741 776 Thailand 25 152 54 228 54 182 Jumlah 270 075 48 115 50 634 26 308 27 434 237 946 233 755 (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) #LembaranPraktisLP 14

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM Skema Jawapan: Jadual menunjukkan import Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Jumlah keseluruhan import Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010 adalah menurun berterusan. Buktinya, pada tahun 2008, jumlah import Malaysia adalah sebanyak RM 270 075 juta dan menurun kepada RM 233 755 juta pada tahun 2010. Penurunan ini adalah sebanyak RM 36 320 juta bersamaan 13.44%. Nilai import Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010 adalah menurun berterusan bagi negara Amerika Syarikat, China dan Indonesia. Buktinya, pada tahun 2008, import Malaysia dari negara Indonesia adalah sebanyak RM 64 878 juta dan menurun kepada RM 54 182 juta pada tahun 2010. Penurunan ini adalah sebanyak RM 10 696 juta bersamaan dengan 16.49%. Nilai import Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010 adalah tidak konsisten iaitu dengan pola menurun dan meningkat semula bagi negara Singapura. Buktinya, pada tahun 2008, import Malaysia dari negara Singapura adalah sebanyak RM 57 056 juta dan menurun kepada RM 48 115 juta pada tahun 2009. Penurunan ini adalah sebanyak RM 8 941 juta bersamaan dengan 15.67% dan kemudiannya meningkat semula pada tahun 2010 iaitu kepada RM 50 634 juta. Peningkatan ini adalah sebanyak RM 2 519 juta bersamaan dengan 5.24%. Nilai import Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010 adalah meningkat berterusan bagi negara Thailand. Buktinya, pada tahun 2008, import Malaysia dari negara Thailand adalah sebanyak RM 25 152 juta dan meningkat kepada RM 27 434 juta pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah sebanyak RM 2 282 juta bersamaan dengan 9.07%. 15

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM Antara kesan pengurangan jumlah keseluruhan import ke atas Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2010 adalah berlakunya pengurangan pengaliran keluar masuk wang. Hal ini mengurangkan pertukaran wang tempatan dengan wang asing. Kesan seterusnya, dapat meningkatkan kadar nilai eksport Malaysia. Malaysia juga kurang kebergantungan kepada barangan import negara luar malah Malaysia mengeksport barangan tempatan ke negara luar. Kesimpulannya, pengurangan kadar nilai import adalah satu kelebihan untuk kemajuan negara Malaysia. 16

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM iii. Pola perbandingan Soalan : Berdasarkan maklumat dalam jadual, bandingkan nilai import barangan terpilih di negara ASEAN terpilih pada tahun 2013. MALAYSIA : NILAI IMPORT BARANGAN TERPILIH DI NEGARA ASEAN TERPILIH PADA TAHUN 2013 NEGARA ASEAN NILAI IMPORT (RM’000) Indonesia Rumpai laut Ikan hiasan Filipina Thailand 3 888.94 7 714.97 Singapura Vietnam 3 164.85 623. 48 JUMLAH 1 3877.25 8 578.00 210.45 2 087.08 22.95 731.00 8 674.44 19 734.53 (Disesuaikan daripada perangkaan Agromakanan 2014, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia, April 2015) #ModulPAJohor 17

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM Skema Jawapan: Jadual menunjukkan nilai import barangan terpilih di negara ASEAN terpilih oleh Malaysia pada tahun 2013. Jumlah keseluruhan import barangan terpilih di negara ASEAN pada tahun 2013 menunjukkan import ikan hiasan lebih banyak berbanding rumpai laut. Buktinya, jumlah import ikan hiasan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM 19 734.53 ribu berbanding jumlah import rumpai laut iaitu sebanyak RM 8 674.44 ribu. Perbezaan adalah sebanyak RM 11 060.09 ribu. Hal ini kerana permintaan ikan hiasan tinggi daripada pembekal dan peminat ikan hiasan. Nilai import barangan terpilih di negara ASEAN pada tahun 2013 bagi import rumpai laut lebih banyak berbanding ikan hiasan bagi negara Filipina. Buktinya, nilai import rumpai laut pada tahun 2013 bagi negara Filipina adalah sebanyak RM 3 164.85 ribu berbanding nilai import ikan hiasan iaitu sebanyak RM623.48 ribu. Perbezaan ini adalah sebanyak RM 2 541.37 ribu. Hal ini kerana pelbagai jenis rumpai laut yang mendapat sambutan hangat. Nilai import barangan terpilih di negara ASEAN pada tahun 2013 bagi import ikan hiasan lebih banyak berbanding rumpai laut bagi negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam. Buktinya, nilai import ikan hiasan pada tahun 2013 bagi negara Indonesia adalah sebanyak RM 7 714.97 ribu berbanding nilai import rumpai laut iaitu sebanyak RM 3 888.94 ribu. Perbezaan ini adalah sebanyak RM 3 826.03 ribu. Hal ini kerana ikan hiasan diimport sukar diperoleh di Malaysia dan mempunyai nilai tinggi di pasaran. 18

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : GURU PENGAJIAN AM STPM PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM Nilai import barangan terpilih di negara ASEAN pada tahun 2013 bagi import rumpai laut yang paling tinggi adalah negara Indonesia manakala nilai import rumpai laut yang paling rendah adalah negara Vietnam. Buktinya, import rumpai laut bagi negara Indonesia adalah sebanyak RM 3 888.94 ribu bersamaan dengan 44.83% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 8 674.44 ribu manakala import rumpai laut bagi negara Vietnam adalah sebanyak RM 22.95 ribu bersamaan dengan 2.65% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 8 674.44 ribu. Hal ini kerana negara Indonesia merupakan pengeluar utama rumpai laut manakala Vietnam lebih menumpukan kepada aktiviti penternakan ikan air tawar. Nilai import barangan terpilih di negara ASEAN pada tahun 2013 bagi import ikan hiasan yang paling tinggi adalah negara Thailand manakala nilai import ikan hiasan yang paling rendah adalah negara Filipina. Buktinya, import ikan hiasan bagi negara Thailand adalah sebanyak RM 8 578.00 ribu bersamaan dengan 43.47% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 19 734.53 ribu manakala import ikan hiasan bagi negara Filipina adalah sebanyak RM 623.48 ribu bersamaan dengan 3.16% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 19 734.53 ribu. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang boleh diperoleh dengan mudah di negara Thailand manakala negara Filipina lebih memberi tumpuan kepada penternakan rumpai laut. Kesimpulannya, barangan import ikan hiasan dan rumpai laut sangat diperlukan di Malaysia sehingga menunjukkan bahasa Malaysia bergantung kepada barangan import tersebut. 19


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook