Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PERATURAN & KRITERIA PENILAIAN KARANGAN

PERATURAN & KRITERIA PENILAIAN KARANGAN

Published by Safli Japar, 2021-03-27 13:49:41

Description: PERATURAN & KRITERIA PENILAIAN KARANGAN

Search

Read the Text Version

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN ‘CABARAN KREATIF STEAM’ PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020 1. TEMA • Tema karangan: “INOVASI STEM” • Karangan perlu selari dengan tema dan mengandungi perkataan berkenaan serta mempunyai unsur STEAM. 2. TARIKH-TARIKH PENTING • Tarikh mula pertandingan : 01 SEPTEMBER 2020 ( SELASA ) • Tarikh akhir penghantaran karangan : 15 OKTOBER 2020 ( KHAMIS ) 3. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN • Penyertaan TERBUKA kepada semua warga murid sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). • Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/ Bahasa Tamil /Bahasa Mandarin • Pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) tahap iaitu Tahap Rendah dan Tahap Atas untuk sekolah rendah and menengah. • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU (1) esei untuk SATU (1) bahasa SAHAJA. • Esei hendaklah ditaipkan di “Microsoft Word” dalam jarak langkau 1.5 dan menggunakan fon Arial bersaiz 12. • Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan hendaklah dikepilkan bersama-sama Esei semasa penghantaran dalam format PDF. • Esei yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan bukannya ditiru atau diciplak. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima. • Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau membatalkan kemenangan yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli.

• Setiap esei yang telah dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan STEM berhak untuk mencetak atau menerbitkan esei tersebut. • Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan e-mel dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup penyertaan. • Peserta dianggap tidak memenangi sebarang hadiah sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman selepas tempoh tersebut. KATEGORI ESEI SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH TAHAP TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 1 TAHAP 2 (TAHUN 1- (TAHUN 4- (TING 1- (TING 4- TAHUN 3) TAHUN 6) TING 3) TING5) ESEI Tidak kurang Tidak kurang Tidak kurang Tidak kurang HENDAKLAH daripada 80 daripada 120 daripada 150 daripada 350 DALAM patah patah patah patah LINGKUNGAN perkataan. perkataan. perkataan. perkataan. PERSETUJUAN • Dengan menghantar penyertaan ini, peserta atau ibubapa/penjaga atau pihak sekolah bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah syarat & peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. ETIKA • Peserta harus memastikan penulisannya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. • Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu penulisan yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman rakyat Malaysia. PENILAIAN • Pertandingan ini akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema pertandingan, terma dan syarat mengikut kriteria pemarkahan. • Penyertaan yang tidak mematuhi terma dan syarat tidak akan dinilai. • Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD • Sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

4. KRITERIA PENILAIAN Kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian esei tersebut adalah seperti yang berikut: BIL. KRITERIA MARKAH I. ISI DAN OLAHAN 20% II. ANALISIS MASALAH/FAKTA 30% III. GAYA BAHASA 20% IV. CADANGAN/IDEA 25% V. KETEPATAN EJAAN DAN PENGGUNAAN 5% TATABAHASA 100% JUMLAH KESELURUHAN 5. YURAN PENYERTAAN • Yuran penyertaan adalah PERCUMA. 6. HADIAH DAN SIJIL • Markah 90% - 100% : Sijil Pingat Emas + Diterbitkan dalam e-Book Cabaran Kreatif STEAM PGSM. • Markah 80% -89% : Sijil Pingat Perak • Markah 70% -79% : Sijil Pingat Gangsa • Semua penyertaan 69% dan ke bawah akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). 7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN • Borang penyertaan boleh didapati dari pautan http://gg.gg/daftarSTEAM atau imbas kod QR dalam poster. • Borang yang telah lengkap beserta posterpenyertaan hendaklah dihantar sebelum ataupada 15 OKTOBER 2020. 8. HAKMILIK CIPTA • Semua hasil pelajar yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur dan tidak boleh dituntut semula. • Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hakmilik cipta kepada pihak penganjur, tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran royalti terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia. • Pihak penganjur berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang laporan mengenai pertandingan ini dan untuk tujuan pengiklanan pada pertandingan yang sama pada masa depan.

9. PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN • Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu. 10. PERTANYAAN • Hebahan pemenang akan diiklankan melalui Facebook “Persatuan GURU STEM Malaysia”. • Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi Puan Chiang Wei Luan di talian 0105088438 atau Cik Cheetalakchumy Balu di talian 011-2626 5396.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook