Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore _kursus-jenazah2

_kursus-jenazah2

Published by Safli Japar, 2022-08-15 06:06:11

Description: _kursus-jenazah2

Search

Read the Text Version

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Ustaz Merjoki Bin Chong Pat Penyelia Pendidikan Islam PPD Lawas

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERANAN & TANGGUNGJAWAB Menguruskan jenazah adalah wajib bukan sahaja kepada pegawai masjid seperti imam & bilal, tetapi ke atas semua individu muslim yang mukallaf. Oleh itu adalah perlu untuk semua muslim yang mukallaf mempelajari dan mengetahui cara-cara menguruskan jenazah.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH TANDA-TANDA ORANG YANG SAKIT TENAT / NAZAK  Bulu kening sudah jatuh ke bawah ( tidak terletak di atas tulang dahi  Hidung sudah lembik  Tapak kaki sudah tidak tegak  telinga sudah layu

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA ORANG NAZAK - sunat diajarkan kalimah “La ila ha illallah” - sunat dibacakan surah “Yaa Sin” - wajib diberi minum sekiranya dia dahaga - sunat diberi minum sekiranya tidak dahaga - harus dititikkan air ke dalam mulutnya ketika nazak - di basahkan muka dan dadanya - dihadapkan mukanya ke arah kiblat (diiringkan) - diiringkan ke kanan - atau ke kiri (sekiranya sukar utk ke kanan) - atau terlentang dgn kaki ke kiblat dan kepala ditinggikan.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA JENAZAH - sunat menutup kedua matanya - sambil membaca doa - sunat diikatkan dagunya ke kepala - melembutkan sendi-sendi tangan, kaki & peha* * di ulang beberapa kali dgn lembut * boleh juga diurut dgn sedikit minyak - menukar pakaiannya dgn yg bersih - menutup keseluruhan tubuhnya dgn kain - menghadapkan jenazah itu ke kiblat - letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukannya surah yaasiin

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH KEWAJIPAN ORANG HIDUP KEPADA ORANG MATI Menyempurnakan mayat orang Islam yg bukan mati shahid itu adalah fardhu kifayah. 1. Dimandikan 2. Dikafankan 3. Disembahyangkan 4. Dikebumikan * Sekalipun mayat orang yg membunuh diri Apabila telah yakin mati seorang Islam itu, hendaklah disempurnakan keempat-empat perkara itu dgn seberapa segera.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PENGURUSAN JENAZAH 1. Memandikan Jenazah 2. Mengkafankan Jenazah 3. Solat Jenazah 4. Mengkebumikan Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MEMANDIKAN JENAZAH / MAYAT Sekurang-kurang mandi mayat itu hendaklah diratakan air pada seluruh badannya setelah dibersihkan najisnya, hingga kpd bhg faraj yg zahir waktu duduk mencingkung (wanita) dan hingga ke bawah pelepah zakar (lelaki) jika zakar itu celik. - jika zakar itu buta dan tidak boleh disampaikan air ke dalamnya memadailah dgn dimandikan sahaja (tidak perlu tayammum).

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH TUKANG MANDI / KAFAN / SOLAT & KEBUMIKAN JENAZAH Syarat & sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah 1. Berani. 2. Sabar. 3. Amanah. 4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup 5. Tidak berhadas besar

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ORANG-ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH 1. Jenazah Lelaki a. Kesemua lelaki b. Isteri c. Orang yang haram nikah dengannya 2. Jenazah Perempuan a. Kesemua perempuan b. Suami c. Orang yang haram nikah dengannya

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 11. Gunting 12. Kapur barus PERALATAN MEMANDIKAN JENAZAH 13. Sarung tangan 14. Tuala mandi 1. Air mutlak secukupnya 15. Kain putih 2. Kapas 16. Kain batik lepas 3. Papan alas mandi 17. Sikat 4. Sabun 18. Bantal 5. Putik kapas 19. Baldi & gayung 6. Serbuk cendana 20. Apron plastik 7. Minyak atar 8. Air mawar 9. Tikar 10. Daun / serbuk bidara

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. 2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka. 3. Tukang mandi jenazah hendaklah memakai sarung tangan 4. Istinjakkan mayat terlebih dahulu. 5. Mengangkat jenazah pada kedudukan seakan duduk. 6. Urut-urutkan dari dada hingga ke perut bagi mengeluarkan najis yang masih ada secara perlahan-lahan. 7. Bersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan kapas. 8. Siram dengan air mutlak dari atas dada jenazah.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 9. Kemudian siram dengan air sabun bermula daripada kepala, leher, tangan, badan hingga kaki jenazah. 10. Bersihkan kotoran yang ada dirambut, hidung, mulut, telinga, ketiak, celah-celah jari dan kaki, kuku tangan dan kuku kaki. 11. Gunakan putik kapas untuk membersihkan kotoran. 12. Kemudian mandikan dengan air bidara seluruh anggota mayat sambil berniat :

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH NIAT MANDI 1. Lafaz niat untuk jenazah lelaki “SAHAJA AKU MEMANDIKAN JENAZAH (LELAKI) KERANA ALLAH TA’ALA” 2. Lafaz niat untuk jenazah perempuan “SAHAJA AKU MEMANDIKAN JENAZAH (PEREMPUAN) KERANA ALLAH TA’ALA”

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 13. Siram bahagian kepala 3 kali 14. Siram bahagian atas badan atas sebelah kanan 3 kali. 15. Siram belakang sebelah kanan 3 kali. 16. Siram bahagian atas badan sebelah kiri 3 kali. 17. Siram belakang sebelah kiri 3 kali 18. Siram dengan air kapur barus. 19. Wudukkan mayat.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH NIAT WUDHUK Lafaz niat wuduk untuk jenazah lelaki “SAHAJA AKU MEWUDUKKAN JENAZAH (LELAKI) INI KERANA ALLAH TA’ALA” Lafaz niat wuduk untuk jenazah perempuan “SAHAJA AKU MEWUDUKKAN JENAZAH (PEREMPUAN) INI KERANA ALLAH TA’ALA”

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 20. Siram dengan air sembilan kali. 21. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. 22. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan. 23. Usung ke tempat mengkafan dgn menutup seluruh anggotanya. 24. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama (Contoh : rambut, kuku dll).

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MENGKAFANKAN JENAZAH Sekurang-kurang kafan itu ialah dengan selapis kain yang menutup seluruh badannya. Kafan yg afdhal (terbaik):- Lelaki - Tiga lapis kain putih - Boleh ditambah dgn sehelai baju & serban Wanita Lima lapis - 2 lapis kain kafan - 1 lapis kain nipis (antara pusat & lutut) - 1 lapis baju - 1 lapis telekung

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Mengkafankan Mayat 1 Tempat 2 Peralatan 3 Cara

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Mengkafankan Mayat 1. Tempat Tempat rata yang bersih, suci dan kering

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Mengkafankan Mayat 2. Peralatan 1. Tikar 2. Kain kafan 3. Tali (dari kain yg tidak berjahit) 4. Kapas 5. Serbuk kayu cendana 6. Serbuk kapur barus 7. Minyak atar (wangi)

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BANTAL GULUNG Mengkafankan Mayat Cara membuat jubah GULUNG GULUNG KAKI KEPALA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Mengkafankan Mayat 3. Cara 1. Bentangkan tikar (alas yg sesuai) 2. Susun tali pengikat (5 atau 7 utas) di atas tikar tersebut 3. Susun kain kafan di atas tali pengikat tersebut 4. Taburkan/renjiskan wangian pada setiap lapis kain kafan 5. Sediakan kapas yg telah dicampur dgn wangian dan kayu cendana 6. Angkat mayat dan baringkan di atas kain kafan 7. Tutupkan kapas tersebut pada bahagian:- i. Muka ii. Telinga iii. Buah dada (wanita) iv. Kemaluan v. Siku vi. Tumit 8. Angkat mayat dan baringkan di atas kain kafan.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 9. Tutupkan/bungkuskan kafan ke atas mayat 10. Ikat dgn tali pengikat 1. Simpul hidup pada sebelah kiri mayat 2. Sebelum menutup bhg kepala, benarkan waris melihat/mencium mayat 11. Renjiskan dengan air mawar dan minyak wangi. 12. Angkat dan letakkan di tempat solat

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SOLAT JENAZAH Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya dua orang dlm setiap satu saf . Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama- sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setelah disolatkan oleh orang lelaki.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Cara Solat Jenazah Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas, bersih dan suci.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH KIBLAT LELAKI WANITA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Rukun Solat Jenazah 1. Niat 2. Qiam 3. 4 kali takbir (termasuk takbiratul-ihrom)  Membaca Al-Fatihah selepas takbir pertama  Membaca salawat ke atas nabi selepas takbir yg kedua  Membaca doa selepas takbir yg ke tiga 4. Mengucap salam selepas takbir yg keempat.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Lafaz Niat Solat Jenazah a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian : \"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala\" b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian : \"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala\"

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Terima kasih Para peserta kursus Semuga diberkati Allah (swt)…..


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook