Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Panduan PdP Biologi 2020 edisi BM

Panduan PdP Biologi 2020 edisi BM

Published by ruslawati mat isa, 2021-01-29 08:13:06

Description: Panduan PdP Biologi 2020 edisi BM

Keywords: Biology

Search

Read the Text Version

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Lembaran Kerja Produk Murid (sediakan Rubrik Penilaian Produk –Sila rujuk BSTEM) Kolaborasi/Kerjasama Murid/Rakan Sebaya (sediakan Rubrik Penilaian Kendiri/Kumpulan - Sila rujuk BSTEM) Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdP akan datang. BAHAN BANTU MENGAJAR - GAMBAR Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 39

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali - Murid dapat melabel struktur jantung manusia. 2 Memahami - Murid dapat menerangkan kesan arteri koronari yang tersumbat dan kesan jika arteri koronari tersumbat (kesan ke atas otot kardium, pengepaman jantung dan kadar denyutan jantung). 3 Mengaplikasi - Murid dapat melabel struktur jantung manusia berdasarkan keratan rentas memanjang jantung ayam. 4 Menganalisis- Murid dapat menerangkan perbezaan antara jantung pesakit perokok dengan jantung sihat dan nyatakan kesan arteri koronari yang tersumbat kepada jantung manusia. 5 Menilai - Murid dapat memberi cadangan menu yang sesuai untuk penyakit jantung kronik dan memberi justifikasinya. 6 Mereka cipta- Murid dapat membina model implan stent untuk arteri tersumbat. PENUT UP Contoh PdP ini boleh digunakan secara berperingkat dan selepas selesai mempelajari semua bidang pembelajaran dalam tema 1 (Asas Biologi). 40 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH 5 Nutrisi dan Sistem Pencernaan Dalam Manusia



CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Bidang Pembelajaran: 2.0 Sel Biologi dan Organisasi sel 3.0 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plas 4.0 Komposisi Kimia Dalam Sel 5.0 Metabolisme dan Enzim 9.0. Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia 10.0 Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan 13.0 Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia Standard Kandungan: 2.3 Proses Hidup Organisma Multisel 3.3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup 4.2 Karbohidrat 4.3 Protein 4.4 Lipid 5.1 Metabolisme 9.2 Pencernaan 9.3 Penyerapan 9.4 Asimilasi 9.6 Gizi Seimbang 9.7 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pencernaan dan Tabiat Pemakanan Manusia 10.1 Jenis Sistem Peredaran 13.1 Homeostasis Standard Pembelajaran: 2.3.4 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel. 3.3.1 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dalam organisma. 3.3.2 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan aktif dalam organisma. Bahagian Pembangunan Kurikulum 43 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 4.2.3 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian: (i) disakarida (ii) polisakarida 4.3.2 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian dipetida dan polipeptida. 4.4.3 Memerihalkan pembentukan dan penguraian trigliserida 5.1.2 Menyatakan jenis-jenis metabolisme dalam sel: (i) anabolisme (ii) katabolisme 9.2.4 Memerihalkan pencernaan karbohidrat, protein 9.3.2 Berkomunikasi tentang penyesuaian ileum dan vilus dalam penyerapan makanan tercerna. 9.4.2 Membincangkan fungsi hati dalam asimilasi makanan tercerna : (i) metabolisme makanan tercerna (karbohidrat dan protein) (ii) penyimpanan nutrien (iii) penyahtoksinan 9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang: (i) mengalami obesiti (ii) menghidap penyakit tertentu - diabetes melitus - kardiovaskular - kanser 9.7.1 Meramalkan kesan mengubahsuai organ pencernaan terhadap kesihatan manusia. 9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat pemakanan. 10.1.1 Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel kompleks. 44 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Kriteria Kejayaan: 13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep Tempoh PdP: homeostasis dalam pengawalaturan: (i) aras gula darah 1. Mencadangkan kaedah pengubahsuaian seperti pintasan gaster sebagai langkah mengatasi obesiti. 2. Menjelaskan proses asimilasi glukosa dan lipid. 3. Mensintesiskan kesan asimilasi yang tidak sempurna. 4. Mencadangkan diet yang sesuai bagi individu yang obes. 5. Menghubungkaitkan pengangkutan aktif dan pasif di villus. 6. Mengenalpasti monomer bagi trigliserida. 7. Memberikan definisi anabolisme dan katabolisme. 8. Menyatakan kepentingan sistem pengangkutan darah untuk makanan tercerna diangkut ke seluruh badan. 9. Berkomunikasi tentang mekanisme suap balik negatif aras gula dalam darah. 10. Menyatakan kesan kegagalan hati dan pankreas. 2 jam + 2 jam SINOPSIS Standard Pembelajaran 9.7.3 menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat pemakanan. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi menyelesaikan isu berkaitan obesiti. Aktiviti ini dijalankan dengan mengunakan kaedah pembelajaran inkuiri di mana murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji enzim menghidrolisis substrat. Pembelajaran secara konstruktivisme juga digunakan bagi membina pemahaman murid terhadap isu kesihatan tersebut. Selain itu, konsep pembelajaran ini membolehkan murid menghubungkaitkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Pembelajaran Kontekstual juga diterapkan agar murid dapat mengaplikasikan teori dalam kehidupan mereka. Bahagian Pembangunan Kurikulum 45 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN BAHAN BANTU MENGAJAR  Komputer dan projektor LCD/ Kertas Sebak/ Kad manila berwarna  Lembaran kerja  Pen Marker  Sticky note STRATEGI PdP 1. Kaedah inkuiri (5E) - Penglibatan, Penerokaan, Penerangan, Pengayaan, Penilaian. 2. Penyelesaian Masalah. PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdpc dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. 5. Murid telah mempelajari semua tajuk dalam tema 1 dan tema 2 sebelum ini. 46 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN CADANGAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard pembelajaran hari tersebut. Standard Pembelajaran : 2.3.4 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel. 3.3.1 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dalam organisma. 3.3.2 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan aktif dalam organisma. 4.2.3 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian: (i) disakarida (ii) polisakarida 4.3.2 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian dipetida dan polipeptida. 4.4.3 Memerihalkan pembentukan dan penguraian trigliserida 5.1.2 Menyatakan jenis-jenis metabolisme dalam sel: (i) anabolisme (ii) katabolisme 9.2.4 Memerihalkan pencernaan karbohidrat, protein dan lipid dalam usus kecil. 9.3.2 Berkomunikasi tentang penyesuaian ileum dan vilus dalam penyerapan makanan tercerna. 9.4.2 Membincangkan fungsi hati dalam asimilasi makanan tercerna : (i) metabolisme makanan tercerna (karbohidrat dan protein) (ii) penyimpanan nutrien (iii) penyahtoksinan 9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang: (i) mengalami obesiti (ii) menghidap penyakit tertentu - diabetes melitus - kardiovaskular - kanser 9.7.1 Meramalkan kesan mengubahsuai organ pencernaan terhadap kesihatan manusia. Bahagian Pembangunan Kurikulum 47 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat pemakanan. 10.1.1 Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel kompleks. 13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis dalam pengawalaturan: (i) aras gula darah Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (45 minit) 1. Menayangkan video mengenai obesiti. 423lb 10-Year-Old Has Life Threatening Obesity https://www.youtube.com/watch?v=dputPMqkESI 2. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan gambar seorang kanak-kanak yang obes. 3. Kemukakan soalan seperti berikut:  Lihat pada gambar ini? Perihalkan apa yang anda lihat.  Berikan inferens terhadap pemerhatian anda. 4. Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa kanak-kanak tersebut obes. 5. Guru menayangkan video tentang pembedahan pintasan gaster. ATAU Gastric Bypass Surgery - Video Explanation https://www.youtube.com/watch?v=Kpx_LKvl8Wo 6. Menjalankan perbincangan melalui sumbang saran sehingga murid boleh menghuraikan bagaimana pembedahan pintasan gaster dapat mengatasi obesiti. Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan: (120 minit) 1. Menjalankan aktiviti 1 melalui sumbang saran. Setiap 48 kumpulan diberi satu tugasan. 2. Mengumpul bahan dan maklumat untuk tugasan yang diberikan. 3. Menjalankan aktiviti 2 iaitu one stay, others stray. Setiap murid akan diberikan lembaran kerja untuk dilengkapkan semasa aktiviti 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 4. Menjalankan aktiviti 3 iaitu fun-run-match untuk merumus PdP bagi modul ini melalui memadankan jawapan kepada soalan yang diberi. (Catatan: soalan disediakan mengikut aras kecerdasan murid) Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan. (45 minit) (Catatan: Multimedia/Kertas Sebak/Bahan-bahan yang sesuai) Persoalan kepada murid: Apakah dapatan yang boleh dikongsi tentang isu kesihatan yang berkaitan pemakanan manusia? Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman konsep biologi dari pembentangan murid. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu. (30 minit) Guru membimbing murid kepada pemahaman isu obesiti dan gaya hidup dalam kehidupan harian. Murid membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut bersama guru. PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Hasil Kerja Murid (sediakan rubrik Penilaian Hasil Kerja) Kolaborasi/Kerjasama Murid (sediakan rubrik Penilaian Kendiri/Kumpulan/Pentaksiran Rakan Sebaya) Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdP akan datang. PENUT UP Contoh PdP ini boleh digunakan semasa PdP Tema 2, Tajuk 9.0, Bidang Pembelajaran 9.7.3 dan merentasi beberapa tajuk seperti Tajuk 2.0, 3.0, 4.0 dan 5.0 serta Tema 2, Tajuk 10.0 dan 13.0. Bahagian Pembangunan Kurikulum 49 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN LEMBARAN KERJA Aktiviti 1: Aktiviti Sumbang saran Tugasan Kumpulan 1 -Membincangkan pencernaan karbohidrat, protein dan lipid dalam usus kecil. - Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian:  Disakarida  Polisakarida  Dipeptide  Polipeptida  Trigliserida 2 - Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dan proses pengangkutan aktif dalam organisma. - Berkomunikasi tentang penyesuaian ileum dan vilus dalam penyerapan makanan tercerna. - Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel kompleks. 3 - Menyatakan jenis-jenis metabolisme dalam sel:  Anabolisme  Katabolisme - Membincangkan fungsi hati dalam asimilasi makanan tercerna. 4 - Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel. - Meramalkan kesan mengubahsuai organ pencernaan terhadap kesihatan manusia. 5 - Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang mengalami obesity, pesakit kardiovaskular dan pesakit kanser. 6 - Perihalkan diabetes melitus - Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis dalam pengawalaturan aras gula darah (Catatan: Guru boleh membahagikan murid kepada bilangan kumpulan yang bersesuaian) 50 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Aktiviti 2: One stay, others stray 1. Guru menyediakan lembaran kerja mengikut tugasan aktiviti 1. Aktiviti 3: Fun-Run-Match 1. Guru menyediakan stimulus gambar kanak-kanak obes. 2. Guru menyediakan maklumat-maklumat yang perlu dipadankan oleh wakil setiap kumpulan. 3. Aktiviti ini dijalankan setelah murid melakukan sumbang saran dan one stay, others stray. 4. Ganjaran diberikan kepada kumpulan yang memberikan jawapan yang betul. Bahagian Pembangunan Kurikulum 51 Kementerian Pendidikan Malaysia



CONTOH 6 Pembahagian Sel



CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Bidang Pembelajaran: 6.0 Pembahagian Sel 15.0 Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan Standard Kandungan: 6.3 Meiosis 15.2 Gametogenesis Manusia Standard Pembelajaran: 6.3.3 Menyatakan keperluan meiosis dalam: (i) Pembentukan gamet (gametogenesis) (ii) Menghasilkan variasi genetik (iii) Mengekalkan bilangan kromosom diploid dari generasi ke generasi 6.3.4 Menerangkan peringkat-peringkat dalam meiosis mengikut urutan yang betul: (i) Meiosis I (ii) Meiosis II 15.2.2 Memerihalkan pembentukan gamet: (i) spermatogenesis (ii) oogenesis Kriteria Kejayaan: 1. Mencirikan secara ringkas peristiwa yang berlaku dalam setiap peringkat 2. Menyusun gambarajah peringkat meiosis dengan urutan yang betul. 3.Menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat meiosis yang menghasilkan variasi gamet. Tempoh PdP: 1 jam Bahagian Pembangunan Kurikulum 55 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN SINOPSIS Dalam tema Asas Biologi dan Fisiologi Manusia dan Haiwan, murid diperkenalkan pelbagai jenis sel dan jenis pembahagian sel. Selain itu, murid didedahkan kepentingan dan peringkat pembahagian sel. Pendedahan konsep pembahagian sel jenis meiosis dilakukan melalui aktiviti pembelajaran berasaskan teknik inkuiri dan permainan dalam makmal untuk meningkatkan kefahaman awal. Melalui teknik inkuiri dan permainan, penguasaan konsep peringkat pembahagian sel dimantapkan. Dalam standard pembelajaran 6.3.4, murid akan mahir mencirikan peristiwa dalam setiap peringkat meiosis. Penguasaan konsep peringkat meiosis amat penting untuk menerangkan kepentingan meiosis dalam mewujudkan variasi. Dalam Standard Pembelajaran 15.2, murid dapat mengaplikasikan peringkat meiosis dalam gametogenesis. Pengetahuan tentang konsep peringkat meiosis membolehkan murid melukis dan melabel setiap peringkat meiosis mengikut urutan yang betul. BAHAN BANTU MENGAJAR  Kad imbasan (maklumat peringkat meiosis)  Lembaran kerja  Buku teks  Komputer riba  Projektor  Video Animasi STRATEGI PdP 1. Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate). 2. Permainan. 56 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdpc dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan mencari maklumat dalam kumpulan kecil. 5. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Sediakan soalan yang sesuai mengikut Standard Pembelajaran. CADANGAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard pembelajaran hari tersebut. Standard Pembelajaran: 6.3.3 Menyatakan keperluan meiosis dalam: (i) Pembentukan gamet (gametogenesis) (ii) Menghasilkan variasi genetik (iii) Mengekalkan bilangan kromosom diploid dari generasi ke generasi 6.3.4 Menerangkan peringkat-peringkat dalam meiosis mengikut urutan yang betul: (i) Meiosis I (ii) Meiosis II 15.2.2 Memerihalkan pembentukan gamet: (i) spermatogenesis (ii) oogenesis Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (10 minit) 1. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan gambar sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. 2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:  Lihat pada gambar tersebut. Nyatakan apa yang anda lihat? Bahagian Pembangunan Kurikulum 57 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Penerokaan  Mengapa anak-anak dalam keluarga itu mempunyai ciri- (15 minit) ciri fizikal yang berbeza? Penerangan 3. Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid (20 minit) boleh membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan dalam gamet yang dihasilkan oleh individu yang sama. Murid menjalankan aktiviti penerokaan. 1. Guru melabel 8 stesen pada meja makmal (Profasa I, Metafasa I, Anafasa I, Telofasa I, Profasa II, Metafasa II, Anafasa II, Telofasa II) dan menampal gambarajah (peringkat meiosis) pada setiap stesen. 2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil dan menyatakan syarat-syarat permainan. 3. Guru menerangkan permainan yang akan dijalankan. Ganjaran akan diberi kepada kumpulan yang paling cepat melengkapkan tugasan dengan tepat.  Guru memberi kad imbasan maklumat tersedia secara rawak.  Murid mengkaji setiap butiran pada kad imbasan. Murid berkomunikasi dapatan penerokaan. (Catatan: Multimedia/kertas sebak/bahan-bahan yang sesuai) 1. Murid berkomunikasi dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada buku teks/buku rujukan. 2. Murid dikehendaki bergerak ke stesen berkenaan berdasarkan maklumat pada kad imbasan dan menampalkan kad imbasan tersebut di stesen yang betul. 3. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pengetahuan peringkat meiosis. 4. Guru memberi lembaran kerja kepada setiap kumpulan selepas semakan penemuan dijalankan. 5. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja semasa meneroka setiap stesen. 6. Guru membincangkan jawapan pada lembaran kerja dengan murid. 58 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 7. Bilangan soalan yang dapat dijawab dengan tepat dijumlahkan dan pemenang diberi ganjaran. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu. (15 minit) 1. Guru menayangkan video animasi mengenai meiosis. 2. Berdasarkan animasi meiosis, murid dapat menyatakan kepentingan meiosis dalam: (i) variasi (ii) gametogenesis 3. Guru mengarahkan murid untuk mengumpulkan maklumat tentang kesan ketidaknormalan meiosis dan kesannya terhadap terhadap individu tertentu. 4. Persembahkannya dalam mini dokumentari. (Catatan: Guru memberi tugasan tambahan kepada murid untuk mendapatkan hubungankait antara umur maternal dengan kebarangkalian anak yang dilahirkan dengan Sindrom Down) Pentaksiran (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Lembaran Kerja Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdP akan datang. Bahagian Pembangunan Kurikulum 59 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali - Murid dapat mengenalpasti peringkat di dalam meiosis 2 Memahami - Murid dapat menerangkan perlakuan kromosom setiap peringkat meiosis 3 Mengaplikasi - Murid dapat menerangkan tak disjunksi kromosm 21 yang menyebabkan Sindrom Down 4 Menganalisis- Murid dapat membuat hubung kait antara umur maternal dengan kebarangkalian anak yang dilahirkan dengan Sindrom Down. 5 Menilai - Murid dapat mengumpulkan maklumat tentang kesan ketidaknormalan meiosis dan kesannya terhadap terhadap individu tertentu 6 Mereka cipta- Murid dapat mempersembahkan hasil dapatan sebagai dokumentari mini. PENUTUP 1. Contoh PdP ini boleh digunakan dalam secara berperingkat dan boleh digunakan untuk Standard Kandungan, Variasi. 2. Aktiviti Lembaran Kerja boleh digantikan dengan Quizizz/Plickers/Kahoot. 60 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Lampiran Contoh Lembaran Kerja (jawapan mengikut buku teks) Profasa I Profasa II Sentriol_________________________ Peringkat ini bermula dengan dua sel ______________________________. yang haploid dan sentriol __________________________. Pembentukan / Membran nukleus _________________ ____________________. Kromosom homolog berpasangan Nukleolus ________________________ melalui proses _________________. ____________________berlaku antara dua kromatid kembar tidak seiras. Membran nukleus __________________. Nukleolus _______________________. Metafasa I Metafasa II Kromosom homolog _______________ Kromosom _______________________ _______________________________ ________________________________ Anafasa I Anafasa II Kromosom homolog _______________ Kromatid kembar _______________________________ ________________________________ Telofasa I Telofasa II Kromosom sampai di _______sel anak haploid yang terhasil. _______________ _______________________________. ________sel anak yang haploid terhasil. Bahagian Pembangunan Kurikulum 61 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Contoh soalan KBAR 1. Nyatakan bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma manusia. 2. Apakah peristiwa yang berlaku pada Profasa I yang membawa kepada variasi pada gamet? 3. Nyatakan urutan peringkat meiosis. 4. Berapakah bilangan sel anak yang dihasilkan dalam suatu proses meiosis? 5. Apakah punca yang menyebabkan kromosom tidak berpisah semasa Anafasa I dan Anafasa II dalam meiosis? Contoh soalan KBAT 1. Huraikan kesan kromosom tidak berpisah semasa Anafasa I dan Anafasa II dalam meiosis? 2. Justifikasikan kepentingan variasi dalam kehidupan? Tugasan Tambahan (Penerokaan kendiri) 1. Kaji penyataan di bawah. Dari 1979 hingga 2003, bilangan bayi yang dilahirkan dengan Sindrom Down bertambah sebanyak 30% Jelaskan punca pernyataan di atas. 62 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH 7 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma



CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Bidang Pembelajaran: 3.0 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma 4.0 Komposisi Kimia dalam Sel Standard Kandungan: 3.2 Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma 4.1 Air 4.2 Karbohidrat Standard Pembelajaran: 3.2.1 Menyatakan ciri bahan yang dapat merentasi membran plasma dari aspek : (i) saiz molekul 3.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pergerakan bahan merentasi membran telap memilih dengan menggunakan: (i) tiub Visking (ii) osmometer ringkas 4.2.2 Menjelaskan jenis karbohidrat: (i) Monosakarida (ii) Disakarida (iii) polisakarida Kriteria Kejayaan: 1. Murid menggunakan radas dan bahan yang betul untuk menjalankan mengkaji pergerakan bahan merentasi membran telap memilih dalam eksperimen tiub Visking. 2. Murid menyatakan bahan yang betul yang boleh meresap di antara membran telap memilih. 3. Murid melukis model membran plasma dengan komponen yang berkaitan • dwilapisan fosfolipid • kolesterol • protein liang • protein pembawa • glikoprotein • glikolipid 4. Murid membezakan saiz dengan menggunakan rajah molekul air, glukosa dan kanji yang membenarkan pergerakan berlaku pada membran plasma. Bahagian Pembangunan Kurikulum 65 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 5. Murid mereka bentuk kajian osmometer dengan penambahan radas dan pengubahsuaian bahan daripada eksperimen terdahulu. Tempoh PdP: 2 jam SINOPSIS Dalam tema Asas Biologi dan Fisiologi Manusia dan Haiwan, murid diperkenalkan kepada struktur dan fungsi membran plasma. Selain itu, murid dapat menerangkan kesan kehadiran membran plasma ke atas pergerakan bahan yang berbeza. Dalam Standard Pembelajaran 3.2.2, murid boleh menjalankan eksperimen untuk mengkaji pergerakan bahan merentasi membran telap memilih dengan menggunakan tiub Visking dan osmometer ringkas. Selain itu murid akan memperoleh kemahiran saintifik dalam mengendalikan bahan dan radas. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh seterusnya boleh digunakan untuk mereka bentuk kajian osmometer dengan penambahan radas dan pengubahsuaian bahan daripada eksperimen terdahulu. BAHAN BANTU MENGAJAR  Komputer dan projektor LCD  Gunting  Bikar  Tiub Visking  Benang  Larutan glukosa  Ampaian kanji  Tiub kapilari  Larutan iodin  Larutan Benedict  Penitis  Jubin berlekuk  Tepung  Kukus air 66 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN STRATEGI PdP 1. Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate). 2. Merekabentuk Osmometer. 3. Penyelesaian Masalah. PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan PdP dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep Biologi. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlamapau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. 5. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas. CADANGAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard pembelajaran hari tersebut. Standard Kandungan Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (30 minit) 1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan perubahan saiz jalur kentang yang direndam dalam kepekatan berbeza. 2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:  Lihat pada sampel ini. Nyatakan apa yang anda lihat.  Bagaimanakah sampel 2, 3 dan 4 boleh berbeza dengan sampel 1 (kawalan)? Bahagian Pembangunan Kurikulum 67 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Penerokaan 3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran (40 minit) sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa ada pergerakan bahan meresap masuk dan keluar daripada sampel. Murid menjalankan aktiviti penerokaan. 1. Menjalankan aktiviti 3.1 (buku teks) secara berkumpulan menggunakan bahan dan radas yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini perlu ditegaskan  Benang perlu diikat dengan kemas dan ketat untuk mengelak kebocoran.  Tiub Visking yang telah diikat dan diisi dengan larutan kanji dan larutan glukosa, perlu dibilas dengan air yang mengalir untuk memastikan tiada bahan berada di permukaan luar tiub Visking. 2. Berdasarkan soalan perbincangan m/s 51 (buku teks) dan keputusan amali, murid menghubungkaitkan saiz molekul dan glukosa dengan saiz liang tiub Visking. (Catatan: Murid menyediakan laporan eksperimen). 3. Murid diminta menyatakan persamaan ciri antara tiub Visking membran plasma. 4. Murid meramal dan melukis pergerakan molekul air, glukosa dan kanji dengan mengambil kira mengambil kira saiz molekul merentasi struktur membran plasma. Penerangan Murid berkomunikasi tentang dapatan penerokaan. (15 minit) (Catatan: Multimedia/kertas sebak/bahan-bahan yang sesuai) 1. Guru menyoal beberapa soalan:  Bagaimanakah saiz liang pada tiub Visking boleh menjadikan tiub Visking bersifat ketelapan memilih? 2. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman tentang tiub Visking dengan menggunakan rajah. 3. Lembaran kerja digunakan bagi menilai pemahaman murid tentang struktur dan bahan merentasi membran plasma. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baru. (35 minit) 1. Guru membekalkan murid: (a) Dua telur (b) Larutan sukrosa 30% (c) Air suling (d) Bikar 68 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN (Catatan: Guru telah merendam telur dalam cuka semalaman sebelum memulakan eksperimen untuk menyingkirkan cangkerang telur) 2. Berdasarkan bahan dan radas, murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji persamaan ciri antara tiub Visking dan membran plasma. 3. Murid membincangkan persamaan antara membran plasma dengan tiub Visking. PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Lembaran Kerja Laporan eksperimen Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdP akan datang. SAMPEL 1 : SAMPEL 2: SAMPEL 3: SAMPEL 4: KAWALAN DIRENDAM DALAM DIRENDAM DALAM DIRENDAM DALAM LARUTAN LARUTAN HIPOTONIK LARUTAN ISOTONIK HIPERTONIK Bahagian Pembangunan Kurikulum 69 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali - Murid dapat menyatakan sesetengah bahan dapat bergerak merentasi membran plasma. 2 Memahami - Murid dapat menghubungkaitkan saiz molekul dan glukosa dengan saiz liang tiub Visking. 3 Mengaplikasi - Murid dapat melukis pergerakan molekul air, glukosa dan kanji dengan mengambil kira mengambil kira saiz molekul merentasi struktur membran plasma. 4 Menganalisis- Murid dapat menganalisis persamaan ciri antara tiub Visking membran plasma. 5 Menilai - Murid dapat membuat kesimpulan saiz moleku yang kecil boleh meresap melalui membran plasma. 6 Mereka cipta- Murid dapat merekabentuk osmometer PENUT UP 1. Contoh PdP ini boleh digunakan selepas selesai mempelajari semua bidang pembelajaran dalam Tema 1, Asas Biologi. 70 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH 8 Respirasi



CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Bidang Pembelajaran: 1.0 Pengenalan Biologi dan Peraturan Makmal 2.0 Biologi Sel dan Organisasi Sel 4.0 Komposisi Kimia dalam Sel 7.0 Respirasi Sel Standard Kandungan: 1.4 Penyiasatan Saintifik dalam Biologi 2.1 Struktur dan Fungsi Sel 2.2 Proses Hidup Organisma Unisel 4.2 Karbohidrat 7.1 Penghasilan Tenaga melalui Respirasi Sel 7.3 Fermentasi Standard Pembelajaran: 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan saintifik. 2.1.4 Menyatakan fungsi utama komponen dalam sel haiwan dan sel tumbuhan seperti yang dilihat pada mikrograf. 2.2.1 Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp. 4.2.5 Mewajarkan kepentingan karbohidrat dalam sel. 7.1.2 Mengenal pasti substrat utama dalam penghasilan tenaga. 7.3.1 Menyatakan faktor yang menyebabkan fermentasi berlaku dalam sel. 7.3.2 Menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi dalam: (iii) yis 7.3.3 Menulis dan menerangkan persamaan perkataan: (i) fermentasi asid laktik (ii) fermentasi alkohol 7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis 7.3.6 Membanding dan membezakan antara respirasi aerob dan fermentasi. Bahagian Pembangunan Kurikulum 73 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Kriteria Kejayaan: 1. Menyatakan satu faktor yang menyebabkan fermentasi berlaku dalam sel. 2. Menjelaskan dengan menggunakan satu contoh organisma yang menghasilkan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi. 3. Menulis dan menerangkan satu persamaan perkataan fermentasi dalam yis. 4. Nyatakan sekurang-kurangnya satu persamaan dan tiga perbezaan respirasi aerob dan fermentasi. 5. Menjustifikasikan penggunaan yis dalam penghasilan sekurang-kurangnya satu produk makanan. Tempoh PdP: 2 jam SINOPSIS Standard Pembelajaran 7.3.2 menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi dalam beberapa jenis organisma. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi mengkaji penghasilan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi dalam yis. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri di mana murid mengkaji fermentasi yis dalam penghasilan tapai. Pembelajaran secara Konstruktivisme digunakan bagi membina pemahaman murid terhadap proses fermentasi dalam yis. Ini bagi membantu murid menghubungkaitkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Pembelajaran Konstektual juga diterapkan agar murid dapat mengaplikasikan teori dengan kehidupan mereka. BAHAN BANTU MENGAJAR  Komputer dan projektor LCD  Lembaran kerja murid  Gambar tapai, tumbuhan tenggelam sepenuhnya dalam air dan doh roti.  Bahan dan radas Aktiviti 7.3 (buku teks) 74 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN STRATEGI PdP Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate). PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan PdP dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. 5. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas. CADANGAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami Standard Pembelajaran hari tersebut. Standard Pembelajaran: 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan saintifik. 2.1.4 Menyatakan fungsi utama komponen dalam sel haiwan dan sel tumbuhan seperti yang dilihat pada mikrograf. 2.2.1 Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp. Bahagian Pembangunan Kurikulum 75 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 4.2.5 Mewajarkan kepentingan karbohidrat dalam sel. 7.1.2 Mengenal pasti substrat utama dalam penghasilan tenaga. 7.3.1 Menyatakan faktor yang menyebabkan fermentasi berlaku dalam sel. 7.3.2 Menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi dalam: (i) yis 7.3.3 Menulis dan menerangkan persamaan perkataan: (i) fermentasi asid laktik (ii) fermentasi alkohol 7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis 7.3.6 Membanding dan membezakan antara respirasi aerob dan fermentasi. Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (20 minit) 1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan dua gambar: (i) Gambar tapai (ii) Gambar doh roti yang telah mengembang 2. Guru mengemukakan soalan-soalan berikut: i. Apakah persamaan dalam penghasilan kedua-dua sampel ini? Terangkan. ii. Apakah substrat yang digunakan oleh organisma tersebut untuk terus hidup? 3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid boleh membuat kesimpulan bahawa persamaan kesemua gambar ialah melibatkan fermentasi. Yis menjalankan proses respirasinya tanpa kehadiran gas oksigen. 4. Guru menayangkan video tentang proses fermentasi ATAU Proses Pembuatan Tapai : https://www.youtube.com/watch?v=e0t2NyQNhJs 76 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN 5. Murid menjalankan perbincangan melalui sumbang saran untuk mengenal pasti fermentasi dalam pembuatan tapai, substrat yang terlibat dan produk yang dihasilkan pada akhir proses. Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan. (80 minit) 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki membaca dan memahami prosedur eksperimen. 3. Murid menjalankan aktiviti 7.3 (buku teks) untuk menyiasat proses fermentasi dalam yis. Dalam aktiviti ini, perlu ditegaskan bahawa:  murid-murid agar berhati-hati semasa mengendalikan radas.  Hujung salur penghantar mesti dipastikan benar-benar tenggelam dalam air kapur. 4. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil eksperimen masing-masing di hadapan semua murid. (Catatan: Murid dikehendaki menyediakan laporan eksperimen) Penerangan 5. Guru menggalakkan murid untuk menggunakan konsep (10 minit) fermentasi untuk menghasilkan produk makanan dan memasarkannya. Murid berkomunikasi dapatan penerokaan. 1. Murid diminta untuk menghubungkaitkan dapatan eksperimen dengan pengetahuan terdahulu pelajar tentang fermentasi. 2. Murid membincangkan soalan-soalan lanjutan dalam kumpulan dengan bantuan maklumat daripada pelbagai sumber. (i) Apakah tujuan mendidihkan larutan glukosa? (ii) Apakah tujuan menambah satu lapisan minyak parafin pada permukaan larutan glukosa? (iii) Apakah tujuan eksperimen kawalan? (iv) Bagaimanakah keputusan yang didapati menunjukkan fermentasi telah berlaku dalam tabung didih A? Bahagian Pembangunan Kurikulum 77 Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baru. (10 minit) Guru bertanyakan soalan tambahan. i. Mengapakah cecair yang terhasil daripada proses fermentasi digunakan dalam bidang kecantikan? ii. Bagaimanakah proses fermentasi memanjangkan jangka hayat suatu produk makanan? Guru mesti membuat kesimpulan tentang pembelajaran hari tersebut bersama murid PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Lembaran Kerja. Laporan ekperimen. Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdP akan datang. Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali – Murid dapat menyatakan substrat yang digunakan oleh organisma tersebut untuk respirasi. 2 Memahami – Murid dapat menerangkan keadaan dan produk akhir fermentasi 3 Mengaplikasi – Murid dapat menerangkan penggunaan cecair yang terhasil daripada proses fermentasi yang digunakan dalam bidang kecantikan 4 Menganalisis- Murid dapat membuat inferens tujuan menambah minyak paraffin di atas permukaan larutan glukosa 5 Menilai – Murid dapat membuat justifikasi bagaimana fermentasi boleh memanjangkan masa luput produk makanan. 6 Mereka cipta – Murid dapat menggunakan konsep fermentasi dengan menghasilkan produk makanan dan memasarkannya. PENUTUP 1. Contoh PdP ini boleh digunakan selepas selesai mempelajari semua bidang pembelajaran dalam Tema 1. 78 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

PANEL PENULIS Ruslawati binti Mat Isa Penulis Bahagian Pembangunan Kurikulum Morgan a/l T. Vadiveloo SMK St.Paul Seremban, Negeri Sembilan Kumutha a/p Krishnamoorthy Rama Letchumy a/p Anthimoolam Bahagian Pembangunan Kurikulum SM Sains Alam Shah, WP Kuala Lumpur Anandan a/l Kaniapan Ratiah binti Sukardi PPD Seremban, Negeri Sembilan SMK Putrajaya Presint 5 (1), Putrajaya A.P. Rajananthini Pushpanathan Nadira binti Ismail SM Sains Kuala Selangor,Selangor SMK Toh Muda Abdul Aziz Sungai Siput, Perak Azneezal ar-rashid bin Mohd Ramli Shareina binti Abd. Rashid PPD Kuala Kangsar Jalan Tun Razak, Perak SMK Convent Kajang, Selangor Fadzlin binti Alias Suresh Kumar a/l Joseph SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya SMK Ulu Kinta, Perak Lim Mui Lee Suzana binti Hj. Ismail SMK Damansara Jaya, Selangor SMK Sungai Besi, Selangor Mardiana binti Yusof Wan Mazura binti Wan Mehammud SM Sains Hulu Selangor, Selangor SMK Sg Nibong, Pulau Pinang Marwani Mat Nasir Wong Siew Wai Sekolah Sultan Alam Shah Presint 1, Putrajaya SMK Taman Desa 2, Selangor 79

PENGHARGAAN Datin Sri Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Dr. Latip Bin Muhammad Timbalan Pengarah Kanan Kluster Dasar Sains & Teknologi Tn Hj Naza Idris Bin Saadon Timbalan Pengarah Dr. Rusilawati Binti Othman Sektor Dasar Dan Penyelidikan Mohd. Faudzan Bin Hamzah Fazlinah Binti Said Timbalan Pengarah Tn Hj Sofian Azmi Bin Tajul Arus Sektor Sains Dan Matematik Pn Hjh Norashikin Binti Hashim Timbalan Pengarah Mohamed Salim Bin Taufix Rashidi Sektor Sains Sosial Dr. Kashry Bin Ab. Rani Timbalan Pengarah Sektor Bahasa Dan Kesusasteraan Timbalan Pengarah Sektor Teknologi Maklumat Dan Reka Bentuk Teknologi Timbalan Pengarah Sektor Pra Sekolah Timbalan Pengarah Sektor Kesenian Dan Kesihatan Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas 80




Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook