INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NOOR AINA SOFI BINTI SUHAIRI 031023-02-0082 No. K/P : 2022242310050 PPISMP Angka Giliran : JUN 2022 Y2 Program : PUAN ROS ANITA KARTINI MOHAMED Ambilan : 13 FEB 2023 Unit : Nama Pensyarah : Tarikh Hantar : PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. _ainaTandatangan Pelajar:_______ ____________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Tandatangan Cop Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ 1
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan penulisan esei bagi tugasan pentaksiran berterusan BMMB1104 ini dengan jayanya. Melalui kesempatan ini, sukacita saya ingin menghadiahkan segunung terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Puan Ros Anita Kartini, pensyarah BMMB1104 di atas segala tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sepanjang penyiapan tugasan ini. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya, Siti Jariah Binti Saad dan bapa saya, Suhairi Bin Junoh yang sentiasa memberikan nasihat dan membantu saya dengan memberi pandangan dan sokongan mereka sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya terutama sekali pelajar-pelajar Y2 yang telah membantu mengumpulkan maklumat bersama-sama untuk menyiapkan tugasan ini serta membantu saya dengan menjawab semua persoalan yang saya ketengahkan tentang tugasan ini kepada mereka. Akhir kalam, saya ingin menghadiahkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menolong saya dalam menyiapkan tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak. Sekian, terima kasih. 2
ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.....................................................................................................................4 2.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL...........................................................................................4 2.1 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL.....................................................................4 2.2 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL......................................................................5 2.2.1 PENDIDIKAN.......................................................................................................5 2.2.2 KRITIKAN SOSIAL..............................................................................................5 2.2.3 DAKWAH.............................................................................................................6 2.2.4 HIBURAN........................................................................,....................................6 3.0 PUISI PILIHAN.....................................................................................................................6 4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA.....................................7 4.1 PEMIKIRAN....................................................................................................................7 4.2 PERTUTURAN...............................................................................................................7 4.3 PERLAKUAN..................................................................................................................7 4.4 GAYA HIDUP..................................................................................................................8 5.0 RUMUSAN............................................................................................................................8 BIBLIOGRAFI.............................................................................................................................9 3
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), sastera ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Perkataan kesusateraan berasal daripada perkataan Sanskrit, susastera yang membawa makna huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Pendapat ini agak selari dengan pemikiran Prof Dr Hashim Awang (1985), yang menganggap kesusasteraan berasal dari bahasa Sanskrit, sastra yang bermaksud alat untuk mengajar. Awalan su- pula membawa maksud indah atau baik. Imbuhan ke- dan -an ditambah bagi membentuk kata nama yang memberi makna lebih menyeluruh iaitu semua penulisan yang mengandungi petunjuk, panduan dan pengajaran serta mempunyai nilai seni dan estetika. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya orang Melayu sama ada dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai seni bahasa yang indah, mesej dan ilmu yang berguna dan bermanfaat, serta memberi gambaran emosi dan realiti dalam kalangan masyarakat Melayu. 2.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.1 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL Kamus Dewan Edisi Keempat (2021) mentakrifkan puisi sebagai karangan berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya. Tradisional pula berasal daripada kata dasar tradisi yang didefinisikan sebagai sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang kekal turun-temurun. Jadi, puisi Melayu tradisional merupakan warisan kesusasteraan Melayu yang menggunakan bahasa yang puitis dan lebih berirama serta berkait rapat dengan kehidupan dan budaya masyarakat Melayu. Malah, Abdul Halim Ali (seperti yang dinyatakan dalam Sistem Guru Online, 2015) mengatakan puisi telah menjadi satu alat untuk membina sahsiah diri, mengajar pelbagai ilmu, hiburan, penjagaan adat, pertahanan dan kepercayaan. Puisi tradisional ini telah lahir sebelum sistem tulisan bermula lagi. Masyarakat Melayu ketika itu telah menurunkan puisi tradisional kepada generasi seterusnya secara lisan iaitu melalui mulut tanpa mengetahui pengarangnya yang sebenar. Setelah kemunculan Islam, lahirlah tulisan Jawi yang banyak memudahkan proses catatan puisi Melayu tradisional untuk rujukan generasi akan datang. Menurut Siti Zaleha (2014), tarikh munculnya puisi tradisional ini masih belum dapat ditentukan. Walau bagaimanapun, para pakar berpendapat bahawa kewujudan puisi adalah seiring dengan kehadiran bahasa dalam masyarakat Melayu terdahulu. Puisi diklasifikasikan sebagai penulisan yang bercorak bukan naratif. Karya bercorak bukan naratif merujuk kepada karya bukan cerita dan tidak mengandungi plot. Antara genre dalam puisi Melayu tradisional ialah teka-teki, rubai, mantera, seloka, syair, adat perbilangan, peribahasa, masnawi, talibun, gurindam, pantun dan lain-lain (Harun Mat Piah, 1989). Mantera 4
dan pantun dikatakan merupakan antara genre puisi yang terawal. Empat genre puisi tradisional yang difokuskan ialah pantun, gurindam, syair dan sajak. 2.2 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL 2.2.1 PENDIDIKAN Antara fungsi puisi Melayu tradisional adalah sebagai alat pendidikan. Para pembaca akan memperoleh pendidikan secara tidak langsung melalui pengalaman-pengalaman para pengarang yang diterjemahkan kepada bentuk puisi. Puisi-puisi tersebut bukan sahaja terkandung pendedahan kepada cara hidup orang Melayu sahaja, malah meliputi semua bidang ilmu pendidikan seperti agama, ekonomi, sosiologi dan politik. Selain itu, penulisan puisi Melayu tradisional juga sarat dengan moral, nilai dan pengajaran dalam kehidupan yang dapat dihadam oleh pembaca. Sebagai contoh, apabila mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1957, para pelajar dan rakyat Malaysia dapat belajar menyelami nilai murni dari segi kemanusian, kemasyarakatan, kebudayaan, kerohanian, kewarganegaraan dan menanam semangat patriotisme dalam diri. 2.2.2 KRITIKAN SOSIAL Kritik membawa makna pengadilan serta penjelasan yang mengandungi huraian, dan analisis kebaikan dan keburukan sesebuah karya (H.B Jassin, 1991). Sosial pula ialan semua perihal tentang masyarakat. Menurut Ali Ahmad (seperti yang dinyatakan oleh Al-Fatihah Md Adnan, 2014), kritikan sosial ialah perbuatan menegur kesalahan tingkah laku seseorang berdasarkan pertimbangan, perbandingan dan penilaian terhadapnya. Para pengarang biasanya menyampaikan kritikan sosial mereka tentang perkara yang menarik dalam realiti kehidupan manusia atau perkara yang tidak patut diperlakukan oleh sesetengah masyarakat dalam karyanya. Contohnya, kritik sosial dalam pantun seperti di bawah: Mengapa bising di tepi laut, Ombak menghempas berderai-derai; Kusangka tuan beras pulut, Bila ditanak nasi berderai. (Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 184) Berdasarkan pantun tersebut, pengarang memberikan kritikan sosial terhadap individu yang tidak boleh dipercayai. Pantun ini menyampaikan sindiran kepada mereka yang tidak boleh menyimpan rahsia dengan menghebahkannya kepada orang lain. 5
2.2.3 DAKWAH Para sarjana berpendapat bahawa sastera Islam telah banyak memberikan sumbangan dalam membimbing akhlak manusia di alam Melayu ini. Tambahan pula, karya-karya sastera Islam sudah terdedah kepada cereka yang lain seperti puisi iaitu syair, pantun, gurindam, dan sebagainya, bukan lagi khusus kepada kisah-kisah Nabi dan lain-lain yang ditulis oleh pengarang tempatan (Dr Azman Rahmat et al., 2022). Sebagai contoh, Hamzah Fansuri yang menggunakan genre syair sebagai medium untuk menyebarkan agama Islam. Karya-karya beliau seperti Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Fakir dan Syair Perahu merupakan antara puisi yang berunsur kerohanian. Antara perkara yang dicatat adalah tentang kematian dan seksaan azab Allah di hari akhirat. 2.2.4 HIBURAN Hiburan dalam puisi tradisional dapat dirasai melalui penggunaan kata-kata yang indah, irama atau rentak yang menarik, unsur jenaka, kebolehan sesuatu karya sastera menyentuh emosi pendengar atau pembaca, dan sebagainya (Dr Azman Rahmat et al., 2022). Puisi tradisional berunsur hiburan lebih mudah diterima dan dapat menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh, karya pantun yang cukup dikenali kerana keistimewaannya menghasilkan keindahan dengan gaya yang menghiburkan. Akhir sekali, pantun juga boleh dibawakan dengan berbagai-bagai cara sekaligus menambah unsur hiburan dalam puisi itu seperti digunakan dalam lirik lagu popular, lirik dikir barat dan lain-lain. 3.0 PUISI PILIHAN 6
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA 4.1 PEMIKIRAN Manifestasi akal budi dari aspek pemikiran dapat dilihat pada rangkap ketiga pantun di atas. Ayat pada maksud pantun “Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.” menyampaikan bahawa sebelum melakukan sesuatu, seseorang itu mestilah berfikir secara rasional terlebih dahulu. Sesuatu keputusan hendaklah dibuat tanpa berlandaskan hawa nafsu semata-mata kerana akan mendatangkan keburukan dan kerosakan kepada diri kelak seperti kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, kita mestilah membuat pertimbangan dan perbandingan baik dan buruk sesuatu perkara menggunakan nikmat akal yang dikurniakan agar tidak menyesal di kemudian hari. 4.2 PERTUTURAN Berdasarkan pantun tersebut, manifestasi akal budi dari aspek pertuturan pula diletakkan pada rangkap yang keempat berbunyi “Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa.” Ayat tersebut menyentuh bahawa percakapan mestilah dijaga kerana boleh membawa kepada kebinasaan jika terlanjur tutur kata. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya membawa mesej yang sama dengan pantun ini. Jadi, kita hendaklah mengamalkan budi bahasa yang baik dan sopan dalam berkomunikasi supaya tidak menyinggung perasaan orang lain serta dapat mengelakkan salah faham dan pergaduhan. 4.3 PERLAKUAN Manifestasi akal budi dari segi perlakuan telah ditunjukkan pada rangkap kedua pantun diatas iaitu “Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.” Pantun ini memberi peringatan kepada anak gadis atau anak dara untuk menjaga tingkah laku mereka. Hal ini supaya mereka terhindar daripada terlibat dengan perkara yang tidak senonoh seperti masalah sosial yang semakin meruncing terutamanya gejala seks bebas. Oleh itu, para gadis mestilah menjaga batas dan adab dalam pergaulan mereka lebih-lebih lagi dengan para lelaki bagi memelihara maruah diri daripada tercemar. 7
4.4 GAYA HIDUP Akhir sekali, manifestasi akal budi dari aspek gaya hidup. Berdasarkan pantun itu, aspek ini dapat dilihat pada rangkap yang pertama berbunyi “Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.” Ayat ini menceritakan kepentingan hidup bersatu padu dan bekerjasama yang dapat memudahkan dan mencepatkan kerja yang susah dan banyak. Sikap ini mestilah diaplikasikan dan dipraktikkan oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum suapaya dapat membentuk kesepatan sekaligus memacu ke arah negara yang aman dan makmur. 5.0 RUMUSAN Konklusinya, puisi Melayu tradisional merupakan karya warisan orang Melayu yang membina tamadun manusia dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Berdasarkan kajian di atas, jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu memainkan peranan yang jitu sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. Oleh itu, semua pihak mestilah menggembleng tenaga bagi memperkasakan dan memastikan puisi Melayu tradisional kekal relevan supaya karya tersebut tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. 8
BIBLIOGRAFI Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati Puisi Melayu Tradisional. Tanjung Malim. Penerbitan Profesional Baharu. Al-Fatihah Md Adnan. (2014). Universiti Putra Malaysia Kritikan Sosial Dalam Filem Mamat Khalid. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70020/1/FBMK%202014%2042%20-%20IR.pdf (Diakses pada 12 Februari 2023) Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2021). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dr Azman Rahmat, Dr Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, Dr Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka al-Ehsan. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, & Al, E. (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti. H. B Jassin. (1991). Tifa penyair dan daerahnya. Jakarta. Gramedia Pustaka Utama. Sistem Guru Online. (2015). Definisi Puisi. Www.sistemguruonline.my. https://www.sistemguruonline.my/2015/12/definisi-puisi.html (Diakses pada 12 Februari 2023) Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam Oxford Fajar. Siti Zaleha M. Hashim. (2014). Kenali puisi tradisional kita. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zainal Abidin Borhan (peny.). (1984). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9
Search
Read the Text Version
- 1 - 9
Pages: